KAYUH SIANG | KAYUH MALAM |
Ada matahari. | Kadang-kadang ada bulan, kadang-kadang tak ada bulan. |
Tak payah guna lampu. | Perlukan lampu yang terang untuk menyuluh denai dan laluan. |
Suasana cerah. Boleh nampak sekeliling. | Gelap. Penglihatan terhad kepada suluhan lampu sahaja. |
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi lebih jelas kelihatan. Lebih ruang masa untuk mengelak atau menyelamatkan diri. | Kawasan bahaya dan berisiko tinggi kurang jelas kelihatan. Ruang masa untuk mengelak dan menyelamatkan diri lebih singkat. |
Tahap siap siaga agak rendah kerana terdorong bersikap sambil lewa kerana semuanya jelas kelihatan. | Terdorong meningkatkan tahap siap siaga kerana penglihatan terhad. |
Suasana panas. Nyahhidrat lebih cepat. Perlukan lebih banyak air. | Suasana lebih sejuk. Nyahhidrat lebih perlahan. Tidak perlukan banyak bekalan air. |
Tipuan optik dan penderaan mental. Imej denai-denai mencabar mendera mental kerana semuanya jelas kelihatan. Otak berkecenderungan mendorong fikiran negatif. | Apa yang tidak kelihatan, tidak menakutkan. Cerun-cerun dan bukit yang tidak boleh dikerabat waktu siang mampu dikerabat waktu malam kerana mata tidak nampak keseleruhan cerun. Hanya bahagian yang disuluh sahaja. Dibantu dengan suasana tidak panas, badan lebih mampu untuk mendaki berbanding siang. |
Tahap siap siaga perlu berada pada seratus peratus. | Tahap siap siaga perlu berada pada dua ratus peratus terutama pada laluan menurun. Lopak, bonggol dan lubang tidak berapa jelas kelihatan. Kedudukan tubuh dalam “attack position” membolehkan tindakbalas yang lebih pantas bila berhadapan dengan cabaran yang tiba-tiba datang. |
Kurang risiko terserempak haiwan dan unggas. | Lebih risiko terserempak haiwan dan unggas kerana banyak haiwan bersifat nocturnal (aktif pada waktu malam). |
Penggantungan kepada deria penglihatan sebagai deria utama. | Deria penglihatan semata-mata tidak lagi menjadi deria utama. Semua deria diaktifkan – pendengaran, deria rasa pada tangan, kaki dan semua anggota badan menjadi lebih aktif dan tajam dalam usaha mengimbangi keterbatasan keupayaan deria penglihatan. |
"Fear Factor" dalam bentuk ancaman dan bahaya yang terzahir dan boleh dilihat mata - jurang, gaung, lubang, binatang liar. | "Fear Factor" sama seperti siang ditokok dengan elemen-elemen mistik. |
Thursday, October 06, 2011
Kayuh Siang VS Kayuh Malam
Friday, July 11, 2008
Hampa Tera? : Cuba Lompat Balak...
| AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. |
Saya merayau-rayau di ruang siber tanpa tujuan khusus. Google sana,Google sini, terjumpa artikel ini. Saya rasa sangat sesuai, mudah dan berguna untuk panduan maka saya usaha sikit untuk terjemah dan tempelkan di sini. Semoga anda juga mendapat manfaat.
Artikel asal bertajuk Mountain Biking : How To Jump A Log oleh Gary Thomann. Diceduk dari laman web Adirondack Sports and Fitness. Saya cuba terjemahkan untuk panduan bersama. Terjemahan dibuat tidak mengikut piawaian mana-mana ISO dan tidak mengikut garispanduan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada beberapa tokok tambah sebagai penyedap rasa. Iqra'!
Biasanya, bagi sesetengah penunggang, bertemu dengan balak melintang di tengah jalan bukan sesuatu yang dialu-alukan. Apa yang patut dibuat bila berdepan keadaan begini?
- Turun basikal dan pikul basikal melepasi balak (saya masuk kategori ini - Kelolo)
- Berlaku gegaran pada tulang yang berakhir dengan jatuhan pada sisi atau dihumban melepasi bar hendal. Dah balak tu dilanggar berdepan...Dalam sejarah pertembungan berhadapan basikal dengan balak, jarang sangat balak mengalah.
