Sunday, July 26, 2009

UUM XC-R - Satu Kayuhan Nostalgik

Kebiasaannya setiap riders yang menyertai sesuatu jamboree pasti mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri. Ada yang target nak dapat Top 10, Top 100 atau nak completed all the CPs. Ada juga yang nak merasa bukit2 di setiap jamboree dan tak kurang juga yang pergi disebabkan keracunan dari kawan-kawan.

Berlainan pula dengan aku dan suami, kali ini UUM XC-R Jamboree, kami pergi dengan satu matlamat dan satu niat iaitu menjejaki kembali nostalgia di Lembah Sintok yang ditinggalkan hampir 15 tahun yang lalu. Menyusuri lorong dan liku-liku di Sintok di mana kami berdua bersumpah setia, menyulam kasih, menganyam cinta..bagai Uda dan Dara, Majnun dan Laila. Mengenang kembali kisah cinta yang berputik 20 tahun yang lalu… bumi Sintok menjadi saksi pelbagai kisah cinta suka dan duka…

Kenangan manis kau dan aku…takkan terluput…
duri ranjau dalam bercinta…lumrah dunia…
Sayang-menyayang…jeng ge jeng ge jeng…
cinta di kenang…jeng ge jeng ge jeng…
punca kasih berpanjangan….ooohhhh…
lihatlah diriku…yang kehilangan…
tra tanpa kasihmu sayang….siapalah aku…..(alamak pitching dah lari la..)

CUTTTTTT......oopsss…bila cerita mau habis daa…


YetiMan, Zazhar, Sufino, Pechiko, Ummu, Abuya, Pine
Kembali ke bilik berita…Jamboree kali ini rider tegar BBB seramai 8 orang iaitu Azmie Orbea, Abu Banshee, NonRS-G (zazhar – orang kampung panggil NON), Noryeti Man, Wan Pechiko Wan Heckler, Pine Ahmad Rubar, Finoiron Horse dan Ummu Putehi. Man Quad dan GRO GT gagal menghadirkan diri di saat-saat akhir.

Seawal jam 6.00 pagi rider tegar BBB sudah terpacak di Masjid UUM untuk bersolat subuh di situ. Beberapa riders lain pun turut solat subuh berjemaah di situ. Alhamdulillah…kayuh…kayuh jugak…yang wajib tetap dijaga. Selesai solat kami terus bergerak ke kompleks sukan. Medan parkir di depan Dewan Muadzam Shah bertentangan dengan kompleks sukan telah sesak dengan tayar kereta dan tayar basikal peserta-peserta jamboree. Suami dan teman-teman yang lain sibuk menyediakan jentera masing-masing sementara aku sibuk merakamkan gelagat mereka satu persatu.
Kump nasyid Al BrigadiersCik Putih bersiap

Selesai semua kami bergegas ke medan parkir kompleks sukan di mana acara akan bermula. Ramai perserta jamboree sudah berada di starting line bersama jentera masing-masing. Azmie pun sudah berada bersama kumpulan hadapan. Flag off dijadualkan pada pukul 7.30 pagi tetapi sekitar jam 7.20 pagi belum ada tanda2 perkara ini akan berlaku seperti yang direncanakan. Khabar angin mula tersebar dari mulut ke mulut menyatakan flag off akan delay 30 minit sebab ada beberapa track terpaksa dibaiki akibat hujan lebat di sebelah malam dan petang. Namun tidak ada sebarang pengumuman yang dibuat oleh pihak penganjur untuk mengesahkan berita yang sampai ke telinga.

Sementara menunggu, aku mengambil kesempatan berkenalan dengan helper2 jamboree yang merupakan student UUM. Dengan bangga aku bagitau kat budak2 tu…makcik ni senior hampa tau…Makcik…bukan kakak lagi dah…masa begitu pantas berlalu… Tetiba kedengaran suara DJ berkumandang ke udara memeriahkan suasana dan menceriakan riders yang mula gundah gulana. DJ kemudian memaklumkan bahawa acara akan bermula pada jam 8 pagi. Kami pun perlahan2 mengambil tempat, Pine pula perlahan2 menyelinap di antara ratusan riders untuk berada di hadapan, matlamatnya untuk dapatkan satu Cap Shimano. Dan satu lagi perubahan rencana, CP1 di starting line…bermakna semua riders yang berada di garisan permulaan sudah sampai ke CP1.

Peserta dah boring. Tunggu acara nak mulaPine "Korang ikut jer aku. Kayuh jangan berenti"

Tepat jam 8.00 pagi air-horn dibunyikan dan semua riders dilepaskan dari garisan permulaan. Masing2 meluru dan memecut umpama kambing terlepas dari kandang. Kelihatan beberapa state riders seusia anak remaja juga turut serta. Pasti power giler bebudak ni…tak terkejar le makcik…hatiku mula bersuara. Aku seperti biasa santai je…Laluan awal menyusuri lengkok sukan sejauh lebih kurang 5km sebelum keluar ke jalan utama UUM dan melewati kolej2 pengajian, Canselori dan beberapa bangunan yang tidak pernah ada di dalam memoriku.

