Wednesday, July 09, 2008

Jangan Pandang Belakang - Catatan Seorang Sweeper

MASIH BARAI DAN HURU HARA LAGI...SABAR DULU BEB!

Posting ni patut dah lama selesai. Peristiwanyapun dah agak lama dah. Pada Sabtu, 31 Mei 2008. Dan...ianya tiada kena mengena dengan filem seram lakonan Pierre Andre anaknya Khatijah Tan tuuu...

Ini kisah Briged Basikal BTP (BBB) jelajah Trail Jim Thompson (JT), Cameron Highland kali ke 2. Jadi apa hebatnya? Tahun lepas dah pegi, tahun ni pergi sekali lagi...Biasalah...Hei..siapa cakap ini kisah luarbiasa? Memang ya ini cuma kisah biasa-biasa saja. Kisahnya panjang berjela, kalau diringkas cerita hilang enak dan rasa kerana kurang perisa. Maka didikit-dikitkan...Mana pulak terpaksa bersilat dengan kesibukan harian...

Tahun lepas seramai 26 orang riders ikut. Semua jantan. Semua lelaki jantan dewasa yang sudah akil baligh. Catatan kayuhan lelaki dewasa yang sudah akil baligh ni untuk menjelajah trail ialah 11jam. Mula pukul 9.00 pagi dari Lembah Bertam, habis dekat pukul 9.00 malam di Habu. Tu diaaaaa...Yang jadi penambah kepada masa ialah tragedi krem yang menyerang sorang demi sorang rider...

Tahun ni bila dapat tahu jumlah rider 48 orang, aku jadi seriau. Bila tahu pulak ada anak-anak, perempuan...Aku jadi makin seriau. Bila tahu pulak aku kena jadik sweeper...Seriau aku sampai tahap garis merah...Boleh ka ni?

Tahun ini juga mencatat sejarah peribadi bagiku. Kalau tahun lepas aku sesorang tinggalkan famili, tahun ini anak sulung dan isteri ikut sama. Dah terkena getah MTB beb...

Pagi 31 Mei 2008, Sabtu, cuaca terang dengan standard terang Cameronlah. Suhu sekitar 24 derajah Celsius. Seawal 0630 pagi rider sudah turun. Naza, yang pada mulanya tidak menjanjikan sarapan, berususah payah juga menyediakan sarapan ringkas. Terima kasih Naza. Aku ambil langkah bijak bawak makaroni...Pepagi dah bedal makaroni...Selera Eropah beb...Isteri masak. Sayang isteriku...

Tahun lepas, walaupun waktu briefing diberitahu konvoi akan bergerak jam 0700, ramai yang tersasar. Sudahnya permulaan lewat. Tahun ini pergerakan lebih cargas. Riders dah mula turun seawal 0630. Riuh laman parkir Royal Lily Apartment, Tanah Rata. Tempat yang sama kami berkampung tahun lepas. Macam-macam ragamlah boleh dilihat. Ada yang stretching. Yang yawning. Yang kelebek basikal saat akhir untuk pastikan jentera dalam keadaan sempurna. Sempat juga berposing-posing ambil gambar kenang-kenangan. Maklum tahun ni BBB dah maju beberapa tapak lagi. Tahun ni BB dah ada jersi sendiri. Kaler oren pulak tuuuuu...Siap seminggu sebelum trip CH nih...

Selain BBB, kayuhan kali ini dimeriahkan dengan penyertaan saudara dari Kelantan MTB Hash (KMH) hasil racunan Pechiko yang sudah berhijrah ke Kota Bharu. Kumpulan dari Kulim juga ikut memeriahkan suasana. Khabarnya mereka sampai jam 0300 dan bermalam di sebuah masjid di Cameron. Pagi terus join untuk kayuh. Power Gel sungguh geng Kulim nih.


Sibuk persediaan pagi...

Tuan Syed mendemokan jersi yang telah dicustomisekannya...

Ciko n Gaplek

Dah start ramai dah...


Aku yang sampai tengah malam tadi, tak la kelam kabut sangat dengan persediaan. Beskal dengan peralatan semua dah tersedia dalam kereta. Cuma menunggu isyarat bergerak saja.
Kereta-kereta yang dah sarat dengan riders dan basikal ansur-ansur bergerak keluar dari laman parkir. Aku last sekalilah. Namapun sweeper. Dalam kereta, selain basikal, lengkap dengan peralatan menyapu. Akanku sapu bersih laluan ini...Konvoi kereta berbaris di luar apartment dan dipastikan semua sudah bersedia. 0715, konvoi bergerak ke tapak permulaan kayuhan - Lembah Bertam.

