Monday, November 28, 2011

Kembali Melantun Semula!

 Fork Magura Rond 2 Stroke ini sudah sekian lama terbarai dan terperok.  Tinggalan seorang kenalan setelah minyak meleleh keluar melalui celahan pengedapnya.  Sudah tersadai hampir 2 tahun.  Tiada yang istimewanya pada fork ini.  Hanya fork biasa ampaian spring dengan pelaras pra-beban.  Tiada kawalan canggih seperti pengunci, pelaras lantunan atau pelaras mampatan.


Usianya yang mencecah 10 tahun menjadikannya istimewa.  Warisan teknologi Jerman daripada Magura terasa sayang untuk dibiarkan begitu saja.  Aku tak pandai langsung bab-bab fork ni.  Tapi, alang-alang benda dah rosak, kalau aku rosakkan teruspun tidak menjadi hal.

Jenuh la jugak meng"Google" mencari rujukan.  Tak banyak rujukan yang didapati.  Mungkin sebab barang model lama.  Lama sangat.  Aku agak-agak saja berdasarkan dokumen .pdf yang didapati daripada beberapa website.

Tak banyakpun yang aku buat untuk fork ini.  Pertama, aku londehkan bahagian kaki fork.  Kerja mudah hanya dengan membuka bolt pengikat pada setiap kaki.  Bila kaki sudah ditanggalkan, minyak dikeluarkan.

Kedua, menanggalkan pengedap.  2 pengedap habuk dan dua pengedap minyak.  Pengedap minyak dikunci pada tempatnya dengan klip pengunci.  Juga kerja mudah.

Kerja membongkar aku terhenti setakat itu sahaja.  Aku tak berjaya meleraikan komponen dalam stanchion.  Segala spring dan bushing di dalam tidak berjaya dikeluarkan.  Selepas beberapa lama mencuba, aku menyerah kalah.  Biarkanlah saja spring dan bushing di dalam tu tak berusik.

Kemudian datang bahagian yang payah.  Payah sungguh nak mencari pengedap gantian.  Jenuh aku berkawad ke beberapa kedai alat ganti yang kononnya ada menjual bermacam jenis pengedap.  Semua hampa.

Akhirnya, seorang kawan, Riza, memberikan pautan ke Enduroforkseals.  Sebab sudah buntu, aku celapak ke situ dan terus memesan set pengedap untuk fork Magura stanchion 30mm.  Servis cepat dan bagus.  4 hari selepas pembayaran, barang sudah sampai ke rumah.  Kos semuanya hampir RM120.  Selesai satu perkara.

Kerenah seterusnya ialah mencari minyak fork yang sesuai.  Ikut pada manual, perlu guna minyak fork SAE30 50ml kaki kiri dan 145ml kaki kanan.  Sekali lagi aku berkawad mencari minyak pulak.  Tak berjumpa.  Yang aku jumpa ialah minyak fork jenama Revoil di sebuah kedai alat ganti motosikal di Jalan Sentul.  Fikir punya fikir, hantam sajalah.  Harga sebotol minyak 150ml ialah RM5 sahaja.  Aku henjut 2 botol.

Bahan sudah cukup (walaupun tak sempurna), maka kerja pemasangan balik dimulakan.  Pengedap minyak disumbat ke kedudukannya.  Kelip dipasang.  Kemudian pengedap habuk dimasukkan.  Bahagian stanchion dimasukkan.  Masuk 3/4 jalan sahaja.  Fork diterbalikkan atas ke bawah.  Minyak dimasukkan seperti disarankan.  Setelah selesai semua itu, bolt pengunci stanchion dipasang dan dikemaskan.  Siaplah kerja-kerja senggaraan dan baik pulih fork ini.

Sekarang tergantung megah di dinding.  Belum ada kerangka yang sesuai untuk dipadankan dengan fork ini.  Dalam kepala sudah terbayang satu single speed...Boleh kot???   




Thursday, November 24, 2011

The Biking Chronicles of Pedal Bob Braino # 11 - "The Trainer - Part 2"

***This is the sequel to The Biking Chronicles of Pedal Bob Braino # 10 - "The Trainer - Part 1".  Read this first to savor what's coming below***

Bob turned up at the office one morning with bruises on him.  His office and riding buddy, Chen, was surprised with what he saw.  "Hey dude, what happened?", he quibbled.  Curiosity and concern lined his words.

"Oh, nothing.  It's just the trainer...", Bob replied coyly.

"The trainer?", Chen was surprised.

"Yeah, the trainer.  I went up on it again.  Guess I shouldn't ever play that video whenever I'm on the trainer.",  Bob explained.  He paused.  That made Chen became more curious and impatient.

"What video did you play? And what has it got to do with your bruises?", quizzed Chen.

"New World Disorder...", a snappy reply from Bob.  Chen tried very hard to hold his breath and to contain the revolting urge to laugh out loud. 





Monday, November 21, 2011

The Biking Chronicles of Pedal Bob Braino # 10 - "The Trainer - Part 1"

The continuous rain had deprived Bob the pleasure of cycling.  He talked to his buddy, Chain Suck Chen, about that.

"Get a trainer", Chen suggested.

"It's gonna be boring", Bob responded.

"Place your bike and the trainer in front of your large screen TV.  Play the cycling movies you have been keeping.  That will help to kill the boredom.", Chen elaborated.

Chen's words slowly seeped into Bob's grey matter.  After frowning and twirling his eyes, his cheek form a smiling curve with a soft "Hmmmm...." escaping his mouth.  He dropped by at the LBS and got himself a brand spanking new trainer.  That night, when the sky let off a light drizzled, Bob did like what was suggested by Chen.

The following morning...
"Chen, I think this trainer thing does not work for me.", he told Chen.
"How come?  It was working fine for me?", Chen quipped.
"I did like what you said.  Placed the bike and the trainer in front of my huge flat screen.  Played the DVD...It was a helmet cam of the Tour de France.  I felt like I was in the peloton", he paused for while.  Chen looked at him waiting for him to continue.

"...I followed them pedaling for 2 minutes.  Started to like the trainer already.  And then, they went downhill...", Bob continued.

"I followed them.  I just hang on to the bike and took the twist and turn...It was fun, but...there's no workout in that".

Thursday, October 06, 2011

Kayuh Siang VS Kayuh Malam


Sekarang ni dah makin ramai yang galak berkayuh off road pada waktu malam.  Satu masa dulu, kayuh off road malam-malam dianggap gila.  Sekarang gila itu sudah bertukar menjadi kegilaan.  Jom kita tengok sepintas lalu apa perbezaan kayuh siang dengan kayuh malam.

KAYUH SIANG
KAYUH MALAM
Ada matahari.
Kadang-kadang ada bulan, kadang-kadang tak ada bulan.
Tak payah guna lampu.
Perlukan lampu yang terang untuk menyuluh denai dan laluan.
Suasana cerah.  Boleh nampak sekeliling.
Gelap.  Penglihatan terhad kepada suluhan lampu sahaja.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi lebih jelas kelihatan.  Lebih ruang masa untuk mengelak atau menyelamatkan diri.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi kurang jelas kelihatan.  Ruang masa untuk mengelak dan menyelamatkan diri lebih singkat.
Tahap siap siaga agak rendah kerana terdorong bersikap sambil lewa kerana semuanya jelas kelihatan.
Terdorong meningkatkan tahap siap siaga kerana penglihatan terhad.
Suasana panas.  Nyahhidrat lebih cepat.  Perlukan lebih banyak air.
Suasana lebih sejuk.  Nyahhidrat lebih perlahan.  Tidak perlukan banyak bekalan air.
Tipuan optik dan penderaan mental.  Imej denai-denai mencabar mendera mental kerana semuanya jelas kelihatan.  Otak berkecenderungan mendorong fikiran negatif.
Apa yang tidak kelihatan, tidak menakutkan.  Cerun-cerun dan bukit yang tidak boleh dikerabat waktu siang mampu dikerabat waktu malam kerana mata tidak nampak keseleruhan cerun.  Hanya bahagian yang disuluh sahaja.  Dibantu dengan suasana tidak panas, badan lebih mampu untuk mendaki berbanding siang.
Tahap siap siaga perlu berada pada seratus peratus.
Tahap siap siaga perlu berada pada dua ratus peratus terutama pada laluan menurun.  Lopak, bonggol  dan lubang tidak berapa jelas kelihatan.  Kedudukan tubuh dalam “attack position” membolehkan tindakbalas yang lebih pantas bila berhadapan dengan cabaran yang tiba-tiba datang.
Kurang risiko terserempak haiwan dan unggas.
Lebih risiko terserempak haiwan dan unggas kerana banyak haiwan bersifat nocturnal (aktif pada waktu malam).
Penggantungan kepada deria penglihatan sebagai deria utama.
Deria penglihatan semata-mata tidak lagi menjadi deria utama. Semua deria diaktifkan – pendengaran, deria rasa pada tangan, kaki dan semua anggota badan menjadi lebih aktif dan tajam dalam usaha mengimbangi keterbatasan keupayaan deria penglihatan.
"Fear Factor" dalam bentuk ancaman dan bahaya yang terzahir dan boleh dilihat mata - jurang, gaung, lubang, binatang liar.
"Fear Factor" sama seperti siang ditokok dengan elemen-elemen mistik.

