Monday, July 20, 2009

Menjejak Semula KLMBH Epic Hash

RV>CP2>CP3>CP4

Trail EPIC Hash 09, Batang Kali-Ulu Rening-Ulu Tamu. Gara-gara nak berjamboree kat UUM 19 July 09, aku syorkan ke BBB untuk training kat sana. Cadangan disambut baik dan hanya 4 orang riders je yang konform, aku (ummu), suami (tok abu aka BC Kelolo), Man75 dan Azmie Orbea. Hampir2 saja ride ini dibatalkan akibat tak cukup korum. Tapi akhirnya kami decide untuk teruskan jugak walaupun hanya bertiga. Man75 pula konform pegi siap bawak kawan dari Subang Bestari, Ammar. Tok Abu pula dihelo 2 sahabat GLC Kerol dan Mizi untuk ikut serta. Jom….ON..ON.

Kami berkumpul di Restoran As Salma, Batang Kali pada jam 8 pagi. Kayuhan dimulakan pada jam 8.45 pagi. Sebelum kayuhan sekali lagi aku syorkan agar kami bermula dari RV ikut trail exit dan terus ke Kg Genting Malik. Kami akan skip loop ke CP 1 yang distancenya lebih kurang 16km. Bukan apa..Hash hari tu dah merasa asam garamnya, jadi kayuhan kali ini nak merasa pulak perit getir di CP3, CP4, CP5 dan CP6 pula. Cadangan aku disokong suami dan Azmie dan tidak ada cadangan ditolak mahupun cadangan ditutup oleh mana2 ahli yang ikut serta..

Kayuhan tarmac di Kg Genting Malik begitu nyaman dan cooling dengan cuaca mendung menanti hujan bila-bilA masa. Wangian buah-buahan tempatan menambah perisa kayuhan. Kayuhan tarmac berakhir selepas melalui ladang dragon fruit, membelok ke kiri, climbing, melewati tanah perkuburan, climbing lagi dan memasuki single track di kebun getah ala-ala Kiara 2K dan Dream. Penghujung single track menandakan CP2 semakin hampir selepas menikmati satu DH dengan batu2 lada yang loose dan bila2 masa saja boleh membuang tayar dari terus bergolek di permukaan bumi . Lebih kurang 50 minit ride, kami sampai di CP2. Berehat seketikA untuk Revive dan check tekanan angin tayar belakang kerana semenjak Cik Puteh berTanKkdah 2 kali tayar bocor…


CP2

Perjalanan ke CP3 diteruskan selepas berehat lebih kurang 15 minit. Membelok saja ke kiri terus disajikan dengan satu climbing berulamkan batu-batu kerikil di permukaan jalan. Kekadang kayuhan terpaksa digantikan dengan tolakan kerana tayar Kendaku gagal menggigit ulam-ulam yang disajikan. Sesekali juga suami mengambil alih tugas GPS Garmin 60CSX Azmie yang dibawa balik terus dari USA oleh Man75, menggunakan GPSnya...GUNA PANCAINDERA SENDIRI.


Climbing Babi Hutan

Pattern kayuhan mula berubah corak selepas ladang kelapa sawit flowing up and down seperti di Tuan Mee. Climbing sepanjang 150 meter di hutan bamboo cukup untuk membuat betis terasa perit menekan pedal tanpa henti. Aku seperti biasa tercicir di belakang bila sampai part climbing. Namun sahabat2 lain setia menanti di hadapan. Azmie sebagai leader, akan memastikan semua ahli bersedia sebelum memulakan kayuhan. Satu DH pendek disajikan cukup untuk merehatkan b**t*t yang mulai perit sebelum memanjat semula memasuki dusun cempedak dan durian. Seekor babi hutan hitam pekat macho grande melintas laluan kami menyebabkan aku dan babi hutan tu terkejut beruk..nasib baik si beruk tidak berada di tempat kejadian… Laluan off road di dusun buah-buahan bertarmac semula sebelum laluan bercantum dengan jalan besar Ulu Tamu - Ulu Rening selepas DH.


Waterpoint CP3...penat
Kami berehat lagi di depan kedai runcit sebelum ke CP3. Jam menghampiri pukul 11 pagi. Kami refill apa yang patut di situ. Power gel strawberi menjadi pilihan untuk mengganti semula tenaga yang hilang. Azmi memberi taklimat ringkas tentang trail yang bakal kami tempuhi. Namun semua bersemangat dan berjiwa kental untuk meneruskan perjuangan walaupun sudah hampir separuh tenaga dikeluarkan. Sebelum ke CP3 kami perlu mendaki tarmac yang agak curam sehinggakan Cik Puteh terjongket di bahagian hadapan dan mencampakkan penunggannya ke tanah. Aduss..betis terkena crank..perit..

Gerombolan lain sudah di depan meninggalkan aku dan suami di belakang tanpa jejak mereka. Panggilan ke leader dibuat tetapi tiada jawapan. Sekali lagi suami menggunakan GPSnya kerana laluan ini tidak dilalui waktu hash dulu kerana CL selepas kedai runcit. Mujur kami di laluan yang benar apabila Man75 dan Azmie berpatah balik mendapatkan kami. Trail tarmac selebar sedepa dengan mode dakian sepanjang perjalanan membuatkan aku tercungap-cungap kepenatan. Menolak bukanlah idea yang baik kerana menolak lebih memenatkan daripada berkayuh.