BUKAN, bukan, bukan. Itu tak betul. Gegancu tak payah sentuh apa-apa, balak, batu atau bangku kat dapur. Cara yang betul untuk melepasi balak ialah menggunakan teknik dan pemasaan dan boleh diterimapakai pada sebarang kelajuan. Ia tak sama macam lompat arnab (bunny hop) yang memerlukan kelajuan. Selain balak, ia juga boleh digunakan untuk melepasi batu, akar dan banir dan memanjat tebing. Saya biasa menggunakannya tak kurang 50 kali dalam satu kayuhan. Tugasan anda bulan ini ialah belajar dan memahirkan teknik ini.
Bahagian 1
Pada asasnya, untuk kayuh melepasi balak anda perlu angkat tayar depan. Senang saja? Bukan turun basikal, cabut tayar, kemudian angkat. Itu memangla senang. Ini angkat tayar depan semasa sedang berkayuh. Untuk belajar dan berlatih, cari platform kayu kira-kira 5inci tinggi dan panjang 6 kaki. Kayuh ke arah platform; dalam jarak 10 kaki di depan platform, berdiri dalam kedudukan bersedia, pedal dalam kedudukan rata melintang, bengkokkan lutut sedikit dan ponggong terangkat dari pelana. Bersedia seolah dalam kedudukan nak menerkam. Sebaik menghampiri platform tekan bar hendal kemudian angkat dan letakkan tayar depan ke atas platform. Teruskan ke hadapan. Untuk peringkat ini biarkan dulu tayar belakang melanggar paltform dan naik ke atas platform.Anda perlukan sedikit kelajuan; kalau anda mendekati platform dengan perlahan, bila anda mengangkat tayar depan, basikal tidak akan terus ke hadapan ke atas platform. Latihkan ini berulang-ulang sampai anda naik muak dan jelak. Cuba pelbagai kelajuan. Tinggikan platform jika perlu. INGAT! Anda bukan sahaja mencampakkan tayar depan ke udara; malah anda perlu mengangkat dan meletak. Buatkan tanda X pada platform beberapa inci dari hujung paltform. Latih tubi dan biasakan diri meletakkan tayar depan pada tanda X. Berlatihlah sampai "lebam" (ni Kelolo tambah...)
Bahagian 2
Sekarang, perluaskan kemahiran dan pemasaan. Mulakan seperti di atas, dan sebaik meletakkan tayar depan ke tanda X atas platform, condongkan badan sedikit ke depan, angkat tayar belakang naik ke atas platform (lebih berkesan kalau pakai pedal berkelit). Pergerakan tadi seharusnya senyap iaitu tiada ketukan atau gegaran kuat. Itu sajalah...Senang bukan?Eh...tak jugak. Tak la semudah itu. Belajar kemahiran ini ada 2 bahananya, dan dua-dua boleh berlaku kepada anda. Pertama, anda angkat tayar depan awal sangat. Tayar yang sepatutnya diletak atas platform, terletak di depan platform. Platform dah jadi penyekat. Anda mungkin terhenti tiba-tiba atau dihumban melepasi bar hendal. Bahana kedua lagi tak tersangka; selepas meletakkan tayar depan dengan cantik, anda tunggu terlebih lama dan mengangkat tayar belakang bila tayar depan mencecah hujung platform. Akibatnya, terhasil kombinasi dua daya angkat ke atas tayar belakang. Tayar belakang diangkat melebihi had dan anda akan dihumban ke depan melepasi bar hendal. Bahana kedua ini cukup mengecewakan kerana pada mata kasar nampak macam anda sudah buat semua dengan betul. Betul semua dah betul. Cuma pemasaan terlewat beberapa saat mengangkat tayar belakang itu yang tak betul.
Langkah Keselamatan
Jarang ada orang yang belajar kemahiran lanjutan peringkat aura tinggi tanpa jatuh tergolek dog. Kalau jatuh-jatuh ni menjadi masalah kepada anda (anda tulang rapuh, kulit sensitif dan lambat sembuh kalau luka etc) baik tak payah cari penyakit. Bila berlatih, cuba minimakan risiko kemalangan. Dapatkan bantuan kekawan untuk bersedia menyambut anda kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bantuan kekawan ini bukan saja melindungi penunggang, malah turut membantu menambah keyakinan dan mempercepatkan proses pembelajaran. Jangan cari kawan yang becok dan celupar sudah.Pakailah alat perlindungan. Helmet semestinya. Cuba juga biasakan dengan pelindung siku dan lutut. Biasanya bila terjatuh, bahagian dua sendi yang terjojol ini yang terkena dulu. Saya suka pakai vest plastik motocross. Ia memberikan lebih perlindungan kepada dada dan bahu dan tidak berat. Masalahnya sekarang tak tahu kat mana perginya sebab ada satu mamat sudah pinjam. Lupa pulang balik agaknya... Sebaiknya, pakailah alat-alat keselamatan semahu anda. Saya biasa berlatih menggunakan pelindung siku dan lutut, helmet penuh muka dan pelindung dada.
