Tuesday, June 16, 2009

GG NT Mountain Bike Adventure 09 Makin Hampir!!!

Jamboree kembali lagi!!! 21 Jun 2009. Di Jawi, Nibong Tebal. Kali ini dibawakan oleh GerekGunung. Satu lagi plet nombor akan tercatat dalam arkib kayuhanku, insyaAllah. Kali ini akan berpergian dengan isteri dan beberapa kawan dari GLC. Tunggu laporannya...!!!

Setakat posting ini ditulis, 800 pengayuh telah berdaftar. NTMBA masih membuka lagi pendaftaran kepada 200 pengayuh lagi. Tarikh tutup 20 Jun 2009. Anda masih belum terlambat!!!

Jarak kayuhan hampir 50km. Dengan sajian trek manis, masin, masam, pedas degala aneka rasa. Bukit mencanak, ladang kelapa sawit, kebun getah...Anda berani? Berani kalu, jumpa di sana!!! Maklumat lanjut dan perkembangan mutakhir di blogNTMTBA 09 Blog

3 comments:

tukangkebun said...

good luck & jumpa kat sana BC.

BC Kelolo said...

Sama-sama. Jumpa nanti tegur-tegur la...

fakawi said...

have a good one dude!