Friday, December 25, 2009

Kayuhan Malam GLC - Litar Carcosa

Dah lama al kisah kayuh malam GLC tidak dipaparkan di sini. Mungkin sebab dah selalu sangat, maka dirasakan tiada lagi yang menarik untuk diceritakan. Satu kayuhan GLC sama seperti kayuhan yang lain. Kalau kerap sangat dipaparkan kisah yang sama, akan jadi tawar hambar. Maka, setelah sekian lama senyap berselindung di balik kegelapan malam, kisah kayuhan malam GLC kembali dipertontonkan. Al kisah GLC melayan litar Carcosa Seri Negara kemudian bersantai di restoran eksotik Le Chateau de Puah. Apa istimewanya restoran ini dalam kayuhan kali ini sehingga disebut namanya? Teruskan menelusuri catatan ini.

Kayuhan GLC agak malap dua tiga minggu kebelakangan ini. Atas beberapa sebab - kesibukan kerja pejabat hingga ke malam, hujan dan keletihan setelah digasak oleh Kayuh Lasak 2009, kayuhan malam dikesampingkan. Mujur minggu ini ada kesempatan berkayuh. Pengumuman dikeluarkan. Menanti sesiapa yang sudi memagut umpan.

Cuaca cerah menjelang senja melegakan. Sebaik selepas Isya', semua jentera dipersiapkan. Dari rumahku sahaja, 3 jentera akan bersama. Aku dengan Fuji Tahoe, Fikri, anak sulung, dengan raksasa hijau dan Azree, anak saudaraku, dengan basikal GTS. Semakan ringkas dibuat bagi memastikan semua peralatan ada dan sedia. Lampu terutama. Sebaik jam 9.00, jentera-jentera gemerlapan disorong keluar pagar. Dengan tidak diduga, rintik hujan halus membasahi kulit. "Ah...",terpacul dari mulut. Aku dongak ke langit membuat agakan dan perkiraan. Mega mendung menebal di sebelah Batu Caves sementara langit di sebelah KL kelihatan terang. "Mungkin ada sedikit harapan", kata hati membujuk. Arahan dikeluarkan untuk meneruskan kayuhan. "Kalau hujan, kita lepak di Esfan minum teh tarik", arahan lapisan kedua dikeluarkan. Bagai menabur garam ke luka, ayahanda SMS tak dapat ikut serta kerana ada hal mustahak. Walau sedikit tersentak, 3 basikal mula meninggalkan Taman Melewar. Sasaran - Rest Al Esfan Bistro.

Kayuhan santai melalui Taman Selasih, kemudian memanjat jejantas yang merentangi DUKE untuk ke seberang Taman Selasih 2. Diperjalanan, bertemu dengan sekatan jalan Polis sedang membuat operasi. Secara berseloroh aku laung "Lariiiii...tak dak lesen". Disahut anakku Fikri "Takpa, abang ada lesen P". Ha...ha..memang pada raksasa hijau tertampal pelekat P. Entah apa reaksi Polis pada tindakan kami, tidak aku peduli. Jam 9.15,kami sudah tercongok di depan Al Esfan Bistro.

Selamat Datang ke GLC bro Subki
Baru saja aku menyandarkan basikal, ternampak kelibat satu basikal dari kejauhan. Dalam kesamaran, aku cuba mengamati susuk yang tercongok tapi tak dapat dikenalpasti. Perlahan dia menghampiri. Lampu di kepalanya menyilaukan pandangan, sekaligus melindung wajahnya. Basikalnya juga, Scott Voltage, belum pernah kelihatan bersama GLC. Bila dah dekat, salam dihulur. Patutlah tak kenal, memang muka baru. "Subki", dia memperkenalkan diri. Rupanya dia dah sampai di situ sejak jam 9. Datang dari Taman Melati setelah mendapat khabar dari ayahanda yang GLC berkayuh hari Selasa malam. Sedikit kecewa dia bila diberitahu ayahanda tidak ikut sama malam itu.

Akuler muncul kemudian diikuti Envio. Aku isi masa luang bercerita ringkas tentang GLC pada Subki sementara menunggu Akuler dengan Envio bersiap dan menunggu kot yang lain akan muncul lagi. Sambil kepala ligat berfikir laluan mana yang nak dilalui. Dengan perkiraan yang turun semua termasuk kategori muda dan cergas, laluan biar mencabar sikit dengan kelajuan 20-25km/j. Laluan Carcosa menjadi pilihan...

Hampir 9.40, semua siap sedia. Yang lain tidak muncul. Nampak gaya kami berenam sajalah. Aku berikan sikit taklimat ringkas laluan dan aspek keselamatan. Dan sebagai tambahan, rancangan untuk singgah di Le Chateau de Puah dalam perjalanan balik. Rancangan dibuat kerana ada insan yang singgah di blog ini dan mempelawa GLC singgah di LCDP waktu kayuhan malam. Biasalah manusia, punya naluri ingin tahu. Bila dah dipelawa, memang terbit rasa nak tahu apa yang ada di LCDP. Aku sempat melawat laman webnya. Nampak menarik...

Seperti yang dirancangkan, 9.45 malam, kayuhan bermula. Langit mencerah memberikan kelegaan. Rintik tadi hanya acahan. Dari Esfan membelok kanan pada jalan Sri Batu Caves menuju ke Taman Batu Muda. Sedari awal aku di hadapan menarik agak laju dari biasa. Dalam 20km/j.(Laju la tu ikut standard GLC). Jalan lurus dan landai dengan beberapa lampu isyarat hingga ke Sentul.

Jalan punyalah luas. Kat tempat sempit tu juga dia nak kayuh...Akuler
Tiba di kawasan Sentul Boulevard, dah semacam kebiasaan, akan ada yang memanjat pembahagi jalan yang lebar sekaki itu sebagai tempat mengasah kemahiran imbangan. Malam itu giliran Akuler bermain imbangan. Sesekali aku pandang ke belakang, untuk memastikan semua boleh mengikut rentak kayuhan terutama Subki kerana aku belum tahu tahap keupayaan dia. Nampaknya, sesi rajin kayuh dia memanjat Genting Sempah membuahkan hasil. Anak saudara aku pula yang nampak sedikit meleleh. Mungkin sebab dah lama tak berkayuh.

Dari Sentul Boulevard, terus menyusur Jalan Sentul hingga ke Jalan Ipoh. Dari situ, melibas kanan ke Jalan Mahameru kemudian ke kiri ke Jalan Tun Ismail. Malam makin melarut, melarutkan juga bilangan kenderaan di jalanan. Hampir lengang dan sepi. Kenderaan dengan kuasa kaki menguasai jalanan. Terang limpah ruah lampu jalanan di tepi PWTC/hentian Putra ditinggalkan mencari sedikit cabaran.

Pemanas betis,pelembut lutut. Pendakian sederhana pada Jln Tun Ismail
Sebaik menghampiri Stesen Komuter Putra, aku sengaja mengacah apabila melihat bukit menanti di hadapan. Dakian bermula dari depan Kondo Sri Kenny/MACRES. Dakian lanjut sejauh 600m sebagai pemanas badan. Tambah meriah bila ada yang nakal bermain acah-mengacah. Mencicit ramai-ramai kerabat bukit. Sudahnya, pakat mengah beramai-ramai jugak. Kayuhan berhenti rehat seketika pada simpang Jalan Tunku untuk meredakan semput di dada.

Dari simpang Jalan Tunku, laluan berubah nada. Dari mendaki ke turun bukit. Meluru semua bagai peluru dan terkujat seketika bila jalan jadi gelap gelita. Mujur ada lampu berkuasa menyuluh jalan. Turun bukit dengan jalan meliuk lintuk memang seronok.

Keseronokan berakhir bila berjumpa simpang Jalan Sultan Salahuddin. Kayuhan mendaki lagi lanjut dan panjang hingga ke simpang Persiaran Salahuddin. Jalan melandai sehingga melewati Istana Selangor. Bengkang bengkok dengan suasana rimba. Tenang dan sunyi bagai bukan berada di tengah kota metro Kuala Lumpur. Laluan melandai kemudian menurun dan bertambah mengujakan bila melepasi bangunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Selekoh tajam dan pantas menanti, meluru turun melepasi Tugu Negara hingga ke simpang Jalan Parlimen.


Menghampiri pintu pagar Carcosa

Di depan pintu masuk Carcosa Seri Negara

Membelok kanan pada lampu isyarat. Melepasi Tasik Perdana, Bangunan Parlimen dan merapat kiri. Menyusur naik pada Persiaran Mahameru. Jalan tar dua hala tapi sempit. Sunyi dan sepi. Pendakian landai dalam jarak 1km sehingga ke pintu pagar Carcosa Seri Negara. Telah beberapa kali GLC berkayuh laluan itu, cuma kali ini sahaja betul-betul hingga sampai ke Carcosa. Benak aku yang tak berapa mahir ilmu alam ini tertanya-tanya apa kebendanya Carcosa Seri Negara ni? Luarbisa bunyinya. Carcosa Seri Negara ini rupanya hotel mewah. Gabungan Carcosa dan Seri Negara. Keduanya adalah rumah agam (mansion) tinggalan British yang dijadikan hotel. Sempatlah kami bergambar skeping dua. Terima kasih abang jaga yang baik hati.

Kayuhan diteruskan! Turun dari Carcosa, membelok kanan dalam kegelapan menerpa mendadak. Laluan menurun pulak tu. Sekali lagi lampu basikal menyelamatkan keadaan. Laluan herot petot menurun dalam gelap mendatangkan rasa seriau. Apa agaknya yang Envio nampak sebab dia pakai cermin mata gelap.

Sebaik sampai ke kaki laluan, terpaksa brek mendadak ketika kelajuan tengah memuncak kerana ada laluan cilok masuk ke Tasik perdana. Bercanda di pinggiran tasik la pula kami berenam. Terus masuk ke Jalan Kebun Bunga. Kami tidak berhenti rehat seperti lazim kerana dirasakan sudah cukup berehat di Carcosa tadi. Landai sekejap saja kemudian mendaki lagi pada laluan di depan Taman Rusa. Mendakilah dengan bau hamis rusa menusuk hidung. Pendakian pendek tapi agak curam membawa ke bulatan di hadapan Planetarium Negara.

