Ahad lepas, 13/01/08 bersamaan 4 Muharam 1429, terlakar sejarah bila girlfriend saya ajak berkayuh. Ajakan disambut dengan sedikit terperanjat dan penuh kegumbiraan. Kecik tapak tangan, Rover Track ditadahkan...
Lalu pada pagi yang bersejarah, bertolaklah Unta dari rumah dengan dua bijik beskal tersumbat dalam perutnya. Dari rumah ke FRIM amik masa 15 minit saja. Kebiasaan parkir kat luar FRIM dipinda sebab bawak newbie. Kesian gak kalau newbie terpaksa kayuh dari luar ke Rover Track punya trail head.
Sebaik sampai jam 0830, sudah terpamir raut keterujaan pada wajah GF. Nampak excited. Beskal diturunkan dan GF diminta berkayuh cuba try test sekitar parkir untuk mendapat "rasa". Hmmm...nampak OK. Bagi taklimat ringkas bagaimana nak guna gear, brek dan sebagainya. Maka bermulalah kayuhan.
Dari parkir, berkayuh melalui cafeteria kemudian membelok ke kiri menghala ke Rover Track. Rover track dipilih sebagai laluan salam perkenalan.
Memasuki Rover Track
Siap repair GF sambung kayuh. Hmmm...boleh tahan. Tapi, cerun Rover tu curam jugak untuk sorang newbie. Akhirnya GF akur dan mengambil jurus TnT - turun and tolak. Seperti yang dijanjikan...kalau tolak, kita tolak bersama. Aku ikut turun dan tolak. Sayang bini maaaa...
Maka beriringanlah kami berdua menolak beskal naik Rover. Rasa macam Awie ngan Erra la pulak tolak beskal beriring-iringan. Chewah! Tolaklah kami berdua sampai ke exit The Dream. Amik kesempatan berehat sekejap kat situ sambil aku memberikan kata-kata semangat.
Lepas rumah pam. Terrain dah kebanyakan downhill. Nampak GF seronok melayan downhill. Berkali aku pesan jangan laju sangat sebab joggers ramai. Akhirnya sampailah ke penghujung Rover.
Wajah bangga selepas berjaya menawan Rover
Lepas tu kami patah balik laaa..Mujur dia tak serik. Bila ditanya mau kayuh lagi tak? Mauuu...Oraittttt.
2 comments:
Waaduh. Ada basikal jenama "Kelolo" rupanya. Pasti bagus!
Joe
(joeadnan.blogspot.com)
Terima kasih kerana Tuan Haji sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Jenama "Kelolo" hanya tempelan stiker :). Hanya satu dalam dunia. Sememangnya bagus! Tanya isteri saya....
Post a Comment