Friday, December 28, 2007

Anatomi Sebuah Basikal Gunung

Ramai orang naik basikal. Berapa ramai yang "kenal" basikal yang dia naik? Mari kita sama-sama berkenalan dengan basikal gunung yang kita kerabat ke sana ke mari.

Sengaja saya guna istilah Bahasa Melayu sebab kurang sangat rujukan untuk peminat basikal dalam Bahasa Melayu. Rujukan dalam Bahasa Inggeris dah berlambak. Tak perlu sorang lagi blogger menambahkan benda yang sudah berlambak.  Mencurah sesudu garam ke laut tidak akan merubah rasa air laut.

Peringkat awal mungkin janggal sikit guna istilah Bahasa Melayu. Maklum sebab tak biasa. Bunyipun macam kelakar. Kalau rasa nak tergelak, gelak sajalah. Tapi...ingatlah, anda sebenarnya sedang mentertawakan bahasa ibunda anda sendiri...

NOTA : Istilah yang dipakai bukan datang dari DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Ia dikutip dari terjemahan sendiri dan perbualan-perbualan sesama pengayuh basikal dan istilah-istilah yang telah sekian lama diterimapakai secara tidak rasmi.

EKOR KERAS YANG TIPIKAL (A TYPICAL HARD TAIL)
 

LabelDeskripsiLabelDeskripsi
LabelDescriptionLabelDescription
1Bar hendal/handle bar17Gear belakang/Rear derailer
2Penukar gear/Shifter18Kaset/Cog, Cassette
3Tuas brek/Brake lever19Roda/Rim
4Kabel/Cable20Tayar/Tire
5Tiub kepala/Head tube21Palang pelana/Seat stay
6Sepit udang, semanggang/Fork22Brek-V/V-brake
7Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper23Gear hadapan/Front derailer
8Cakera brek/Brake disc24Tiub pelana/Seat tube
9Gelendong, buyong/Hub25Batang pelana/seat post
10Jejari/Spoke26Pelana/Saddle
11Injap/Valve27Ampaian belakang/Rear shock
12Rakap/Pedal28Tiub atas/Top tube
13Engkol/Crank29Tiub bawah/Down tube
14Gegancu/Chainring30Set kepala/Head set
15Rantai/Chain31Dahan/Stem
16Palang rantai/Chain stay

Gabungan tiub kepala, tiub atas, tiub bawah, tiub pelana, palang rantai dan palang pelana membentuk kerangka (frame) basikal yang merupakan struktur utama sesebuah basikal. Untuk penjelasan lebih terperinci tentang kerangka basikal MTB rujuk Kenali Komponen Basikal - Kategori Basikal MTB.

AMPAI PENUH YANG TIPIKAL (A TYPICAL FULL SUSPENSION)

4 comments:

Aisyah said...

Hehehe... bahasanya lucu kali Om... ada banyak macam tiub tiub, tiub atas, bawah, malah ada tiub kepala tak adakah tiub kaki? hahaha..lol. but that's great anyway.
Salam berjuta sepeda dari indonesia.

Luq Hakim said...

Good work. Tak rasa lucu pun. Boleh rekemen kat DBP.

cikman22jp said...

perbendaharaan kata yg baik

paklang said...

Laa.. gerek(basikal) laa ni mana pakai sepit udang. Sepit udang kat roda belakang bro, roda depan tak ada sepit udang, semanggang ada laa... anayway bro paklang ucap tahniah usaha yang baik