Bagai hujan api...
Jalan Perdana diambil. Menurun sehingga ke Masjid Negara dengan cerunan curam pada penghujungnya. Langsung ke kanan melewati Pusat Islam hingga ke bulatan dan terus mengambil laluan kiri ke Jalan Kinabalu. Menyusur ke kiri hingga ke Dataran Merdeka. Barulah berjumpa ramai kelibat manusia berkeliaran di Dataran Merdeka. Merdeka sungguh mereka!

Jalan Raja Laut
Dataran Merdeka ditinggalkan. Terus menyusur Jalan Raja Laut melewati Sogo, Kompleks Pertama dan bangunan-bangunan lain sepanjang Jalan Raja Laut. Malam yang melarut tidak melarutkan bilangan kenderaan di jalan. Masih banyak yang menderu. Ada yang membunyikan hon, harapnya tanda sokongan, bukan tengkingan.

Jalan Raja Laut disusur hingga ke hujung. Pengayuh santai membelok kanan ke arah Chow Kit kemudian melibas kiri menghala ke Jalan Pahang. Bulatan Pahang dihampiri dengan berhati kerana kenderaan laju menderu. Untuk menyeberang bulatan ke Jalan Pahang jadi satu pertaruhan. Walaupun 2 hospital ada berdekatan, itu bukan alasan untuk singgah di hospital!

Jam baru pukul 11.00 malam ketika Hospital Tawakkal dilewati. Setapak tak juga kesampaian walaupun hanya setapak. Ooooo...naik basikal. Kalau jalan kaki, memang setapak saja sudah sampai. Jalan landai mendorong semua bermain kejar mengejar macam acara kierin. Kejap saja tahannya, maklum semua pengayuh pro. Tambah pula sebelum simpang ke Jalan Gombak, jalan sedikit mendaki. Mencungaplah semua pengayuh pro...

Sebab Setapak tak sampai-sampai, haluan ditukar ke Gombak. Masuk kiri ke Jalan Gombak. Jalan mula menurun, isyarat untuk lepas geram sebab tadi penat mendaki. Berdesir bunyi turbocharger bila gear ditukar dan engkol disesah sambil layan turun. Tambah cantik bila lampu isyarat menghijau segar. Meluru saja ke depan ditokok pula bila dah nampak papan tanda Le Chateau de Puah (LCDP). Apa yang menarik sangat dengan LCDP ni? Adakah ianya ada kena mengena dengan Le Tour de Langkawi?

Papan tanda di tepi jalan menunjukkan LCDP masuk ke dalam sejauh 100 meter. Selepas kesemua 6 pengayuh santai GLC sampai, kami berkayuh masuk ke dalam. Seperti dinyatakan, LCDP terletak lebih kurang 100 meter. Bukan betul-betul di tepi jalan, sebaliknya agak ke dalam sedikit, sebelah kiri. Dari jalan utama (Jalan Puah). Nampak beberapa kereta mewah terparkir di laman.


Kolam kecil menyambut tetamu

Ruang makan terbuka

Ruang makan ala harem. Sesuai untuk keluarga/kumpulan

Lagi "harem". Tiada tarian gelek di sini.

Aku sampai dulu. Terus menolak basikal melewati pagar LCDP. Sekonyong terpana dan terpinga aku sebentar melihatkan rupa LCDP dari dalam. Suasana sungguh eksotik dan sangat terasing daripada persekitaran. Serasa seperti berada di negara lain! Lampu suram melimpahkan cahaya ke seluruh kawasan. LCDP di apit 2 bangunan. Laman depan di penuhi meja makan dalam kawasan laman terbuka. Di kanan, ruang makan ala wakaf. Makan bersila dengan meja rendah di tengahnya dan lantai dilapisi ambal. Menyambut tetamu datang adalah hiasan pancuran dan kolam kecil di sebelah kanan pintu pagar. Kalau nak diperincikan semua, jenuh aku nak bercerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi sendirilah.

Yang lain menyusul beberapa minit kemudian. Ternampak dua orang perempuan sedang berbual bila kami masuk. Segera mereka hentikan perbualan dan menyambut kami. Ramah perempuan yang aku kira usia 50-an meyambut kami. Dia bahasakan dirinya aunty. Roman wajah macam cina. Telor cakapnya juga macam cina. Mujur dia tak marah sebab kami bawa basikal (yang dah comot) ke dalam restoran. Sebaliknya, aunty dengan ramah mempersilakan kami masuk malah menolong mencarikan tempat yang sesuai untuk meletak basikal.

Aku yang ramah terlebih ini, bercerita dengan aunty kenapa kami sampai ke situ. Aunty angguk-angguk dan sesekali menyampuk cakap aku. "Somebody came to my blog and left a message inviting me to check this place out", aku menjelaskan pada aunty dalam bahasa orang kampungku. "Oh...who might that be? Must be thankful to that person", balas aunty.

Kami duduk di meja bahagian laman. Tak tergamak nak busukkan permaidani dengan peluh busuk kami. LCDP menawarkan 3 jenis tema sajian - rasa tempatan (tomyam, aneka nasi goreng dan seumpama), rasa Uzbek - (humus, manti, nasi bukhara dan seumpama) dan sajian barat - steak, chop dan seumpama. Kami pilih sajian uzbek kerana yang lain dah biasa disantap.

Sambil menunggu pesanan sampai, aku merayau melihat sekeliling sambil mengambil gambar. Kemudian aunty muncul kembali dengan satu soalan yang membuatkan aku berdebar..."Siapa nama Ki-lo-lo?", tanya aunty. Aik...auntypun tau Ki-lo-lo?. Di belakang aunty, terpacak seorang gadis manis, dalam usia awal duapuluhan agak aku. "Ini anak saya", aunty bercerita tanpa diminta. "Dialah yang post message dekat blog you". Oooooo...baru faham. Ingatan aku mula menerjah ke tahun lepas. Teringat aku seorang gadis menulis e-mail bertanyakan kayuhan GLC kerana dia juga berminat nak ikut berkayuh. "Ya...ya...", aku mengiyakan macam orang bodoh. "Saya ingat, errrr...siapa nama ya? Saya dah lupa...". "Syazalia...", sahut si gadis. "Terima kasih kerana sudi datang...", ucap gadis. Rupanya yang dia bercerita dulu dia kerja di kedai makan rupanya separuh benar sahaja. Dia anak taukey rupanya...Ish...ish...ish.

Akuler ambil peranan jadi food consultant sebab dia mahir dengan makanan timur tengah. Bila pesanan sampai, kami dikejutkan dengan sajian tambahan...Rupanya complimentary, on the house - nasi bukhara kambing dengan wonton. Terima kasih aunty dan Syaza. Yang lain-lain melayan hidangan masing-masing - kebab ayam ada, kebab kambing ada, hummus ada...Sajian Uzbek. Sedappppp...


Lamb kebab. Kebab kambing dengan roti Uzbek. Tidak dapat dipastikan sama ada kambing tersebut mandi atau tidak sebelum disembelih

Kebab ayam. Tidak dapat dipastikan sama ada ayam itu ayam jantan atau ayam betina.

On the house. Nasi bukhara kambing ehsan LCDP

Sajian berat. Wonton...Satu tan wooo. Juga ehsan LCDP

Malam melarut melewati jam dua belas. Hidangan Uzbek ranap dikerjakan pembasikal GLC. Masa untuk kembali ke pelana dan berkayuh pergi. Syaza dan aunty mengiringi hingga ke pintu pagar. Siap sempat buat satu sesi fotografi ringkas. Amboiiii...rasa besar hati sungguh macam VIP. Layanan LCDP memang luarbiasa. Terus tercetus dalam hati akan kembali lagi ke situ bersama famili...

Le Chateau de Puah...Sebuah mahligai di Puah, ditinggalkan dengan kenangan. Enam basikal berkayuh pergi. Kembali ke Jalan Gombak. Subki meluncur laju ke arah rumahnya yang sudah berdekatan. Barangkali kerana permitnya sudah tamat tempoh. Maklum, baru pertama kali kayuh bersama GLC. Lima lagi membelok kiri pada simpang Kpg Bandar Dalam. Terus masuk ke Lebuhraya E33 DUKE hala ke Sri Gombak. Kayuhan sudah menggunakan bateri simpanan. Tiba di jejantas Taman Selasih, kumpulan berpecah lagi. Aku, Fikri dan Azree naik ke atas jejantas untuk balik pangkalan, sementara Akuler dan Envio meneruskan kayuhan ke Esfan. Kereta mereka ditinggalkan di situ...Tamat al kisah GLC kayuh malam dengan sisipan Le Chateau de Puah...

T A M M A T



Lagi gambar boleh dilihat di Album Kayuh Malam GLC 22122009

Monday, December 21, 2009

Orang Lama Kembali Daa...

Dah nak jadi rezeki aku. Masa ke Pulau Mutiara berkayuh lasak, Pian telah bermurah hati menjadi tuan rumah menerima kedatangan kami. Rumahnya dikosongkan, supaya kami dapat berkampung di situ 2 hari 2 malam. Kemurahan hatinya tidak berhenti di situ. Bila tiba masa untuk balik ke KL, aku teringan mulut bertanyakan basikal yang tersadai di depan rumahnya. Dia tanya "Kau nak ke?". Segan la aku nak jawab, walau hati mahu. Lepas aku diam sekejap, faham dia barangkali dengan isi hati aku, "...kalau nak ambiklah.", Dia sambung. Aku yang terus malu-malu buaya, ringan saja tangan capai basikal angkut masuk kereta. Terima kasih Pian!

Bila dah selamat sampai ke rumah baru aku ambil masa untuk mengamati basikal itu. Orang lama Specialized Hardrock. Kerangka kromoli. Padan la tiubnya kecil saja. Saiz 21 inci. Saiz tipikal model lama. Anggaran aku, ia dibuat sekitar hujung 80-an. Kata Pian, basikal dibeli dari jualan garaj masa dia belajar di Amerika. Pergghhhh...basikal datang nun dari Amerika nun!

