Thursday, November 26, 2009

Bila 2 Liter Tidak Mencukupi...

Peringkat awal aku berkayuh, aku hanya membawa sebotol air bekal. Satu insiden kehabisan air semasa suku jalan mendaki steroid mendorong aku membeli satu beg bladder 2 liter. High Sierra Drench menjadi pilihan. Beg yang memberi kapasiti muatan dan bekalan air yang mencukupi pada harga yang termampu. 2 tahun lepas harganya cuma RM95.00. Sama ada keperluan air aku semakin meningkat ataupun kayuhan sekarang semakin jauhdan mencabar, bekalan air 2 liter tidak mencukupi. Pengalaman perit kehabisan air pada waktu panas terik mentari rembang hash # 182 Sungai Buaya ditokok dengan bladder High Sierra yang semakin uzur mendesak aku mencari bladder baru. Setelah meninjau dan memilih, akhirnya bladder Deuter Streamer 3 liter menjadi pilihan. Ciri menarik pada harga mampu milik.


KETERANGAN

*Dari laman web Deuter

Deuter menggunakan sistem takungan Source® yang eksklusif. Sistem Streamer diperbuat daripada bahan polyethylene (PE) yang menghasilkan pundi air yang nyah-rasa. Tiub dan pundi mempunyai permukaan dalaman seakan kaca dan disertakan rawatan ion perak yang menghalang pembiakan bakteria menjadikan ianya pundi air anti mikrob yang pertama dengan kelulusan dari FDA®.


CIRI-CIRI

  • Nyah-rasa - bahan lapisan PE memberikan rasa air tulen tanpa rasa plastik
  • Bebas bakteria - Teknologi anti-mikrob Grunge Guard® menghalang pembiakan bakteria sepanjang hayat pundi
  • Seakan kaca - Teknologi pelapis menghalang pembentukan lapisan-bio, dan sistem ini bersih-kendiri. Analisis permukaan Mikroskop Daya atomic menunjukkan pelapis dalam adalah 1000% lebih licin daripada saingan yang menggunakan polyurethane (PU). Beza dengan kaca hanya 50%.
  • bebas-senggara - Dengan teknologi Grunge Guard® dan permukaan mirip kaca, penyucian bukan satu isu. Hanya perlu isikan airlagi dan lagi tanpa perlu penjagaan rumit dan khusus. Air kekal segar untuk beberapa hari, minggu malahan
  • Injap sedutan Helix - injap sedutan yang kalis bocor dengan sistem putar-buka,putar-tutup untuk mencegah limpahan semasa bergerak. Penyedut disertakan penutup untuk melindunginya daripada tanah, selut dan lumpur.

SPESIFIKASI

  • Isipadu : 3 liter
  • Berat : 170gm (6 oz)
  • Dimensi(PxL): 432mm x 203mm (17 x 8 in
  • Bahan: Co-Extruded PE

2 comments:

akmalhizam said...

antara hydration bladder pilihan saya, tu. akhirnya beli 3L hydrapak di KSH TTDI. RM125 lepas nego. Not bad. BC beli source tu brape hingget?

BC Kelolo said...

Ada gak tengok Hydrapak kat KSH. Terasa di luar jangkauan. Deuter Streamer tu dapat dari Bicycle World,Taman Melawati. Rega RM80 sahaja.