Monday, October 03, 2011

Buat Overtime di Ofis Pada Hari Minggu


Papan tanda kecil menyambut kedatangan tetamu ke The Office.  Di pasang tinggi melepasi paras kepala.  Kena langut baru nampak.

Denai-denai di Bukit Kiara seolah hidup dan bernyawa.  Dinamik dan berevolusi.  Berubah, bercambah dan...sedihnya ada juga yang "mati".  Dimatikan oleh kerakusan "pembangunan".  Denai-denai di"hidup"kan dan dipelihara oleh tangan-tangan sukarela, yang cintakan alam dan kedamaian, tanpa upah walau sekupang dua. Malah, tangan-tangan itu bukan sekadar menumpahkan keringat, darah dan air mata, malah modal ringgit kupang juga.  Dan...yang lebih ironisnya ialah tangan-tangan itu bukan semuanya tangan-tangan anak watan, malah tangan-tangan mereka yang "menumpang" di bumi bertuah ini...***panjang pulak mukaddimah ni.  Kalau tak berjela bukan nama BC Kelolo laaaaaa...***

Kelahiran terbaru denai Kiara punya nama yang agak nakal.  Entah kenapa diberi nama "The Office"  - pejabat.  Barangkali untuk memudahkan para suami mendapat permit berkayuh.  Bayangkan bila isteri bertanya "Nak ke mana tu bang?".  Suami dengan mudah boleh menjawab, "Nak ke office, buat overtime".

Aku sempat beberapa kali bermain di sini.  Sejak kali pertama berkenalan, hati terus tertawan dan berkenan.  Kenakalan nama denai ini tidak terhenti di situ.  Di dalam The Office ada pula satu unjuran tambahan yang dinamakan Overtime.  Kenalah tu...masuk The Office buat Overtime.  Pandai depa ni.

Jambatan kecil pendahulu kepada pendakian batu.  

Terima kasih tersangat kepada pembina denai ini.  Nanti aku cuba tanyakan siapa sebenarnya yang telah bersusah payah menarah menyangkul membina denai ini.

Aku suka sangat denai The Office ini.  Beberapa sebab peribadi.  Pertama, muka denai yang dekat dengan Taman Lembah Kiara.   Dari Lembah Kiara, masuk ikut denai Carnival, hala ke kanan.  Panjat tebing batu sehingga sampai ke simpang.  Terus akan keluar ke jalan tar.  Kiri akan menyesakkan dada dengan LungBuster.  Kanan akan membawa anda masuk ke pejabat. Faktor suka kedua ialah jaraknya yang pendek sekitar 2km sahaja.  Ketiga, denai sempit singletrack dengan pelbagai alunan naik turun dan selekoh-selekoh tajam sungguh mengujakan bila dilayan.  Keempat, denai cabangan Overtime menambahkan perisa kepada The Office.  Kelima, The Office sedap dilayan dari kedua-dua arah ikut jam atau lawan jam.  Itu yang dapat aku gariskan setakat ini.  Anda tentu akan menyukainya juga! 

Simpang...

Untuk anda yang kemaruk untuk berkayuh tetapi punya masa yang suntuk dan terhad, layan saja The Office ini.  Tak cukup satu pusingan, belasah dua tiga pusingan.  Aku sarankan kayuh dua hala.  Pergi balik ikut laluan yang sama dan rasai keterujaannya.

Tak tahu nak pergi?  Laaa...nampak sangat tak biasa dengan Kiara.  Meh sini, kita kayuh The Office secara maya i.e. ikut bebelan BC Kelolo laaaa.  Sedia???

Dari Taman Lembah Kiara, masuk ikut laluan Carnival.  Sebaik memasuki denai, anda akan nampak tanjakan.  Ambil laluan kanan yang beralun naik kemudian meluru turun melalui jambatan kecil.  Pendakian curam berbatu menyambut anda.  Kalau kuah terjah kayuh.  Kalau tidak...tolak sajalah.  Ikut laluan denai menaik sehingga berjumpa simpang.  Di situlah muka denai The Office.  Cabang kiri membawa anda naik ke Lung Buster.  Terus akan membawa anda keluar ke jalan tar.  Untuk punch card masuk ke The Office, ambil denai kanan.  Set gear tengah - tengah, kayuh sedang-sedang dan basikal akan membawa anda melorot di denai sempit berliku.  Ada satu celahan sempit di antara batu besar dan pokok.  Jangan lupa tarik nafas supaya badan kecut sikit bila lalu sini takut tak muat.  Pokok-pokok muda dengan batang sebesar betis menaung denai memberikan teduhan.

Mukaddimah The Office

Rasa seronok saja meluncur turun.  Kemudian bertemu cabang di sebelah kiri.  Siapa yang berhajat nak buat overtime, sila belok sini.  Sedikit lencongan dengan beberapa cabaran tambahan.  Sebab itu dipanggil Overtime.  Pendakian sedang dan pendek dengan laluan berliku berhias belok-balik (switchback) berbeting (berm).  Denai beralun naik turun pendek dan pantas.  Kemudian bertembung balik dengan denai laluan utama The Office.



Bonggol-bonggol Overtime

Irama dangdut denai berterusan.  Gelek-menggeleklah basikal dan pinggul mengikut liuk lentuk denai yang meluru turun dengan beberapa terjunan dan terkaman pendek.  Denai kemudian melandai tanda sudah hampir ke penghujung sempadan The Office.  Denai bertingkat dengan belokan pantas ke kiri.  Pohon-pohon rimba, bertam berduri dan segala menjadi flora latar.  Denai masih lagi di bawah teduhan.

Tugas beratttt...

Melepasi kawasan ini bermakna anda sudah memasuki fasa 2 denai The Office.  Mode landai pada denai sempit singletrack diteruskan.  Laluan masih berliku menjamin kelansungan tahap keterujaan.  Boleh bermain dengan gear tengah sebelum kecerunan kembali mengganas.

Sekonyong akan membawa anda ke satu pendakian pendek di mana denai berpecah 2.  Denai kiri lebih memaafkan dengan kecerunan sederhana manakala laluan kanan menyergah anda dengan panjatan curam tetapi pendek.  Pengayuh marhaen seperti aku akan memilih laluan kiri.  Mereka yang macho dan mempunyai betis dan peha seperti kuda akan memilih laluan kanan.

Denai dibawa ke kawasan terbuka dan landai.  Ramai yang biasa berhenti di sini untuk menarik nafas dan menunggu kawan-kawan yang tertinggal di belakang.  Aku termasuk dalam golongan yang ditunggu.  Slow and steady bro!

Sambung lagi dengan meratah denai landai yang agak terbuka.  Di sebelah kanan ternampak kawasan lapang dengan tanda-tanda pembangunan rakus mula menerjah kawasan itu.  Sesuatu yang merisaukan.  Denai akan sampai ke simpang.  Kena perhati betul-betul sebab tak berapa jelas kelihatan dan terpisah dengan bonggol kecil dan belokan tajam.

Tugas lagi berattt...