Orang lama, tambahan pula terbiar, nampak berabuk dan tidak bermaya. Aku luangkan sedikit masa untuk menggilap. Pengilat kereta yang dah lama aku tak pakai kembali berkhidmat. Naik la sikit seri orang lama ini.

Dahan (stem) yang asal dari besi jenis jolokan dengann sudut cangak 70°. Mendongak sungguh. Sistem brek menggunakan sistem cantilever tarikan tengah. Rim jenis Araya 36 lubang dengan gelendong dari Joytech. Engkol dan pelantar telah ditukar oleh Pian.

Dahan yang asal aku tukar dengan dahan THE dalam simpanan aku menggunakan penyesuai dari GTS. Brek aku tukarkan kepada sistem V menggunakan Avid SD7. Pelantar aku tukarkan dengan pelantar dari Beto carrier.

Ada beberapa rencana lagi dalam perancangan untuk penambahbaikan orang lama ini. Sebolehnya, imej retro ini akan dikekalkan. Cadangnya, jentera ini akan menjadi jentera harian dan jentera berkelana jarak jauh. Kerangka kromoli dengan sepit udang tegar dan geometri begitu memang sesuai untuk di bawa berkembara. Mungkin satu hari nanti aku akan bawa orang lama ini kembali menjejak Pulau Mutiara...Mungkin!

Friday, December 04, 2009

Raksasa Hijau Bangkit Semula

Setelah sekian lama berehat, berhibernasi, sejak datangnya Sang Bara, kini Raksasa Hijau ini bangkit semula. Aku ditanya, kenapa bangunkan semula Raksasa Hijau ini sedangkan Sang Bara sudah cukup untuk dikenderai. Oh...Jangan salah sangka. Raksasa Hijau bukan untukku. Ia dibangkitkan sebagai memenuhi janji seorang ayah. Janji kepada anak sulung yang kian membesar dan membesar hingga sekarang lebih tinggi dari ayahnya. Basikal lain yang ada dah tak sesuai dengan ketinggian dia. Fikri, anak sulungku sudah panjang (walaupun belum besar).

Kebangkitannya tidak sekaligus. Bukan juga dengan anggota dan bahagian yang hebat-hebat. Tak perlu aku berhabisan. Kebanyakan bahagian diambil daripada barangan yang berada dalam simpanan. Hanya satu dua sahaja yang dibeli tambahan. Itupun barangan terpakai. Aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Don di atas set roda yang dijual pada harga yang sungguh tidak berpatutan (kepada penjual, bukan kepada pembeli). Terimakasih yang amat sangat juga kepada Akmal yang bersusah-payah menghantar rotor hingga ke pintu rumah. Tanpa bantuan dua teman ini, mungkin sampai sekarang Raksasa Hijau ini belum siap. Tarikh 30/11/2009 adalah tarikh sempurnanya kebangkitan semula. Bagaimana rasa tunggangannya? Belum tahu lagi. Belum sempat aku luangkan masa untuk mencelapaknya. Anakku dan cuba dah petang tadi. Tak sempat nak temuduga dia...


Kita tengok pulak spesifikasi kali ini...
KERANGKA & AMPAIAN
BUTIRAN
Frame
T-Bolt carbon fibre monocoque, lengan ayun aloi
Fork
RS Revelation 409 dual air, 115mm travel
Ampaian Belakang
X-Fusion Glyde RL. Spring gelung dengan pelaras lantunan dan pengunci
Stem
Easton Vice Stem
Handlebar
Fuji, lo rise, oversized
Headset
1-1/8" FSA 36°
PACUAN
BUTIRAN
Engkol
FSA Alpha Drive 2 gegancu (32-22) dengan MRP bash guard
Gear Depan
Shimano Deore LX 06 E-type
Gear Belakang
Shimano Deore 08
Keset
SunRace 11-34T
Penukar Gear
Shimano Deore RapidFire Plus
Brek
Tektro IO Disc rotor Shimano 160mm depan dan belakang
RODA
BUTIRAN
Rims
26" Atomlab PimpLite putih
Hubs
Novatec 32H
Tayar
Schwalbe Black Jack 26x2.1
Pelana
Velo carbon
Seat post
Stok asal Kalloy rasanya. 31.6mm

I'm back! - Penang Kayuh Lasak 2009


"I'M BACK!"

"Where Have You Been" was the theme of 2008 Penang Kayuh Lasak. Not! Kidding only. One of the earliest and most famous MTB Jamboree was playing hide and seek last year. It's absence made the heart grew fonder. It came out from its hiding to re-emerge in 2009. Jumping up on all awaiting mountainbikers with "I'm back...". Say that with a hoarse voice and an Austrian accent, you'll sound like the character depicted in its poster - Arnold Susahnakeja the Terminator.

I have been missing the opportunity to join this ride. So, when it's back this year, I made all the effort to enable me to participate. God willing, so far evrything is happening in my favor. As of now, I have just completed lubing my bike. My bag is all packed. All riding gears put to one side ready to be loaded into my trusty bike wagon. I'll be going with a mission. Not just riding the Kayuh Lasak, but something else that I cannot disclose. Come back later, you'll know what it is. Hey, you might want to stick around me during the ride. Who knows, there might be a surprise in store for you. Penang, here I come!

Sunday, November 29, 2009

Sesuatu Yang Hijau Dan Hodoh Akan Bangkit...


Dah lama dia berehat. Dah lama dia tergantung dalam pertapaan. Hingga berselaput habuk dan debu. Dan kini tiba masa untuk dia keluar dari pertapaan. Dan kini tiba masa untuk sesuatu yang hodoh dan hijau itu kembali bangkit...Dengan sedikit perubahan dari rupa wajah asal. Anggota diambil daripada apa saja yang ada yang boleh disumbat. Gaya bukan tujuan dia dibangkitkan. Dia dibangkitkan dengan tujuan, tujuan memenuhi janji...Kebangkitan masih belum sempurna, tinggal beberapa bahagian yang belum sempurna kerna itu dia masih belum mahu dirinya dipertontonkan kepada umum. Tunggu kemunculan sepenuhnya...

Thursday, November 26, 2009

Bila 2 Liter Tidak Mencukupi...

Peringkat awal aku berkayuh, aku hanya membawa sebotol air bekal. Satu insiden kehabisan air semasa suku jalan mendaki steroid mendorong aku membeli satu beg bladder 2 liter. High Sierra Drench menjadi pilihan. Beg yang memberi kapasiti muatan dan bekalan air yang mencukupi pada harga yang termampu. 2 tahun lepas harganya cuma RM95.00. Sama ada keperluan air aku semakin meningkat ataupun kayuhan sekarang semakin jauhdan mencabar, bekalan air 2 liter tidak mencukupi. Pengalaman perit kehabisan air pada waktu panas terik mentari rembang hash # 182 Sungai Buaya ditokok dengan bladder High Sierra yang semakin uzur mendesak aku mencari bladder baru. Setelah meninjau dan memilih, akhirnya bladder Deuter Streamer 3 liter menjadi pilihan. Ciri menarik pada harga mampu milik.


KETERANGAN

*Dari laman web Deuter

Deuter menggunakan sistem takungan Source® yang eksklusif. Sistem Streamer diperbuat daripada bahan polyethylene (PE) yang menghasilkan pundi air yang nyah-rasa. Tiub dan pundi mempunyai permukaan dalaman seakan kaca dan disertakan rawatan ion perak yang menghalang pembiakan bakteria menjadikan ianya pundi air anti mikrob yang pertama dengan kelulusan dari FDA®.


CIRI-CIRI

  • Nyah-rasa - bahan lapisan PE memberikan rasa air tulen tanpa rasa plastik
  • Bebas bakteria - Teknologi anti-mikrob Grunge Guard® menghalang pembiakan bakteria sepanjang hayat pundi
  • Seakan kaca - Teknologi pelapis menghalang pembentukan lapisan-bio, dan sistem ini bersih-kendiri. Analisis permukaan Mikroskop Daya atomic menunjukkan pelapis dalam adalah 1000% lebih licin daripada saingan yang menggunakan polyurethane (PU). Beza dengan kaca hanya 50%.
  • bebas-senggara - Dengan teknologi Grunge Guard® dan permukaan mirip kaca, penyucian bukan satu isu. Hanya perlu isikan airlagi dan lagi tanpa perlu penjagaan rumit dan khusus. Air kekal segar untuk beberapa hari, minggu malahan
  • Injap sedutan Helix - injap sedutan yang kalis bocor dengan sistem putar-buka,putar-tutup untuk mencegah limpahan semasa bergerak. Penyedut disertakan penutup untuk melindunginya daripada tanah, selut dan lumpur.

SPESIFIKASI

  • Isipadu : 3 liter
  • Berat : 170gm (6 oz)
  • Dimensi(PxL): 432mm x 203mm (17 x 8 in
  • Bahan: Co-Extruded PE

Wednesday, November 18, 2009

Romantika Candikal...

Dewan Bahasa dan Pustaka pastinya melenting dengan aku. Sewenangnya melahirkan istilah baru. Dengan tiada kredibiliti langsung dalam bidang bahasa, siapa aku untuk memperkenalkan istilah atau perkataan baru...

Romantika rasanya ramai yang dah tahu. Kata pinjaman dari "romantic". Tapi...CANDIKAL? (sebut candi-kal). Kata ini terzahir secara semerta, melompat dari benak minda. Berasbab dari rentetan cuaca mutakhir yang sering-sering hujan. Rencana untuk berkayuh malam sering tergendala. Isteri pingin berkayuh lantaran terasa ada lebihan pada sisinya yang kian bertambah. Aku usulkan rencana segera - kayuh saja bila ada kesempatan dan cuaca mengizinkan. Tak perlu kayuh lama-lama, juga tak perlu pergi terlalu jauh. Tak perlu juga ramai-ramai. Hanya dia dan aku. Berdua bercanda dengan basikal. Oh...romantisnya. Dia setuju!

