Monday, December 10, 2007

Ceritera Long Ride Hash 159 Sg Merab

Hash # 159 merupakan hash rasmi KLMBH yang terakhir untuk tahun 2007. Lokasinya di pinggir Putrajaya, sekitar Sungai Merab. Masih ada sisa-sisa rimba, ladang getah dan kelapa sawit yang terselamat dari kerkahan pembangunan Putrajaya. Tarikhnya, 9 Disember 2007, Ahad. Pagi bermula sedikit kelam kabut. Perjalanan seawal 7.30pagi terbantut sebab dalam perjalanan tersedar kasut tertinggal. Mujur masih dekat rumah. Terpaksa berpatah balik. Cuaca pagi murung. Tompokan awan tebal bertaburan di langit memberi petanda bahawa kebarangkalian untuk hujan adalah tinggi. MRR2 jadi laluan pilihan. Laluan ke Putrajaya sehingga ke Alamanda memang aku tahu. Cuma laluan untuk ke tempat permulaan agak celaru. Mujur bila sampai ke Alamanda ada sebuah kereta dengan basikal tersangkut di belakang jadi jurupandu. Aku mengikut sahaja selepas terkial-kial membaca arahan dari forum KLMBH.
Kereta yang menjadi jurupandu arah. Terima kasih :)
Aku sampai beberapa minit sebelum jam 9.00. Langsung aku mempersiapkan diri dan jentera. Kemudian ke kaunter pendaftaran. Jane menyapa riang "Kelolo!". Ntah kenapa suka sangat dia jerit nama aku begitu. Kemudian sempat berlegar di sekitar kawasan berkumpul bertukar-tukar salaman dengan kenalan. Antaranya...akhi Auzir dari Kota Damansara, Don, Pine, teman-teman BBB, Long_con dengan jentera HT barunya...Ramailah, tak tersebut nama.
Jane Gapang mengawasi pendaftaran dengan penuh serius
Antara yang hadir - Pine (2 dari kiri), Zack dan Jazlan (hare) Spy shot frame baru long_con Giant XTc menggantikan NRS team.
Ritual lazim taklimat bermula. Phil merakamkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa 2007. Huang kemudian menyambung taklimat hash dan trail. Trail panjang sejauh 22km manakala trail santai cuma 9km. Sebaik usai, langit kekal mendung dan teriakan ON ON bersahutan. Bermula kayuhan...
Phil Bee memberikan ucapan aluan. Huang Ying How dengan taklimat trail.
Trail bermula dengan tarmac kampung. Kemudian melibas kanan memasuki perkampungan orang asli. Sebaik masuk, disapa anjing-anjing orang asli yang terlebih ramah. Kalau seorang diri mungkin sudah memecut dengan kelajuan bunyi. Trail mula bertukar corak kepada singletrack kebun getah. Dakian landai manja sebagai pemanas badan disusuli dengan downhill manja juga. Tiba di bawah, berlaku kesesakan. Riders macam tak tentu haluan. Check yang pertama rupanya. Dengan jalan yang bersimpang siur, menjajau juga mencari sambungan trail. Ramai juga yang lepak saja menunggu riders lain menyambung check. Sekonyong terdengar laungan ON ON menanda trail sambungan dijumpai. Gerombolan kembali bergerak. Basikal terpaksa dipikul kerana trail melewati kawat duri.
0945 Kayuhan bermula! Lihat awan mendung memenuhi langit...
Memintas kawat duri
Dari kawat duri, trail bertukar corak kepada trail ladang kelapa sawit. Double track landai melingkari ladang kelapa sawit. Cuaca lembap dua tiga menjak menjadikan laluan agak becak. Diselaputi lumpur jadi perkara biasa kepada pengayuh basikal lasak.. Trail kelapa sawit berakhir dengan satu pertemuan laluan tebing sungai. Jejak kertas menunjuk ke kiri. Laluan tanah yang lebar dan landai. Aku ikut bermain mengikut rentak Phil Bee yang tenang berkayuh menggunakan gear tengah. Nampak bersahaja tapi laju. Laluan melewati beberapa tempat yang menjadi tempat buangan sampah dan sisa binaan. Sikap tipikal orang Malaysia? Semua tempat adalah tempat buang sampah melainkan halaman rumah saya? Hmmmm...