Laluan diteruskan hingga ke main entrance UUM kemudian membelok ke kiri memasuki jalanraya utama Sintok>Kuala Nerang, melewati gerai2 makan di sebelah kanan dan perumahan kakitangan UUM di sebelah kiri. Memori chip aku mula berputar mengimbas kembali nostalgia lama kerana laluan ini adalah antara jalan yang pernah kami lalui satu ketika dulu bersama TRS dan Honda Raider. Dalam pada aku asyik melayan kenangan lama, sedar2 aku dan suami sudah jauh ketinggalan di belakang. BBB yang lain sudah jauh di hadapan. Laluan tarmac bukanlah kesukaan aku kerana dalam jarak 10km itupun udah membuat tangan kebas mengenggam grip dan mulut tercungap2. Mungkin akibat training semalam 25 km tarmac Bukit Tangga>UUM>Bukit Tangga.


Trailhead off road. Aksi lasak bermula!
Lebih kurang 20 minit berkayuh akhirnya trail head sudah kelihatan. Dua orang Marshall memberi isyarat supaya membelok ke kanan dan memasuki trail head off road. Muqadimmah off road disajikan dengan first climbing batu gravel sepanjang lebih kurang 600 meter di kawasan yang agak terbuka, penanaman semula anak getah. Ramai riders yang mendahului aku tadi sudah mula menolak basikal mereka. Tak kurang juga beberapa riders yang masih terjegat kat trail head…agaknya dalam hati mereka…humang aii..

Aku kayuh perlahan2 memotong beberapa riders termasuk Manp2. Semakin lama tekanan kaki ke atas pedal semakin berat walaupun shifter telah ditolak ke gear paling ringan. Training minggu lalu di Ulu Rening banyak membantu dari segi fizikal dan mental. Mentari pagi sudah mula menyapa kulit muka namun masih terasa nyaman dan selesa. Lumrah hukum alam…dah naik mestilah ada turunnya. DH pertama, masih lagi laluan berturap batu gravel hitam, tak banyak cabarannya lagi tapi sekurang-kurangnya masa DH digunakan untuk menghela nafas melepaskan karbon dioksida yang banyak terkumpul ketika climbing tadi. Starategi kali ini cuba untuk kurangkan rehat, bak kata Pine…penat di mulut…kayuh dikaki. (Sapa tak paham tanya Pine…)

Pendakian pertamaAku... steady lagi mendaki

Habis DH pertama, panjat lagi…kali ini laluan tanah merah yang agak lembab berjarak lebih kurang 300 meter. Aku tidak menyerah kalah untuk memijak bumi, perlahan2 aku kayuh lagi dengan teknik yang sama tadi sambil mengekori suami di hadapan. Menghampiri puncak pertama kami kecundang akibat permukaan bumi yang berlubang dan riders lain yang ramai menolak (ABC) maka kami pun ikut menolak juga seketika. Zazhar, Chiko, Pine dan Fino sudah tidak kelihatan melainkan Manp2 di belakang. Aku dan suami meneruskan dakian hingga ke puncak kedua. So far so good…cuaca nyaman dan dingin membantu pengawalan oksigen di dalam badan. Berehat seketika sambil memegang sepohon anak getah, kaki masih memijak pedal. Sambung semula kayuhan di DH kedua. Di penghujung DH cerunan semakin curam, berpasir dan berbatu. Ramai riders terkial2 menuruni cerunan tersebut sambil memimpin basikal masing-masing. Aku mencuba perlahan2 supaya tayar tidak tersasar…gagal…tayar belakang tersasar dibuai pasir tebal. Nasib baik jurus terbang rajawali telah dipelajari di beberapa sessi di Tuan Mee. Jadi hanya Cik Puteh tergolek ke tanah tanpa ridernya. Aku segera mendapatkan Cik Puteh untuk meneruskan perjalanan dan sepantas kilat juga seorang rider tergolek di depan aku umpama burung unta berlari dan tersadung kaki sendiri.

Puncak kedua...Downhill lagi. Ada lubang di depan

DH diteruskan…aku semakin galak melayan batu2 dan lopak2 kecil di laluan. Sesekali badan dan pinggul diayak ke kiri dan ke kanan mengikut kesesuaian irama kayuhan. Penghujung DH disajikan satu lintasan sungai. Di seberang sana kelihatan Fino dan Zazhar sedang melambai dan memberi isyarat supaya terus kayuh di dalam sungai. Aku terima isyarat loud and clear…zrassss….Cik Puteh berjaya menyemberang sungai. Laluan membelok ke kiri memasuki laluan tanah merah double track landai. Hujan lebat malam tadi menyebabkan banyak lopak di jalan ditambah pula dengan beratus-ratus tayar basikal dan motorcross telah melanyak laluan. Lebih kurang 2 km berlalu, lintasan sungai kedua dan selang beberapa meter lintasan sungai ketiga dengan anak2 batu sungai memenuhi laluan. Aku berjaya melepasi semua lintasan sungai hari ini tanpa menolak Cik Puteh.