Nah...lingkaran kisah telah dihidangkan. Anda tentu dah boleh meneka maksud candikal. Tidak perlu tahap IQ anda tahap cendekiawan untuk meneka dengan tepat. Betullllll...CANDIKAL adalah singkatan dari bercanda dengan basikal...DBP jangan marahhhhhh...

Jadi, kalau anda dan pasangan anda juga terbelit dengan permasalahan yang sama, mungkin anda juga boleh bercandikal. Luang sedikit masa saja tapi manfaatnya besarrrr...Dapat luang masa dengan isteri, dapat riadah, dapat redakan stress. Kaifiatnya, berkayuh sebentar bersama, pada malam sunyi tenang. Tempoh kayuhan dalam sejam meliputi jarak 10-15km. Untuk lebih berkesan, cuba jadualkan selang sehari...Kalau dapat tiap-tiap haripun tak apa...Cubalah, mungkin ini boleh merobah dan meningkatkan hubungan suami isteri. Kalau dirasakan sejam itu tidak mencukupi...bila balik rumah, sambunglah lagi kayuhan. Bagaimana berkayuh di rumah? Takkan itupun perlu diperincikan? Selamat beromantika candikal!

Saturday, November 07, 2009

### H A S H ###???

Hash? Apa tu? Jangan peduli dengan hash lain yang pernah anda tahu. Kita akan bercakap tentang hash MTB.


PENGENALAN

Secara mudahnya, HASH ialah acara berbasikal MTB beramai-ramai, mengikut laluan desa yang ditandakan terlebih dahulu. Biasanya disediakan 2 laluan - pendek dan panjang. Laluan pendek biasanya untuk peserta baru, anak-anak atau mereka yang lebih suka kayuhan santai dan tidak terlalu menerukkan. Sebaliknya, laluan panjang lebih jauh jaraknya dan lebih mencabar dari segi bentuk rupabumi. Hash bukan perlumbaan, sebaliknya lebih condong kepada aktiviti sosial.

Hash basikal biasa juga dipanggil BASH, gabungan perkataan Inggeris bike + hash. Bash adalah kembangan kepada hash, iaitu aktiviti berlari merentas desa melalui laluan yang telah ditandakan. Format dan peraturan hash larian dan hash basikal tidak banyak berbeza. Yang berbeza hanya bash menggunakan basikal manakala hash menggunakan kaki. Bash di Kuala Lumpur dikendalikan oleh Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH).

Acara bash ini sepatutnya menjadi acara kembara yang mengujakan dan menyeronokkan. Ya, tentunya memenatkan, tetapi di sebalik keletihan dan kepenatan terserlah kepuasan. Di samping itu, terjalin perkenalan sesama peserta yang datang dari berbagai latar sosial. Namun, seringkali berlaku juga rungutan di kalangan peserta menyebabkan acara ini sedikit tercalar. Sepanjang pemerhatian saya, masalah berlaku kebanyakannnya kerana kurang atau salah faham tentang bash. Maka, berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman menyertai dan mengendalikan hash, saya cuba berkongsi maklumat supaya bash dapat lebih difahami dan penyertaan jadi lebih bermakna.

SEBELUM BASH - PENGANJUR

Apa yang berlaku pada hari bash nampak macam mudah. Tak ramai yang tahu sebenarnya banyak masa, tenaga dan wang dibelanjakan dalam menyediakan sesuatu bash. Dan semuanya dilakukan secara sukarela!
  • Penyediaan laluan
    Persediaan utama ialah laluan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan sama ada ahli KLMBH atau bukan. Mereka ini digelar HARE. Mereka akan meninjau kawasan yang dipilih untuk diadakan bash. Laluan dan denai dikenalpasti. Jika perlu, laluan dan denai baru akan dibuat untuk menyambung laluan dan denai sedia ada. Bukan kerja mudah. Semuanya menggunakan kederat tulang empat kerat. Kerja-kerja tinjauan ini memerlukan mereka masuk ke kawasan berkenaan beberapa kali. Penggunaan alat GPS membantu memudahkan kerja tinjauan dan penandaan laluan.
    Untuk menjadikan bash lebih menyeronokkan dan mencabar dan juga memperlahankan peserta hadapan (yang biasanya laju), hare akan menambahkan cabaran tambahan dalam bentuk;
    • checks
      Checks adalah bahagian laluan yang diputuskan daripada laluan asal. Satu tandaan checks akan dibuat bagi memberitahu peserta yang trail diputuskan, biasanya dalam bentuk longgokan kertas. Peserta yang pertama sampai perlu mencari sambungan kepada laluan yang sepatutnya. Kita akan lihat dengan lebih mendalam dalam bahagian hari kayuhan

    • false trail
      False trail atau laluan palsu ialah laluan yang bertanda seolah ianya laluan sebenarnya. Laluan ini menyimpang daripada laluan sebenar dan berakhir dengan tandaan atau pada laluan mati. Lazimnya berkahir dengan "memanjat" pokok atau dengan tanda X pada atas tanah.
  • Makluman
    Pada masa yang sama, makluman dan pengumuman akan dibuat memaklumkan tarikh dan lokasi hash. Biasanya 2 minggu lebih awal. Untuk memudahkan peserta, panduan pandu arah ke tempt bash bermula juga disertakan. Pada zaman canggih ini makluman dibuat melalui internet melalui forum forum KLMBH atau laman web KLMBH. Rajin-rajin menyemak laman web tersebut untuk makluman mutakhir tentang bash bulanan.
  • Penandaan laluan
    Setelah selesai kerja penyediaan laluan, laluan perlu ditandakan. Ini biasanya berlaku sehari sebelum hash. Laluan akan di tandakan dengan kertas. Kertas dipilih kerana sifatnya yang mudah reput, dan warna putih yang jelas kelihatan. Biasanya dua bentuk kertas digunakan untuk membezakan laluan pendek dan laluan panjang. Ada juga hare yang menggunakan kertas cari dari mesin pencarik (shredding machine). Bagi laluan tar biasanya tepung gandum digunakan.

  • Papan tanda untuk ke tempat berkumpul
    Walau bukan satu kemestian, ada hare yang mengambil inisiatif memasang papan tanda sebagai panduan ke tempat berkumpul. Biasa di pasang pada simpang-simpang utama. Biasanya, ini akan dimaklumkan dalam makluman bash. Perhatikan papan tanda ini untuk memudahkan anda mencari tempat berkumpul.

SEBELUM BASH - PESERTA

Sebagai peserta, beberapa tindakan perlu diambil sebelum hash. Walaupun acara ini acara santai, tidak bermakna ia boleh diambil mudah. Disarankan supaya peserta mengambil tindakan berikut;
  • Memastikan basikal berada dalam keadaan baik dan siap untuk digunakan. Tidak perlulah diperincikan bagaimana memastikan basikalberada dalam keadaan baik. Basikal yang meragam dalam perkayuhan adalah sesuatu yang tidak diperlukan dan merosakkan keseronokan hash. Basikal yang diperlukan ialah sebuah basikal mountain bike. Tak perlu basikal hebat dan mahal. Sekurang-kurangnya mempunyai 21 gear. (3 hadapan, 7 belakang). Ampaian depan sesuatu yang bagus. Amapaian depan dan belakang lebih bagus lagi.
  • Mengenalpasti lokasi tempat berkumpul. Biasa terjadi peserta tersesat dan tidak sampai ke tempat berkumpul kerana tidak pedulikan panduan pandu arah yang diberikan. Sama ada terlewat sampai atau tak sampai langsung. Selamatkan diri anda daripada masalah ini dengan meluangkan sedikit masa meneliti pandu arah yang diberikan. Penggunaan Google Maps sangat membantu. Tambahan pula sekarang ini kordinat GPS turut disertakan. Jangan lupa masukkan kordinat GPS tempat berkumpul ke dalam unit GPS anda.
  • Pilih laluan mana yang akan dikayuh. Anda kenal diri dan kemampuan anda. Pilihlah laluan yang sesuai dengan anda berdasarkan maklumat yang diberi.
  • Kelengkapan berkayuh seperti;
    • air minum. Sesuatu yang sangat penting. Biasanya dalam 3 liter diperlukan terutama kalau hari panas. Amat penting memastikan anda ada bekalan air secukupnya untuk mengelakkan masalah nyah-hidrat. Anggaran keperluan air ialah 1 liter untuk 1 jam kayuhan.
    • garam hidrasi (oral rehydration salt) untuk membantu menggantikan elektrolit badan.
    • snek atau makanan ringan pemberi tenaga - pisang, buah kurma, bijirin dan sebagainya
    • tiub gantian - tiub bocor semasa berkayuh biasa berlaku. Bawa tiub gantian supaya anda tidak terkandas kerana tayar tidak berangin.
    • alatan - alatan membaiki asas untuk kerosakan kecil. Biasa datang dalam set yang mudah dibawa.
    • pam
    • alat pemotong rantai
    • penyambung rantai (chain connector)
    • tuil tayar
    • penampal tiub dan gam
    • spanar untuk jejari basikal
    • krim/losyen pelindung mentari - kalau anda tak mahu kulit anda terbakar
    • ubat pencegah nyamuk/pacat
    • topi keledar - yang sesuai untuk basikal
    • kasut yang sesuai - kasut bertapak keras dengan bunga tebal untuk cengkaman
    • sarung tangan
    • cermin mata - sama ada gelap atau cerah. Untuk melindung mata anda dari abuk, debu, lumpur, ranting dan sebagainya
    • kamera - untuk merakamkan saat-saat tak ternilai. Jangan lupa untuk membawa bateri atau mengecas kamera anda.
  • Bawa salinan baju, seluar, pakaian dalam dan seumpama. Tuala dan alatan mandi sekiranya ingin mandi sebelum pulang.
  • Rehat/tidur secukupnya malam sebelum hash
  • Ada baiknya semua barang disiapkan pada malam sebelum hash supaya tidak berlaku keciciran