Lagi perincian...
Masalah biasa teknik ini ialah sela tangguh di antara meletakkan tayar depan dan mengangkat tayar belakang. Tiada tangguhan itu. Tak boleh tangguh-tangguh. Bila sudah mahir tahap aura paras 3, boleh maju setingkat lagi ke aras mengangkat tayar belakang sebelum tayar depan mencecah. Ni dah kira tahap aura 5 nih. SuperGuru punya tahap.Cuba buat begini - kayuh menuju platform, angkat tayar depan macam biasa, kemudian, bila tayar depan hampir-hampir mencecah platform (jarak kira-kira 1-2inci kot?), angkat tayar belakang. Tayar depan akan menepuk saja tanda X sementara tayar belakang dah terapung di udara.
Untuk melompat balak, kayuh ke arah balak, bila di depan balak, angkat tayar depan. Sambil tayar depan melepasi balak, angkat pula tayar belakang. Bila belakang ternagkat, tayar depan akan menepuk balak dikuti tayar belakang yang akan melepasi balak dengan kelegaan 1 atau 2 inci. Tapi yang paling lega ialah sang penungganglah sebab dah lepas satu bala(k). Tiada peluh (mahunya takder! Original text says "No sweat.."), tiada gegar-gegar. Teknik ni boleh dilakukan pada sebarang kelajuan sebab anda sentiasa mengangkat tayar belakang supaya tayar depan menepuk balak. Sebagaimana yang saya telah sebut, pemasaan sangat-sangat penting dan latihan adalah untuk menyempurnakan pemasaan anda. Teruskan berlatih sehingga seluruh proses menjadi automatik dan seolahnya tabi'e. Sekiranya mahir, anda menguasai satu kemahiran menunggang trail aura tahap 5 tertinggi yakni tahap Gaban.
Wednesday, July 02, 2008
Akademi Fun-Teresia LTM 08
I liken my recent 2 rides to same ingredient cooked by maestro chefs, produced tasty delicacies. The ingredient - LTM terraces. The maestro chefs - Degawan and Pechiko. Strange, when you come to think of it, how come the same thrill which you have ridden before can give different level of thrill and excitement?
I think the secret lies in how you ride it. More than often, in previous rides, when I was confronted with a more technically challenging section, I would be more than happy to dismount and tackle it with both feet on the ground. Almost everybody did the same. So we missed out the challenge not realising that that was the best part of the ride. But in the last 2 sessions, we spent time to try to tackle the challenge. Scared? It's natural to be scared but the exhilaration of overcoming the fear and pushing your capability envelope give greater satisfaction.
With that, we went to LTM again. My missus especially, was feeling rather vengeful, when she tumbled 4 times the week before. She wanted to get revenge...Her feat last week inspired more ladies to participate. Zini, Lis' wife, and Sharmine, Jaf's wife, decided to take on the challenge.
THE TERRACE DROPS JUNKIES...
The Akademi Fun-teresia - Season 2
Front, from left - Me, Lis' daughter, Fazidah (triathlete), Sharmine, Ummu, Sarah, Ikmal.
Second row, from left - Aboi, Farihah (my daughter), Daniel, Aboi's son, Muda, Pine, Langgark, Jafmus, Hashim Degawan, Pechiko.
Last row, from left - Shahrul, Naquiyah (Shahrul's daughter), Zini, IkanBilis,Wan, Emir.
|
Going in circa 0900 hrs. |
Lis, Zini and daughter... |
The welcoming mat never fail to throw in climbing challenge. The challenge lies in finding the proper line amidst the rutted surface and to overcome the gradually steeping slope.
|
Getting acquainted with the terraces and its drops at T3 |
Blasting down T3 finale |
|
Young talents... |
New flava pizza awaiting unwary riders at the bottom of the slope |
Excitement was high that day. Perhaps due to the presence of Pechiko, who returned from Kota Bharu, and also triggered by news, stories, pics and vids of last week's ride.
The climax of the ride was at T2 where terrain was more challenging. Fast slopes with drops add spices. Some recorded new achievement of cleaning all the slopes. Lis for one, had a joyful and exhilarating time of scoring personal record astride his NRS. Children literally made the slopes looked like child's play.
