*** DALAM PEMBINAAN. SAYA AKAN CUBA MENGUMPULKAN MAKLUMAT BERKENAAN DENAI-DENAI MTB DI SELURUH MALAYSIA. POHON KERJASAMA SEMUA UNTUK MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN GAMBAR-GAMBAR DENAI DI SEKITAR TEMPAT ANDA. SEMOGA KOMPLIKASI INI AKAN MENJADI PANDUAN BERGUNA KEPADA SEMUA PEMINAT BASIKAL LASAK. MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN - lokasi denai, loop yang ada, jarak, jenis (singletrack, doubletrack, XC, DH dan sebagainya), tahap pendakian, kemudahan dan tarikan, yuran masuk (jika ada). TERIMA KASIH ***
TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
Kalau disebut kayuh MTB di Putrajaya, automatik akan terbayang denai-denai teknikal mencabar di Taman Cabaran Putrajaya. Kalau diajak mereka yang baru sehari dua mencuba Taman Cabaran, dikerat 14pun tobat lahum tak mau. Reputasi ngeri Taman Cabaran atau PCP mengundang gerun yang kadang-kadang keterlaluan.
Dah kalau begitu di mana tempat yang boleh dibawa orang baru berkenalan dengan denai? Aha! Ada beberapa denai di Putrajaya yang kurang diketahui tetapi mampu menjadi menjadi tempur untuk pengenalan awal dengan MTB. Untuk kali ini saya perkenalkan TAMAN WETLAND, Putrajaya.
Taman Wetland, Putrajaya
Ringkasan Denai
Jarak : 13km
Aras rendah : 40M
Aras tertinggi : 90M
Pendakian maksima : 50M
Tahap : Pengenalan dan sederhana
Jenis denai : Laluan berbatu pinggir tasik, laluan berturap pinggir tasik, ladang kelapa sawit, jalan tar
Parkir :
Dua parkir.
1. Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland (101.69903, 2.95218) .
2. Parkir Taman Wetland di sebelah menara tinjau (101.69577, 2.9622734). (Rujuk peta) |
|
Peta denai Taman Wetland, Putrajaya |
Mari! Saya bawa anda berkayuh secara maya di denai Taman Wetland. Sedia???
|
Siap untuk berkayuh. Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland |
Jika anda bermula dari Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland. Kayuh ikut denai berbatu. Anda akan melalui bawah jambatan dua kali. Selepas 850M, akan berjumpa simpang kiri. Jalan berbatu merentas paya. Belok kiri. Ikut laluan itu sehingga berjumpa simpang. Belok kiri dan lalu di bawah jambatan sekali lagi sehingga berjumpa jalan tar. Anda telah sampai ke taman Wetland.
Kita berhenti sekejap. Tunggu kawan-kawan yang parkir di Menara Tinjau.
Jika anda dari Menara Tinjau, kayuh seolah anda mahu keluar ke Pintu Gerbang Taman Wetland. Bila berjumpa bulatan, ambil laluan terus pukul 12. Anda akan berjumpa satu lagi bulatan. Ambil arah pukul 9. Laluan akan turun bukit. Terus meluncur dengan gembira sehingga berjumpa simpang kiri laluan berbatu. Mereka yang dari parkir Pusat Rekreasi Air akan berada di situ. Berkumpul dan bergerak bersama.
|
Jalan batu merentas paya
|
Dari simpang pertemuan jalan batu dengan jalan tar, teruskan berkayuh. Anda akan berjumpa satu bangunan besar di sebelah kanan (101.69423, 2.95974). Selepas bangunan, jalan tar tamat dan berganti dengan jalan batu. Kemudian ada simpang kiri jalan berbatu merentas paya. Belok kiri ikut laluan rentas. Penghujung jalan rentas akan bertemu simpang.
Ambil haluan kanan di atas jalan batu bata. Jalan batu bata tamat dan bersambung kembali dengan jalan batu. Berkayuh santai berkitar tasik (paya?) sehingga laluan berbentuk U. Selepas laluan U anda semakin hampir dengan muka denai. Bersedia untuk bertukar nada dan irama.
|
Muka denai. |
Panjat titi kayu yang merintang longkang
(101.68943, 2.96292). Eh...kenapa turun dan tolak? Kayuh sebentar mengikut denai di kawasan terbuka kemudian masuk ke dalam gerbang denai kelapa sawit. Denai masih melandai. Semerta terasa perubahan suasana. Kawasan terbuka kini terlitup dipagari pohonan kelapa sawit. Kawasan yang tadinya panas disimbah mentari sekarang redup. Dan bermula juga upacara pecah peluh kerana denai yang tadinya melandai sudah mula menaik sedikit. Pendakian manja membawa anda dari aras 40M ke aras 50M. Baru 10M peningkatan aras...