HARI BASH - D-DAY

Setelah semua persiapan siap, datanglah hari besar, hari yang dinantikan. Kemuncak kepada semua acara akan berlaku pada hari ini. Dinasihatkan kepada peserta supaya mengambil sarapan secara sederhana. Juga jangan lupa "melegakan" diri anda. Buang apa yang patut. Nanti bila sudah masuk ke dalam trail, yang ada cuma "tandas terbang". Datanglah awal sikit jika mahukan parkir yang selesa. Juga supaya anda cukup masa untuk bersarapan, menyiapkan basikal, mendaftar dan bergambar! Untuk yang muslim, elok juga jika dibawa bersama kelengkapan untuk bersolat. Dalam perjalanan ke tempat berkumpul, perhatikan kedudukan masjid, surau atau musolla terdekat. Ini akan memudahkan urusan solat selepas berkayuh nanti.
  • PENDAFTARAN
    Petugas KLMBH akan datang se awal jam 8.00 pagi untuk membuka kaunter pendaftaran. Semua peserta diwajibkan mendaftarkan diri. Tujuannya supaya penganjur dapat mengenalpasti jumlah perserta dan dapat memastikan semua peserta keluar dengan selamat. Dua kaunter akan dibuka, untuk ahli dan untuk tamu. Untuk ahli KLMBH, pendaftaran bash adalah percuma. Untuk tamu dikenakan sedikit bayaran RM10.00 sahaja.
    Setiap peserta akan diberikan nombor tag. Ahli tag berwarna hijau, dan tamu tag berwarna kuning. Tag ini perlu dipasangkan pada basikal. Selain dari itu, dibelakang tag terdapat nombor kecemasan KLMBH untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan

  • TAKLIMAT
    Sekitar jam 9.15 pagi, semua peserta akan diminta berkumpul untuk taklimat. Taklimat ini penting kerana hare akan memaklumkan maklumat hash. Sila beri perhatian. Perkara yang akan disentuh;
    • jarak laluan pendek/santai dan laluan jauh
    • tandaan pada laluan - bentuk kertas, tepung, tali rentang dan sebagainya
    • bilangan checks, dan jenis checks untuk setiap laluan dan laluan palsu, sekiranya ada.
    • ringkasan laluan - rupabumi, kecerunan, tarikan
    • Laluan keluar (bail out point) - laluan yang boleh diambil sekiranya anda berubah fikiran daripada laluan panjang ke laluan pendek dan sebaliknya
    • peringatan keselamatan - topi keledar, sentiasa ikut kertas dsb
    • pemilihan "scribe" - wartawan tak rasmi untuk menulis laporan bash. Tiap seorang diperlukan untuk setiap laluan. Tunjukkan bakat anda dalam penulisan. Tawarkan diri untuk menjadi scribe.
    • pertanyaan - sekiranya ada.
    Sekali lagi diingatkan supaya jangan diambil mudah taklimat ini. Dengar dan ambil perhatian. Ia boleh menyelamatkan anda dari banyak masalah.

  • KAYUHAN BERMULA!
    Kayuhan bermula sebaik taklimat tamat. Biasanya dengan kata-kata ON ON daripada pemberi taklimat. Berkayuhlah mengikut laluan yang telah dipilih dan jangan lupa pada perkara-perkara yang disebut semasa taklimat. Bash bukan perlumbaan, tapi tidak bermakna anda tidak boleh memecut pergi. Cuma ingatlah adab-adab berkayuh dan tatacara bash. Semasa berkayuh inilah anda kan berjumpa dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas;
    • CHECKS
      Bila laluan tiba-tiba terputus dari tandaan dan terdapat setimbun kertas bermakna anda telah berjumpa dengan CHECK. Tujuan check ialah untuk memperlahankan peserta hadapan, membolehkan merekayang sedikit perlahan di belakang mengejar semula peserta di hadapan. Dalam taklimat telah disebutkan bilangan checks yang akan ditempuh. Laluan akan bersambung pada sebarang arah dalam jarak 75m-150m dari check bergantung kepada budi bicara hare (dan dipengaruhi oleh bentuk mukabumi). Terdapat beberapa jenis check;
      • check hadapan
        check paling asas. Sambungan laluan di hadapan check.
      • check belakang
        sambungan laluan mungkin berada di belakang check. Untuk mencari sambungan, peserta perlu menjejak ke belakang.
      • check pusingan
        check yang seperti round-about. Peserta akan dibawa berpusing sejauh 400m-500m (biasanya mengelilingi bukit atau halangan lain) dan akan kembali semula ke tempat check bermula. Sambungan laluan sebenar berada dalam jarak 150m daripada check.

    • LALUAN PALSU (FALSE TRAIL)
      Laluan palsu bermula dalam anggaran 150m dari check, berlangsung sejauh 150m. Laluan palsu berakhir dengan beberapa tandaan bagi menunjukkan ianya laluan palsu. Laluan palsu bermakna anda perlu berpatah balik ke check dan cari laluan sebenar. Laluan palsu dikenalpasti dengan;
      • laluan yang terputus tanpa ada longgokan kertas dihujungnya
      • berakhir pada halangan, jalan mati, pokok (mungkin terdapat kertas yang "memanjat" pokok
      • berakhir dengan tanda X
      Semua ini akan dinyatakan semasa taklimat. Bila dipastikan yang ianya laluan palsu, peserta perlu mengutio dan membersihkan kertas supaya peserta lain di belakang tidak ikut "terkena" dengan laluan palsu. Saya pernah mengikut peserta yang marah-marah bila "terkena" laluan palsu. Itu berlaku kerana peserta tersebut baru dan tidak memahami peraturan permainan

    • MENUTUP CHECK
      Apabila sambungan laluan yang sebenar dijumpai, peserta yang menunggu di check akan mengmbil kertas dari longgokan dan menyambung laluan yang telah terputus. Kertas akan ditabur dari check sehingga ke sambungan laluan sebenar. Kertas yang hendak digunakan untuk menutup check perlu dikoyakkan sedikit untuk memberitahu peserta belakang bahawa terdapat check di situ sebelumnya dan check telah ditutup. Mereka boleh mengikut laluan itu dengan selamat. Tolong jangan taburkan kertas check sehingga sambungan laluan yang sahih telah dipastikan.

    • LAUNGAN/TERIAKAN HASH
      Bila di dalam hutan, kaedah komunikasi yang berkesan ialah laungan. Tetapi laungan yang sewenang hanya akan memburukkan lagi keadaan, membuat hingar dan mengelirukan. Laungan antara satu sama lain dalam berkomunikasi perlu untuk membantu antara satu sama lain, membantu supaya peloton kekal bersama dan membantu mengelakkan sesat. Untuk hash, beberapa laungan piawai ditetapkan untuk memudahkan kefahaman. Semua laungan adalah dalam bahasa Inggeris kerana tradisi hash;
      • "Checking"
        Digunapakai dalam 2 keadaan;
        1. Sebagai pernyataan sebaik berjumpa dengan check. Melaung "Checking" akan memberitahu peserta belakang yang check telah dijumpai dan bersedia untuk mencari laluan sambungan. lniberkesan terutama untuk check belakang.
        2. Sebagai jawapan kepada pertanyaan "How are you?". How are you bukan soalan ramah tamah bertanya khabar sebaliknya bertanya kemajuan kepada yang mencari laluan sambungan. Checking akan dilaung untuk memaklumkan yang pencarian masih berlangsung dan sambungan belum ditemui.
      • "Are you?"
        Laungan ini digunakan untuk mengesan kedudukan peserta berdekatan. Melaung "Are you?" akan memberikan jawapan "Checking", membawa maksud peserta berdekatan sedang mencari sambungan laluan. Jika anda ingin ikut mencari sambungan laluan, anda boleh mencari pada arah lain selain dari arah yang menjawab "Checking". Jika jawapan yang diterima ialah "On On", menunjukkan peserta terdekat yang menjawab sedang berada pada laluan dengan kertas. Anda selamat untuk mengikuti arah tersebut. Jika jawapan yang diterima ialah "On on on on", menunjukkan sambungan laluan telah dijumpai. Anda mungkin mahu membantu menutup check dengan mengambil kerrtas pada longgokan dan menaburnya ke arah laungann "On on on on".
      • "On on"
        Jawapan kepada laungan "Are you?". Laung "On on" jika anda berada pada laluan yang betul supaya yang melaung "Are you?" boleh mengikut anda.
      • "On on on on"
        Laung jawapan ini sekiranya anda telah menjumpai kertas bagi sambungan laluan supaya yang mendengar boleh menutup check dan mengikut laluan anda
      • "On back"
        Laung jawapan ini sekiranya anda berjumpa dengan laluan palsu, atau laluan yang anda ikuti bukan laluan yang betul. "On back" guna untuk memberitahu pada yang melaung "Are you?" supaya berpatah balik ke laluan yang ada kertas.
      • "On called"
        Laungan ini sebagai lanjutan kepada laungan "On on" atau "On on on on". Mereka yang mendengar laungan "On on" atau "On on on on" akan melaung "on called" sebagai penyambung suara kepada yang meluang "On on" atau "On on on on". Dengan cara ini, orang yang dibelakang akan tahu bahawa "On on" atau "On on on on" telah dilaungkan.

