Thursday, October 06, 2011

Kayuh Siang VS Kayuh Malam


Sekarang ni dah makin ramai yang galak berkayuh off road pada waktu malam.  Satu masa dulu, kayuh off road malam-malam dianggap gila.  Sekarang gila itu sudah bertukar menjadi kegilaan.  Jom kita tengok sepintas lalu apa perbezaan kayuh siang dengan kayuh malam.

KAYUH SIANG
KAYUH MALAM
Ada matahari.
Kadang-kadang ada bulan, kadang-kadang tak ada bulan.
Tak payah guna lampu.
Perlukan lampu yang terang untuk menyuluh denai dan laluan.
Suasana cerah.  Boleh nampak sekeliling.
Gelap.  Penglihatan terhad kepada suluhan lampu sahaja.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi lebih jelas kelihatan.  Lebih ruang masa untuk mengelak atau menyelamatkan diri.
Kawasan bahaya dan berisiko tinggi kurang jelas kelihatan.  Ruang masa untuk mengelak dan menyelamatkan diri lebih singkat.
Tahap siap siaga agak rendah kerana terdorong bersikap sambil lewa kerana semuanya jelas kelihatan.
Terdorong meningkatkan tahap siap siaga kerana penglihatan terhad.
Suasana panas.  Nyahhidrat lebih cepat.  Perlukan lebih banyak air.
Suasana lebih sejuk.  Nyahhidrat lebih perlahan.  Tidak perlukan banyak bekalan air.
Tipuan optik dan penderaan mental.  Imej denai-denai mencabar mendera mental kerana semuanya jelas kelihatan.  Otak berkecenderungan mendorong fikiran negatif.
Apa yang tidak kelihatan, tidak menakutkan.  Cerun-cerun dan bukit yang tidak boleh dikerabat waktu siang mampu dikerabat waktu malam kerana mata tidak nampak keseleruhan cerun.  Hanya bahagian yang disuluh sahaja.  Dibantu dengan suasana tidak panas, badan lebih mampu untuk mendaki berbanding siang.
Tahap siap siaga perlu berada pada seratus peratus.
Tahap siap siaga perlu berada pada dua ratus peratus terutama pada laluan menurun.  Lopak, bonggol  dan lubang tidak berapa jelas kelihatan.  Kedudukan tubuh dalam “attack position” membolehkan tindakbalas yang lebih pantas bila berhadapan dengan cabaran yang tiba-tiba datang.
Kurang risiko terserempak haiwan dan unggas.
Lebih risiko terserempak haiwan dan unggas kerana banyak haiwan bersifat nocturnal (aktif pada waktu malam).
Penggantungan kepada deria penglihatan sebagai deria utama.
Deria penglihatan semata-mata tidak lagi menjadi deria utama. Semua deria diaktifkan – pendengaran, deria rasa pada tangan, kaki dan semua anggota badan menjadi lebih aktif dan tajam dalam usaha mengimbangi keterbatasan keupayaan deria penglihatan.
"Fear Factor" dalam bentuk ancaman dan bahaya yang terzahir dan boleh dilihat mata - jurang, gaung, lubang, binatang liar.
"Fear Factor" sama seperti siang ditokok dengan elemen-elemen mistik.

2 comments:

Abra said...

Orang kata bila berkayuh denai, basikal tuju kemana saja hala pandangan mata. Masaalahnya bila kayuh malam, mata melilau sebab kalau takat jeling-jeling tak nampak jelas.
Kena tang denai tepi gaung.. he he he..

Azizan Zolkipli said...

nak tambah satu. boleh ? kayuh malam ni perut cepat lapor lah bro. itu boleh meningkatkan kos makan-minum, terutama kalau tengah 'touring' hahaha ...