My missus decided to take it easy after a record of 4 endos last week. When we were about to wrap up T2 and head for home, Chiko somehow managed to talk her into trying. She gave in and went for the challenge. First attempt saw her leap frogging from her bike when the fron tire bucked at the bottom of the slope. She tried again but pulled the front brake much too early. She was hurled off from the bike and her chin slammed onto the palm frond. Luckily, it was a rotten one and it crushed like biscuits. So, that was it. We called it a day and head for home.
Vids of the ride.
T3 finale
Kids Fun. It's just child's play...
Our teens. Boy, were they fast!
Senior riders. Slower but steady...
LTM T2 Hot pursuit
Monday, January 21, 2008
Jurus-jurus Silat MTB
Adapun hamba bukanlah manusia yang handal dalam ilmu persilatan maupun ilmu alam atau ilmu hisab. Maka karena tiada tahu hamba, lalu hamba pergilah berguru kepada beberapa orang guru yang handal-handal. Walaupun guru-guru hamba handal belaka, tiadalah hamba menjadi handal seperti mereka akan karena bebalnya hamba. Walau banyak ilmu yang cuba diajar, sedikit sahajalah yang hamba mendapat. Maka dipesan akan guru hamba, ilmu walau sedikit kalau disebar akan menjadi banyak, maka menurutlah hamba kan pesan guru hamba.
Dengan rendah diri hamba cuba perturunkan sedikit jurus-jurus yang hamba telah pelajari untuk dikongsi bersama dengan tuan-tuan;
1. Jurus Telunjuk Lurus Jari Hantu Berkait
Jurus ini amat sesuai untuk mereka yang menggunakan shifter jenis rapid fire. Jari telunjuk pada penukar gear manakala jari hantu pada tuas brek. Maka dengan itu tiadalah perlu beralih-alih jari apabila mahu menukar gear atau menarik tuas brek. Akan tuas brek itu tiadalah perlu kepada beberapa jari melainkan satu jari sahaja iaitu jari hantu. Maka jari-jari manis dan jari kelingking bolehlah disimpan untuk kegunaan lain. Jari manis buat disarung cincin dan jari kelingking guna buat mengorek hidung.
2. Jurus Pak Maun Menari Twist
Jurus ini dinamakan sempena Pak Maun yang teramat gemar menari twist dan membaca syair. Gerakan ini menggunakan sendi lutut dan buku lali. Gerakan bermula dengan menggerakkan lutut ke sebelah luar seraya dengan itu buku lali juga digerakkan ke arah luar supaya kaki jadi mencapah. Guna jurus ini ialah kepada mereka yang memakai sepatu yang boleh melekat kepada rakap (pedal). Jurus ini kalau tiada dimahiri nescaya akan kelihatanlah kejadian tumbang tanpa sebab bagai nangka dan cempedak busuk jatuh bedebab. Jurus ini wajib dimahiri bagi mereka yang memakai sepatu melekat berkelit. (cleat). Jurus ini boleh dimantapkan lagi dengan latihan diiringi lagu twist.
3. Jurus Monyet Memeluk Dahan
Jurus ini memerlukan depaan tangan yang kemudian dikuncupkan. Tangan kanan akan bertemu tangan kiri seraya membentuk satu bulatan sambil tangan kanan dan kiri memegang erat satu sama lain dengan jari jemari disulamkan di antara tangan kanan dengan tangan kiri. Guna jurus ini ialah supaya dapat memegang sesuatu yang sebesar sepemeluk atau kurang. Jurus ini amat berguna apabila menuruni bukit dan basikal meluncur melebihi had laju ditokok dengan brek yang tiada makan. Apabila ini berlaku, penunggang melontarkan dirinya dari basikal sambil mencari pohon-pohon sebesar sepemeluk atau kurang. Apabila mendapati pohon yang sedemikian, penunggang perlu menggunakan jurus ini untuk memeluk pohon tersebut supaya tiadalah penunggang terhumban ke bawah gaung dan mendapat kesakitan dan kelukaan.
4. Jurus Goyang Bontot Harimau Berantai
Jurus ini penting bila menuruni cerun terutama yang curam lagi menggayatkan. Langkahnya, sebaik menghampiri cerun, apabila tayar hadapan mula menurun, kemaskan genggaman pada hendal. Berdiri di atas rakap sehingga bontot melepasi pelana. Goyangkan sedikit bontot ke kiri sekali dan ke kanan dua kali seberapa cepat. Kemudian hayunkan bontot ke belakang pelana dengan memastikan ada sedikit jarak kelegaan di antara "anu" dengan pelana supaya tiada berlaku perlanggaran dan kecederaan kepada anu. Untuk lebih berkesan dan merasakan lebih bersemangat sayugia juga mengaum sedikit sepertimana mana harimau ketika menghayun bontot ke belakang pelana.