Hovercraft melintas sungai...
Foto ehsan Zazhar
Selepas lintasan sungai ketiga, kawasan lapang yang agak sesuai untuk berehat. Fino, Manp2 dan Zazhar sedang bersantai di situ. Aku ikut berhenti sekejap kemudian meneruskan kayuhan bersama Zazhar apabila suami sedang ramah berborak dengan kenalan baru junior UUM jugak, Tandop namanya. Laluan berkanopi semula ala-ala Frim dan membelok ke kanan tanpa climbing. Tak lama kemudian, suami sudah berada di belakang dan kami kayuh bersama-sama seketika dan akhirnya sampai di CP2. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi dan mileage menunjukkan jarak perjalanan sudah menghampiri 14km. Aku tidak bercadang untuk berehat lama di situ. Suami tercangak-cangak mencari semak samun yang sesuai untuk dijadikan tandas awam. Aku berlalu pergi tanpa mengetahui apa kesudahan nasib isi perut suami, berjaya atau tidak ia menyaksikan jamboree kali ini…

CP2. Tiada tandas awam di siniDah 13km lebih

Berkayuh (menolak) dalam sungai...
Foto ehsan Zazhar
Betul2 di hadapan CP2 satu lagi lintasan anak sungai lebih kurang sedepa lebarnya. Aku semakin confident untuk meniti perlahan-lahan anak2 batu di dalam sungai untuk sampai ke seberang sana. Zazhar berada di depan dan aku mengekorinya perlahan-lahan. Di sebelah kanan laluan kulihat beberapa batang balak yang telah ditebang bergelimpangan. Laluan semakin rumit dengan aliran air sungai dan tanah2 lembek menyelaputi tayar. Entah masa bila Manp2 sudah ada betul2 di belakang aku apabila aku terdengar suaranya...pelan2 ummu...tak boleh kita tolak ja....Akhirnya kaki terpaksa mengalah memijak bumi apabila memasuki laluan dengan batu-batu besar dan air sungai yang bercampur selut memenuhi permukaan laluan. Di kiri dan kanan laluan pokok tumbang bergelimpangan, samada tumbang semulajadi atau ditebang, aku tidak pasti. Apabila aku mendongak ke kanan pula, dapat dilihat dengan jelas sebahagian tanah yang asalnya mendiami lereng bukit sudah mula menggelosor ke bawah bersatu padu ke dalam sungai mungkin akibat pembalakan yang tidak terkawal dan ditambah pula dengan hujan lebat yang tidak menentu.

Santai cipan...
Foto ehsan Zazhar
Kaki tidak mampu berkayuh lagi di laluan sungai. Riders lain pun aku tengok semuanya menolak. Zazhar berhenti rehat apabila ternampak Fino sedang bersantai selepas melepasi satu tebing untuk keluar dari laluan sungai tadi. Fino dah nampak tercungap-cungap, mungkin perlu seminit dua untuk meneutralkan kembali degupan jantungnya. Manp2 mungkin akan ikut serta. Aku meneruskan perjalanan dengan Cik Puteh yang sudah kemerahan. Sekarang ini bukan sahaja tayar dipenuhi selut, kasut, crank, FD dan RD semua bermandikan selut. Aku mula teringat iklan sabun FAB di TV, siaplah korang… nanti bini aku marah…Kini permukaan laluan berselut dan licin akibat dilenjan beratus-ratus tayar atau mungkin sudah beribu tayar…kalau satu basikal dua tayar…700 basikal…lu pikir le sendiri…

Foto ehsan Zazhar
Aku terus menolak Cik Puteh ke atas…dan atas lagi dan lagi… sesekali berhenti seketika kerana lutut kiri mula meronta apabila banyak tekanan diberikan kepadanya. Laluan masih berkanopi dan berselut. Hampir 500 meter menolak, aku sudah nampak kawasan terbuka menanti di hadapan dan ramai riders sedang berehat menikmati oksigen di situ. Mungkin DH menanti selepas itu…siapa tahu…aku berbisik sendiri untuk menghiburkan jiwa yang semakin kacau dan keliru…cakar dinding ke cakar harimau ke belum tentu dapat membantu dalam situasi begini. Apabila aku sampai saja di situ….ahhhh tidak…panjat lagi di hadapan. Dan paling mengerikan apabila anda toleh ke kanan….sayup mata memandang sudah kelihatan deretan riders sedang menolak basikal umpama the ants sedang berbaris mengumpul makanan untuk Grass Hopper di musim sejuk. Aku berehat seketika di situ untuk menghela nafas dan merehatkan lutut dan betis yang bekerja keras sebentar tadi. Mulut yang tidak berkerja keras pun tercungap-cungap melebihi anggota badan yang lain. Jantung yang berada di dalam pun mula dan mengepam darah dengan laju menyebabkan dada berdebar kencang. Secara otomatik satu mesej sampai ke otak...jauh lagi ka ni...