    • BERSUARA, BERHEMAH dan BERHATI-HATI
      Beringat juga semasa berkayuh untuk menjaga keselamatan dan adab berkayuh. Perhatikan dan patuhi perkara-perkara berikut. Ingat dan amalkan 3B - Bersuara, Berhemah dan Berhati-hati.;
      • Bersuaralah!
        Basikal adalah kenderaan ajaib yang bergerak dengan senyap sunyi. Kesenyapannya seringkali membuatkan kehadirannya tidak disedari. Maka tertanggung ke atas pengayuhnyalah untukmengeluarkan bunyi memaklumkan pengayuh lain. Dan bila bersuara, janganlah main hentam ikut sedap gusi. Contohya, jangan sekali menjerit "Hoi! Tepi sikit, rider terer nak lalu". Ada yang makan kasut clipless nanti. Sebaliknya gunakan perkataan seperti "Memotong di sebelah kanan" atau "memotong kanan" , "On your right" sebagai memaklumkan orang di hadapan yang anda berniat memotong di sebelah kanan. Sebaik disuarakan, jangan terus memotong. Beri sedikit masa untuk memastikan pengayuh di depan anda mendengar laungan anda dan bersedia memberikan laluan terutama ketika di laluan sempit.
      • Berhemah
        Berhemah dan beradablah dalam semua keadaan. Ketika memotong, memotonglah dengan kelajuan bersesuaian. Memotong dengan laju boleh memeranjatkan orang yang dipotong. Ingatlah bahawa orang yang dipotong itu sedang berusaha untuk berkayuh habis-habisan. Memotong "sayur" ala mat rempit boleh merenjatkan semangat orang yang dipotong. Maka potong dengan kelajuan yang bersesuaian. Lagi cantik kalau disulami dengan ucapan "Terima kasih", "Thank you" dan seumpama.
        Bila keadaan sebaliknya, juga perlu berhemah. Bila terpaksa berhenti, jangan tercegat lama-lama di tengah laluan. Usahakan untuk ke tepi supaya pengayuh lain boleh meneruskan kayuhan. Jika ada permintaan untuk memotong, cuba usahakan untuk memberi laluan. Tiada guna anda menghalang kayuhan orang lain yang mampu untuk terus berkayuh.
        Bila berhadapan dengan laluan donwhill, jangan cepat teruja. Meluru turun bukit memang seronok. Cuma kalau masih ramai di dalam laluan, lakukan dengan berhati-hati pada kelajuan yang bersesuaian. Meluru laju ketika ramai orang di laluan boleh mengundang bahaya dan kecelakaan.
      • Berhati-hati
        Aktiviti berbasikal lasak ini memang berisiko. Maka sangat perlu semua berhati-hati dan mengutamakan keselamatan. Selain daripada pemakaian alat keselamatan seperti topi keledar dan sarung tangan, sikap berhati-hati juga membantu mengurangkan risiko kemalangan. Kenali tahap kemahiran dan batasan anda supaya tidak terdorong melakukan tindakan yang di luar kemampuan dan boleh mengundang bahaya.

    • ATURKAN KAYUHAN
      Setiap orang mempunyai tahap keupayaan tersendiri. Aturkan kayuhan anda supaya ada masa untuk minum air. Minum perlu untuk menggantikan peluh yang menderu keluar supaya anda tidak ternyahhidrat. Luangkan juga masa untuk makan. Makan makanan yang memberi tenaga untuk menambah tenaga. Rehat sesekali bila terlalu penat atau jantung berdegup terlalu kencang. Berehat sebentar boleh memulihkan tenaga dan menyegarkan badan. Sesekali periksa laluan supaya pasti anda berada pada laluan yang bertanda dengan kertas. Sudah banyak insiden berlaku peserta sedap berkayuh sehingga tidak menyedari laluan telah tersasar. Sentiasa ikut laluan yang bertanda.

    • .
    • MENDAFTAR KELUAR
      Jangan lupa untuk mendaftar keluar. Singgah di kaunter pendaftaran sebaik tamat kayuhan. Serahkan kembali tag anda dan tandatangan keluar. Ini sangat penting kepada hare untuk memastikan yang semua peserta telah selamat keluar. Biasa terjadi tag telah dibawa balik oleh peserta dan peserta terlupa mendaftar keluar. Huru-hara jadinya bila hare melilau mencari peserta yang belum keluar. Padahal peserta sudah senang lenang berada di rumah. Mujur ada nombor untuk dihubungi dalam daftar. Dapatlah dipastikan peserta sebenarnya telah selamat keluar.


    S E L A M A T    B E R K A Y U H!!!

    Rujukan : KLMBH

Thursday, November 05, 2009

KLMB Hash # 182 - Sg Buaya South

My lengthy take of the KLMBH Hash # 182 - Sungai Buaya South long ride...KLMBH is short for Kuala Lumpur Mountain Bike Hash. They hold monthly MTB ride on every last Sunday of the month. For more detail on KLMBH please visit KLMBH Forum

FROM "MEDIUM" TO "WELL DONE"...the Kelolo's grilling

I can still feel the heat crawling on my skin. My already "medium" complexion turned to "well done" after the hash. Imagine those who are of "rare" complexion? Grilled by the unforgiving scorching afternoon sun of the Sungai Buaya. No one was bitten by any "buaya" (croc) but many succumbed to the scorching heat.

Gloomy weather the day before did not repeat itself on Sunday. Clear bright sky with patches of thin cloud hung on the bright blue sky. Briefing call was made at 0915. John Chan did the brief. "...the long will be approximately 39kms...". Whaaa...? Did I hear wrongly? Nope..."You fast guys don't have to worry. Mostly flat...bla...bla...bla". That was supposed to console the long riders, huh? Briefing was over and everybody stayed glued to the tarmac. Something was amissed...Oh, he didn't say the magic word...ON ON.

Some 250 odd riders, old and young, white, brown and black pedaled off. Whizzing in between the houses, eyes scanning for the flour marker. Tarmac ended followed by a narrow construction road, opening with a down and up before converging with wide open dirt road directly opposite the Rawang drug rehab centre. Vast openness ensued. Bright morning sun showered its light generously.

The winding wide dirt road passed by a freshly bulldozed land, with its bank stood menacingly by the side as if wanted to swallow all the riders. Then it went down, passed a beaten steel bridge with huge holes right smack in the middle. Word of caution had been given during briefing causing riders to approach the bridge cautiously. The trail then leveled with rubber trees on our right, providing precious shade. A while after, the mob came to a stop. Yellow signs were up, pointing to its respective directions. Time to exchange hugs for the scenic and the long ride. Scenic went straight up, long would have to do the limbo to pass the boom. My son and I opted for the long.

Beautiful undulating rubber plantation track with coupla ups and downs under the cool shade which later turned to a palm plantation. Also decorated with shady doubletracks in most section. Another boom across the path, but this time it was evaded. Trail veered uphill to the right. A small ascent followed by a short, fast, bumpy downhill. View of ponds on the left as you swoop down the descent. Plenty of butt waggling action seen...That section ended with hard right (which I overshot due to over excitement).

Winding palm plantation doubletrck followed, then all of the sudden we were startled by a stampeding herd of water buffalo. Fortunately, they were herded away from the bashers by the plantation worker. At about the same time, another check was stumbled upon. That added to the chaos caused by the stampeding buffalo. Few riders scurried along to find the connecting. I took the lower path on the right that eventually brought me to a doubletrack littered with long strip of paper. I thought I had discovered the out trail without realising that the paper ran both ways. I explored a bit further just to be sure. Not long after I saw another boom then it dawned upon me that I was back on the same track that would lead to the short swooping downhill. Uh oh...never mind. At least I got to savor that short-sweet again. Woo hooooo....back on track to the check and up the track before going down a long descent...Only few riders were left behind.

Trail then converged with a wider palm plantation double track that wound up with a sign saying something like welcome to the kampung orang asli bla...bla..bla. A sudden change of ambience...Gone were the shady tracks, and right before you, exposed and barren land. Ponds, river and barren hill can be clearly seen from afar. The sun threw its sparkling smile all over. The awaiting downhill was gobbled raucously. It leveled off, the over a metal sheet bridge followed by a barren hill looming up front. The sight of fellow riders taking refuge under the cool shade was too irresistable. I pulled over to join the party. My son's whereabout came to mind. Had not seen him since the split. He was already at the scenic and long split up front, confirmed by a phone call. Ah...the beauty of technology. I hurried from the shady stop. There used to be a trail up the barren hill years ago. It was no longer there. A new trail was made that went around the hill, through a green meadow. Very scenic but spoilt by a nauseous stinking smell that intruded the nostril. Yucckkkkkk!

A skinny bridge of double concrete pillar challenge awaited. My pedaling mood was in a good form. I glided clear off the bridge then continued pedaling up the hill. A handsome reward of shaded downhill claimed, that took me down to the kampung orang asli. My son was waiting there. I slowed down and signaled for him to follow. He surprised me by decided to take the scenic and return to base. Hmmm...Perhaps his long absence from the biking scene tired him.

Tarmac passage ahead briefly. Then off into the dense of rubber plantation and secondary jungle. Undulating tight singletrack which for me, was the cherry on the topping, the crown jewel for this hash. Superb!!! I enjoyed so much. Thank you hares. It concluded with fast terrace like descent which I managed to clear all right to the very bottom where only a narrow ridge connected a drop. I glided down only to discover that there was a swampy area awaiting. Fortunately, I managed to brake in time...Can't imagine how ugly the picture would be if my front wheel is caught in there and I am tossed over the bar to yonder...

The view of beautiful terraces entered. Pity that it's direction was not in favor of gravity. It headed up, not down. Steep gradient too much for my legs to pedal. Pushed up lazily and reluctantly. Once at the top a naughty thought of bombing down crept in. Aboi, who was still below, as if he could read my thoughts, yelled "Turun sedap nih!(Bombing down would be cool!)". Temptation...temptation. But the thoughts of having to push up again, erased the intention. More sweet undulating rubber plantation track. The Pyre galloped in joy like a young pony savoring the cool shaded trail. Such blissful and joyful ride shortlived when trail exited from a tight palm singletrack into an exposed vege farm than onto a muddy and slippery, seemingly endless riverbank trail. The grilling began...

My 2.35 fat tyres front and rear were becoming a liability. Mud and dirt clung to it, creating unnecessary friction and resistance. Bike felt heavier. The slippery road, also laced with thick green grass made navigation more difficult. The scorching afternoon sun was right on top of your head. Potholes at every 10 meter or so. So many of it until I became lazy to avoid it. I just ploughed through with some balancing act compensating for the slipping and skidding. I felt drained, water supply getting low and I was not even at Sungai Buaya yet. Body screaming for a break in the shade but somehow, I refused. I pedaled on ignoring the surrounding, ignoring the heavy breathing, ignoring the fast heart thumping, ignoring the lactic acid poisoning my leg muscle. Only one thing in mind...the shophouses in Sungai Buaya with its chilled isotonic drinks waving seducingly...