Tukar ke gear rendah dan bersedia untuk menerjah kerana masa santai sudah berakhir.  Fasa mendaki bermula.  Cerun menaik landai pada mulanya beransur-ansur bertembah curam.  Rasa pedas ditambah lagi dengan belok-balik tajam mendaki.  Pendakian panjang menandakan litar The Office sudah menghampiri masa untuk punch-out.  The Office tidak akan melepaskan anda pergi sebegitu mudah.  Menghampiri puncak pendakian, ada pokok tumbang.  Pembina denai telah membina tanjakan untuk membantu anda melepasi pokok tumbang.  Terjah melepasi pohon tumbang dan terus ke puncak pendakian.  Anda akan bertemu simpang 3 yang menandakan waktu bekerja di pejabat sudah tamat.

Tanjakan melepasi balak tumbang

Tiba di situ, pilihlah sama ada untuk ke jalan tar di simpang kanan.  Atau memanjat denai Coronary Bypass atau...patah balik menongkah arus The Office!!!  Tak kurang hebat kelazatannya bila menongkah arus The Office.  Selamat bekerja!!! 



 

Monday, September 26, 2011

Alat Pembuka Mangkuk Set Kepala


R O C K E T

Ini bukan peluru berpandu jarak jauh yang terselamat daripada program pemusnahan senjata nuklear.  Juga bukan sisa lebihan mercun roket pasca raya.  Tiada bahan letupan dikesan dalam objek ini.  Memperkenalkan...alat pembuka mangkuk hayuh...ish...bukan, mangkuk set kepala.

Mangkuk set kepala dipasang dengan cara di tekan masuk ke dalam tiub kepala.  Lepas ditekan masuk, ia akan melekat dengan kuat dan kemas ke dalam tiub kepala.  Nak membukanya punyalah payah.  Mangkuk perlu diketuk keluar dengan sekata.  Sebelum ada alat ini, saya menggunakan pahat batu (chisel).  Ada kawan-kawan yang menggunakan pemutar sekeru.

Masalah bila menggunakan pahat batu ialah daya ketukan hanya pada satu sisi setiap ketukan.  Akibatnya, mangkuk akan senget sebelah.  Ketukan perlu digilirkan dalam jujukan pukul 12 - 6 - 3 - 9.  Penggunaan pemutar sekeru juga memerlukan teknik yang sama.  Lebih masalah lagi kalau mata pemutar sekeru menujah bibir mangkuk hingga melecet, melebek dan berbekas hingga boleh menjejaskan prestasi mangkuk tersebut.

Maka terciptalah roket ini.  Set yang terpampang di sini ialah daripada jenama IceToolz model HYS-E221-61-1.  Model ini serasi dengan tiub kepala saiz 1 1/2 in - 1 1/8in.  

Bahagian-bahagian roket

Alat ini ada 3 bahagian utama.
  • kepala
  • badan
  • ekor
Bahagian kepala
Bahagian ini akan menerima hentakan daripada tukul atau yang seumpama.  Biasa bahagian ini dilapisi lapisan keras.  Guna untuk menerima hentaman dan juga melindungi bahagian kepala daripada kemik akibat ditukul.

Bahagian badan
Bahagian yang menyambungkan kepala dengan ekor.  Unit ini mempunyai badan berdiameter 25.4mm (1 inci).  Juga berperanan sebagai tempat pemegang apabila kepala dihentam dengan tukul.

Bahagian ekor
Bahagian ekor ini dibelah empat.  Hujungnya dikembangkan.  Menggunakan sifat keanjalan besi, ekor akan menguncup apabila dipaksa masuk ke dalam tiub kepala.  Kerana keanjalannya juga, ia akan mengembang keluar.  Bila masuk ke dalam tiub kepala, sifat mengembang keluar ini akan menyebabkan keempat-empat hujung ekor ini menyentuh bibir mangkuk set kepala.  Ketukan pada kepala akan memberikan daya tolakan yang sekata kepada mangkuk seterusnya menolak mangkuk keluar daripada tiub kepala.

Bagaimana menggunakan alat ini?

Cara penggunaannya cukup mudah.  Tidak perlu kemahiran teknikal tahap IR.  Sebelum bermula, pastikan kerangka dipasung dengan kemas.

Memasukkan roket

hujung roket bersentuh dengan bibir mangkuk

1Masukkan bahagian kepala melalui bahagian mangkuk yang hendak dikeluarkan.  Tolak sehingga hujung ekor melepasi bibir mangkuk.  Untuk memudahkan kemasukan, genggam hujung ekor supaya ekor sedikit menguncup. 



Ketuk kepala itu

2Setelah dipastikan ekor masuk dengan sempurna, ketuk bahagian kepala menggunakan tukul.  Ketuk pada arah ketukan yang selari dengan badan supaya daya ketukan sampai tepat ke mangkuk.  Teruskan mengetuk sehingga mangkuk mula merenggang daripada tiub kepala dan akhirnya tertanggal.

3Setelah mangkuk tertanggal, ekor akan turut terjulur keluar.  Mungkin akan ada sedikit rintangan disebabkan oleh kembangan ekor.  Teruskan menolak supaya ekor dan keseluruhan alat terkeluar daripada tiub kepala.

 
Mudah saja kan?!!

Friday, September 23, 2011

22 September - Hari Tanpa Kereta Sedunia


Aku tak perasanpun sebelum ini wujudnya acara ini. Bila menjengah blog Akmal, baru aku tahu ada rupanya acara seumpama.  Akhbar NST juga menyiarkan berita tentang acara ini.  Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ikut sama menyokong malah turun sendiri berkayuh sebagai penggalak kepada acara ini.  Itu cerita besar oleh orang besar.  Acara ini diharap menjadi pemangkin kepada kesedaran untuk mengurangkan penggunaan kereta sebagai kaedah pengangkutan dan mencari alternatif lain sebagai pengangkutan harian.  Berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam menjadi sasaran utama.

Aku sudah beberapa tahun berbasikal ke pejabat.  Walau tidak sekerap Akmal, atas sebab dan alasan yang kadang-kadang aku sendiri reka-reka sebab terasa berat untuk berkayuh.  Untuk Hari Tanpa Kereta Sedunia - World CarFree Day, aku bertekad untuk berkayuh ke pejabat.

Alhamdulillah, perancangan termakbul.  Turun pagi tadi dengan perasaan berbeza walaupun sebenarnya perlakuan itu rutin sahaja.  Hati kecil berharap akan bertemu ramai pengayuh basikal yang menyahut seruan ini di jalanan nanti.

Laluan kayuhan biasa aku dari Taman Melewar ke Chow Kit melalui Sentul dan Jalan Ipoh tiada bezanya daripada hari-hari biasa.  Kereta dan kenderaan lain masih memenuhi jalan.  Bagai tiada pengurangan.  Tiada pertambahan ketara bilangan pembasikal di jalanan.  Hanya muka-muka biasa yang selalu aku jumpa.  Dalam ramai-ramai, ada seorang pengayuh sikh yang menarik perhatian aku.  Dia luar biasa.  Sekali pandang tiada istimewanya.  Basikalnya basikal cabuk bukan berjenama hebat.  Tetapi...kalau diamati akan ternampaklah kakinya yang "luar-biasa".  Keting dan pehanya kurus.  Kepala lututnya terbonjol.  Pergerakan kakinya tidak seperti manusia lain... 

Dia rupanya pernah mengidap polio.  Hampir lumpuh tetapi mujur masih dapat diselamatkan.  Dan dia memang gigih berkayuh setiap hari...Aku tidak sempat mengambil gambar.  InsyaAllah, kalau berkesempatan, aku paparkan gambarnya di sini pada masa hadapan.

Hari Tanpa Kereta Sedunia berlalu.  Tiada perubahan ketara berlaku.  Kereta masih berlambak menderu di jalan dan lebuhraya.  Sama ada acara tanpa kereta ini disedari atau tidak, aku tak peduli.  Untuk aku, aku telah menjalankan bahagian aku.  Menunjukkan yang berbasikal ke pejabat itu satu yang tidak mustahil.  Harapnya, ada satu dua hati yang tergetus "Bagus jugak kalau berkayuh basikal ke pejabat ni ek?".  Dan aku akan terus berkayuh, selagi daya...

Kepada bahia polio...Aku salute kau!!!  Sememangnya luarbiasa.  Hari Tanpa Kereta Sedunia, aku dedikasikan untuk anda.