Trail dogol dan gondol menanti di hadapan...
Lebih kurang 3 minit berehat, aku meneruskan kayuhan perlahan-lahan di selang seli dengan tolakan perlahan-lahan. Terik matahari sudah mula terasa, liang2 roma sudah lama merembeskan peluh jantan betina. Suami dan teman2 BBB masih belum kelihatan dari belakang. Permukaan laluan semakin kering dan semakin mudah untuk kayuhan walaupun masih di dalam mode dakian. Tempo kayuh-tolak sejauh 200 meter dari tempat berehat tadi sudah menunjukkan tanda2 awal bahawa cerunan di hadapan semakin hampir. Aku terus berkayuh sendirian…tiba-tiba satu suara muncul di celah2 semak samun….sikit lagi…sikit lagi…rupanya si Chiko sedang berehat sendirian kerana otot2 kakinya sudah beberapa kali krem.Chiko kremmm....sian...

Aku meneruskan perjalanan meninggalkan Chiko dan Hecklernya. Semakin lama… bau DH semakin kuat apabila menghampiri pondok di puncak bukit. Ikutkan hati memanglah nak berhenti lagi di pondok untuk berteduh dan merebahkan badan seketika. Aku berperang dengan kehendak hati…kerana dari kejauhan sudah kedengaran jeritan brek dari basikal2 di hadapan. Hati melonjak gembira apabila ternampak signage AWAS!!! di hadapan bermakna lauk DH sudah sampai. Shifter di tarik untuk gear lebih berat untuk mendapatkan momentum sebelum melayan DH. Aku terus melayan DH dengan cara aku sendiri… perkara asas DH, b**t*t mesti ke belakang dan mesti pandai dangdut ke kiri ke kanan jika perlu. Tapi tak perlu sampai ke tahap goyang gerudi…membahayakan diri sendiri dan orang keliling… terutama kalau suami berada di belakang...Dalam syokk melayan dangdut DH, ternampak pula pita kuning di sebelah kanan bermakna DH akan membelok di selekoh. Ini yang aku lemah kerana ilmu DH banyak belum dikhatamkan lagi. Brek belakang terpaksa ditarik lebih sedikit sementara brek hadapan di tarik sedikit demi sedikit supaya tayar belakang dapat menggigit permukaan bumi dengan baik dan tak membuang ke kanan. Silap2 percaturan...boleh tertonggeng macam burung unta tadi dibuatnya. Dalam pada dok perlahan kat selekoh, rupa2nya DH dah habis dan di hadapan climbing maut punya sedang menanti.

Dengan sisa2 momentum DH yang ada, aku meneruskan kayuhan perlahan2 mendaki bukit yang dah tercongok di depan mata. Hanya dalam 30 meter mendaki aku akhirnya mengambil keputusan untuk berehat dengan beberapa riders lain yang sedia ada di situ. Masing2 sibuk menceritakan tentang ketinggian bukit yang bakal ditempuhi di depan. Aku tak nak peduli...sampai dah sampai dah...panjat je la...Pisang dan power gel dihadamkan bersama Revive untuk menambah tenaga. Lebih kurang 10 minit berehat, aku nampak suami sedang enak melayan DH bersama langsuirnya diikuti Zazhar. Suami kemudian berhenti di bawah dalam keadaan tergopoh-gopah, penat yang amat barangkali sehingggakan tidak nampak aku melambai2 tangan dari atas. Zazhar meneruskan dakian dan berhenti di tempat aku berehat. "Tok Abu tengah cari tandas"...bisik Zazhar. Ooo...padanlah DH macam pelesit...nak ukk..ukk...rupanya. Tak berapa lama, kelihatan pula aksi Chiko melayan DH bersama Hecklernya. DH tu memang makanan dia...nampak macam tak brek langsung mamat nih...dasar downhiller...ditambah pula dengan Marzocchi 55R yang ditukar suka sama suka dengan suami...memang cemerlanglah DHnya...

