Buah ini hanya muncul dengan berlambaknya di Malaysia bila menghampiri Ramadan. Biasa dipanggil kurma. Juga dikenali dengan tamar. Lazim jadi juadah berbuka puasa. Bukan kerana rasanya, tetapi kerana mengambil barakah pahala sunnah RasulAllah yang iftar dengan tamar.
Bila habis Ramadan, buah inipun hilang lenyap sukar dijumpai. Bekalannya terhad kerana permintaannya merudum sebaik habis Ramadan. Sayang sekali, kerana buah ini banyak khasiatnya. Jika anda masih ada simpanan berbaki,jangan dibuang. Simpan baik-baik. Buat makanan pembekal tenaga bila keluar berkayuh. Saya dah simpan sedozen kurma tunisia deglet nour buat bekalan untuk pemberi tenaga bila keluar berkayuh.
Kita tengok apa khasiat dan kelebihan yang ada pada buah ajaib yang tumbuh di padang pasir ini. Buah ini kaya dengan serat, mengandungi pelbagai nutrien seperti minyak, kalsium, sulfur, besi, potassium, fosforus, manganese, kuprum, magnesium dan lain-lain lagi. Dikatakan sebutir saja kurma sudah memadai untuk gizi (diet) yang sihat dan seimbang. Disenaraikan di bawah beberapa faedah pemakanan dan kesihatan daripada memakan kurma.
Nilai pemakanan
Anggaran nilai nutrien dalam 100gram kurma
- Sodium - 2 mg
- Karbohidrat - 75 gm
- Serat - 8 gm
- Gula - 63 gm
- Protin - 2 gm
- Vitamin - A 10 IU
- Vitamin C - 0.4 mg
- Vitamin E - 0.05 mg
- Vitamin K - 2.7 mcg
- Thiamin - 0.052 mg
- Riboflavin - 0.066 mg
- Niacin - 1.274 mg
- Vitamin B6 - 0.165 mg
- Vitamin B12 - 0 mcg
- Folate - 19 mcg
- Pantothenic Acid - 0.589 mcg
- Kalsium - 39 mg
- Besi - 1.02 mg
- Magnesium - 43 mg
- Phosphorus - 62 mg
- Potassium - 656 mg
- Sodium - 2 mg
- Zinc - 0.29 mg
- Copper - 0.206 mg
- Manganese - 0.262 mg
- Selenium - 3 mcg
- Lemak - 0.39 mg
- Lemak tepu - 0.032 mg
- Lemak Monounsaturated - 0.036 mg
- Lemak Polyunsaturated - 0.019 mg
Faedah nutrisi dan kesihatan memakan kurma
- Oleh kerana kurma mudah dihadamkan, ia berguna untuk membekalkan tenaga segera.
- Susu yang dididihkan dengan kurma, akan menjadi minuman yang berkhasiat terutama ketika dalam proses penyembuhan dari penyakit.
- Kandungan nikotinik dalam kurma boleh menjadi ubat mujarab untuk gangguan usus
- Amalan memakan kurma dipercayai membantu merenjatkan pertumbuhan organisma patologikal dan membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.
- Sebagai makanan pelawas, kurma membantu mereka yang menghadapi masalah sembelit
- Kajian menunjukkan amalan meminum air rendaman kurma hancur yang disimpan semalaman adalah bagus untuk mereka yang menghadapi masalah lemah jantung.
- Dikatakan kurma juga boleh menjadi tonik membantu memperbaiki stamina seksual dan masalah pemandulan dan masalah lemah pucuk
- Kajian menunjukkan kurma juga berkesan dalam mencegah kanser abdominal
Nah, sebegitu banyak khasiat kurma. Tak hairanlah kerana ia disebut 20 kali di dalam Al Quran dan menjadi makanan sunnah RasulAllah s.a.w. Kenapa tidak amalkan? Selain sedap dan berkhasiat, dapat pahala. Mudahnyaaaaa...Jadikan kurma amalan hidup anda.
Allahu Alam.
No comments:
Post a Comment