Wednesday, August 24, 2011

Kenali Komponen MTB 8 - Sistem Brek MTB

Ini adalah siri 8 dalam siri-siri Komponen MTB dan disiarkan secara berperingkat atas dasar "bila aku ada masa". Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung


Apa guna brek pada basikal?  Kalau anda jawab "Untuk berhenti...", mungkin anda perlu semak semula tanggapan dan persepsi anda.  Adakah anda berhenti setiap kali tuas brek ditarik?  Mungkin remeh, tapi persepsi yang kurang tepat ini, mendorong penggunaan brek yang kurang tepat.  Kegunaan utama ialah untuk memperlahankan kelajuan.  Supaya kelajuan sesuai dengan laluan.  Berhenti hanyalah satu daripada akibat daripada pengurangan kelajuan yang berkesudahan dengan kelajuan sifar.

Kita cuba bincang sikit pasal brek basikal lasak (MTB) ini dengan melihat bahagian-bahagian brek, jenis-jenis brek, apa lebih dan kurang setiap jenis itu. Dan dengan ilmu yang sedikit ini juga saya akan cuba menyingkap tabir ketakutan kepada penggunaan brek hadapan.
 

Bahagian-bahagian Brek

Tidak kira apa jenis brekpun, semuanya mempunyai bahagian
  • Tuasan
  • Hantaran
  • Kepitan


  • Tuasan - bahagian yang memberikan daya, sama ada menolak atau menarik, bila jari menarik tuas brek.  Tuas brek direka dalam bentuk yang dapat memberikan kesan tuasan maksima dengan daya tarikan/tolakan minima.
  • Hantaran - Ini tak ada kena mengena dengan sirih pinang dan "serba satu".  Ini pasal perantara di antara tuasan dengan kepitan yang memindahkan daya tarikan/tolakan ke bahagian kepitan sama ada menggunakan kabel atau bendalir hidrolik. 
  • Kepitan - bahagian yang mengepit bahagian yang bergerak, memberikan rintangan pada roda untuk memperlahankan putaran roda. 


Jenis-jenis Brek

Untuk basikal lasak, ada beberapa jenis brek yang biasa digunakan.  Saya tak akan sentuh kesemuanya kerana terlalu banyak.  Saya akan cuba bincangkan 3 jenis yang biasa digunakan sekarang.

Satu sistem Brek-V yang tipikal
Juga dikenali dengan brek roda (rim brake) atau brek tarikan linear (linear pull).  Istilah V-Brake telah di jadikan cap dagangan oleh Shimano dan digunakan dengan meluas oleh masyarakat walaupun brek bukan dari jenis Shimano.

Tuasan

Sistem tuas Brek V
Rekaan tuas terbahagi kepada 3 bahagian lengkungan. Lengkungan pertama yang paling hampir dengan pangsi lebih rapat dengan bar hendal. Mengunjur ke bahagian lengkungan dua yang lebih mencapah jauh daripada bar hendal. Lengkungan ketiga pendek dan lebih ekstrem capahannya. Rekangan tuas 3 lengkungan ini memberikan kesan tuasan yang berkesan pada setiap tahap tarikan tuas. Lengkungan ketiga lebih berperanan sebagai penampan, menahan jari daripada tergelincir keluar daripada tuas. Tuas untuk brek V berfungsi untuk menarik kabel brek.  Pangsi untuk tuas berada sebelah dalam untuk memberikan kesan tarikan bila tuas brek ditarik.  Kabel disangkut pada tuas. Tuas yang lebih maju rekaannya dilengkapi dengan pelaras ketegangan kabel.

Hantaran



Kabel brek. Perhatikan kepala berbentuk silinder itu. Bahagian itu yang akan disangkutkan ke tuas brek.

3 lapisan perumah kabel
Daya tarikan pada tuas dipindahkan ke unit kepitan melalui kabel.  Kabel brek ada 2 bahagian, kabel isi dalam (inner cable) dan sarung (housing) kabel.

Kabel isi dalam dibuat daripada benang keluli yang dipintal supaya lebih kukuh dan tidak mudah putus.  Pada satu hujung kabel, dipasang "puting".  Puting berbentuk silinder kecil dipasang bersudut tepat dengan kabel.  Puting ini akan dsangkut pada penyangkut yang terdapat pada tuas brek.  Kabel brek biasanya dalam saiz 1.1mm atau 1.2mm.  Ada juga kabel yang disalut bahan Teflon untuk lebih pelinciran.

Bahagian sarung kabel biasanya dibuat 3 lapis.  Lapisan luar adalah lapisan plastik lembut.  Gunanya untuk melindungi lapisan dalam daripada anasir-anasir luaran seperti air, habuk, debu, selut, lumpur dan sebagainya.  Lapisan luar juga berfungsi melindungi badan basikal daripada geseran kasar kabel brek. Sarung perumah kabel basikal biasanya berdiameter 5mm.

Di bawah lapisan luar, ada lapisan tengah dari kepingan besi yang dipintar dalam bentuk "helikal".  Bentuk helikal memberikan kelebihan untuk liukan tanpa menjejaskan isi dalam kabel brek. Rekaan ini memberikan perlindungan kepada kabel dalam daripada tersepit bila kabel bergerak dan meliuk.

Lapisan paling dalam adalah tiub plastik kecil yang memberikan perlindungan akhir kepada kabel.  Bahan plastik lembut dan licin juga membantu menambahkan lagi pelinciran kabel.

Kepitan

Bahagian brek V yang bertindak memperlahankan putaran roda.  Mempunyai 2 pancang yang dipasang pada tiub pelana (seatstay) untuk brek belakang dan pada kaki ampaian untuk brek depan.  Pangsi dipasang pada bahagian bawah pancang.

Pancang kiri ada besi tiub belok bentuk L dipanggil "noodle".  Saya memandai terjemahkan kepada "sesiku".  Di dalam tiub ini dilapisi tiub plastik untuk melincirkan gerakan kabel.  Sesiku disangkut pada cangkuk kabel.  Juga terdapat pada pancang kiri ialah pad brek, spring, dan sekeru pelaras ketegangan spring.

Pada pancang kanan ada bol pengunci kabel, pad brek dan sekeru pelaras ketegangan spring.


Brek Cakera Mekanikal

Brek cakera mekanikal adalah sistem brek mekanikal yang memperlahankan basikal dengan menyepit satu unjuran berbentuk cakera yang dipasang pada gelendong (hub).

Tuasan

Tuasan pada brek cakera mekanikal sama seperti tuasan pada brek tarikan linear.  Sila rujuk di atas.

Hantaran

Hantaran untuk sistem brek cakera mekanikal juga sama seperti pada sistem brek tarikan linear.  Sila rujuk di atas.

Kepitan

Kaliper brek mekanikal
Kepitan untuk sistem brek cakera mekanikal datang dari tombol kaliper brek.  Brek depan dipasang pada kaki kiri ampaian (fork). Terdapat 2 jenis pemasangan pada fork.  IS (International Standard) dalam bentuk braket dan jenis pancang (post mount). Tombol belakang dipasang pada braket di kerangka tiub rantai sebelah kiri.  Hanya fork dan kerangka yang serasi brek cakera sahaja boleh dipasangkan brek cakera.

Secara umum, tombol terbahagi dua, sebelah luar dan dalam.  Sebelah luar menempatkan tuas penarik, omboh luar dan pad luar.  Pada sesetengah model yang lebih maju, dilengkapkan juga pelaras pad luar seperti yang terdapat pada Avid BB7.  Manakala sebelah dalam pula menempatkan pad dalam, omboh dalam dan sekeru/tombol pelaras pad.   

Dan sudah tentu sistem brek cakera tidak akan lengkap tanpa cakera (juga dipanggil disc, disk atau rotor).  Cakera datang dalam 3 saiz, 160mm (6inci), 180mm( 7inci) dan 203mm(8inci).  Cakera  dipasang pada gelendong (hub) secara sekeru 6 bol atau kunci tengah (centre lock). 
   



