Monday, July 06, 2009

Tayar Kenda Never Gagal?

Selama berMTB selama 3 tahun, 5 basikal, dah pakai 6 tayar Kenda. Sepasang Kenda Karma 2.0, Sepasang Kenda Nevegal 2.1, dan sepasang Kenda Bear Trac 2.1. 5 daripada 6 tayar ini robek dindingnya. Lihat gambar di bawah. Terdapat 3 seksyen pecah dan membusung pada dinding tayar. Ini tayar Kenda Nevegal 2.1. Dipakai tak sampai setahun. Lihat bunga masih tebal tapi dindingnya pecah. Tayar Kenda lain yang disebut di atas menunjukkan simtom yang sama. Kenda Bear Trac meletup terus. Kenapa agaknya? Salah penggunaan? Jenama lain yang digunakann tidak menunjukkan simtom yang serupa...


Dinding tayar pecah dan membengkak. Salah penggunaan atau...???

Adakah di antara tuan-tuan dan saudara menghadapi masalah dinding tayar pecah? Adakah ini suratan atau kebetulan? Adakah berlaku juga kepada tayar jenama lain? Atau, masalah ini memang menular pada tayar Kenda. Kalau ada pengguna tayar Kenda menghadapi masalah yang sama, tolong bagi maklumbalas. Saya nak cuba kumpul maklumat dan maklumkan kepada Kenda masalah dinding tayar mereka.

Buat sementara waktu, saya berhenti guna tayar Kenda sehingga isu ini jelas.

6 comments:

Ober Frederiksen said...

tak boleh nak kata ape. mine works fine. nevegal 2.5 lived with me 1 year. and actually it came from its previous owner which used around 1 year as well. haha.

ZanKX said...

bc,
aku penah pakai sekali nevegal sticky 2.1 tp x pula mnjadi masalah. mungkin pakai sat jer!
oleh kerana ride dr rumah nak masuk offroad 7km, aku x tahan, dia gigit jln..sampai time climbing dah x larat..time balik pulak depa pakat dok sprint, hampehh.. top speed out!
patut la dia bagus DH

Alimuddin Shahid said...

aku punya nevegal 2.35 dah lebih 2 tahun no problem... check air pressure... bahagian tepi nipis mungkin terlebih contact tak berpatutan dgn rim (terutama di trail kasar berbatu etc) bila kurang 'angin'

myjenal said...

saya pernah kena dgn kenda karisma 2.1 tayar belakang.baru pakai kurang dari 5 ride..meletup koyak habis dkt dia pnya bead..skang pakai kenda nevegal 2.1 kat dpn takda masalah..

myjenal said...

saya pakai kenda karisma 2.1 kurang dari 5 ride meletup tayar blakang..koyak dekat dia punya bead..lebih kurang mcm dlm gambar..skang pakai kenda nevegal 2nd hand ok plak takda masalah...

dSbKe said...

sy kene cam bro kene.. Nevegal 2.5 stick-e tp koyak terus. Mmg perasan ada nampak benang kat wall tp ingatkan mmg mcm tu.. sy pnh pakai Nevegal 1.95 stick-e jg tapi no problem sampai haus..