Trail tebing sungai
Laluan tanah berakhir dengan pertemuan dengan jalan tar. Untuk seketika sahaja kerana laluan membelok ke kiri seterusnya kembali menerjah laluan ladang kelapa sawit. Masih lagi kekal dengan laluan landai. Melewati ladang ternakan ayam tanpa seekor ayampun yang menghuni. Dari reban ayam, laluan mula bertukar rentak. Batang kelapa sawit yang melintang bagai memberi isyarat bahawa masa "bulan madu" sudah tamat. Dari kelapa sawit tumbang, riders sudah mula mempertajamkan kemahiran. Drop kecil menanti disusuli dengan laluan menderu turun bukit sederhana. Laluan kemudian melalui jalan tar. Tandaan oleh hare jelas dan terang memudahkan pencarian laluan. Ke kanan membawa kepada pendakian tarmac. Lebih kurang seratus meter kemudian, laluan berpaling ke kiri masih mengikut tarmac. Kemudian menyimpang ke kiri dan turun laju meredah laluan tarmac kampung. Bila tiba di penghujung, terdapat simpang T. Laluan menghala ke kiri. Turun bukit laju dengan gambaran terang lagi jelas di hadapan bahawa satu kerabatan curam menunggu. Lazimnya aku akan melajak untuk mendaki, tetapi hari itu aku bertukar nada. Biar saja pengayuh lain meluru laju mengumpul momentum untuk terus memanjat. Aku ambil strategi tenang. Perlahan saja menghampiri panjatan. LX rapid fire shifter mengarah gear "nenek" dimasukkan. Kayuhan terasa ringan kerana saki baki lajakan, walaupun perlahan cuma. Kayuhan kosong kemudian menjadi berat sedikti demi sedikit bila panjatan bermula. Aku kekalkan ritma. Betis dan peha sepakat sekata. Menujah pedal memanjat cerun. Pandangan dihadkan kepada beberapa kaki sahaja dihadpan tayar hadapan. Cuma sesekali mendongak memastikan haluan. Akhirnya, bila dada berombak kencang dan kaki mula memprotes lenguh, aku sampai ke puncak.
Kasih ayah...memimpin anak mendaki bukit
Bila keletihan, koordinasi sedikit terjejas. Mata terpandang papan tanda menunjukkan terus untuk scenic dan kanan untuk long. Otak hanya merakam seketika maklumat. Sebaik menghampiri, bagai terlupa akal itu pada papan isyarat, aku teruskan saja laluan. Mujur Aboi sempat menegur "Hai...takkan scenic kot?". Aku berpatah balik dan melihat papan tanda sekali lagi. Ah....sudah tersalah. Sempat kulontarkan pandangan pada laluan yang bakal dilalui. Mak aaiii...tinggi dan curamnya tebing yang bakal dipanjat. Aku sediakan diri untuk memanjat. Nafas dihela buat bekalan. Gear nenek sekali lagi jadi pilihan. Ritma yang tadi aku kekalkan. Kayuh...kayuh...kayuh. namun cerun kali ini bukan seperti tadi. Berani cakap lebih 45 degree. Akhirnya aku mengaku kalah. Berhenti di situ seketika. Setelah rasa agak lega, aku teruskan kayuhan...eh bukan...tolakan. Lalu bertolaklah aku dengan Elementku hingga ke simpang kiri. Mujur bukan tolakan hingga ke puncak. Sempat juga meyakinkan diri untuk berehat di situ barang seminit dua. Sempat juga merakan foto anak-anak situ yang teruja. Tak pastilah sama ada teruja tengok mat saleh ramai masuk kampung mereka atau tengok beskal-beskal yang bermacam rupa dan gaya. Sempat juga bersembang-sembang dengan Keluarga Stapo dan berkenal dengan the Rocketboy (yang lebih layak dipanggil the "Rocketgramp").