Brek Cakera Hidrolik


Tuasan


Brake master cylinder tipikal untuk tuas sistem brek hidrolik
Sekali pandang nampak seolah sama saja bahagian tuasan brek hidrolik dengan brek cakera mekanikal.  Bila diamati, barulah nampak perbezaan.  Pada sistem mekanikal, bahagian tuasnya terbuka, manakala pada sistem hidrolik sistemnya tertutup kedap udara.  Ini perlu supaya tidak berlaku bocoran.  Pangsi tuasan pada sistem hidrolik terletak di sebelah luar.  Daya tuasan pada sistem hidrolik adalah daya menolak, bukan menarik.  Terdapat satu tangki takungan pada bahagian tuasan untuk menyimpan bendalir hidrolik.  Tarikan pada tuas akan menolak penjolok yang akan menolak bendalir hidrolik di dalam takungan. Peralatan tambahan yang boleh didapati pada komponen tuasan ialah pelaras jangkauan.

Hantaran

Hantaran daya tolakan daripada daripada unit tuasan ke unit kepitan melalui hos hidrolik. Hos biasanya dibuat 3 lapis dengan diameter 5mm. Lapisan luar daripada plastik bercampur getah. Lapisan luar ini bertindak sebagai pelindung kepada isi di dalamnya. Lapisan tengah ialah gentian kevlar. Gunanya untuk memberi kekuatan kepada hos. Dan lapisan paling dalam ialah tiub teflon yang berfungsi menakung dan menghantar bendalir hidrolik di sepanjang hos.
Kedap udara sangat penting untuk sistem penghantaran brek hidrolik. Maka, bahagian hujung yang bersambung dengan tuas dan kaliper perlu disambungkan dengan kedap. Untuk tujuan itu, hujung hos dilengkapi dengan perkakas penyambung seperti olive, barb, banjo, o-ring dan seumpama yang bertujuan memalam lubang hos dan menyambung hos ke tuas atau kaliper tanpa bocor.

Kepitan

Kepitan untuk brek hidrolik datang daripada tombol kaliper. Kita sorot apa ciri-ciri dan sifat-sifat tombol kaliper brek hidrolik.

I. Pegun vs Terapung

Kaliper pegun (fixed) dipasang secara pegun ke kerangka atau fork. Bila digabungkan dengan cakera pegun, memberikan kaedah malar untuk mencapai tarikan larian sifar. Manakala kaliper terapung boleh melungsur secara melintang pada shaft dan memungkinkan kaliper menjajar tengah dengan sendirinya semasa proses membrek.

II. Mono-Blok vs. 2 bahagian

Rekaan tombol kaliper boleh jadi mono-blok, seluruh sistem dalam satu bongkah blok atau 2 bahagian, di mana tombol kaliper terbahagi kepada 2 bahagian. Perbezaan ketara di antara mono-blok dengan 2 bahagian ialah bahagian "jambatan" yang menghubungkan blok luar dan blok dalam. "Jambatan" ialah bahan atau struktur di bahagian atas omboh (piston) yang menyambungkan kedua-dua blok dan memberikan kekuatan untuk merengkuh dan mengepit cakera.
Kaliper monoblok dibuat daripada setongkol blok logam yang dimesin manakala kaliper 2 bahagian dibuat daripada 2 bahagian berasingan yang kemudiannya dicantum dengan bol. Kedua-dua rekaan boleh dibuat sedemikian rupa untuk mendapat kekuatan dan keutuhan. Secara mudahnya, lagi lebih bahan yang digunakan pada "jambatan" dan lagi tinggi "jambatan", akan menghasilkan kaliper yang lebih mantop dan utuh.

Pro dan kontra:


Kaliper brek hidrolik 2 bahagian yang tipikal

Mono-blok:

  • Rekaan dan bentuk jambatan yang lebih kreatif kerana bol tidak diperlukan.
  • Bahan kedapan tidak diperlukan untuk menyambung kedua-dua bahagian
  • Proses pembuatan dan pemasangan boleh jadi lebih rumit
  • Servis jadi lebih sukar sebab kaliper tu setongkol gitu
  • Biasanya memerlukan palam dan pengedap yang lebih besar

2 bahagian

  • Bol untuk memaku kedua-dua bahagian boleh menambahkan lagi kekuatan
  • Pembuatan dan pemasangan lebih mudah
  • Memerlukan pengedap di antara dua bahagian supaya tidak bocor


III. Bilangan omboh (piston)

Haaa...jangan terkejut. Dalam tombol kaliper ada omboh (piston). Guna omboh ini ialah menolak brek pad. Bilangan piston secara relatifnya, tidaklah terlalu penting dalam menentukan kuasa membrek. Luas omboh merupakan petunjuk yang lebih diambilkira. Sistem tekanan tinggi dengan omboh kecil boleh menawarkan kuasa membrek yang sama dengan sistem tekanan rendah dengan padanan omboh besar. Satu kelebihan untuk sistem banyak omboh ialah faedah pemasangan. Satu baris 2 atau 3 omboh kecil pada setiapa sisi akan memberikan lebih keluasan omboh dengan profil yang lebih rendah/nipis. Sebaliknya, satu omboh pada satu sisi akan memberikan luas permukaan omboh yang kurang dan lebih tinggi.

IV. Omboh berlawanan vs omboh sebelah

Omboh berlawanan menolak pad brek pada setiap sisi kaliper. Pad kiri dan kanan akan sama-sama ditolak ke tengah ke arah cakera kemudian bersama mencengkam cakera. Untuk omboh sebelah, tolakan berlaku hanya pada satu sisi. Sisi yang satu lagi hanya pegun menanti. Omboh luaran akan menolak cakera ke sisi pad yang pegun. Akibatnya, cakera akan meliuk sedikit. Kalau imbangan tidak betul, ruang antara pad dengan cakera jadi terlalu besar. Lama-kelamaan cakera boleh belok.

Saturday, August 20, 2011

Topang Crivit

Topang Crivit tegak berdiri siap untuk menjalankan tugas.

B agi mereka yang suka menggodeh sendiri basikal, salah satu cabaran ialah tempat yang sesuai untuk meletak basikal bagi tujuan selenggaraan atau pembaikan. Kaedah yang paling biasa diamalkan ialah dengan menelentangkan basikal. Takpun, dibaringkan saja biar bergelimpangan di atas lantai. Yang agak maju sikit akan membeli topang kecil yang biasa digunakan untuk mempamer basikal. 3 kaedah yang disebutkan mungkin agak kasar, tetapi mekanik mandiri tak peduli itu semua. Alah...setakat nak kerjakan basikal sendiri, apa kisah?!!!

Bila dah lama-lama menggunakan kaedah baring-tiarap-terlentang-terlungkup ini, terasa juga perlunya kepada satu topang pembaikan yang lebih elok dan bersesuaian. Dah aku intai-intai di beberapa kedai basikal, ada yang berkenan, harga pulak merabakkan. Ada yang murah tapi nampak macam tak boleh diharap. Terlintas juga nak tempah satu dari kedai besi. Nak melakarkannya aku tak pandai. Sudahnya, aku terjumpa jenama CRIVIT ini. Wah! Melonjak rasa gumbira tiada terkira. Sifat dan cirinya hampir memenuhi kesemua ciri yang aku cari. Dengan deras aku menyambar satu set. Natijahnya, cederalah belanjawan raya aku. Takpa, beraya dengan topang baru juga menyeronokkan.

Jenama Crivit memang tak pernah aku dengar. Bila diGooglekan Crivit, adalah dapatannya. Memang jenama ini berasal dari China. Tak perlu heran kerana zaman sekarang hampir semua barangan yang ada di pasaran datang dari China. Tanda harganya runcitnya hampir RM500. Dengan sedikit ruang untuk tawar menawar, dapatlah sekitar RM400.

Set ini datang dalam bentuk tercerai. Terdapat 3 komponen utama dan 2 komponen aksesori.

  1. Tiang tapak utama. Dari bahan besi. Kaki dengan rekaan ala payung. Pecahan 4 yang boleh kembang kuncup. Memudahkan simpanan bila tidak digunakan. Tapak kaki agak lebar memberikan jejak yang luas dan stabil. Cuma leceh sikit kalau ruang kerja agak sempit. Mungkin tak muat untuk dikembangkan kaki sepenuhnya.

  2. Tiang utama. Sebatang tiang besi dengan plastik kepitan dihujungnya. Tiang ini akan diserlumkan ke tiang utama. Kepitan dihujung untuk memegang besi ragum. Tiang utama boleh diputar 360° mendatar bila sudah dipasang ke tiang tapak.