After painstaking continuous pedaling, the riverbank trail was left behind. A new challenge of mild tarmac climbing came up ahead. You could see dancing mirage on the heated tarmac. I continued as much as I could before finally surrendering. Took refuge under a scarce shade at the first watertank. What a relief...

Minutes later, pedaling resumed. Tarmac ended, followed by fire road that led to Sg Buaya. A geat relief when the shophouses of Sungai Buaya was in sight. I diverted from the hash trail to seek refreshment and water replenishment. A fellow rider cautioned me of my direction, I told them that there were shops nearby and I was just getting my water supply replenished. A revelation that made many eyes widen adn rounded. Soon, few more riders followed suit. I gulped down a bottle of Revive with just one swig. Another big bottle of 100plus went into the bladder bag, filling it to the brim. Sudden surge of freshness filled the body. Ready to take on more challenges. I even pop a lollipop into my mouth as sugar supplement.

Back into the designated route, fully energised. A short exposed trail before retreating into a shady palm plantation. A mild, much welcomed descent enjoyed then stumbled upon one of the hare minding the traffic. Papers formed the word SHORT CUT laid on the trail. They must have closed a section of the trail to expedite back riders. Time was 12.40 p.m. Shortly after, met Huang and his buddy who were minding the trail. Short exchange of niceties then I rolled on. Still on palm plantation double track that eventually merged with another ascent that looked very familiar. Deja vu? It appeared that the trail went back to the barren hill.

Same routine repeated. Breath held when approaching the foul stench zone. A glide on the skinny concrete bridge, up the hill flocked with bashers pushing their bikes up and the swooping shady DH all the way to the kampung orang asli. The sight of the yellow signage that read HOME was very consoling. There I was, alone, trudging on the last leg of the long route...

I kept a moderate pace. No more worry about hydration as the baldder was just refilled. Orang asli tarmac ended at a suspension bridge. Dirt track followed with mild ascents and descents. Few more riders were seen along the way. The sight of more houses gave relieving feeling. Like beacons indicating that HOME was getting closer. Another yellow home sign on the left gave that assurance. Coupla riders overshot and missed the turn. Too busy pedaling plus oxygen deprivation could do that to you.

Back into the housing estate of Country Homes. More scene of riders lost for direction. They could have easily found their way if they pay attention during the briefing. Flour marking on the road was very obvious. So please fellow bashers, pay a bit of attention during the briefing. It could save you a lot of trouble. Minutes later, I was back at the registration counter, signing out. Time was 1.40 p.m. Distance clocked 37.5km. Discounted distance after one section of lung busting climb closed after cut off time. What a ride! Energy sapping but enjoyable. It grilled me from "medium" to "well done". Well done hares for "well donning" me!

Something to share - I used to ride that area when I first started MTBing in 2006. All solo outings. Cycling from Tasik Puteri to Country Homes to Sungai Buaya and back. But I did not discover the nice trails we rode that day. I guess, when going solo, it was unsafe to venture into unknown territories. Kudos to all the hares for setting the ride.

Wednesday, October 28, 2009

The Biking Chronicles of Pedal Bob Braino # 6 - "Lucky I Didn't Run Over It"

Pedal Bob was cruising down a singletrack one fine Sunday morning. Couple other riders were trailing behind. Suddenly, his finger pulled his brake lever, his bike drifted before grounding to a halt. He stopped and stood frozen momentarily. The riders behind him didn't respond in time causing a small pile up but lucky Bob was spared. Slowly he dismounted. His eyes glued to something on the ground. Something that caused him to brake suddenly.

He walked towards it. A lump of squishy brownish substance laid on the track in a spiral pattern. The rest of the riders just observed with quizzical look. Bob approached closer. He stopped just inches away from the lump. He knelt, stooped closer to the thing. After brief cursory examination he exclaimed "It looks like shit". The riders behind him stood frozen and flabbergasted. Look of disbelief painted all over their faces. They stood there motionless, wondering what the heck was Bob up to. Like a CSI examining a crime scene collecting evidence, Bob stooped lower till his nose was just an inch from the thing. He took a small whiff, but it seemed like it was not enough. He exhaled, emptying his lung and then inhaled deeply while his nose was precisely positioned to suck in the fume. Again, he paused momentarily. A quick mental analysis then he blurted "IT SMELLS LIKE SHIT!".

The riders behind him dropped their jaw. Unpertubed, Bob went for the finale. He took a pinch of the substance. He stuck his tongue out and smeared the pinch onto his taste bud. He withdrew his tongue, rolled it and lulled it in his mouth. Frowning as if in hard thinking before he finally spat. With a satisfied look on his face, he yelled "Tastes like shit". He paused momentarily. "IT IS SHEEEYYYIIITTTTTTT!!!", he concluded..."Lucky I didn't run over it", hemuttered. He got up, casually walked back to his bike, picked it up and pedaled off. One of the spectator puked there and then, the other dropped to the ground and went into a fit and the third one fainted, unknown when he would regain consciousness.

Friday, October 02, 2009

Kurma - Khasiat Dari Padang Pasir

Buah ini hanya muncul dengan berlambaknya di Malaysia bila menghampiri Ramadan. Biasa dipanggil kurma. Juga dikenali dengan tamar. Lazim jadi juadah berbuka puasa. Bukan kerana rasanya, tetapi kerana mengambil barakah pahala sunnah RasulAllah yang iftar dengan tamar.

Bila habis Ramadan, buah inipun hilang lenyap sukar dijumpai. Bekalannya terhad kerana permintaannya merudum sebaik habis Ramadan. Sayang sekali, kerana buah ini banyak khasiatnya. Jika anda masih ada simpanan berbaki,jangan dibuang. Simpan baik-baik. Buat makanan pembekal tenaga bila keluar berkayuh. Saya dah simpan sedozen kurma tunisia deglet nour buat bekalan untuk pemberi tenaga bila keluar berkayuh.

Kita tengok apa khasiat dan kelebihan yang ada pada buah ajaib yang tumbuh di padang pasir ini. Buah ini kaya dengan serat, mengandungi pelbagai nutrien seperti minyak, kalsium, sulfur, besi, potassium, fosforus, manganese, kuprum, magnesium dan lain-lain lagi. Dikatakan sebutir saja kurma sudah memadai untuk gizi (diet) yang sihat dan seimbang. Disenaraikan di bawah beberapa faedah pemakanan dan kesihatan daripada memakan kurma.

Nilai pemakanan

Anggaran nilai nutrien dalam 100gram kurma

  • Sodium - 2 mg
  • Karbohidrat - 75 gm
  • Serat - 8 gm
  • Gula - 63 gm
  • Protin - 2 gm
  • Vitamin - A 10 IU
  • Vitamin C - 0.4 mg
  • Vitamin E - 0.05 mg
  • Vitamin K - 2.7 mcg
  • Thiamin - 0.052 mg
  • Riboflavin - 0.066 mg
  • Niacin - 1.274 mg
  • Vitamin B6 - 0.165 mg
  • Vitamin B12 - 0 mcg
  • Folate - 19 mcg
  • Pantothenic Acid - 0.589 mcg
  • Kalsium - 39 mg
  • Besi - 1.02 mg
  • Magnesium - 43 mg
  • Phosphorus - 62 mg
  • Potassium - 656 mg
  • Sodium - 2 mg
  • Zinc - 0.29 mg
  • Copper - 0.206 mg
  • Manganese - 0.262 mg
  • Selenium - 3 mcg
  • Lemak - 0.39 mg
  • Lemak tepu - 0.032 mg
  • Lemak Monounsaturated - 0.036 mg
  • Lemak Polyunsaturated - 0.019 mg

Faedah nutrisi dan kesihatan memakan kurma

  • Oleh kerana kurma mudah dihadamkan, ia berguna untuk membekalkan tenaga segera.
  • Susu yang dididihkan dengan kurma, akan menjadi minuman yang berkhasiat terutama ketika dalam proses penyembuhan dari penyakit.
  • Kandungan nikotinik dalam kurma boleh menjadi ubat mujarab untuk gangguan usus
  • Amalan memakan kurma dipercayai membantu merenjatkan pertumbuhan organisma patologikal dan membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.
  • Sebagai makanan pelawas, kurma membantu mereka yang menghadapi masalah sembelit
  • Kajian menunjukkan amalan meminum air rendaman kurma hancur yang disimpan semalaman adalah bagus untuk mereka yang menghadapi masalah lemah jantung.
  • Dikatakan kurma juga boleh menjadi tonik membantu memperbaiki stamina seksual dan masalah pemandulan dan masalah lemah pucuk
  • Kajian menunjukkan kurma juga berkesan dalam mencegah kanser abdominal

Nah, sebegitu banyak khasiat kurma. Tak hairanlah kerana ia disebut 20 kali di dalam Al Quran dan menjadi makanan sunnah RasulAllah s.a.w. Kenapa tidak amalkan? Selain sedap dan berkhasiat, dapat pahala. Mudahnyaaaaa...Jadikan kurma amalan hidup anda.
Allahu Alam.

Monday, September 07, 2009

Kelana Berbasikal 2 - Garmin GPSmap 60CSx Penunjuk Arah

Basikal Fuji Tahoe telah ansur-ansur metamorfosis menjadi basikal touring. Lihat posting ini. Impian nak berkelana berbasikal makin hampir. Untuk membantu tunjuk arah, satu unit GPS pulak diperolehi. Unit terpakai saja. Nak beli baru, tabung belum cukup. Mujur pemilik dahulu, Yin, seorang yang cermat. Walau telah lebih setahun, unit Garmin GPSMap 60CSx tu nampak masih baru. Terima kasih Yin. Nanti lebih mudahlah urusan pandu arah dan catatan perjalan. Tak la nanti kalut dengan buku catatan.

Terlanjur bersembang, mari kita lihat sikit apa yang ditawarkan oleh unit GPS 60CSx ini.

