Basikal Fuji Tahoe telah ansur-ansur metamorfosis menjadi basikal touring. Lihat posting ini. Impian nak berkelana berbasikal makin hampir. Untuk membantu tunjuk arah, satu unit GPS pulak diperolehi. Unit terpakai saja. Nak beli baru, tabung belum cukup. Mujur pemilik dahulu, Yin, seorang yang cermat. Walau telah lebih setahun, unit Garmin GPSMap 60CSx tu nampak masih baru. Terima kasih Yin. Nanti lebih mudahlah urusan pandu arah dan catatan perjalan. Tak la nanti kalut dengan buku catatan.
Terlanjur bersembang, mari kita lihat sikit apa yang ditawarkan oleh unit GPS 60CSx ini.
Sekali pandang macam handphone lama generasi botol air, dua kali pandang macam walkie talkie...Pandang la sekali lagi...Baru nampak macam GPS. GPSmap 60CSx ini adalah lanjutan kepada siri-siri 60 Garmin. Pada siri ini ada beberapa penambahan termasuk kad microSD boleh tanggal, penerima GPS sensitiviti tinggi, barometrik altimeter dan kompas elektronik.
Garmin mendakwa model ini masih boleh berfungsi dengan baik walau di bawah rimbunan dedaun tebal atau jurang yang dalam. Kata Garminlah.
Saya belum berpeluang menguji 60CSx ini di hutan bukit bukau. Untuk membiasakan, cuba-cuba guna fungsi pandu arah dia. Seronok jugak...terutama kalau tempat yang nak dituju tu tempat asing. Memang kena percaya pada GPS tu...
Kad microSD unit ini telah siap disalin peta Malaysia yang dimuat turun dari malfreemaps. Lega sebab banyak kerja awal penyediaan dah beres. Tinggal nak guna saja.
Ciri-ciri gah GPS ni...
- penerima GPS yang sensitif
- altimeter barometrik untuk data ketinggian yang lebih tepat
- kompas elektronik
- Kalis air dengan kelasifikasi IPX7
- skrin TFT besar, dan berwarna untuk paparan jelas
- kad microSD 64Mb untuk simpanan tambahan peta dan maklumat lain
RUPA DAN PRESTASI |
|
Ukuran, PxLxT: | 2.4" x 6.1" x 1.3" (6.1 x 15.5 x 3.3 cm) |
Saiz paparan, LxT: | 1.5" x 2.2" (3.8 x 5.6 cm) |
Resolusi, Lxt: | 160 x 240 pixels |
Jenis paparan: | 256 warna aras TFT |
Berat: | 7.5 oz (213 g) dengan 2 bateri "AA" |
Bateri: | 2 AA - alkali atauNiMh |
Hayat bateri: | 18 jam kegunaan biasa |
Kalis air: | ya (IPX7) |
Apungan: | tidak |
Penerima sensitiviti tinggi: | ya |
Antaramuka | serial dan USB |
Versi RoHS : | ya |
PETA DAN MEMORI |
|
Peta asas: | ya |
Peta pra-muat: | tiada |
Boleh tambah peta: | ya |
Memori dalaman: | tidak |
Terima kad data: | kad 64 MB microSD™ (termasuk) |
Halatuju/tempat kegemaran/lokasi: | 1000 |
Laluan: | 50 |
Log trek: | 10,000 titik, 20 trek simpanan |
CIRI-CIRI |
|
Penunjuk arah automatik (setiap simpang atas jalan): | ya |
Kompas elektronik: | ya |
Skrin sentuh: | tidak |
Altimeter barometirk | ya |
Mesra geocache | ya |
Kamera: | Tiada |
Mainan GPS luaran: | ya |
Kalendar memburu/memancing: | ya |
Maklumat matahari dan bulan: | ya |
Jadual pasang surut: | tiada |
Kiraan luas kawasan: | ya |
POIs kendiri | ya |
pindahan data unit ke unit: | tiada |
Penonton gambar | tiada |
8 comments:
Cantik... handlebar holder beli sekali ke?
BC dah ada mainan baru untuk membuat dia leka seketika. Baru boleh kejar lepas ni :)
Jangan mimpi! Nko takkan terkejar aku...yang jauhhhhh di BELAKANG nko. Ha...ha...ha.
bro gambar gps tu mengganggu tumpuan nak baca la...besar sgt gbrnya...
Besar sangat? zam...zam...ala kazam. Gamabr GPS kecik sikit satu!
Kepekaan model ini memang tak boleh disangkal lagi. Ia boleh mendapat signal walaupun di dalam rumah sekali.
Petunjuk Arah? the correct term is System Kedudukan Sedunia?
Bro kalo nak jual bgtau ye 0193320712 aniq
Post a Comment