Rider Down..rider down..

Azmie memberi isyarat bahawa trail akan membelok ke kiri walaupun di kiri itu hanyalah terrain yang agak curam di celah-celah pokok getah kecil. Laluan hanya samar2 di sebalik daun2 getah dan hutan paku-pakis di dalam kebun getah. Man75 memulakan turunan diikuti dengan Ammar, zrrasss…cantekk…sampai ke bawah. Suami pula menyusul..aku sempat berpesan…honey be careful…I love you.. Alhamdulillah…selamat.. Kemudian Mizi menyusul dengan gaya off saddle..belum 10 second..Mizi kecundang..suami cepat2 membantu dan memberi isyarat rider down supaya yang lain berjaga-jaga. Kemudian Kerol pula mencuba dengan ilmu yang belum dikhatamkan di PCP. Permulaan yang cantik tapi tewas juga menyembah bumi akhirnya. Ngeri…Azmie mengambil langkah untuk menolak sahaja sedangkan aku terus tinggalkan Cik Puteh di atas sementara aku menyusur turun perlahan-lahan. Mizi cedera di dahi, spec tercabut lense. Man75 tak sempat melakarkan lukisan kapur kerana mangsa terus bangun dari tempat kejadian. Azmie segera memberi bantuan perubatan. Jiwa kental anak muda…perjuangan ingin juga diteruskan…


Man75 layan teres

Ummu pun layannn...

Kerol layan gak....

Kami meneruskan perjalanan..aku, Kerol dan Mizi banyak menolak dari menunggang. Bukan kerana dakian tapi kerana terrain dan drop yang agak bahaya. Ada yang rasa2 boleh dilayan kami layannn... Terrain terus menurun sehingga bertemu jambatan besi merentangi satu anak sungai kemudian laluan membelok ke kanan. Kali ini dakian single track dengan permukaan tanah berbonggol dan berlubang disebabkan alur air hujan barangkali. Aku hanya mampu memimpin saja Cik Puteh, tak mampu rasanya nak membazirkan tenaga untuk dakian di situ kerana di depan masih banyak menanti. Kepenatan yang amat mula terasa…jantung berdegup kencang selepas menamatkan dakian. Seperti biasa yang lain sudah menunggu di atas, walaupun dakian belum berakhir.


CP4 - man of the day


Mandi timeee..

Kami berehat seketika menyerahkan diri kepada nyamuk2 di situ untuk meratah darah orang2 kota. Dakian demi dakian…kayuhan di selang seli dengan kayuh tolak..tolak..tolak..tak kayuh.. Yang lain masih nampak steady kecuali aku, Mizi dan Kerol. Tapi respect jugalah untuk mamat 2 orang ni, untuk orang baru dah boleh ikut sampai tahap ni kira okay le tu…Hampir 15 minit dalam mode kayuh-tolak akhirnya mukabumi sudah menunjukkan tanda2 untuk menurun. Hoorayyy…hati kecilku melonjak tanpa siapa tahu… Apabila aku sampai saja di kemuncak, Azmie terus memulakan perjalanan dan aku terus mengekorinya dari belakang dalam jarak 20 meter. Keep your distance, fasten your seatbelt...zrasss layannn. Aku bukan lagi sweeper…akulah downgiller. Syoknya layan DH kat situ sampai sakit belakang kerana terpaksa membongkok dan b**t*t ke belakang untuk mengalih centre of gravity ke belakang. Al-maklumlah aku punya center of gravity pun dah tak berapa centre. Lebih kurang 8 minit 17 saat melayan downhill akhirnya kami sampai ke CP4 di Kg Ulu Rening dan melewati satu lagi jambatan besi.. dan cooling time…sungai untuk sejukkan badan… Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.


Berendam...

CP4>CP5>CP6>RTB


Azabb...
Lebih kurang 30 minit berendam kami bersiap untuk meneruskan kayuhan ke CP5. Kami agak bernasib baik kerana cuaca hari ini agak teduh. Laluan seperti biasa dimulakan dengan dakian disusuli dengan DH. Laluan berturap konkrit up and down sepanjang 1 km berakhir apabila kami membelok ke kanan memasuki kawasan hutan dengan rimbunan pokok-pokok buluh di kiri dan kanan jalan. Laluan kami akhirnya memasuki kebun getah sekali lagi..climbing..climbing…DH silih berganti. Tenaga yang di recharge dari air sungai tadi sudah menunjukkan tanda2 low batery. Nak tak nak.. kena teruskan juga sebab dan dah tak ada CL lagi dari sini. Dari kebun getah memasuki ladang kelapa sawit..dari kawasan berkanopi berganti kawasan terbuka…climbing and DH lagi. Sebenarnya laluan kami agak tersasar dari laluan asal EPIC Hash 09 tapi dengan GPS suami kami meneruskan kayuhan. Selepas satu climbing lanjut sepanjang 150 meter, di ladang kelapa sawit, kami akhirnya sampai ke penghujungnya. Di kemuncak sudah kelihatan sayup nun di bawah kawasan pembalakan terbuka, DH dan uphill menanti di bawah terik matahari pukul 1.30 tengahari. Melihat kepada DH memang lazat tapi selepas itu…azab… BBBDis3 Garmin Azmie menunjukkan laluan kami akan bercantum semula dengan trail asal di hadapan.