  3. Komponen tercerai. Dari atas - Tuas ragum. Batang besi kecil itu ialah rod pemegang bar hendal. Di bawahnya, tiang utama. Dan akhir sekali, tiang tapak. Dulang peralatan telah siap melekap padanya.

  4. Tuas ragum. Besi pendek sepanjang 18inci. Besi berdiameter 35mm. Dilengkapkan dengan ragum pada satu hujung. Ragum ini akan berperanan mengepit seatpost atau tiub atas bila basikal disangkut pada topang ini. Tuas ragum boleh diputar 360° menegak pada sambungannya dengan tiang utama.

  5. Dulang perkakas. Satu keping plastik yang boleh dilekapkan dengan mudah ke tiang utama. Guna untuk meletakkan alat dan perkakas.

  6. Pemegang bar hendal. Satu batang besi kecil yang boleh dipanjangkan. Dilengkapkan dengan strap getah pada kedua-dua hujung. satu hujung dipasang pada tiang tapak dan satu hujung lagi dipasang pada bar hendal. Gunanya untuk menahan bar hendal dan tayar depan daripada melibas tak tentu pasal bila basikal sudah digantung.

Berat keseluruhan sistem ini ialah 6.8kg. Dalam bentuk tercerai, boleh disumbat ke dalam boot sebuah kereta sedan biasa. Agak mudah untuk dibawa berpergian kalau ada ruang lagi di dalam boot.

Bahagian pemegang/penyambung daripada bahan plastik keras. Kelihatan cukup tegap untuk menjalankan tugas dengan baik. Pemegang dilengkapi tombol pemulas untuk memudahkan kerja mengetat dan melonggarkan komponen. Warna birunya membuatkan ia lebih menyerlah terjojol keluar bila berlatarkan warna hitam komponen lain.

Tuas ragum dan dulang peralatan

Ragum juga diperbuat daripada plastik. Mulut ragum dibuat berlekuk bentuk V. Rasionalnya, supaya kabel-kabel ada ruang celahan bila ragum mengepit tiub atas. Jadi kabel tidak terkepit walaupun tiub atas terkepit kemas. Kepitan juga boleh dibuat pada bahagian seatpost. Panjang tuas 18 inci memberi kelegaan secukupnya pada engkol. Kerja-kerja menala gear dan senggaraan lain jadi lebih mudah bila basikal sudah tergantung dengan mantap.

Memasang set ini sangat mudah. Tidak perlu merujuk kepada manual operasi. Hanya naluri dan kebiasaan sudah boleh dijadikan panduan memasang. Pengeluar ada juga membekalkan buku panduan. Sayang, bahasa yang digunakan ialah bahasa Jerman dan Perancis sahaja. Tiada bahasa inggeris atau melayu. Pandai-pandailah anda!

Sekali lagi disebutkan keluasan jejak tapaknya. Harus berhati-hati kalau berjalan di sekeliling takut tersadung. Naya!. Tapi, tapak yang luas itu memberikan kestabilan yang mantap bila basikal sudah tergantung.

Kesimpulannya, walau tidak secanggih dan sehebat jenama besar yang lain, topang Crivit ini sudah cukup bagus untuk mekanik mandiri yang suka meluangkan masa menggodeh dan membega basikal. Pada harga separuh daripada saingannya, ia satu pelaburan yang tidak sia-sia.

Topang Crivit dalam 2 aksi. Gambar kiri - gantungan pada seatpost. Gambar kanan - gantungan pada toptube.

Thursday, August 04, 2011

Perengkuh Torque Bike Hand


Perengkuh torque Bike Hand YC-617-2S.

P erengkuh??? Mana pulak bang chik dapat istilah ni? Ha...istilah bukan main-main, bukan rekayasa sendiri tau. Memang diangkat daripada kamus istilah DBP. Anda boleh semak di sini. Dah percaya???

Anda biasa tengok catatan pada alat dan komponen basikal yang tertera bacaan 10Nm. Apa maksudnya tu? Secara mudahnya, maksudnya bolt yang mengikat komponen tersebut tidak boleh diketatkan lebih daripada 10Nm. Nm tu disebut newton-meter. Tandaan itu bukan saja-saja suka-suka dibuat oleh pengeluar komponen. Sebaiknya had pengetatan bolt perlu mematuhi had yang disarankan. Sering berlaku komponen retak akibat terlebih rengkuhan (over torquing).

Untuk mendapatkan bacaan torque yang betul, perlu ada alat ini. Kalau tidak, main agak-agak ikut berapa urat lengan yang timbul masa mengetatkan bolt. Memang tak tepat melainkan kalau anda mekanik super-pro.

Saya memang dah lamaaaaaa teringin sangat alat perengkuh torque ni. Jenuh dah mencari, tak berjumpa yang harga mesra poket. Mujur ada kawan si Abra ni yang terjumpa kemudian tercerita pulak. Apa lagi, peluang ini tidak dipersiakan. Sedang orang lain sibuk dengan baju raya, aku bantai beli tool raya. Heh...heh. Mem jangan marah aaaaa...Elok sangat ada tool ni. Sebulan cuti kayuh, boleh guna masa untuk torque correction. Konon!

Jom kita tengok perati dekat sikit alat perengkuh torque ni...

Inilah tonggak atau tulang belakang kepada alat perengkuh torque ini. Panjang 204mm dan berat 350gm. Terbahagi 3 bahagian - kepala ratchet, batang tengah dan penggenggam.
Bahagian penggenggam. Bahagian ini jugalah yang menjadikan alat ini perengkuh torque. Tahap kekuatan rengkuhan (torque) di dail di sini. Pendailan dibuat dengan memulas penggenggam. Pulas ikut jam untuk tambah, lawan jam untuk kurang. Penanda merah dengan senggatan yang mudah dilihat memudahkan penggunaan. Orang rabun dekat macam sayapun boleh nampak. Julat torque ialah 2Nm - 24Nm. Cukup untuk kegunaan sebuah basikal.
Kepala perengkuh dengan ratchet dua hala. Kepala bersaiz 1/4. Serasi dengan mana-mana penyesuai bit dengan saiz yang sama.

Set bit aka kepala sekeru (walaupun bukan semuanya sekeru) yang datang sekali dengan set ini. Bike Hand memberikan bit hex allen saiz 3,4,5,6, 8 dan 10. Turut memeriahkan perbarisan kawad cam bit ialah satu bit torx saiz 25. Torx saiz 25 ini biasa digunakan untuk bolt cakera brek. Tidak ada bit untuk pemutar sekeru leper atau philip. Kalau nak jugak, pandai-pandailah pergi cari sendiri kat kedai tupperware. Kenapa? Tak percaya? Sayapun tak percaya...

Gumbira sungguh rasa hati mendapat mainan ini hadiah kepada diri sendiri. Nak harapkan orang bagi prezen...hmmmmm, mana maunya?!!! Apapun tak boleh! Kepada kawan-kawan seperjuangan yang juga baru mendapat mainan ini - Abra, Miaomiao, Khalid xc dan lain-lain...LET"S TORQUE!!! Akmal Hizam jangan jeles yaaaaa...Yum...yum...sedapnya torque wrench panggang.

Thursday, July 21, 2011

Semaknya Bar Hendal Sang Raksa

B agaimana bar hendal anda? Apa yang tercongok di atasnya? Warga biasa untuk bar hendal MTB ialah penggenggam, penukar gear dan tuas brek. Ada yang sukakan bar hendal mereka ringkas dan mudah sehingga dicari cara melapangkannya. Bagaimana pula kalau bar hendal tu penuh sarat dengan tumpangan dan tenggekan? Semak lagi menyemakkan. Mahukah anda meredah denai dengan bar hendal semak begini?

Semaknya bar hendal!

Bar hendal Sang Raksa memang sengaja dikontotkan. Sudahlah kontot, dipasang pula berbagai alatan membuatkannya jadi semak dan berserabut. Jom kita tengok apa yang tercongok pada bar hendal Sang Raksa.


1 Kamera. Guna untuk mengambil video aksi kononnya.
Lampu suluh berkuasa tinggi dengan 3 mod nyalaan - biasa, terang dan kerlip. Suluhan boleh zoom. Waktu siang sebagai lampu amaran dan waktu malam untuk menyuluh kegelapan malam. Juga sesuai untuk menyuluh durian.2
3 Cyclometer. Panoram V12 dari Topeak. Untuk semakan halaju, jarak kayuhan, odo dan sebagainya.