Dakian ini memang mencungapkan...Aboi mencuba sedaya mungkin Anak-anak tempatan yang teruja
Dari situ, melibas ke kiri, melewati satu kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan. Laluan melorot ke satu tebingan. Di hadapan tebingan terhampar pandangan Putrajaya dari kejauhan. Sayup mata memandang. Cerun nampak chun untuk fotograf. Subjek pulak tiada untuk dirakam. Jadi sumber untuk ABC laaa..Maka menongkollah aku kat situ menunggu pengayuh yang sudi untuk difoto. Sekian lama menunggu, pengayuh tak kunjung tiba. Ahh..baik aku simpan saja kamera dan teruskan kayuhan. Sebaik kamera disimpan, muncul kelibat Hashim BB, Syuq ngan Chip. Cepat-cepat aku keluarkan balik kamera dan snap-snap-snap gambar Hashim BB ngan Syuq. Gambar Ransom tak sempat dirakam sebab laju saja Ransom berdesup turun drop tu. Rupanya Chip nak cepat sebab diganggu masalah "dalaman".
Hashim BB meluncur turun drop pemanas badan Bagai logamaya di tengah Sahara...Putrajaya dari kejauhan
Kayuhan diteruskan bersama Chip, Hashim BB dan Syuq. Hashim BB meneruskan tradisi cemerlang 4 kaler meinggalkan kami. Aku meluru ke hadapan pula meinggalkan Chip dengan Syuq. Memang trail kali ini penuh dengan naik turun. Tapi tidak terlalu mengazabkan...Cukup untuk menyemputkan dada dan meransang keseronokan... Habis naik turun naik turun, ketemu lagi dengan kawasan lapang. Dari kejauhan nampak Aboi sedang berlepakan. Untuk sampai ke tempat Aboi lepak, perlu memanjat dua anak tangga yang bukan kecik anak. Fuhhh...selamat. Penat tidak mengizinkan aku untuk berenti dan bersantai bersama Aboi. Lalu aku berkitar-kitar di atas basikal di situ. Laluan seterusnya memanjat lagi. Hati jadi cuak..."Boleh ka ni?". Memang rasa 50-50. Selepas berkitar 3 pusingan, kayuhan diteruskan. Mula melandai kemudian disergah cerun curam. Puncaknya tidak kelihatan. Aduh 45 derajah ni. Di belakang ramai pulak memerhati. Terdengar jeritan memberi semangat. Aku gagahi kayuhan. Formula sama dikekalkan. Perlahan tapi berterusan dan aku berjayaaaaa!!! Tiada hadiah lebih lazat kepada pendakian yang berjaya selain dari deruan angin menyapa telinga bila meluru turun. Trail getah singletrack meberi jamuan lazat dan aku melayan setiap inci laluan. Biar jangan setitispun tumpah. Setiap lenggang lenggok diasah. Biar otak bergegar lantaran ekor tegar...Layan tetap layan. Laluan terus berpintal-pintalan. Naik dan turun berselang seli. Dalam asyik melayan tak terakam dek akal semua jalan. Hendak berenti ambil gambar juga sudah jadi malas. Sayang hilang nikmat merempit menurun bukit. Tahu-tahu sedang asyik melayan singletrack kebun getah, jalan berpatah cepat ke sebelah kanan. Kalau tak perasan memang lajak langsung ke depan. Jalan sempit mula melebar menerjah laluan balak lama. Tanah lembik dan berlumpur. harus dilangkah dengan hati-hati. Seminit dua melayan langkah perlahan ketemu pula dengan sebuah raksasa yang kerjanya makan tanah-tanah kat situ. Sebuah