Antara yang hadir - Pine (2 dari kiri), Zack dan Jazlan (hare)
Spy shot frame baru long_con Giant XTc menggantikan NRS team.
Ritual lazim taklimat bermula. Phil merakamkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa 2007. Huang kemudian menyambung taklimat hash dan trail. Trail panjang sejauh 22km manakala trail santai cuma 9km. Sebaik usai, langit kekal mendung dan teriakan ON ON bersahutan. Bermula kayuhan...
Trail bermula dengan tarmac kampung. Kemudian melibas kanan memasuki perkampungan orang asli. Sebaik masuk, disapa anjing-anjing orang asli yang terlebih ramah. Kalau seorang diri mungkin sudah memecut dengan kelajuan bunyi. Trail mula bertukar corak kepada singletrack kebun getah. Dakian landai manja sebagai pemanas badan disusuli dengan downhill manja juga. Tiba di bawah, berlaku kesesakan. Riders macam tak tentu haluan. Check yang pertama rupanya. Dengan jalan yang bersimpang siur, menjajau juga mencari sambungan trail. Ramai juga yang lepak saja menunggu riders lain menyambung check. Sekonyong terdengar laungan ON ON menanda trail sambungan dijumpai. Gerombolan kembali bergerak. Basikal terpaksa dipikul kerana trail melewati kawat duri.
Dari kawat duri, trail bertukar corak kepada trail ladang kelapa sawit. Double track landai melingkari ladang kelapa sawit. Cuaca lembap dua tiga menjak menjadikan laluan agak becak. Diselaputi lumpur jadi perkara biasa kepada pengayuh basikal lasak..
Trail kelapa sawit berakhir dengan satu pertemuan laluan tebing sungai. Jejak kertas menunjuk ke kiri. Laluan tanah yang lebar dan landai. Aku ikut bermain mengikut rentak Phil Bee yang tenang berkayuh menggunakan gear tengah. Nampak bersahaja tapi laju. Laluan melewati beberapa tempat yang menjadi tempat buangan sampah dan sisa binaan. Sikap tipikal orang Malaysia? Semua tempat adalah tempat buang sampah melainkan halaman rumah saya? Hmmmm...
Laluan tanah berakhir dengan pertemuan dengan jalan tar. Untuk seketika sahaja kerana laluan membelok ke kiri seterusnya kembali menerjah laluan ladang kelapa sawit. Masih lagi kekal dengan laluan landai. Melewati ladang ternakan ayam tanpa seekor ayampun yang menghuni. Dari reban ayam, laluan mula bertukar rentak. Batang kelapa sawit yang melintang bagai memberi isyarat bahawa masa "bulan madu" sudah tamat. Dari kelapa sawit tumbang, riders sudah mula mempertajamkan kemahiran. Drop kecil menanti disusuli dengan laluan menderu turun bukit sederhana.
Laluan kemudian melalui jalan tar. Tandaan oleh hare jelas dan terang memudahkan pencarian laluan. Ke kanan membawa kepada pendakian tarmac. Lebih kurang seratus meter kemudian, laluan berpaling ke kiri masih mengikut tarmac. Kemudian menyimpang ke kiri dan turun laju meredah laluan tarmac kampung. Bila tiba di penghujung, terdapat simpang T. Laluan menghala ke kiri. Turun bukit laju dengan gambaran terang lagi jelas di hadapan bahawa satu kerabatan curam menunggu. Lazimnya aku akan melajak untuk mendaki, tetapi hari itu aku bertukar nada. Biar saja pengayuh lain meluru laju mengumpul momentum untuk terus memanjat. Aku ambil strategi tenang. Perlahan saja menghampiri panjatan. LX rapid fire shifter mengarah gear "nenek" dimasukkan. Kayuhan terasa ringan kerana saki baki lajakan, walaupun perlahan cuma. Kayuhan kosong kemudian menjadi berat sedikti demi sedikit bila panjatan bermula. Aku kekalkan ritma. Betis dan peha sepakat sekata. Menujah pedal memanjat cerun. Pandangan dihadkan kepada beberapa kaki sahaja dihadpan tayar hadapan. Cuma sesekali mendongak memastikan haluan. Akhirnya, bila dada berombak kencang dan kaki mula memprotes lenguh, aku sampai ke puncak.
Bila keletihan, koordinasi sedikit terjejas. Mata terpandang papan tanda menunjukkan terus untuk scenic dan kanan untuk long. Otak hanya merakam seketika maklumat. Sebaik menghampiri, bagai terlupa akal itu pada papan isyarat, aku teruskan saja laluan. Mujur Aboi sempat menegur "Hai...takkan scenic kot?". Aku berpatah balik dan melihat papan tanda sekali lagi. Ah....sudah tersalah. Sempat kulontarkan pandangan pada laluan yang bakal dilalui. Mak aaiii...tinggi dan curamnya tebing yang bakal dipanjat.
