O pppp..STOP! Bila stop kena tarik brek. Haaa...Siapa pernah dengar brek jenama QUAD? Memang kurang kedengaran. Jenama Quad ni boleh dikira baru jugalah. Tentulah tak segah nama-nama besar seperti Avid, Hayes, Hope, Tektro, Magura dan yang seangkatan dengannya. Jenama berasal dari Britain. Rekaannya memang British. Tapi dikilang di Taiwan. Biasa la...Taiwan dah jadi negara pengeluar basikal utama. Ish...meleret pulak intro dia. Nak tau lagi lanjut pasal Quad sila ke Laman Quad
Aku dah merasa dua brek Quad. Uno dan Deuce. Uno dipasang pada Element, Deuce dipasang pada Resaksa Ijau dan kemudian diperturunkan kepada Sang Bara. Dulu, senang dapat servis dan alat ganti. Pad terutama. Ada pengedar dari Shah Alam. Tak ingat dah nama pengedar tu. Barang berlambak kat BikePro. Tahun lepas, pengedar tu berhenti. Kelam kabut huru hara aku nak cari pad gantian untuk Quad Uno aku. Mujur ada pad serasi dari Kool Stop. Semalam, bila aku check pad brek Deuce, nampak dah haus kritikal. Kena pulak Ahad ni nak ke Jamboree Nibong Tebal. Alah... macam mana nih? Tadi merayau di ruang siber. Masuk ke laman Quad. Klik distributor dan bila scroll ke Malaysia terbentang nama KSH - TTDI. Aku call, Ah Kin confirm ada barang. Waktu lunch, aku kerabat motor Muzack, jadi Mat Rempit, pegi KSH - TTDI. Legaaaa... Barang Quad berlambak kat KSH - TTDI. Harap KSH - TTDI maintian la jadi pengedar Quad. QUAD jadi KUAT balik kat Malaysia!
Terlanjur cerita pasal Quad ni, nak kongsi la sikit macam mana rasa brek Quad ni. Ringkas cerita, Quad kurang dari segi rupa. Tipikal British...tetapi prestasi cemerlang. Kuasa membrek hebat. Cukup puas hati. Dan...harganya lebih murah untuk brek yang sekelas dengannya dari jenama lain. Alat ganti juga murah. Untuk makluman juga, Quad guna minyak hidrolik DOT4. Sayang sikit. Kalau pakai mineral, lagi cantikkkkkk. Amacam? Tak mau cuba?
6 comments:
Eh, murah tu...
My Avid BB7/Juicy pads costs RM75 a pair (sintered metal). Itu pun kirim orang beli kat S'pore.
Brek Hayes aku dah bocor!!..apa kata aku test ini break. Lagipon aku pun dah lama break kayuh besikal...huhuhu!
Ha! Apa lagi? Mari memperQuadkan jentera anda!!!
Minyak DOT4 sama macam miyak guna untuk brek or power stereng keta. Bila servis keta boleh servis brake beskal la..
Waa.. menarik ni. Ada nampak orang jual kat BBS, teruja jugak nak cuba.
Anonymous,
Ya betulll! Minyak DOT4 sama dengan DOT4 kereta. Quad recommend jenama Fuchs. BC Kelolo kata, apa saja DOT4...belasah!
Post a Comment