Saturday, August 29, 2009

Kelana Berbasikal - Fuji Tahoe Dalam Touring Mode

Tahoe siap untuk berkelana

Impian sudah terpendam sekian lama ingin berkelana berkembara dengan basikal ke seluruh Malaysia. Besar mimpi tuh...Tercapaikah? Biarkan saja dulu persoalan itu.

Untuk menjadikan mimpi satu kenyataan, sesuatu perlu dilakukan. Langkah pertama perlu dimulakan. Benihnya perlu disemai. Bunganya beransur cambah. Langkah pertama diorak. Jentera Fuji Tahoe kepunyaan isteri yang direhatkan sementara setelah isteri ketemu Cik Putih di bangunkan semula. Mulanya dibikin untuk kayuhan biasa rentas desa. Bila angin mahu berkelana kembali bertiup sepoi-sepoi bahasa, Fuji Tahoe mula dirobah sifat. Untuk berkelana, soal upaya muat jadi pokok utama. Maka Fuji Tahoe di pasang dengan beg pelantar dari Topeak.

Nah! Bagaimana rupanya? Kelengkapan terdiri dari 2 kelompok utama. Satu, pepara Topeak Super Tourist DX Tubular Rack w/disc mounts. Dua, Topeak MTX TrunkBag EXP. Beg untuk berkelana.


Topeak Super Tourist DX Tubular Rack w/disc mounts
Pepara Topeak Super Tourist DX Tubular Rack w/disc mounts ini adalah pepara dari aluminum yang dibuat khas untuk basikal yang menggunakan brek cakera. Ia serasi dengan semua beg dalam siri MTX.

Topeak MTX TrunkBag EXP
Beg upaya muatan besar yang boleh dikembangkan panel sisinya. Ruang muatan utama siap dengan pembahagi yang dilekat dengan velcro. Menurut Topeak, ia direka menggunakan kaedah pembuatan baru yang menggabungkan panel tegar beracuan disudahi dengan bahan 420 fabrik nylon denier untuk memberikan ketegasan dan kalis air. Jalur-jalur pemantul cahaya dipasang sebagai langkah keselamatan.

Kos untuk pepara dan beg ialah RM384. Barangan didapati dari Giant Store, Sri Hartamas.

Ujian jarak dekat ke pejabat dan bazaar Ramadhan setakat ini memberikan satu rasa kelainan. Memang terasa seperti berat dan menyeret pada bahagian belakang. Perlu ambil sedikit masa untuk penyesuaian. Ruang muatan cukup menggembirakan. Pakaian kerja boleh dimuat tanpa masalah dengan ruang baki masih berlambak. Hmmm...kalau nanti nak berkayuhah jauh, barang apa yang perlu dibawa ya?

Masih ada satu dua perkara yang perlu ditambah/diganti pada jentera ini. Tayar gemuk bergerutu sekarang kurang sesuai untuk berkelana. Lebar dan berat dan juga seretan dari bunga-bunga tayar yang terjojol. Mungkin tayar 1.5 akan jadi pilihan. Masih dalam peringkat pencarian.

Bar hendal perlu dilengkapi dengan hendal tanduk. Itu boleh memberikan posisi yang lebih menegak. Bolehlah tekanan pada tapak tangan dan pergelangan tangan diredakan sedikit.

Bila dah hampir siap dan dah merasa berkayuh dalam jarak pendek, rasa tak sabar pulak nak tunggu untuk kayuhan yang lebih jauh. Buat permulaan, sebagai latihan dan pendedahan awal, cadangnya nak ke Bukit Fraser. Nak ikut? Siapkan jentera dan tunggu pengumuman. Tarikhnya mungkin hujung Syawal. Eloklah tu...boleh bakar segala lemak terkumpul selepas jenuh carbo loading lemang, ketupat, rendang.

7 comments:

mynameiskoko said...

Rasa2 Tbolt boleh tak modify untuk touring? Teragak jugak nak modify, tapi kalau kena tukar hardtail susah sikit plan.

BC Kelolo said...

Koko,

Belasah saja. Gantikan shock dengan steel bar. Tukar tayar slick 1.5. Pasang pannier bag. All set. Geng Gedebe Melawati tour sampai KB dengan T-Bolt saja.

ZanKX said...

kalau pasang pannier beserta load penuh akan lg terasa mcm terangkat.
kalu ada bajet, tukar kpd fork rigid terus. taya lebih baik 1.0 (kenda kontender) foldable tp kalau tak biasa agak kekok apabila berurusan time bocor kerana agak tight bila tekanan angin max dia 125 psi.
jom ikut kami tour northen thai (chiangmai-chiangrai-maesai) ujung tahun ni, insyaallah..

BC Kelolo said...

Zan...rajin hampa pi Siam noooo. Ada cawangan apa kat sana? Heh...heh.

BC nak try kot dekat dulu. Range 200km buat try test. Kalau keting dah kuat esokbaru boleh lajak lepaih sempadan. Mana pulakpassport aku nih? Bini wat sorok dah apa?

ZanKX said...

bc,
ala, org sempadan memang mcm tu. pi mai pi mai..buat mcm negeri sendiri..
apa kata ante mai cuba dulu 17-18 okt ni..TRM anjur bersama MCT buat supported roadride kangar-hatyai-kangar 224km..
takat la baru 30 org kompom w'pun ana belum buat official launch.
tolong kasi email sat..dok cek dlm contacts tak dak, hilang lepaih mana tah..

fakawi said...

get rid of the suspension fork to reduce weight and bob..
try slapping on some road cogs...

gan said...

cantik bro, aku pun nk cari jugak rack cam ni, rupanya ada kat sri hartamas ...thanks for sharing!