Wednesday, August 06, 2008

Lampu-lampuan Jimat

Teringin nak berkayuh malam? Tapi bajet dah senak, nak beli lampu mata kucingpun tak mampu...Jangan gusar. Saya nak berkongsi dengan anda cara jimat lagi hemat untuk memasang lampu-lampuan pada basikal anda supaya anda juga boleh merasakan nikmat kayuhan malam. Bertambahlah hendaknya kawan-kawan GLC...

Saya gunakan sistem ini kerana bosan dengan mata kucing halogen yang saya pakai. Harga mahal, mentedarah bateri tapi suluhan tidak seberapa.

Ini sistem yang saya pakai...

Sistem lampu depan dua laras...

Lampu - lampu bulat 9 LED menggunakan 3 bateri AAA. Boleh bertahan sehingga 4 jam. Kecerahan suluhan tak pasti la pulak berapa lumens. Pada anggaran mata kasar, cukup untuk menyuluh jalan, mengelak dari terjun ke dalam lopak dan membolehkan orang lain nampak kita. Kos seunit RM6.00 termasuk bateri. Satu unit sudah memadai. Satu lagi sebagai siaga kalau-kalau yang satu lagi tu tidak berfungsi. Suluhan satu fungsi sahaja. Tiada mod lip lap lip lap. Kalau nak lagi terang, nyalakan kedua-dua sekali.

Lampu yang sama juga boleh dipasang pada helmet dengan sedikit kreativiti dan inovasi. Braket dari kepingan aluminium. Pemasangan ke braket menggunakan getah.

Braket - braket pemegang dari getah. Sesuai untuk bar saiz 25.4 atau 22.2. Pemasangan mudah menggunakan nat dan bol mudah pulas. pakai jaripun boleh! Untuk bar gedebab, masih boleh dipakai tetapi dipasangkan dengan menggunakan pengikat kabel. Maknanya, braket tu jadi penduduk tetap la kat situ. Payah nak ubah-ubah dan buka pasang. Getah tebal, pegangan mantap dan menyerap gegaran dengan baik. Harga cuma RM4.00 seunit.

Sistem lampu belakang

Sistem lampu belakang 5 LED dengan 6 mod kelipan. Cahaya cukup terang untuk membolehkan kenderaan dari belakang melihat anda. Menggunakan 3 bateri AAA. Datang bersama braket pemasangan. Boleh dipasang pada palang pelana (seatstay). Tak cukup besar untuk dipasang pada tiub pelana. Unit lampu ada sarung berklip yang boleh disarung pada braket. Nampak getah yang diikat? Itu sebagai awasan takut penutup merah itu tertanggal dari perumah. Lecehla macam tu? Tak la jugak. Padan la dengan harganya yang mahal itu. RM2.90 termasuk bateri...

Jadi berapa jumlah yang perlu dibelanjakan?

2 x lampu depan @ RM15.00=RM30.00
2 x braket depan @ RM4.00=RM8.00
1 x lampu kelip belakang @ RM2.90=RM2.90
Jumlah=RM40.90

Haa! Apa tunggu lagi. Jom kayuh malam!

16 comments:

Unknown said...

Salam..

Cayalah, sungguh kreatif. Nak tanya skit... mana nak beli bracket getah tuh? Apa nama dia bila nak sebut kat tokey kedai? Saya cari kat kedai hardware tak jumpa.

Timakasih bebanyak

BC Kelolo said...

Sayapun terjumpa secara kebetulan. Tak tau la kat mana tempat lain ada jual, tapi saya beli kat Chow Kit. Nama kedaipun tak ingat tapi kalu nak pegi refer map ini map kedai lampu

Saya ada beli extra sebab dah ramai yang tanya. Kalu nak, beri alamat pos, saya kirim. Rega dia RM4.00 saja.

Semoga malam anda bertambah terang. :)

Unknown said...

Thanks for the info. Biar saya cari dulu braket tu kat kedai2 yang sewaktu dengannya. Ingat nak sambar dua biji mcm kelolo gak.

Kalau saya tak jumpa, saya contact kelolo (itu pun if barang tu still avaiable la)

Nizarimi said...

Saya nak beli 2 unit handlebar bracket tu dari saudara. Address saya:
Nizarimi b. Abdul Wahab.
Nicomsteel Centre Sdn. Bhd
Jalan P/4, Bangi Industrial Estate
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Macam mana ngan payment? Bagi a/c no bro.

BC Kelolo said...

Remi,

Braket anda sedang dalam perjalanan menemui anda. Saya dah pos. Cara pembayaran ada disertakan di dalam kiriman.

Semoga malam anda bertambah cerah. :)

Nizarimi said...

Terimakasih bebanyak. Semenjak lampu Sigma hilang rasa tak bersemangat nak kayuh malam (mahal tu). Lepas ni dengan bermodalkan lampu LED pasar malam bolehlah aktiviti ini diteruskan.

Unknown said...

Berbekalkan panduan kelolo, saya berjaya mencari kedai di Chow Kit tu.

Sekarang tak payah pakai getah ikat lampu pasar malam kat hendah dah

Terimakasih sekali lagi.

BC Kelolo said...

Saya tumpang gumbira kerana malam tuan-tuan semua kian cerah!

Anonymous said...

bro kelolow, saya juga inginkan braket tersebut, jika tidak keberatan.. ada lagi ke stok?

BC Kelolo said...

Sila email ke kelolo24@gmail.com alamat ke mana anda mau braket anda dikirimkan dan brapa biji braket anda mahu.

drtamil said...

Map kedai braket lampu tu kurang tepat. Kalau mengadap Puteri Park Hotel, the shop is to the left, not to the right as marked on the map.

Nama kedai Zone Trading. Address;
354-356, Jln Raja Laut, 50350 KL.

Torch pun boleh beli kat sini. Pilih dari rega RM6 hingga ke RM180.

BC Kelolo said...

Terima kasih kerana tolong highlight. Nanti saya betulkan...

drtamil said...

Aku dah tgk balik map online. It is correctly marked. Bila aku print, the mark shifted downwards. Tu yg aku pergi tanya kat Fu Yang Trading mula-mula. Then I tried every nearby shop by showing that pic of your bike. The owner got quite a shock seeing that photo of yours.

BTW rasa aku kena sembelih da...lampu kelip-kelip tu aku kena caj RM5.

BC Kelolo said...

Bro,

Itu memang dia punya retail price. Kedai tu jual borong. Sebab ramai kawan biker mintak tolong beli, saya dapat volume. Qualify untuk harga borong. Dan saya tak ambik untung sebanyak yang peruncit lain ambik. Kira win-win situation laaaa... saya buat duit sikit, member dapat rega sikt murah...

drtamil said...

Those who go to Zone Communications may be tempted to buy the UltraFire WF-501B CREE Flashlight Torch with Battery Charger for RM160.

http://cgi.ebay.com/UltraFire-WF-501B-CREE-Flashlight-Torch-Kit-17-129_W0QQitemZ180300819815QQcmdZViewItem

Kalau tengok review kat http://www.dansdata.com/ultrafire.htm ,mmg okay model ni.

Tapi rega kat tempat lain macam lebih murah. So survey dulu online sebelum beli. Jgn jadi cam aku yg dah terjebak. Pergi nak claim barang RM2 yg depa caj tapi tak supply. Ended up RM160 poorer after being seduced by the WF-501B.

Ilias Ibrahim said...

bro,I'm from Kuching,and I just sent you an e-mail regarding the front lamp bracket & lamps.Found it very interesting & cost-saving.Can you post it to Kuching?Assalamualaikum.