Aku sediakan diri untuk memanjat. Nafas dihela buat bekalan. Gear nenek sekali lagi jadi pilihan. Ritma yang tadi aku kekalkan. Kayuh...kayuh...kayuh. namun cerun kali ini bukan seperti tadi. Berani cakap lebih 45 degree. Akhirnya aku mengaku kalah. Berhenti di situ seketika. Setelah rasa agak lega, aku teruskan kayuhan...eh bukan...tolakan. Lalu bertolaklah aku dengan Elementku hingga ke simpang kiri. Mujur bukan tolakan hingga ke puncak. Sempat juga meyakinkan diri untuk berehat di situ barang seminit dua. Sempat juga merakan foto anak-anak situ yang teruja. Tak pastilah sama ada teruja tengok mat saleh ramai masuk kampung mereka atau tengok beskal-beskal yang bermacam rupa dan gaya. Sempat juga bersembang-sembang dengan Keluarga Stapo dan berkenal dengan the Rocketboy (yang lebih layak dipanggil the "Rocketgramp").
Dari situ, melibas ke kiri, melewati satu kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan. Laluan melorot ke satu tebingan. Di hadapan tebingan terhampar pandangan Putrajaya dari kejauhan. Sayup mata memandang. Cerun nampak chun untuk fotograf. Subjek pulak tiada untuk dirakam. Jadi sumber untuk ABC laaa..Maka menongkollah aku kat situ menunggu pengayuh yang sudi untuk difoto. Sekian lama menunggu, pengayuh tak kunjung tiba. Ahh..baik aku simpan saja kamera dan teruskan kayuhan. Sebaik kamera disimpan, muncul kelibat Hashim BB, Syuq ngan Chip. Cepat-cepat aku keluarkan balik kamera dan snap-snap-snap gambar Hashim BB ngan Syuq. Gambar Ransom tak sempat dirakam sebab laju saja Ransom berdesup turun drop tu. Rupanya Chip nak cepat sebab diganggu masalah "dalaman".
Hashim BB meluncur turun drop pemanas badan
Bagai logamaya di tengah Sahara...Putrajaya dari kejauhan
Kayuhan diteruskan bersama Chip, Hashim BB dan Syuq. Hashim BB meneruskan tradisi cemerlang 4 kaler meinggalkan kami. Aku meluru ke hadapan pula meinggalkan Chip dengan Syuq. Memang trail kali ini penuh dengan naik turun. Tapi tidak terlalu mengazabkan...Cukup untuk menyemputkan dada dan meransang keseronokan...
Habis naik turun naik turun, ketemu lagi dengan kawasan lapang. Dari kejauhan nampak Aboi sedang berlepakan. Untuk sampai ke tempat Aboi lepak, perlu memanjat dua anak tangga yang bukan kecik anak. Fuhhh...selamat. Penat tidak mengizinkan aku untuk berenti dan bersantai bersama Aboi. Lalu aku berkitar-kitar di atas basikal di situ. Laluan seterusnya memanjat lagi. Hati jadi cuak..."Boleh ka ni?". Memang rasa 50-50. Selepas berkitar 3 pusingan, kayuhan diteruskan. Mula melandai kemudian disergah cerun curam. Puncaknya tidak kelihatan. Aduh 45 derajah ni. Di belakang ramai pulak memerhati. Terdengar jeritan memberi semangat. Aku gagahi kayuhan. Formula sama dikekalkan. Perlahan tapi berterusan dan aku berjayaaaaa!!! Tiada hadiah lebih lazat kepada pendakian yang berjaya selain dari deruan angin menyapa telinga bila meluru turun. Trail getah singletrack meberi jamuan lazat dan aku melayan setiap inci laluan. Biar jangan setitispun tumpah. Setiap lenggang lenggok diasah. Biar otak bergegar lantaran ekor tegar...Layan tetap layan.
Laluan terus berpintal-pintalan. Naik dan turun berselang seli. Dalam asyik melayan tak terakam dek akal semua jalan. Hendak berenti ambil gambar juga sudah jadi malas. Sayang hilang nikmat merempit menurun bukit.
Tahu-tahu sedang asyik melayan singletrack kebun getah, jalan berpatah cepat ke sebelah kanan. Kalau tak perasan memang lajak langsung ke depan. Jalan sempit mula melebar menerjah laluan balak lama. Tanah lembik dan berlumpur. harus dilangkah dengan hati-hati.
Seminit dua melayan langkah perlahan ketemu pula dengan sebuah raksasa yang kerjanya makan tanah-tanah kat situ. Sebuah jentolak tercongok. Mujur aku tak langgar. kalau tidak mau terpelanting jentolak itu. Rupanya ada laluan masuk di depan jentolak. Laluan agak tersembunyi, kalau tak teliti memang babas. Nyata laluan tidak mengecewakan. Singletrak pantas kona-konaan. Aku layan sekejap dan berhenti di tepian untuk kembali jadi paparazi kerana membayangkan aksi hebat bakal dirakam. Nyata tidak mengecewakan sayang skill fotoku masih amaturan. Lihatlah fotonya...
5 comments:
tok kelolo ada blog... memang pilihan yg tepat... tahniah tok...
Tok Kelolo ada blog sendiri.. tahniah tok...
Tahniah tok Abu..
complete report. Best baca..
Nak tanya, mcm mana geng BBB potong Tok Abu tak perasan? Apa sebenarnya terjadi..
tahniah! bila2 buleh kita kayuh sekali. trail ni nampak macam best!!!
zan...mukalu terlajak mai kot belah KL ni, bawak la gerek sekali. Kontek la Bang Chik. Buleh la bawak jalan-jalan kayuh gerek. Ish...jalan tapi kayuh gerek pulak. Habih nak kata lagu mana?
Post a Comment