Alat Gagal Pakai Sesat (GPS). Garmin 60CSx. Untuk penunjuk arah dan rakaman log trek.4

Itu gambaran bila semua alat sekulat dipasang. Memang nampak berserabai. Jom kita londeh peralatan yang dipasang untuk melihat bagaimana rupa braket pemegang yang melekap pada bar hendal.


Peralatan dilondeh mendedahkan braket-braket pemegang.
1 Pemegang kamera. Pemsangan dengan strap bergerigi. Cukup mudah untuk memasang dan menanggal. Serasi dengan bar hendal gemuk 31.8mm atau bar hendal biasa 22.2mm. Sayangnya, sekeru pemegang kamera tidak cemerlang. Ketegapan hanya sesuai untuk kayuhan jalanan. Kalau dibawa masuk ke denai, gegaran akan melonggarkan pegangan kamera. Alat dibeli di Amerika oleh seorang kawan.
Pemegang lampu suluh juga serasi untuk kedua-dua saiz bar hendal. Untuk bar 22.2mm, perlu ditambah pelapik. Alur pada tapak, serasi dengan alur pada pemegang lampu. Tapak boleh diputar 360° dengan titik hentian berbebola. Pemasangan mudah dengan bolt berkepala besar. Boleh dipulas dengan tangan tanpa perlukan alatan. Yang ini menjalankan tugas dengan cemerlang.2
3 Terlupa pulak nak melondeh meter. Tak dapat la nak tunjuk rupa tapak pemegang meter Topeak® ni. Lain kali sajalah, ya?

Pemegang GPS dari Garmin® dibuat untuk alat GPS Garmin siri 60. Set yang saya pakai hanya serasi untuk bar hendal saiz 22.2mm. Kalau mahukan pemegang untuk 31.8mm, perlu melabur lagi sebanyak RM40.00. Tak berbaloi pulak rasa. Makanya, ia dipasang pada kedudukan hampir dengan penggenggam di mana bar hendal mula menguncup. Set ini set yang kedua. Set pertama rabak bila terjatuh di atas jalan tar. Memasang dan membuka perlukan pemutar sekeru. Agak leceh.4

Friday, July 15, 2011

The Biking Chronicles of Pedal Bob Braino # 9 - "Brain Sweet Brain"

Technical sections like steep drop always forced Pedal Bob to dismount and gleefully push his bike. Something he didn't really like and trying very hard to overcome. He decided to do something about it by doing a "secret training". As dawn breaks, Bob was already up and about, pedaling away. Found a rather steep slope that would suffice for his skill enhancement purpose.

Trail was about 2 feet wide decorated with bushes on either side. A long dry spell made the soil lose and dusty. His heart raced, thumping faster and faster. He approached the slope shoulder. Paused momentarily to summon all the courage he could muster. Hesitation seeped in. He backed up a few paces, took a mighty big inhale and he was off. The bike rolled reluctantly. Slowly at first then started gaining speed once on the gradient. Bob steadied his grip. His head recalling all the steps to be done in that situation from his multiple readings from bike mags, websites and the like.

His head betrayed him because he could not put the steps in proper order. Panic kicked in together with a huge wave of regret. But...it was all too late. His finger froze and glued to the grip. Gravity took over increasing his speed. The 15 percent gradient gave a very awkward feeling. Down below, a papaya tree heavily laden with fruits. Few already in fiery bright orange color. Signs of ripeness. The strange law of accident that says "In time when you lose control of your vehicle, you will be directed towards an awaiting object regardless whether there is plenty of clear space around". As if there's a strong tractor beam projected from the papaya tree, Bob was pulled towards it. With a loud yell jumping out from his mouth, his front hit the papaya tree. It's rear still in motion, swung up, throwing him off the saddle, over the bar with his head aimed straight at the trunk. A loud THUD! and the whole of Bob piled at the foot of the tree. Moments later, a couple more thud followed suit. The disorganized percussion ended with a loud SPLAT!!!

Mesmerized, disoriented, Bob painstakingly rolled over and with all difficulty managed to rest his back on the papaya trunk. His heart racing. His breath short and fast. Gasping. His head throbbing. Ringing noise filled his ears. From the corner of his eye, he caught a glimpse of reddish, squishy substance strewn all over his shoulder. Slowly, he removed his glove. Brought his hand to his head. Helmet still strapped. Slowly he felt his helmet from front to back then back to front. He could feel moist, squishy bits and pieces all over his helmet. He paused momentarily before yelling out "OH NOOOOOO!!! MY BRAIN'S SPLATTERED! I'M GONNA DIE! I'M GONNA DIE!". Without realising, he brought his hand to his mouth. Curiosity persuaded him to have a taste of human brain before his last beat of heart. "Hmmmm...never knew that human brain tastes so sweet...".

Monday, April 18, 2011

Harapan Seorang Kawan...

M elagang roda bukan satu kerja mudah. Satu kerja yang perlu ketelitian, ketekunan, kehalusan dan kesabaran. Salah adun, salah anyam roda jadi gelong, jadi lonjong. Kalau pasang di basikal, boleh terasa enjut-enjut macam tarian poco-poco. Panjang pulak mukaddimah aku...Ni baru separuh ni. Sambung lagi...Aku pernah la pasang set roda dua tiga set sebelum ini. Jujur dan ikhlas aku cakap,aku sendiri belum berpuas hati tahap ketrampilan aku dalam bidang melagang set roda ini. Jenuh dan terkial nak siapkan satu roda. Berapa kali terbabas, tersalah masuk lubang jejari. Buka semula. Pasang balik. Naik jelak...Tapi, aku gagahkan juga. Dan...aku tak berani lagi nak sorongkan pipi untuk membuat set roda untuk orang lain...

Datang kawan aku si Pian. Dia ni tinggal nun di Penang nun. Di atas pulau tu, ada banyak kedai basikal dengan mekanik yang hebat-hebat. Tak cukup di pulau, di Seberang Perai tu, banyak juga kedai basikal yang juga hebat-hebat. Tak mau dia suruh depa buatkan set roda untuk dia. Tak mau...Tak tau apa pasal. Tak semena-mena dia datang kat aku...datang membawa harapan...

Dua ketul harapan yang dibawa...Hope Pro II.

Aku jadi gementar...Tak berani aku memikul harapan yang dibawa. Terlalu berat untuk aku letakkan harapan itu di atas batu jemala aku. Tangan dan jari-jemari aku masih keras kaku dalam seni melagang dan menganyam roda. Aku cuba menolak secara halus dan sopan, namun dia tetap dengan harapannya. Sehingga dia membuat perakuan yang apa saja hasil kerja tangan aku, dia akan terima tanpa soal bicara dan aku diberi luang masa sesuka hati aku untuk mengerjakannya...barulah aku sanggup menjunjung harapan itu. Berattttt...

Dua ketul harapan dihantar keribaan aku. Hope Pro II depan dan belakang. Warna GunMetal. Ketikan bunyi ratchet freehub body menggetarkan sukma. Membuat mata susah mau terpejam dan terlena.

Harapan dipasangkan dengan roda dari ZTR. Pian yang sudah semakin lasak lagi ganas memilih Crest untuk digandingkan dengan Hope Pro II. Satu gandingan yang ringan tapi lasak memadai untuk kayuhan XC-Trail dia. Rim ZTR Crest diperolehi daripada Greasebike.

Hub sudah ada, roda sudah ada, jari jemari belum. Aku luangkan satu petang untuk mencari jejari yang sesuai. Ukuran panjang jejari sudah diberikan. Untuk hub depan 262mm kiri dan kanan. Untuk belakang, 262mm kiri dan 258mm kanan. Aku sudahkan pencarian di Kedai Basikal R.N. Samy, Batu Caves sahaja. Tak berapa rajin untuk aku menjelajah ke kedai lain di Lembah Kelang. Jejari DT Swiss tak pasti model mana, warna hitam diangkut pulang. Kos meminang RM2.50 sebatang termasuk puting.

Bahan-bahan untuk diadun menjadi segunung harapan...