jentolak tercongok. Mujur aku tak langgar. kalau tidak mau terpelanting jentolak itu. Rupanya ada laluan masuk di depan jentolak. Laluan agak tersembunyi, kalau tak teliti memang babas. Nyata laluan tidak mengecewakan. Singletrak pantas kona-konaan. Aku layan sekejap dan berhenti di tepian untuk kembali jadi paparazi kerana membayangkan aksi hebat bakal dirakam. Nyata tidak mengecewakan sayang skill fotoku masih amaturan. Lihatlah fotonya... Aku kembali ke atas jentera. Menyambung kembali suapan lazat yang tadi gendala. Perhhh...enak tak terkira. Beberapa insiden nyaris tonggeng menggugat rasa. Mujur tiada jatuh dan cedera. Sekonyong downhill lazat membawa ke laluan terbuka. Trek balak double trek mendaki menanti. Dari kejauhan Shuib melaung dan melambai. Sayuppppp...Aku ambik keputusan menolak sahaja. Tolakan yang memang menggeletarkan lutut.
Tu diaa...Gambil diambil dari puncak. Sayupppp
Abis panjatan itu, disambung pulak dengan panjatan singletrek. Penattttt...aku tewas dan berhenti rehat sambil meluangkan pundi-pundi yang meronta sedari tadi. Rehat agak lama. Hashim BB memintasku. Teman-teman dari BBB lain belum kelihatan melainkan Azmi dengan anak didiknya...
Panjat lagi! Bila mau habis daaa...
Sebaik badan kembali segar, aku teruskan tolakan. Ah...sikit saja lagi untuk ke puncak rupanya. Aku kemaskan diri untuk kayuhan. Seorang demi seorang aku potong (maknanya dua orang saja laaaa...). Baru sedap berkayuh, baru terasa cermin mata jatuh. Terpkasa berpatah balik walau yang jatuh itu cuma cermin mata murahan...Mujur terjumpa. Ada rezeki lagilah... Laluan seterusnya bagai hadiah kepada tolakan sakan tadi. Singletrek downhill. Cuma kena lebih berawas sebab licin. Sebaik turun dari downhill, terdedah kawasan lapang. Kayuhan santai seketika untuk ambil nafas. Landai sekejap cuma kerana di hadapan di hidang lagi dengan alunan naik turun yang mengujakan. Hampir aku berjaya memanjat semua bukit yang ada....Hampirrrr... Dari laluan singletrek, berhadapan pula dengan jalan pasir dan batu kerikil. laluannya pula menurun. Lepaskan brek. Kemaskan pegangan dengan bontot sedikit ke belakang dan srurrrrr...meluncur laju seketika sebelum dihadiahkan dengan panjatan lagi. Di sebelah kanan, kawasan lapang menyajikan pandangan Putrajaya sejauh mata memandang. Jaki aku melihat pekerja-pekerja yang sedang enak baring di bawah pohonan rendang di situ tatkal mentari sedang terik memancar di atas kepala. Kesedepan berterusan. Jalan tanah merah doubletrack menurun laju dan membelok ke kanan. Aku terbabas ke hadapan kerana mencari kertas laluan. Ahh...satu kesilapan kerana ada satu kedai di situ. Empunyanya cukup ramah untuk mengundang aku rehat sebentar sambil minum-minum. Pisang yang tergantung juga ikut mengajak aku bersantai...Aku ambil setin Red Bull dan sebiji pisang. Fuh...lazat bersantai di atas pangkin sambil melihat pengayuh lain menuruni bukit dan melayan selekoh. Tiada yang tergoda dengan ajakan aku untuk ikut sama minum...Aku telefon Aboi ngan Chip ajak minum bersama. Telefon tak berjawab. Kemudian, Aboi telefon balik. Kutanya "Di mana?."Dah sampai dah". Aboi selamba. Aikkk??? Aku musykil. Bila depa potong aku?
Setin Red Bull dan pisang tergantung yang membuat aku tergoda