|
Menolak la nampaknyaaa... |
Di 101.68967, 2.96578 akan bertemu simpang. Belok kiri dan teruskan kayuhan santai. Denai dalam kelapa sawit mula beralun dengan anda sederhana. Layan saja. Mahirkan jari jemari bermain gear mengikut keperluan. Sampai di 101.68315, 2.962401 berjaga-jaga. Pendakian pada batu pasir dengan kecerunan sehingga 15% ke 20% menanti. Lebih mencabar lagi bila laluan sempit di penuhi pula dengan garit-garit yang boleh menelan tayar.
|
Rehat dan rawat... Mana cekodok tadi? |
Pendakian pendek lebih kurang 100 meter kembali melandai dan membawa anda keluar ke hadapan balai polis Prsint 11. Anda sudah berada di pertengahan jalan. Sesuai untuk berehat sebentar mengambil nafas, mengisi air dan menjamah bekalan cekodok yang dibawa. Ada yang bawa cekodok?
Dah! Jangan nak berehat lama sangat. Nanti badan jadi sejuk dan lemau. Capai basikal dan kayuh ikut laluan sikal hala menaik ke arah utara. Laluan menyusur jalan raya kemudian membelok kanan masuk ke denai. Anda berada di puncak tertinggi pada aras 95M. Bila sudah berada di puncak apa maknanya? Maknanya selepas ini akan meluncur turun. Oh yeahhhhh!
|
ATTACK!!! |
Denai lebar berbatu halus peroi dengan cerun menurun jangan disiakan. Pasang badan dan kuda-kuda di atas basikal dalam "attack position" dan meluncur turun. Anda berhak menikmatinya setelah berpenat-penat. Laluan turun sejauh 500M memang terasa tak cukup. Jadilah...
Tengah sedap laju anda akan dipaksa membrek dan membelok masuk ke kanan ke laluan sempit. Meluncur turun lagi masuk ke dalam laluan kelapa sawit. Belok kanan pada simpang dan anda akan melalui satu kolam dengan empangan kecil. Laluan membawa keluar ke jalan tar (101.68141, 2.97123).
Belok kanan dan belok kanan sekali lagi pada simpang pertama. Jalan tar menuju ke stesen janakuasa. Sebelum sampai ke stesen janakuasa, akan bertemu simpang denai sebelah kiri. Masuk ke situ. Ada simpang denai ke kiri (101.68473, 2.96839). Masuk balik ke dalam teduhan kelapa sawit. Anda akan berjumpa jalan batu pasir halus yang meluru turun. Belok kiri pada 101.68684, 2.96835 yang akan memaksa anda mendaki kembali.
|
Pendakian selepas titian pellet |
Terus bermain di dalam denai kelapa sawit yang akan membawa anda dalam laluan menurun hingga berjumpa lembah yang di letakkan kayu pellet sebagai titian (101.69000, 2.96888). Dulunya titian kayu pellet kukuh utuh dan boleh dikayuh. Lama-kelamaan ia semakin mereput dan tidak lagi selamat untuk dikayuh. Elok turun dan pikul basikal. Anda sudah diberi amaran.
Selepas titian, kena mendaki sedikit lagi sebelum denai melandai dan membawa anda keluar ke jalan tar. (101.68888, 2.96958).
Belok kanan pada jalan tar dan kayuh dalam jarak 500M sehingga berjumpa pondok pengawal di kiri anda. Di sebelah kanan ada tasik / paya dan denai batu kerikil sepanjang tasik.
Masuk ke jalan denai tasik. Laluan denai tasik ini akan membawa anda pulang semula ke parkir.
|
Nampak macam laju? Penulispun nak berposing juga... |
Kayuhan semakin menghampiri penghujungnya. Kalau rasa belum puas dan tenaga masih banyak, sesah saja dari situ sebagai buah penamat. Kalau yang jenis sentimental (dalam hati ada wetland), nikmati pemandangan dan suasana sekitar. Tak perlu segan silu untuk berhenti dan bergambar. Teruskan kayuhan sehingga berjumpa kembali dengan bangunan yang saya sebutkan pada awal cerita. Dari situ anda sudah boleh mencari jalan balik ke parkir masing-masing. Selamat mencuba denai ini.
Muatturun GPS tracklog di
sini sekiranya anda mempunyai alat GPS. Lebih memudahkan pandu arah anda.
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada geng Siput Turbo, BBS yang menjadi jurupandu dalam kayuhan pengenalan kepada denai ini. Jonz, MiaoMiao, Hairi, Khalid, Fazlee dan beberapa lagi nama yang tidak sempat saya rakamkan.
KMF Geja Matoba
Tempat : Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur ( [101.70586, 3.08018][N3°4'48.662", E101°42'21.124"])
Jarak : 300M - 500M
Kategori : Merah/Hitam
Sinopsis : Denai pendek pantas dengan beberapa features untuk DH dan FR.