Roda ZTR Crest
  • Saiz : 26" x 24.4mm
  • Lubang : # 32
  • Berat : 340g
  • ISO : 559 x 21
  • ERD : 541
  • Lebar pita : 21 atau 25mm

Jejari dari DT Swiss. 48x261mm + 16x258mm.

Buku resipi aku...
Ramuan sudah siap. Aku tambah gementar. Ramuan santapan diraja nih. Mana mungkin aku, tukang masak picisan boleh mengadun, menumis, menggulai santapan diraja. Bahan disusun di atas meja. Moga dengan melihat susunan bahan akan tercetus ilham, tergamit keyakinan dan keberanian untuk memulakan kerja. Lazim tukang masak picisan akan terpaksa merujuk resipi untuk memasak. Aku keluarkan nota lakaran kasar aku bagaimana melagang roda. Aku amati betul-betul biar khatam. Kemudian tarik nafas dalam-dalam, dengan lafaz Bismillah...jejari pertama masuk ke lubang di hub. Dimulakan dengan hub depan kerana dirasakan lebih mudah. Jejari sama panjang kiri dan kanan. Jejari dimasukkan ke lubang di hub berselang seli. Atas, bawah, atas, bawah...
Menjolok jejari ke lubang roda. Berlapik kusyen tuuuu...

Selesai jejari dimasukkan ke hub, tiba masa memasukkan jejari ke lubang di roda. Tiga jejari pertama adalah kritikal. Dua jejari harus di halakan supaya lubang injap berada di antaranya. Kalau tersalah, jejari akan bersilang di atas lubang injap. Susah untuk kerja mengepam nanti. Berpandukan nota, kerja melagang jejari dimulakan.

Format lagangan ialah silang 3 (3 cross) untuk 32 jejari. Dipanggil 3 cross sebab setiap jejari merentas batang jejari lain. Memasukkan jejari ke lubang roda peringkat awal memang mudah. Jolok saja jejari hingga terjulur keluar dari lubang, sekerukan puting. Makin banyak jejari dimasukkan, akan berlaku tarikan. Jejari tidak lagi boleh dijolok keluar. Kerja menggentel puting jadi tambah rumit. Mujur aku pernah menuntut dengan seorang otai, Abang Da'i dari Dr Cycle. Dari dia aku dapat ilmu membuat alat menggentel puting jejari. Alat mudah yang memudahkan kerja menggentel puting. Nanti aku cerita pasal alat tu...Nanti tau.

Kerja menjolok dilakukan ikut sisi. Siapkan sisi demi sisi. 16 batang ikut susunan pada lubang. Silangan mesti betul supaya hasil akhir akan memberikan regangan yang cukup. Sisi yang terkedalam, sisi yang ada lubang cakera brek untuk hub depan dan sisi yang ada freehub body untuk hub belakang, di dahulukan, kemudian baru sisi yang satu lagi. Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah memastikan jejari masuk ikut off-set lubang yang betul bagi roda yang lubangnya digerudi sendeng, bukan di tengah-tengah bahagian tulang tengah roda. Sebab aku risaukan takut hub dan roda yang baru tercalar, kerja melagang jejari dibuat di atas kusyen. Tu diaaaa...Dan selesailah satu proses awal membina roda. Masakan masih belum siap. Baru separuh masak.

Roda depan tertenggek di atas alat imbangan. Yang merah macam tanduk tu penakat melintang. Yang merah hampir melekat pada roda itu, penakat menegak.

Jejari sudah ditempatnya. Tapi masih longgar dan kendur. Bentuk roda sudah terserlah. Tapi belum nampak tampan gagah. Tiba masa untuk alat imbangan dan jajaran roda bekerja. Set Minoura True-Pro Combo 2 dengan penuh gembira bangun dari tidurnya yang lama. Maklum, jarang-jarang guna. Dah berabuk berdebupun haaaa...

Roda yang bagus perlu seimbang kiri dan kanan dan perlu bulat sebulat-bulatnya, tidak lonjong. Itulah sasaran yang mesti dicapai dalam membuat imbangan roda ini dan Minoura True-Pro akan membantu. Alat saja pro, aku masih amatur hingusan. Seimbang bukan bermakna jejari sama panjang dan sama tegang kiri dan kanan. Seimbang bermakna roda perlu berada di tengah-tengah pada kerangka. Disebabkan bentuk hub, jejari akan panjang sebelah. Ini membuatkan kerja imbangan lebih mencabar.

Bermula dengan roda depan dulu kerana tahap kesukaran lebih rendah berbanding roda belakang. Perbezaan tahap regangan tidak terlalu besar seperti roda belakang. Roda ditenggekkan di atas mesin imbangan. Jejari sisi kiri diketatkan dulu. Ketatkan separuh menggunakan pemutar mesin. Kalau pulas sendiri dengan tangan, boleh, tapi lambat la. Lepas tu sisi kanan pula. Lepas diketatkan separuh, bermulalah bahagian paling mencabar...imbangan (ketar nih...ketar nih).

Penakat melintang(satu alat penanda had imbangan) diletakkan. Roda diputar. Kegelongan awal itu biasa. Berpandukan penakat, kawasan roda yang terkeluar dan termasuk dikenalpasti. Roda akan bersagat dengan penakat kalau terkeluar. Kerja tukang ialah untuk menghilangkan sagatan. Pelarasan dibuat dengan mengetatkan jejari yang berada di sisi bertentangan dengan bahagian roda yang menyagat. Pelarasan dibuat sedikit demi sedikit dengan puting diputarkan ikut arah jam. Pelarasan dibuat dalam suku atau setengah putaran. Tidak dibuat beberapa putaran sekaligus. Proses ini dibuat berulang-ulang pada jejari kiri dan kanan sehingga permukaan roda tidak lagi menyagat alat penakat dan roda berputar tegak pada paksi tanpa gelongan. Tukang yang mahir mungkin boleh mendapat hasil imbangan 100%. Tukang karut macam aku cukuplah dengan syarat minima 3mm kelegaan. Itupun jenuh berhempas pulas. Eh...tak ada hempas,cuma pulas saja.

Setelah imbangan dicapai, lonjongan pula dikerjakan. Penakat melintang direhatkan tugas. Penakat tegak pula melapor diri. Berupa satu kepingan yang dirapatkankan kepada bulatan luar roda. Roda diputar untuk mengukur lonjongan roda. Bahagian yang lonjong akan menyagat penakat menegak. Bila itu berlaku, sagatan kena dihilangkan. Ini dilakukan dengan mengetatkan puting jejari pada bahagian yang lonjong. Kali ini, jejari di kedua-dua belah diketatkan pada kadar yang sama. Pengetatan dibuat berdikit-dikit. Dalam suku atau setengah putaran. Proses diulang hingga sagatan hilang. Proses yang sama dilakukan pada tempat-tempat yang bersagat. Juga diperhatikan tempat yang jarak dengan penakat jauh melebihi 3mm. Ini berlaku kerana jejari diketatkan terlebih dari yang sepatutnya. Untuk bahagian ini, puting dilonggarkan. Juga berdikit-dikit. Begitulah prosesnya, hingga roda menjadi bulat. Sekali lagi, saya hanya mampu mendapat hasil ketepatan dalam lingkungan 3mm. Belum cukup mahir untuk dapat 100%.

Imbangan untuk roda belakang juga melalui proses yang sama. Setelah siap, aku cuba pasang roda pada fork dan frame untuk memastikan roda berada di tengah-tengah fork dan frame. Roda belakang cantik. Roda depan agak memberat ke kiri. Masuk balik roda depan ke mesin imbangan untuk mendapat "dishing" yang lebih tepat.

Dah siap!

Lega yang amat bila proses selesai. Aku sendiri masih tak berapa puas hati dengan hasil kerja aku. Nak aku godeh lagi takut jadi seperti pengalaman lepas. Benda dah agak elok digodeh langsung jadi kurang elok. Terpaksa aku telan saja rasa tak puas hati aku.

Sementara menunggu barang diserahkan kepada pemiliknya, set roda segunung harapan ini dibungkus rapi dengan plastik "shrink wrap" yang biasa orang guna untuk membungkus makanan. Siaplah sudah masakan aku. Entah apa rasa agaknya. Harap nanti, puaslah hati kepada yang empunya barang. Harap nanti berjayalah aku memenuhi harapan seorang kawan.