Garmin GPSMAP 60CSx

Sekali pandang macam handphone lama generasi botol air, dua kali pandang macam walkie talkie...Pandang la sekali lagi...Baru nampak macam GPS. GPSmap 60CSx ini adalah lanjutan kepada siri-siri 60 Garmin. Pada siri ini ada beberapa penambahan termasuk kad microSD boleh tanggal, penerima GPS sensitiviti tinggi, barometrik altimeter dan kompas elektronik.

Garmin mendakwa model ini masih boleh berfungsi dengan baik walau di bawah rimbunan dedaun tebal atau jurang yang dalam. Kata Garminlah.

Saya belum berpeluang menguji 60CSx ini di hutan bukit bukau. Untuk membiasakan, cuba-cuba guna fungsi pandu arah dia. Seronok jugak...terutama kalau tempat yang nak dituju tu tempat asing. Memang kena percaya pada GPS tu...

Kad microSD unit ini telah siap disalin peta Malaysia yang dimuat turun dari malfreemaps. Lega sebab banyak kerja awal penyediaan dah beres. Tinggal nak guna saja.

Ciri-ciri gah GPS ni...

  • penerima GPS yang sensitif
  • altimeter barometrik untuk data ketinggian yang lebih tepat
  • kompas elektronik
  • Kalis air dengan kelasifikasi IPX7
  • skrin TFT besar, dan berwarna untuk paparan jelas
  • kad microSD 64Mb untuk simpanan tambahan peta dan maklumat lain

RUPA DAN PRESTASI

Ukuran, PxLxT: 2.4" x 6.1" x 1.3" (6.1 x 15.5 x 3.3 cm)
Saiz paparan, LxT: 1.5" x 2.2" (3.8 x 5.6 cm)
Resolusi, Lxt: 160 x 240 pixels
Jenis paparan: 256 warna aras TFT
Berat: 7.5 oz (213 g) dengan 2 bateri "AA"
Bateri: 2 AA - alkali atauNiMh
Hayat bateri: 18 jam kegunaan biasa
Kalis air: ya (IPX7)
Apungan: tidak
Penerima sensitiviti tinggi: ya
Antaramuka serial dan USB
Versi RoHS : ya

PETA DAN MEMORI

Peta asas: ya
Peta pra-muat: tiada
Boleh tambah peta: ya
Memori dalaman: tidak
Terima kad data: kad 64 MB microSD™ (termasuk)
Halatuju/tempat kegemaran/lokasi: 1000
Laluan: 50
Log trek: 10,000 titik, 20 trek simpanan



CIRI-CIRI

Penunjuk arah automatik (setiap simpang atas jalan): ya
Kompas elektronik: ya
Skrin sentuh: tidak
Altimeter barometirk ya
Mesra geocache ya
Kamera: Tiada
Mainan GPS luaran: ya
Kalendar memburu/memancing: ya
Maklumat matahari dan bulan: ya
Jadual pasang surut: tiada
Kiraan luas kawasan: ya
POIs kendiri ya
pindahan data unit ke unit: tiada
Penonton gambar tiada

Tuesday, September 01, 2009

Menukar Frame - Beberapa Pertimbangan

Menukar frame satu perkara lazim bagi pembasikal. Biasa dibuat untuk mencari lebih kesesuaian, menaiktaraf ke frame yang lebih baik atau bertukar disiplin kayuhan, dari XC ke DJ misalnya. Biasa juga untuk peralihan dari ekor keras ke ekor lembut atau sebaliknya. Bertukar frame satu proses besar yang mengujakan. Macam nak pindah rumah baru! Maka prosesnya tidak boleh terburu. Harus teliti. Apatah lagi kalau bajet terhad. Kalau duit berkepuk, tak payah terus membaca...

Saya suka berkongsi beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menukar frame. Ini perlu supaya proses pertukaran berjalan lancar dan segala halangan dan rintangan awal dapat dikenalpasti dan diatasi. Kalau tidak, boleh tersangkut proses peralihan. Potong stim! Perbincangan terhad kepada MTB sahaja. Saya kurang arif dengan basikal lumba. Mungkin akan terdapat bermacam kekurangan dalam perbincangan ini, silakan bagi komen tokok tambah supaya menjadi panduan berguna untuk semua.

Kita akan lihat beberapa aspek yang perlu diberi pertimbangan dalam menukar frame dengan melihat komponen-komponen pada frame yang berbeza-beza. Kita sorot dari depan basikal membawa ke belakang, membandingkan frame lama dengan frame baru yang bakal ditukar.

SENARAI SEMAK UNTUK PERTUKARAN FRAME
NO ITEM HURAIAN RUMUSAN
1 Set Kepala (headset) Terdapat 2 jenis set kepala yang biasa. Set kepala A atau set kepala integrated. Perhatikan sama ada set kepala frame baru sama seperti set kepala frame lama. Kalau frame baru set kepalanya tak sama, alamat kena masukkan set kepala dalam bajet. Kalau sama, selamat. Ataupun frame kena dicari lain.
2 Saiz Diameter Tiub Kepala Terdapat 2 jenis saiz diameter tiub kepala yang biasa. Saiz 1 1/8" dan saiz 1.5" pada jentera-jentera tugas berat terutama Cannondale. Kalau frame baru saiz diameter tiub kepalanya tak sama, alamatnya set kepala juga perlu ditukar. Kena masukkan set kepala dalam bajet. Sedikit tambahan untuk saiz tiub kepala 1.5", cuba dapatkan penyesuai untuk 1 1/8".
3 Panjang Tiub Kepala Panjang tiub kepala akan menentukan sama ada steerer tube fork anda mencukupi untuk boleh dipindahkan ke frame baru. Ukur panjang dari mangkuk bawah set kepala hingga ke atas stem dan bandingkan di antara kedua frame. Kalau frame baru memberikan panjang yang lebih daripada frame lama, satu petanda yang fork anda mungkin tak sesuai dengan frame baru. Anda mungkin terpaksa tukar fork, atau lupakan saja frame baru itu.
4 Kabel Panjang kabel perlu disemak untuk menentukan sama ada kabel sesuai untuk frame baru. Anda perlu lebih teliti kalau anda menggunakan brek hidrolik kerana menukar kabel/hose brek hidrolik tidak semudah pada brek mekanikal. Juga perhatikan sama ada housing kabel jenis tutup separuh-separuh atau tutup semua. Kalau bertukar daripada frame ekor keras ke ekor lembut, peratus kebarangkalian untuk mengganti kabel agak besar. Kabel boleh dikira komponen basikal yang pendek hayatnya. Ketidakserasian kabel di antara frame lama dengan frame baru mungkin tak menjadi hal sangat. Elok ditukar saja kabel gear dan brek kalau usia sudah melebihi 6 bulan.
5 Steerer Tube Fork Berkait rapat dengan panjang tiub kepala dan saiz set kepala. Termasuk dengan tinggi stem. Senang cerita , sebut stack height la. Steerer tube yang terjulur melepasi set kepala, kena bagi cukup ruang untuk stem mendakap dengan berkesan. Kalau panjang steerer tube tak mencukupi untuk memberikan pegangan yang cukup, boleh cuba cari set kepala yang lebih nipis, stem yang lebih nipis. Kalau tak menjadi jugak, tukar fork baru.
6 V-Brake Boss Pancang pada fork dan frame untuk dipasangkan angkup v-brake. Sesetengah fork dan frame baru memang tidak dipasang dengan pancang ini. Kalau anda memang peminat tegar V-brake, Kalau fork dan frame tiada pancang tiang untuk pasang V-brake, lupakan sajalah. Atau...dah sampai masa berhijrah ke disc brake?
7 Tiub Pelana (Seat Tube) Tiub pelana ini satu lagi elemen penting sebab saiznya pelbagai dan mempengaruhi beberapa perkara lain, iaitu;
  • batang pelana (seat post)
  • pengunci batang pelana (seat post collar)
  • pendakap FD (FD clamp)
Berubahnya saiz tiub pelana, akan menyebabkan tiga perkara yang berkaitan berubah. Sama ada cuba kekalkan saiz tiub pelana atau bersedia untuk melabur lagi. Sekiranya ingin beralih dari ekor keras ke ekor lembut,perhatikan juga bahagian ini. Sesetengah rekabentuk frame ekor lembut tidak mempunyai tiub pelana. T-Bolt misalnya. FD yang digunakan ialah jenis plat atau E-Type yang melekap pada braket bawah. Perhatikan juga rekabentuk cantuman tiub pelana, palang rantai dan tiub bawah. Ada beberapa rekabentuk yang memerlukan FD jenis top clamp.
8 Cengkerang Braket Bawah (BB Shell) Perumah yang memegang braket bawah ini datang dalam 2 saiz umum, 68mm atau 73mm. Jika anda menggunakan braket bawah jenis luaran (external) seperti pada sistem Hollowtech II,Giga X atau sistem lain yang seumpama, masalah cengkerang BB yang berbeza boleh diselesaikan dengan beberapa keping spacer. Kalau braket bawah anda dari sistem Hollowtech, ISIS, Octalink dan yang seumpama, anda akan berhadapan sedikit kesukaran. Garisan rantai anda akan lari menyebabkan tukaran gear terjejas. Anda boleh cuba membetulkan masalah dengan beberapa spacer atau ganti engkol anda!
9 Braket disc brake belakang Braket ini terletak di palang rantai sebelah kiri belakang berhampiran dropout. Kebanyakan frame baru semuanya mempunyai "telinga". Kalau anda memeng menggunakan disc brake,"telinga" tu wajib ada. Awas kalau anda nak bertukar ke frame rekaan lama.Mungkin "telinga" tak wujud dan anda perlukan aksesori tambahan untuk memasang disc brake belakang anda

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan dalam nak menukar frame. Sesetengahnya dari pengalaman "terkena" sendiri. Kalau ada yang tertinggal, kurang tepat dan sebagainya, tolong la tokok tambah. Jangan segan silu. Mungkin lepas raya dapat banyak duit raya, boleh la tenang-tenang upgrade frame.