U
ntuk
mereka yang sukakan kayuhan lasak teknikal turun bukit dan kayuh bebas,
Kampung Melayu Tambahan menawarkan cabaran hangat. Sayang, kawasannya
terhad maka denainya pendek. Dalam sekitar 300M - 500M. Jarak yang
pendek itu memberikan kelebihan iaitu mudah untuk menolak basikal naik
balik ke tempat permulaan. Jaraknya yang pendek mendorong pengayuh jadi
rajin melakukannya berulang-ulang.
Denai ini di bina secara sukarela oleh penggiat MTB disiplin DH, FR dan DJ. Teraju utama ialah
Geja Matoba yang dikepalai oleh
Abah Geja sebagai sumbangan dan tambahan kepada denai DH,FR yang amat terhad di Lembah Kelang.
|
Apa-apa hal makan dulu... |
Kawasan terletak di sebelah Pangsapuri Sri Malaysia.
Parkir agak terhad. Diharap pengunjung meletak kenderaan dengan
teratur dan berhemah demi menjaga hubungan baik dengan penduduk
tempatan.
Muka
denai terletak berdekatan dengan warung dan gerai makanan. Antara
faktor tarikan kerana anda boleh lepak dan minum untuk setiap run.
Sungguh!
Menurut Abah Geja, memang denai ini pendek
sahaja. Tetapi, mereka telah berusaha menambahkan berbagai aksesori
sedikit demi sedikit bagi menjadikan denai lebih seronok dan mencabar di
belasah. Saya akan kongsikan dengan anda binaan-binaan denai yang
menarik. Sama ada anda akan teruja dan meleleh air liur semerta atau
terkujat dan jadi gayat sama sperti yang saya alami (maklum pengayuh XC
sahaja).
|
Muka denai |
Untuk
menolak naik ke tapak mula, ada dibuat denai menolak bagi memastikan
laluan lapang dari gangguan lalu lintas. Walaubagaimanapun, deria perlu
sentiasa peka dan berawas bila menggunakan denai. Notis AMARAN BASIKAL
LAJU terpampang menyambut kedatangan anda.
Senjata
perang yang sesuai di sini ialah senjata berat DH dan FR dengan panjang
fork 180mm. Jentera ekor keras untuk DJ juga sesuai dibuat bermain di
sini. Kalau anda pemberani, jentera XC travel pendek juga boleh di bawa
bermain. Tetapi anda mesti punya "bola" besi dan kena kerja lebih
kuat.
Dari
puncak, anda akan dihidang dengan belokan-belokan pantas dengan berm.
Juga setompok dua tanjakan untuk melambung anda ke angkasa.
Bila
kelajuan mula meningkat, tercongok pula dinding wallride yang
membuatkan cicakman jadi cemburu sebab basikal melekat di dinding.
|
Master Sifu Nan Bully |
Turun dari dinding anda ada dua pilihan. Sama ada
laluan kanan dengan drop atau laluan "ayam". Kiri atau kanan akan
membuatkan anda meluru laju untuk meratah table top. Tanjakannya tanah
dan topnya kayu. Lompatlah dengan gaya gelek-gelek goyang ponggong atau
goyang kepala. Apa saja gaya yang anda mahir.
Turun
dari table top akan menjelma pula satu lagi tanjakan naik. Terpulang
sama ada mahu bergolek naik atau sekali lagi dilambung ke udara untuk
menerima cerun receiver di sebelah sana. Laluanturun laju disambut berm
yang membelok kiri dan menghantar anda ke satu lagi tanjakan tabletop.
Kerabat
table top dan turun untuk larian panjang. Bina kelajuan untuk melepasi
drop di hadapan. Selepas drop, larian panjang dengan berm belokan kiri
dan terus sampai ke penghujung larian.
|
Mana graviti? |
Kalau takat membaca cerita saja memang tak dapat "feel". Kena rasa sendiri.
KMF,
nama yang digunakan oleh geng sini biasanya beroperasi pada setiap
Sabtu dan Ahad. Kelompok pengayuh akan mula menolak naik jentera
masing-masing sekitar jam 10.00 pagi setelah mengisi tangki
masing-masing. Kemeriahan tamat sekitar jam 6.00 petang. Belum ada
cadangan untuk memasang lampu limpah untuk kayuhan malam.
Selain berkayuh, geng Geja juga rajin menyangkul dan membina struktur-struktur untuk menambahkan lagi keseraman kayuhan.
Keselamatan
sangat dipentingkan. Helmet pakaian wajib. No Helmet NO Ride!
Pakaian keselamatan lain seperti pelapik lutut, pelindung siku, neck
brace sangat digalakkan.
Bila anda nak cuba???
Lagi gambar-gambar boleh di tengok di
sini
No comments:
Post a Comment