Thursday, July 21, 2011

Semaknya Bar Hendal Sang Raksa

B agaimana bar hendal anda? Apa yang tercongok di atasnya? Warga biasa untuk bar hendal MTB ialah penggenggam, penukar gear dan tuas brek. Ada yang sukakan bar hendal mereka ringkas dan mudah sehingga dicari cara melapangkannya. Bagaimana pula kalau bar hendal tu penuh sarat dengan tumpangan dan tenggekan? Semak lagi menyemakkan. Mahukah anda meredah denai dengan bar hendal semak begini?

Semaknya bar hendal!

Bar hendal Sang Raksa memang sengaja dikontotkan. Sudahlah kontot, dipasang pula berbagai alatan membuatkannya jadi semak dan berserabut. Jom kita tengok apa yang tercongok pada bar hendal Sang Raksa.


1 Kamera. Guna untuk mengambil video aksi kononnya.
Lampu suluh berkuasa tinggi dengan 3 mod nyalaan - biasa, terang dan kerlip. Suluhan boleh zoom. Waktu siang sebagai lampu amaran dan waktu malam untuk menyuluh kegelapan malam. Juga sesuai untuk menyuluh durian.2
3 Cyclometer. Panoram V12 dari Topeak. Untuk semakan halaju, jarak kayuhan, odo dan sebagainya.

Alat Gagal Pakai Sesat (GPS). Garmin 60CSx. Untuk penunjuk arah dan rakaman log trek.4

Itu gambaran bila semua alat sekulat dipasang. Memang nampak berserabai. Jom kita londeh peralatan yang dipasang untuk melihat bagaimana rupa braket pemegang yang melekap pada bar hendal.


Peralatan dilondeh mendedahkan braket-braket pemegang.
1 Pemegang kamera. Pemsangan dengan strap bergerigi. Cukup mudah untuk memasang dan menanggal. Serasi dengan bar hendal gemuk 31.8mm atau bar hendal biasa 22.2mm. Sayangnya, sekeru pemegang kamera tidak cemerlang. Ketegapan hanya sesuai untuk kayuhan jalanan. Kalau dibawa masuk ke denai, gegaran akan melonggarkan pegangan kamera. Alat dibeli di Amerika oleh seorang kawan.
Pemegang lampu suluh juga serasi untuk kedua-dua saiz bar hendal. Untuk bar 22.2mm, perlu ditambah pelapik. Alur pada tapak, serasi dengan alur pada pemegang lampu. Tapak boleh diputar 360° dengan titik hentian berbebola. Pemasangan mudah dengan bolt berkepala besar. Boleh dipulas dengan tangan tanpa perlukan alatan. Yang ini menjalankan tugas dengan cemerlang.2
3 Terlupa pulak nak melondeh meter. Tak dapat la nak tunjuk rupa tapak pemegang meter Topeak® ni. Lain kali sajalah, ya?

Pemegang GPS dari Garmin® dibuat untuk alat GPS Garmin siri 60. Set yang saya pakai hanya serasi untuk bar hendal saiz 22.2mm. Kalau mahukan pemegang untuk 31.8mm, perlu melabur lagi sebanyak RM40.00. Tak berbaloi pulak rasa. Makanya, ia dipasang pada kedudukan hampir dengan penggenggam di mana bar hendal mula menguncup. Set ini set yang kedua. Set pertama rabak bila terjatuh di atas jalan tar. Memasang dan membuka perlukan pemutar sekeru. Agak leceh.4

3 comments:

Azizan Zolkipli said...

wahhhh, memang meriah bro punya hendal tu ekkk. kalah set org gi touring jejauh tu hehehe ...

KeLoLo said...

Wak Jan, memang meriahhhhh. Holder GPS dah rabak. Bukan sebab jatuh, sebab terlebih gegar masa layan DH kat PCC prez baru ni...Hmmmmm.

belacan said...

muahahhaaa dah semuanya nak dibawak... Tok Toookkk