InsyaAllah, jurus ini membolehkan tuan hamba menuruni cerun dengan lebih yakin dan selamat karena berat tuan hamba telah dipindahkan ke belakang. Ini akan membantu kenderaan tuan hamba "melekat" kepada cerun dan tuan hamba tidak dihumban ke hadapan.
Hamba ingin mengingatkan bahawa bontot itu jangan terlalu direndahkan karena khawatir bontot tuan hamba akan disagat oleh tayar belakang tuan hamba. Adapun jika berlaku sedemikian akan kesakitanlah nanti dubur tuan hamba dan sukarlah nanti tuan hamba melepaskan hajat.
5. Jurus Kuda Galak Menunjal Hadapan
Umpama kuda menunjal kaki hadapan, jurus ini memerlukan tuan hamba mengangkat tayar depan basikal tuan hamba sama ada untuk seketika atau untuk beberapa lama bergantung kepada tahap kemahiran tuan hamba. Jurus ini berguna untuk membantu tuan hamba melepasi halangan-halangan dalam rupa kayu, batu atau bonjolan tanah. Jurus ini juga akan menjadi jurus asas kepada jurus-jurus lain yang akan dibicarakan kemudian.
Sepertimana lazim, sebelum berlatih jurus ini pastikan tuan hamba sedia berpakaian keselamatan. Tiadalah hamba mahu dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kemalangan ke atas tuan hamba. Sayugia juga diingatkan, sekiranya tuan hamba memakai sepatu berkelit, berhatilah. Janganlah tuan hamba pasakkan kelit tuan hamba kepada rakap. Nescaya mengundang bencana sekiranya tuan hamba tiada dapat melepaskan kaki tuan hamba apabila berlatih menggunakan jurus ini.
Jikalau tuan hamba sudah bersedia, marilah kita memulakan. Sebagai persediaan, letakkan piring gegancu tuan hamba pada piring tengah, manakala piring belakang juga sesuai menggunakan piring tengah.
Kayuh perlahan-lahan lagak kuda berjalan santai adanya. Kemaskan pegangan pada hendal. Apabila rakap berada pada kedudukan pukul dua, henjut badan ke belakang sambil tangan merentap hendal seolah mahu mengangkat hendal. Serentak dengan itu, tujah pedal sekuat hati supaya basikal meluncur ke hadapan. Gabungan angkatan hendal, pindahan berat badan ke belakang dan tujahan engkol akan mengangkat tayar depan. Jangan lupa kedudukan punggung masih lagi di atas pelana. Tuan hamba perlu terus berkayuh sambil menyeimbangkan putaran engkol dengan kelajuan yang sesuai. terlalu perlahan, tayar depan akan kembali ke bumi. Terlalu laju, tuan hamba akan terlentang.
Dalam beberapa cubaan awal tuan hamba mungkin hanya mampu mengangkat sedikit sahaja tayar hadapan. Tidak mustahil juga kalau tuan hamba akan terlebih "angkat" sehingga basikal hampir terlentang. Tuan hamba perlu banyak mencuba sehingga tuan hamba dapat merasa sendiri di mana titik keseimbangan tuan hamba. Apabila titik keseimbangan sudah didapati, tuan hamba bolehlah berkayuh di sekeliling desa dengan hanya tayar hadapan tergantung diawangan. Barang diingat, penduduk desa mungkin tidak menyenangi perbuatan tuan hamba terutama kalau tuan hamba telah lanjut usia. Tuan hamba mungkin akan dianggap mat rempit dan akan dilempari dengan kata nista, kalaupun tidak dilempari dengan telur tembelang atau buah tomato busuk. Jangan dikata hamab tiada memberi amaran.Hamba ingin mengingatkan bunyi dari ceritera hamba ini seolah senang sahaja membuat jurus kuda menunjal ini. Padahal, tersangatlah sukar. Hamba sendiri masih tiada berjaya melakukannya walau sudah berlatih sekian lama malah sudah beberapa kali pergi bertapa ke Bukit Kiara dan Gunung Gombak untuk memantappkan jurus ini namun masih tiada berhasil...
Hamba rasa cukuplah dulu sebagai permulaan. Masih ada beberapa lagi jurus-jurus yang hamba ingin kongsi bersama. InsyaAllah pada lain masa jika diizinkan Tuhan. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang sedikit ini. Allahualam.

