Debaran Nibong Tebal Mountainbike Adventure 2009 makin hampir! Untuk lebih selesa, aku pergi sehari lebih awal. Mudah, sebab Nibong Tebal tak jauh dari kampung laman isteriku. Bertolak dari Gombak jam 11.00 malam, hari Jumaat, 19 Jun 2009. Memandu lepas sehari bekerja memang meletihkan. Mata berat macam digantung kereta kebal pada kelopak mata. Akibatnya, banyak sesi singgah hentian sebelah untuk meringankan mata. Tidurlah...ubat mujarab untuk mengantuk.
Perjalanan pandu-tidur-pandu-tidur akhirnya keluar kat tol Jawi pada 0730. Cantik! Boleh singgah ambil goodie bag siap-siap. Singgah sarapan sekejap sebelum ke Jawi Inn. Terpinga petugas NTMMTBA yang baru nak suap nasi lemak bila dah ada peserta terpacul nak ambil goodie bag. Mujur semua dah siap dan goodie bag untuk pengayuh nombor 128 dan 129 bertukar tangan dengan cekap dan pantas. Terima kasih petugas. Sori...nama tak ingat walaupun dah perkenal diri. Masalah usia...
Selepas menebus hutang tidur, badan rasa segar balik. Jam 1700hrs, 3 jentera meninggalkan Taman Kenangan, Sungai Karangan dalam satu sesi tinjauan + panas badan + ujian basikal sebelum beraksi di NTMTBA 09 esok. Kawasan keliling ladang kelapa sawit. Dah lama aku plan nak tinjau kawasan itu setiap kali balik kampung. Hari itu hajat tercapai.
3 jentera dipersiap untuk meneroka trek. Sang Bara, Cik Putih dan Serba Tahoe. Jam 1700 tayar bergolek dari rumah. Trailhead cuma sepelaung saja. Masuk melalui ladang kelapa sawit.
3 jentera bersedia |
Ke trailhead |
Baru masuk dalam 100 meter berjumpa dengan trek motocross buatan anak-anak muda tempatan. Trek ringkas saja. Nampak saja trek, aku naik sheikh galak layan. Baru satu selekoh dah terbongkang. Ha...ha. Tak dapat berlama kat situ kerana mahu meneroka kawasan yang lebih luas. Trek motocross ditinggalkan dan masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Laluan banyak bersimpang siur. Kami pilih laluan yang tak melalui reban ayam besar yang tercongok kat situ. Bau asem!
Isteriku mencuba trek motocross |
Trek kelapa sawit |
Menyelinap dalam ladang kelapa sawit tanpa haluan pasti hingga terjumpa dengan kampung yang tak diketahui nama. Nak tanya segan. Pakat tercangak orang kampung tengok pembasikal lalu kot kampung siap lengkap dengan helmet bagai. Ada yang ajak singgah, terpaksa la kami tolak dengan penuh sopan-santun. Laluan tarmac kampung membawa kepada laluan singletrack atas batas ban (taliair). Laluan nampak menarik dan mengundang untuk diredah. Tak dapat menolak...
Di kiri ban dengan air kehijauan tenang tank mengalir. Rumpair dan kangkung melitupi hampir semua permukaan. Di kanan, kebun-kebun orang kampung. Semua membangkitkan nostalgia. Di seberang ban, ada kawasan luas lapang menghijau. Ada titi yang nampak sangat daif tapi rasanya boleh lagi menampung berat aku kalau nak lalu. Aku ajak isteri dengan anak menakan menyeberang. Isteriku geleng kepala. Seriauuuu...katanya.
Singletrack atas batas ban |
Titi seriauuuu... |
Aku teruskan kayuhan ke depan. Ada pintu air yang nampak macam dah tak berfungsi. Semak samun memenuhi. Sah jalan mati. Tak boleh diteruskan. Kawanan kerbau di seberang tercangak-cangak. Heran barangkali. Buat apa la agaknya manusia ni dok kayuh basikal kat sini. Macam tak dak jalan lain? Barangkali itu yang bermain dalam kepala otak kerbau. Ishhh...susah payah pulak aku dok fikir apa yang kerbau fikir. Apa laaaaa...
Pintu air rosak dan terbiar |
Kerbau |
Jalan mati! Apa nak buat? Prosedur operasi standard ialah...patah balik! Cari jalan yang hidup. Tak payah susah-susah nak kafankan dan kebumikan jalan yang mati. Kami patah balik semula ke jalan tar sebelum merodong masuk ke batas ban tadi. Jalan berputar dalam kampung. Aku main agak saja laluan dengan lubang hidung dibuka luas-luas untuk mencium jalan yang betul. Dan hasilnya...berjumpa kembali dengan laluan di hujung jalan mati tadi. Guna hidung! Boleh percaya ka? Jangan!
Jalan tar cantik entah ke mana haluan. Prosedur operasi standard MTB ke 2 dalam mencari laluan, elakkan jalan tar sedapat mungkin. Hilanglah thrill basikal lasak kalau asyik berkayuh pada jalan tar. Sebab tiu sebaik nampak ada lorong kecil ke dalam kebun getah, jalan terus diredah tanpa berfikir panjang. Waduh! Sedap jalan singletrack kebun getah. Sayangnya, jalan pendek saja.