Panjat bukit dogol pertama
Chiko ikut sama berehat bersama kami tapi hanya seketika kemudian dia meneruskan perjalanan. Aku dan Zazhar masih belum bergerak, menunggu suami yang belum selesai urusan pelaburannya. Apabila suami selesai urusannya, dia mendapatkan aku dan hanya seketika bersama, aku meminta izin untuk bergerak dulu. Suami akur dengan permintaan aku. Dakian kali ini bukan calang2 punya bukit. Kalau di Nibung Tebal, kurang2nya berkanopi tapi yang ini...climbing straight...no belok-belok, kawasan terbuka dan panas. Komplain pun tak guna sebab bukan sapa suruh mai...sendiri yang tergedik-gedik...sendiri le yang perit...Aku terus menolak Cik Puteh dan agak2 boleh kayuh aku kayuh perlahan-lahan...Apabila mendaki di bukit yang curam, berat harus dialihkan ke depan sambil badan dibongkokkan dan tangan terus merengkuh handle bar sekuat mungkin supaya tujahan ke pedal bertambah kuat. Kalau tak dipraktikkan macam ni dengan mudah Cik Putih akan berwilley di tambah pula dengan Spinner Enduro 140mm...Tapi aku hanya berkayuh setakat yang mampu saja tak boleh paksa2...takut tak tercontrol pula penat nanti...mau pecah jantung bebb...Dalam pada dok kayuh-tolak-tolak-kayuh, sekali lagi bau DH semakin kuat dan akhirnya kelihatan lagi signage AWAS!!! berwarna merah.

Hoyyeee...downhelll..Seperti biasa goyang Inul lah...para penonton...bapak2...abang2...goyang yukkk...Mujur jugak brek M575 aku tak buat hal hari ini macam kat Nibung Tebal sampai terjerit2 dia sebab tak tahan dengan DH. Hari ini performancenya mantopppp...DH kali ini pun tak lama... mungkin dalam 5 minit saja nak dibandingkan dengan climbing yang lebih kurang 15 minit. Dan lagi tak best bila penghujung DH terpaksa slow down sebab permukaan berbatu dan ada lubang merentang laluan. Dan bertambah perit pula bila dah perlahan kat depan kena climbing lagi...hampehhh... Tetapi aku tidak mengalah kali ini...perlahan2 aku mendaki satu persatu...kalau agak2 tercungap...aku berhenti seketika untuk menghela nafas dan mengambil angin. Panas tak payah cerita le...walaupun belum pukul 11.00 pagi. Selepas DH tadi, climbing kali ini agak friendly sikit...rideable. Dan akhirnya sampai ke puncak tertinggi...downhill timeeee..

DH kali ni memang lazat. Aku agak2 mungkin dalam 3km. Seperti biasa nak menjamah yang enak2...mestilah pastikan semua duduk perkara dengan baik. Aku pun mengambil kedudukan yang sesuai, jari-jemari mesti sentiasa siap siaga di pemicu brek. Pedal kiri dan kanan dalam kedudukan tengah, tak boleh satu di atas dan satu di bawah...bahaya... takut2 tersangkut batu di laluan...tergolek dog le jawabnya. Apalagi....layannn....sampai tak hingat laki kat belakang.

Sukar nak digambarkan keseronokannya kat sini sebab masa main basikal kecik2 dulu pun takdelah macam ni...Hampir separuh DH aku berhenti sekejap untuk menikmati pemandangan di situ dan merehatkan jari-jemari dan kaki. Dari kejauhan di sebelah kiri aku boleh nampak riders mula mendaki lagi...alamakk...panjat lagi...Aku meneruskan DH tanpa memperdulikan apa yang aku saksikan tadi. Lebih kurang 2 minit aku sudah sampai ke penghujng DH dan laluan membelok ke kiri. Dengan momentum yang masih ada, aku membiarkan saja Cik Puteh bergerak dengan sendiri, jari-jemari telah ku lepaskan bebas dari pemicu brek kerana laluan sudah landai. Dan di depan sana kulihat ramai riders bersuka-ria sementara crew2 jamboree sibuk mengagihkan mineral water dan 100 plus kepada riders. Rupanya CP3 di depan mata...lega. Chiko pun masih di situ sambil melayan pehanya yang asyik krem...dah lapan kali katanya. Kasihannnn....Mileage menunjukkan 18km dan masa 10.20 pagi.

CP3
Sedang aku dan Chiko dok lepak kat situ, ramai riders yang meneruskan perjalanan ke CP4 berpatah balik umpama ternampak harimau dengan anak kecik di hadapan. Ayooo....bukit lagi ooo...sana depan...sorang rider memaklumkan. Aku tengok Chiko...Chiko tengok aku...camna ummu??...tanya Chiko. Aku pun jawab...tunggu ahli majlis yang lainlah...walaupun dalam hati sebenarnya aku nak meneruskan perjalanan sebab kudrat masih ada...Kemudian Chiko membalas...baru 18 kilo apa barang mau chicken loop dah...jalanlah pelan2 sampai CP4...aku sambut cadangannya dengan gembira. Sebelum meneruskan perjalanan kami refill dulu bekalan air kat CP3. Chiko memulakan perjalanan dan aku mengekorinya beberapa minit kemudian. Dalam pada kami meneruskan perjalanan pun masih ada beberapa riders yang berpatah balik untuk CL di CP3.