Mendengar itu aku tiada lengah lagi. Terus mengayuh selaju mungkin. Jalan tanah merah doubletrack memang sedap dilenjan. Sedar-sedar sudah "terpakai" gear tinggi. Pergghhh...kayuh off road pakai chain ring besar 44. Laluan tanah merah double track membawa kepada laluan tarmac usang selari dengan jalan ntah-apa-kenama Putrajaya. Dari kejauhan nampak pengayuh lain sedang menderita kerana cuaca makin terik. Jalan pulak mendaki. Aku gagahkan diri. Sorang demi sorang aku potong. (sekali lagi...hanya dua orang). Rupanya laluan bertemu kembali dengan taman perumahan yang dalam pembinaan. aku gusar takut tersalah jalan. Lalu akupun bertanya kepada pengayuh lain dalam bahasa ibundaku "Hey...this is the place where we came in. Is this the right way?". Pengayuh yang ditanya menjawab "Ya la...butulll ini jalan. Itu sana depan ada kona kanan". Adeiii...kena kau satu kali.... Ooo..memang ada jalan. Kertas penanda berserakan. Simpang kanan tarmac membawa ke laluan singletrek. Sebaik masuk, terserempak lagi dengan keluarga Stapo (Tony Stapleton) sedang bersantai sebelum memanjat bukit. Muka Tony sudah kemerahan... Aku berehat sekejap. Anggaran 40.2 saat. Selepas tegur sapa cepat pantas ngan keluarga Stapo, aku teruskan kayuhan. Trail mendaki aku tak peduli lagi. Bukit, batu, belantara...BELASAH!!! Bau tempat permulaan semakin kuat. Aku kayuh dengan skema memanjat. Terjah punya terjah, hanya mampu sempurnakan 90 persen panjatan. Lagi sepuluh persen...TnT - turun dan tolak. Trail bertukar singletrek. Jalanraya kelihatan di sebelah kanan. Sesekali diganggu keinginan berhenti dan jadi paparazi. Ahhh...pedulikanlah. Dari laluan sisir lebuhraya, kembali menyelinap masuk ke laluan menurun singletrak kebun getah. Aku terjah semahunya. Bontot tidak mencecah pelana...opp...opp...opp...Jalan licin la pulak. Kenda NeveGeli 2.1 yang sudah diselimuti selut mula memprotes dan hilang gigitan. Aku berhenti menerjah, perlahankan kelajuan dan turun dengan berhati-hati. Dari kebun getah kembali ketemu kelapa sawit dan mula melandai. Aku terus kayuhan santai. Bau tempat permulaan semakin kuat. Dan akhir trail tamat dengan pertemuan jalan tar berhampiran tempat permulaan. Dah sampai!!! Aku trus kayuhan bersahaja kembali ke kereta melewati teman BBB yang sudah lama tiba. "Singgah la dulu ambik gambar", seru Chip. Aku dah latih untuk melayan. Hanya lambaian longlai membalans sapaan....Jam hampir 1.00 tengahari...Selamat hash 159 Sg Merab. Puasssssss! Lagi gambar di Gambar Long Ride Hash Sg Merab © KeLoLo mmvii all rights (and lefts) reserved

5 comments:

Yusri Yusoff said...

tok kelolo ada blog... memang pilihan yg tepat... tahniah tok...

Yusri Yusoff said...

Tok Kelolo ada blog sendiri.. tahniah tok...

Anonymous said...

Tahniah tok Abu..

complete report. Best baca..

Nak tanya, mcm mana geng BBB potong Tok Abu tak perasan? Apa sebenarnya terjadi..

ZanKX said...

tahniah! bila2 buleh kita kayuh sekali. trail ni nampak macam best!!!

BC Kelolo said...

zan...mukalu terlajak mai kot belah KL ni, bawak la gerek sekali. Kontek la Bang Chik. Buleh la bawak jalan-jalan kayuh gerek. Ish...jalan tapi kayuh gerek pulak. Habih nak kata lagu mana?