Jalan tar sepanjang tali air kecil |
Singletrack kebun getah |
Laluan pendek kebun getah berakhir dengan cantuman kembali dengan ladang kelapa sawit. Melilau sekejap di dalam sebelum tercampak ke jalan tanah merah besar. Jalan bersimpang dan kami memilih untuk ke kiri. Kami ikut saja jalan besar hingga ia bercabang. Laluan kanan nampak lebih mengujakan kerana melalui longkang dalam dengan tebing yang dibina cantik berbonggol. Kalau kena lajak dan tanjak, boleh melompat woooo... Jadilah kami macam budak-bidak sekejap. Bermain bonggol. Seronokkkk...Isteriku yang paling teruja sekali. Lihatlah videonya...Suka bukan main dapat lepas bonggol.
Lebuhraya estet |
Sekelumit aksi |
Jalan kebanyakannya landai. Kami kemaruk tempat berbukit. Sengaja kami cari laluan yang agak nampak bercerun. Ada lah satu dua tempat yang naik turun sikit. Jadilah...Kayuhan diteruskan sehingga kemudian ternampak seperti jalan yang agak beralun menurun bukit. Apa lagi? Aku pecut macam orang hilang akal meluru turun bukit. Pendek saja tapi cukup untuk lepas gian. Laluan kemudian bertemu dengan jalan tar ke Sidam. Tengok jam baru 1830. Masih ada masa. Kami seberang jalan tar, masuk ke Ladang Victoria. Laluan masih lebar tapi agak beralun. Ada juga rasa sedikit kelainan. Kemudian sampai ke satu kawasan lapang. Laluan kabel voltan tinggi rupanya. Bila diperhatikan betul-betul nampak banyak singletrack cantik berselirat di bawah laluan kabel. Sayangnya masa terhad. Tak sempat nak teroka. Siapa yang tinggal di Padang Serai, silalah teruskan penerokaan. Nampak macam menarik tuuuu...
Lebuhraya Ladang Victoria |
Trek di bawah kabel voltan tinggi |
Sebaik melepasi laluan kabel letrik, satu kelainan menerpa. BUkan hutan, bukan rimba, bukan kebun getah apatah lagi kelapa sawit...Satu pemandangan yang dah lama aku tak tengok...Sayup saujana memandang hamparan bendang (sawah) menghijau. Padi baru ditanam. Ahhh...sejuk nyaman mata memandang. Ada lagi bendang kat Padang Serai rupanya...Pemandangan terlalu syahdu hingga aku minta difotokan...
Bendang sayup menghijau |
Aku juga mahu gambar berlatar bendang |
Dalam dok melayan nostalgia lama berlari atas batas bendang, mencari anak karim (ikan laga), mandi ban, menggagau ikan, terpandang kelibat bukit kecil di tepi laluan. Aha! Itu mesti jalan ke banglo. Kami keluar dari jalan mini tar, panjat bukit kecil. Melilau mencari laluan ke banglo. Sayang tak berjumpa. Trek membawa kami berjumpa dengan jalan Padang Serai. Masa masih banyak, belum bersedia untuk keluar. Penerokaan diteruskan ikut jalan mini tar meredah laluan tepi bendang. Ada makcik-makcik sedang memancing di tebing ban. Mengail haruan menggunakan joran panjang.
Kemudian melalui kampung sebelum memasuki satu taman perumahan yang tidak semapat dicatat namanya. Tahu-tahu tercongok keluar ke jalan tar utama. Aku imbas sekeliling untuk cuba mengecam jalan, ah...Jalan Guar Lobak/Sidam rupanya. Tempat keluar berhampiran Sekolah Dato' Lela Pahlawan. Dari situ, ambil kiri, kemudian simpang kiri lagi untuk ke pekan Padang Serai. Jalan sibuk dan sesak kerana pasar malam. Jam baru 6.30 petang. Kami belok ke kanan untuk ke rumah kakak ipar di Taman Melor Indah. Sengaja kami tak bagi tau nak singgah, konon nak surprise. Nasib kurang baik sebab kami yang kena surprise. Kakak ipar tiada di rumah. Meter menunjukkan sudah 16.70km jarak perjalanan.Berehat sekejap di depan rumah untuk menghilang lenguh kaki. Disebabkan kami tidak bersedia dengan peralatan kayuh malam, maka terpaksa berkayuh balik sebelum hari gelap. Tak ada rezeki isteriku nak jumpa kakak dia. Bermula kayuhan balik. Kami tak keluar ikut jalan tar, sebaliknya meredah ladang kelapa sawit di belakang taman Melor Indah. Jalan potong memintas pekan Padang Serai untuk balik Ke Sungai Karangan. Trafik petang Padang Serai tidak sesibuk Kuala Lumpur. Berkayuh balik dalam kelajuan santai sambil mata terus memerhati trek-trek dalam ladang kelapa sawit untuk projek-projek eksplorasi akan datang. Sasaran seterusnya ialah laluan bawah kabel voltan tinggi yang nampak begitu berpotensi. Entah bila boleh terlaksana...Matahari makin menghilang di kaki langit barat. Maghrib mengahampiri. Dan azan maghrib kumandang bila kami mangambil simpang ke Taman Kenangan. Berakhir satu kayuhan pemanas kaki untuk acara besar keeseokan harinya. Jarak ditempuh 25.78km.
2 comments:
bonggol tu dapat kat chiko mau jurus rajawali tarbang dibueknyoo....
mantapppp
Memang dia punya flow macam satu seksyen kat Lagenda...Tempat Chiko pasang jurus Tikus Mondok Cakar Tanah...
Post a Comment