Melepasi kawasan longgokan sampah,laluan membelok ke kanan dan masih boleh berkayuh walaupun bunga2 dakian sudah terasa. Chiko sudah tidak kelihatan mungkin sudah jauh di hadapan. Aku berkayuh perlahan2 bersama dengan beberapa riders lain yang ingin meneruskan perjalanan ke CP4. Melepasi satu dakian kecil kemudian aku nampak Chiko sedang melayan pehanya...krem lagi ummu, katanya...Aku pun ikut berhenti kerana takut dia berubah fikiran untuk berpatah balik...tak berani aku nak teruskan sorang2. Semakin lama semakin kerap kremnya...umpama kontraksi yang menyerang ibu yang bakal melahirkan pulak...makin lama makin kerap dan makin kuat...Sambil menunggu si Chiko aku menelefon suami untuk menentukan duduk perkara. Suami maklumkan yang mereka baru sampai kat CP3 dan akan menyusul kami sekejap lagi. Okay cantikkk...ON...ON...

Aku meneruskan dakian perlahan2 sementara Chiko memimpin saja Mr Hecklernya. Semakin lama dakian semakin curam...kaki menekan pedal semakin berat...kecendurungan untuk menolak basikal semakin tinggi. Akhirnya terpaksa mengalah juga...dan menolak saja Cik Puteh hingga ke puncak. Mujur juga bukit kali ini tidak seteruk yang dilalui sebelum CP3 tadi. Laluan pun sudah berkanopi semula dan cuaca pun nampak agak mendung sedikit. Tetiba saja awan mendung tadi mencurahkan isi kandungnya ke bumi. Hujan mulai lebat...aku sudah berada di puncak...aku boleh nampak Chiko dibawah sedang memasukkan bladder begnya ke dalam plastic cover. Kemudian satu panggilan dari suami masuk ke handphoneku...Yang...dah jauh ke? Hujan ni...patah balik la...abang tunggu kat bawah...Alamak nak patah balik??? Aku pun menjawab...alaa...sikit je climbingnya...kat atas dah okay...hujan pun dah nak berenti ni...tolak le pelan2 "ibu" tunggu kat sini...aku memberi cadangan. Kemudian suami menjawab okaylah...okaylah...Tak lama kemudian aku sudah nampak kelibat suami dan Zazhar di bawah, Chiko pula sudah menghampiri. Bila semua sudah berada di puncak, kelihatan kelibat Fino pulak sedang menolak di bawah. Manp2 sudah mengalah di CP3 kerana tak tahan dengan krem yang asyik menyerang kakinya. Kami kemudian bergerak perlahan-lahan supaya Fino tidak jauh ketinggalan di belakang.

CP3 - CP4 flowing trail
Kali ini suami mendahului kayuhan meninggalkan aku di belakang bersama Zazhar. Zazhar kemudian ikut memecut bercucuk angin dengan suami, maklumlah DH...memang tak kasi chance le...Dalam hati aku berdetik jugak aikk...lajunya...marah ke sebab aku tak nak patah balik???. Aku mengekori mereka di belakang dalam jarak 20 meter, Chiko dan Fino masih di belakang. Trail nak ke CP4 agak flowing up and down. Bila climbing aku akan pastikan Chiko atau Fino kelihatan sebelum meneruskan perjalanan kerana suami dan Zazhar dah meluru di depan. Al-maklumlah si Fino tu...anak angkat...dah janji dengan bini dia yang kami akan jaga dia...yang sorang lagi tu pulak adik bongsu...tak janji apa2 dengan bini dia sebab dia takde bini lagi...kesiannn...dah macam-macam kawan2 dok nasihatkan dia...nak kata tak hensem...hensem dia lagi dari belacan (bukan belacan yang kat BTP...belacan yang kat England nu...) nak kata memilih...tak tau le pulak...rasanya ada yang berkenan...opppsss...cutttt...terlebih DH le pulak!!!

Virus B1N1...
Setelah mengharungi beberapa siri panjat-turun-turun-panjat di dalam kebun getah, kami akhirnya berhenti rehat selepas satu climbing yang agak lanjut. Suami kelihatan penat yang teramat atau mungkin diserang virus B1N1. Virus ini tidak bahaya dan hanya menyerang para suami apabila bini ada berdekatan. Simpton yang paling ketara ialah perangai sisuami mula mengada-ngada macam anak kecil. Para suami yang pernah dilanda simptom yang sedemekian jangan panik kerana anda tergolong di dalam kategori suami manja dan mempunyai isteri yang penyayang. Tak perlu risau dan tak perlu berjumpa dengan doktor yang berhampiran apatah lagi yang berjauhan....

