Monday, May 18, 2009

Minoura True-Pro Combo 2

"Learn balance, Daniel-san...Learn balance", kata Miyagi-san kepada anak muridnya, Daniel Larusso dalam filem Karate Kid. Daniel-sanpun terus tekun berlatih jurus bangau, cuba menguasai jurus imbangan tendangan satu kaki burung bangau...Berjengket satu kaki di atas tiang di tepi pantai...

Ceh... ke mana aku melalut daaa??? Bukan nak cerita pasal karate tetapi sesuatu yang berkenaan dengan imbangan dan jajaran. Haa...dua kata kunci ni dah boleh agak mesti pasal roda. Anda betulllll!

Dalam usaha menambahkan lagi khazanah ilmu basikal, aku telah melabur sedikit wang untuk membeli alat untuk imbangan dan jajaran roda. Bukan sebarang alat tau, dibawa langsung dari Jepun. Dihantar dengan tangan. Terima kasih ManP2 (yang hensem, budiman, murah hati dan lain-lain lagi).

Memperkenalkan Minoura True-Pro Combo 2
Alat untuk imbangan dan jajaran roda dari Minoura. Didatangkan sekali dengan "Dishing tool" dan "Nipple Wrench"


Minoura Truing Stand - siap untuk beraksi. Boleh dilipat untuk mudah dibawa ke sana ke mari.

...dari depan

Pelaras sisi dan pelaras bulat

...dari belakang

Alat pengimbang ini didatangkan sekali dengan set Tri-Gauge 2, dishing gauge dan nipple wrench.


Tri-Gauge 2 - untuk menentukan kedudukan pelaras.

Nipple wrench(kiri) dan dishing tool .

Kita lihat dulu gambar dan rupabentuk alat ini. Saya nak cerita lebih-lebihpun saya tak tahu. Baru nak luang masa nak telaah manual dan cuba-cuba. Datang balik ke mari untuk cerita seterusnya tentang alat ini.

4 comments:

mynameiskoko said...

Boleh support through axle ke? Takkan kena switch novatec hub ke QR mode?

BC Kelolo said...

True (pun intended) observation indeed, Koko.

Sekarang tengah garu kepala macam mana nak masukkan hub thru-axle.

mynameiskoko said...

Dah tengok Joe punya solution? Boleh pakai tak?

http://joeadnan.blogspot.com/2008/10/casper-my-maverick-durance.html

mr.beskal@gmail.com said...

wahhhh buleh laaa hantar rims buat truing ngan BC nnt.hehehe..ganaih2...

Baru tnya2 member2 kedai beskal berapa benda nie 1..Nampaknya BC lagi cepat.

Pssttt, Bc beli 1 set berapa harga?