Puncak tanpa noktah..

Kayuhan diteruskan di bawah terik matahari namun tak seterik Nibung Tebal. Sambil menolak Cik Puteh, kenangan di Nibung Tebal datang menerpa sebagai ubat memulih tenaga. Aku dan Mizi sentiasa di belakang, suami dan Man75 silih berganti menanti kami. Tenaga semakin berkurangan untuk mendaki..untuk DH boleh lagi… Akhirnya Azmie memaklumkan that we’re on the right track again..lega…laluan pun sudah berkanopy semula. Take 5 sebelum melayan DH single track yang diselang seli dengan batu2an dan akar2 hutan renek di kiri kanan laluan. DH berakhir di satu anak sungai. Satu lagi river crossing..


River crossing

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Suami mmberi isyarat untuk berhenti seketika untuk menunaikan tanggungjawab seorang hamba kepada Khaliqnya. Kami semua menunaikan solat zohor berjemaah di tepi sungai. Buat pertama kalinya bersolat di atas tanah mencium nikmat bumi ciptaan Tuhan. Macamana kami bersolat??? Senang saja…bersuci…menutup aurat..solatlah..Islam itukan mudah.. Insyaallah kalau kita selalu ingat pada Allah..nescaya Allah ingat pada kita dan permudahkan segala urusan kita . Mudah-mudahan juga setiap butir pasir yang menyentuh kulit kita akan memudahkan urusan kita di Sana nanti. …AMINNN.


River crossing lagi
Kami meneruskan perjalanan sekitar jam 2.20 petang. Melalui single track di celah-celah semak samun dan pokok getah. Tanah di laluan langsung tidak kelihatan kerana diselaputi rimba separas lutut, namun kayuhan begitu asyik sekali mungkin tenang kerana yang wajib telah dilaksanakan. 14 minit kemudian kami tiba di next river crossing. Ingatkan laluan semakin mudah selepas river crossing…rupanya tidakkkk…Laluan half canopy and uphill again and again…trail dan bentuk mukabumi kali ini ala-ala Sri Gombak. Mizi semakin lemah mungkin kerana kecederaan dan penglihatan yang kabur. Aku pun kepenatan..kulit di sebalik padding Colnago yang sentiasa menjamah saddle semakin perit.. tapi masih boleh bertahan. Kami berehat lagi selepas 3 climbing untuk memberi ruang kepada Mizi..harap2 tak serik.. Selepas 2 lagi climbing barulah disajikan dengan DH lagi sebelum kami sampai ke CP6. CP5 dah terlepas..sebab terbabas dari laluan asal. BBBDis3


Panjat lagi
Selepas CP6 pun laluan tidak semudah yang dijangka. Laluan masih lagi uphill sekejap di ladang kelapa sawit..hutan dengan batu kerikil memenuhi ruang jalan. Panjat dan panjat lagi…kemudian DH lagi. Kali ini Ammar pula terbongkang ketika DH apabila kaki tersadung pokok duri di tepi laluan. Aku pun tak berani nak laju sebab batu-batu kecil,besar dan tajam memenuhi laluan. Akhirnya signage HOME sudah kelihatan menandakan kami akan sampai semula ke CP2 untuk RTB. Namun beberapa siri panjatan harus dikhatamkan terlebih dahulu sebelum bertemu CP2. Aku, Kerol dan Mizi jauh ketinggalan di belakang. Yang lain mungkin sedang bersenang-senang di CP2 sebelum pulang. Jam sudah menghampiri pukul 3.50 petang.


Panjat lagi...dan lagi sampai lebam...

Setelah kami sampai, Azmie memulakan perjalanan. Dari CP2 flowing up and down again memasuki semula Kg Genting Malek, dusun buah-buahan, laluan bertarmac yang berlopak-lopak sana sini. Tenaga semakin kurang, betis mula kekejangan..kulit bertambah pedih dan perit..kalau otroman..lampu merah dah mula berkelip-kelip..tenum..tenum..tenum..Namun akhirnya keluar ke jalan utama Ulu Rening-Batang Kali. Melintasi jalan besar dan memasuki semula ladang kelapa sawit bersebelahan taman perumahan untuk pulang ke As Salma. Jam menunjukkan pukul 4.20 petang. Meter reading cat eye menunjukkan jarak perjalanan 41.20km with Max speeding 41.4 sementara Topeak Panoram B12 menunjukkan jarak 45km. Satu kayuhan dan pengalaman yang sangat memuaskan..lazat..enak..enjoy and the End…Penat oooo…tapi BESTTTTTTT….

1 comment:

umar said...

Cool.. I wish I was there again.. ;)