Amik angin...
Panjat lagi ...
Dalam pada kami berehat beberapa riders lain memintas kami dan meneruskan perjalanan. Tatkala ini kami merupakan kumpulan paling belakang untuk ke CP4. Lebih kurang 10 minit berehat aku memulakan perjalanan, membelok ke kiri memanjat lagi dan lagi. Yang lain perlahan2 mengekori dari belakang.

Suami masih belum memulakan perjalanannya. Menghampiri puncak climbing kali ini aku terdengar suara Fino terjerit sedikit kerana krem lagi. Zazhar, Chiko dan Fino berhenti lagi di bawah sementara aku meneruskan kayuhan. Permukaan bumi dah mula sekejap menurun dan sekejap landai. Kawasan berkanopi dan terbuka silih berganti. Terik matahari sudah mula membakar kulit muka. Peluh dah lama bercerau macam paip bocor. Tetiba ada satu lagi climbing kat depan di bawah matahari pukul 12 tengahari dengan permukaan yang berlubang dan berbatu-batu. Kumpulan riders yang tadi mendahului kami pun masih di situ kerana salah seorang down akibat krem juga. Aku tidak mampu berkayuh lagi...tolak sahaja. Salah seorang dari mereka menegur aku...you okay aaa...slow and steady...Aku hanya senyum dan mengangguk-angguk kepala tanda terima kasih atas pujian tadi, nak bersuara dah tak mampu. Sambil menolak Cik Puteh aku dok terpikir...bayar RM50 untuk penat2 macam ni...kalau pegi buat facial dah lepas dah ni....hmmmm. Dalam dok melayan perasaan akhirnya sudah sampai ke puncak dan seperti biasa signage keramat sudah ada di depan mata.

CP4 dah dekat dah...
Kat bawah tu jalan nak ke Changlun....
Akibat terlampau penat, DH kali ini aku layan macam biasa saja. Tiada lagi dangdut, tiada lagi goyang gerudi...penat oooo...Laluan tanah merah dengan batu2 halus ditawan dengan berhati-hati. Makin lama makin laju...makin lupa daratan. Sehingga ke satu selekoh aku berhenti sekejap untuk menunggu suami untuk merakamkan pemandangan di situ. Jauh di bawah boleh kelihatan laluan utama Changlun>UUM>Sintok. Lebih kurang 5 minit, suami sampai dengan Zazhar dan kami bergambar seketika. Kemudian Chiko pun sampai dan meneruskan perjalanan. Masing-masing begitu asyik melayan DH. Kali ini aku di belakang sekali antara kami berempat.

CP4 - dapat 100plus!
Aku berharap selepas DH kami akan sampai ke CP4 rupanya tidak. Habis DH laluan memasuki ladang kelapa sawit pula dan flowing up and down again. Kami berkejaran antara satu sama lain melayan cimbing dan DH yang silih berganti. Laju dan terus laju...Laluan berkanopi berakhir apabila membelok ke kanan dan memasuki kawasan nurseri anak kelapa sawit. Laluan landai dan panas berterusan sehingga menghampiri satu ladang ternakan kambing kemudian membelok ke kanan lagi dan sedikit climbing dan akhirnya CP4 di hadapan. Mileage...25km ja...time 12.10pm.

Siswa UUM generasi berbeza. Batch 1988 dan batch 2008
Marshall memaklumkan CP4 dah tutup maknanya kami tak dibenarkan untuk ke CP5 melainkan balik terus ke RV ikut laluan tarmac. Kami pun tak bercadang nak terus ke CP5, hajat memang untuk ke CP4 saja. Kami berehat agak lama di situ sambil bergurau dengan student2 yang bertugas di CP4. Mereka turut ketawa terkekeh-kekeh apabila suami berjenaka...kelolo katakan...Hampir 15 minit kami berehat di situ sebelum meneruskan perjalanan balik ke kompleks sukan. Kumpulan riders yang tadi di belakang kami dah lama berlalu. Sekarang yang tinggal hanya kami berlima, beberapa helper dan marshall.

Untuk pulang ke kompleks sukan kami terpaksa memasuki highway di tengah2 panas terik. Kata marshall lebih kurang 10 kilo lagi...Berdasarkan pengalaman Taiping dan NT kalau 10 km nak balik ikut tarmac tengah panas buta ni...mau masak burger kat bawah tu...Nak tak nak kena teruskan juga sebab kat sini takde pick up track macam kat NT. Zazhar dan Chiko memulakan perjalanan sementara aku mengekori mereka di belakang. Suami dan Fino masih di CP4. Fino mungkin dah tak mampu nak kayuh balik...pandai2lah dia mengedeng marshall nanti.

cuci apa banyak2...bukan boleh putih pun.. Foto ehsan Zazhar
Aku tidak berapa pasti pada mulanya di mana sebenarnya kami berada. Hanya kira-kira 50 meter berkayuh baru aku perasan rupanya kami melalui jalan Changlun>Sintok yang dulunya merupakan jalan utama untuk keluar dari Sintok. Dulu jalan ini hanya jalanraya biasa dua lorong tapi sekarang dah jadi highway. Changlun pun dah banyak membangun dah ada Kompleks Changlun! Lebih kurang 10 minit berkayuh aku menghampiri simpang ke Bukit Tangga kemudian climbing lagi...laluan yang sama yang kami lalui semalam. Mulut terkunci kaku...kayuhan semakin lesu. Aku terfikir juga dari entrance nak ke kompleks sukan tu boleh tahan jugak...Sedar-sedar suami sudah mengekoriku di belakang dan seorang marshall mengiringi kami dengan motorcrossnya. DH di selekoh membantu merehatkan b**t*t yang dah perit dan terus membawa kami ke entrance UUM. Chiko dan Zazhar sedang asyik mencuci jentera mereka di situ.


Kau dan aku...sudah ditakdirkan bertemu...
Ummu dan Abu..menjejak memori
Kami pun ikut sama berhenti dan mencuci basikal di situ. Marshall tadi setia menanti kami dan terus mengiringi kami apabila kami meneruskan perjalanan. Chiko dan Zazhar dah lama berlalu. Apabila menghampiri Canselori, suami mencadangkan agar kami berhenti dan bergambar di situ. Aku bersetuju sahaja walaupun sebenarnya aku hanya nak teruskan saja ke kompleks sukan. Kami memberi isyarat ke kiri dan membelok dan marshall tadi meneruskan perjalanannya. Kami merakamkan kenangan di depan bangunan Canselori yang satu ketika dulu tempat aku menghabiskan 6 bulan praktikal di Jabatan Bendahari. Kemudian bersiar-siar di depan library yang dulunya tempat suami bertugas sebagai pekerja sambilan untuk menampung belanja kami berdua menyambut cahayamata pertama. Kami kemudian melewati sekolah2 pengajian di situ sambil diperhatikan oleh siswa dan siswi yang baru habis kuliah barangkali.

Kami kemudian terus ke kompleks sukan. Suara DJ sudah kedengaran dari kejauhan. Jam menunjukkan pukul 1.07 pm, mungkin penyampaian hadiah sudah bermula pada jam 1.00 pm. Apabila kami menghampiri finishing line, tiba2 aku terdengar seolah-olah nompor plate aku dilaungkan. Tujuh...kosong...kosong...suami terus memecut ke depan sambil menjerit ada...ada... Aku pun ikut memecut dan sampai di depan stage dan disambut dengan tepukan dan sorakan. Dapat lucky draw bladder beg Camelbak. Sesuatu yang tidak diduga sama sekali...kalaulah kami terlambat sedikit...tapi dah rezeki katakan...Sejam kemudian nombor suami pula dipanggil...satu lagi cabutan bertuah...beg air LG...rezeki...rezeki..Total mileage 35km kurang 3 kilo saja daripada mereka yang completed the full loop. Upacara tamat sekitar jam 2.30 petang dan semua riders beransur-ansur pulang meninggalkan UUM.

Nombor 700 lucky sungguh
699 dapat LG bottle bag, 700 dapat Camelbak
Pada aku, jamboree kali ini adalah yang paling menyeronokkan berbanding dengan Taiping dan NT walaupun tidak berjaya menghabiskan kesemua CP. Keseronokkan itu tidak hanya terbatas apabila dapat menghabiskan kesemua CP tetapi yang paling bermakna adalah pengalaman itu sendiri, kalau dapat habiskan itu merupakan satu bonus. Dari segi trailnya, untuk rider seperti aku, memang memuaskan... Aku juga bangga dengan pencapaian aku kali ini. Selain daripada itu teman2 yang ikut serta juga memainkan peranan penting di dalam sesuatu kayuhan. Penginapan yang disediakan pun cukup selesa. Terima kasih untuk Zazhar dan tuan rumah. Dan yang paling istimewa kerana jamboree ini di bumi Sintok, yang menyimpan seribu satu kenangan antara aku dan suami

.....TAMAT.....

3 comments:

WanPenang said...

FuYoOO...lagu AZURA..la..lama aku tak dengag Jamal Dillah nyanyi lagu nih..tak sangka ang pon jiwang karat..hehehe..perGhh best gak trail nih..rugi aku tak pi..

hisufian said...

nice write-up, and syukur with the achievements and the lucky draw. One observation, ...setiap kali jamboree AbuFikri melabur...KHTP, NTMBA, dulu masa Hash pun sama...

BC Kelolo said...

Bro Sufian,

Keen observation. Cuma nak tambah sikit. Insiden pelaboran ni hanya mula berlaku bila penjagaan kuda hitam berpindah tangan. Mem cakap mungkin disebabkan oleh gangguan emosi membawa ke perut bila melihat kuda hitam dicelapak oleh orang lain...Perhaps...sebab memang ada rasa butterfly dalam perut bila tengok kuda hitam dalam tangan orang lain...