Dalam perjalanan, aku isi luang dengan memberikan sebanyak mungkin maklumat kayuhan tahun lepas kepada isteri dan anak sulungku. Mereka dengar...nampak penuh minat, sesekali nampak macam boring...Ish, terukkah aku punya public speaking? Isteri jadi kamera woman. Hantam ambil gambar apa saja yang dikira menarik sepanjang perjalanan ke Lembah Bertam. Gambar-gambar kat bawah ni hasil kreativiti dialah ni...


Hening pagi berbaur kedinginan Cameron...

Kalaulah rumah yang tersergam itu rumah aku...



Dah dekat dengan Lembah Bertam!
Semakin dekat Lembah Bertam, rasa semakin teruja. Pelik...padahal nak pegi naik basikal saja. Hanya yang tahu saja tahu...Dari jalan utama yang tarmac lawa, menyimpang ke kiri ke Lembah Bertam. Jalan lawa mula bertukar kepada jalan berbopeng-bopeng dan berjerawat. Lubang dan lopak di sana-sini. Masa lalu di situ tahun lepas, ada bahagian jalan yang sedang dibaiki. Kali nipun sama juga...Biasala fenomena biasa tanah runtuh di tempat tinggi...Makin lama perjalanan, semakin menghampiri Lembah Bertam, makin kuat hidung terbau busuk-busuk masam. Bau itu macam trade mark Lembah Bertam. Tak payah rujuk GPS untuk tahu sama ada dah dekat. Cukup dengan turunkan cermin, dan tarik nafas panjang-panjang sambil kembangkan hidung...

Bau busuk-busuk masam itu adalah bau baja yang digunakan peladang sayur untuk menyuburkan sayur. Ntah bahan buangan makhluk mana agaknya yang diproses jadi baja? Baik jangan di fikir sangat, nanti tak lalu nak makan sayur...

Lembah Bertam...memang terletak di lembah. Dan lazimnya lembah memang subur untuk bercucuk tanam. Ladang sayur aktiviti utama. Bau rasmi...bau baja asem! Majoriti penduduk berbangsa cina dengan adunan orang asli dan masyarakt penghijrah - Bangla dan Nepal.


Lembah Bertam...

Berpagi-pagi mencari rezeki...

Medan Lembah Bertam yang dah sibuk seawal 0700

Raja jalanan Cameron - Land Rover. Buruk tapi masih gagah dan laju menelusuri jalanan Cameron yang berbukit bukau.

Konvoi sampai sekitar 0730. Kawalan masa yang cantik. Sebaik sampai, kenderaan dilabohkan. Riders segera turun menyiapkan jentera Pemandangan pengayuh basikal yang datang beramai-ramai ke Lembah Bertam bukan sesuatu yang asing dan menghairankan penduduk tempatan. Ada juga yang ramah datang bertegur sapa bertanya ke mana haluan kami.


Berlaboh dan menyiapkan jentera...
Kami sekeluarga sama seperti pengayuh lain sibuk mempersiapkan jentera. Dalam kekalutan itu, teringat aku, shock musang terapung dengan pelaras lantunan belum dipam tekanan dengan betul. Sempat ak pinjam pam shock dari Gaplek. Sambil tu Pechiko menghulurkan ole-ole kat aku. Sebuah walkie talkie dan 2 helai kain pelikat. Kain pelikat? Ya betulllllll!!! Telah aku niatkan dalam hati dalam kayuhan kali ini untuk menghadiahkan 2 helai kain pelikat kepada masjid Kampung Kuala Boh. Dan siapa lagi yang paling layak membekalkan kain pelikat kalau bukan tauke kain Pechiko?

Sebaik siap semua basikal dan peralatan, semua pengayuh berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai. Tahun lepas, lapangan di depan Dewan Orang Ramai itu kawasan terbuka. Tahun ini, kawasannya dipagar dinding metaldeck. Ada pembinaan barangkali.

Marsyal-marsyal sibuk memberikan arahan. Pengayuh-pengayuh masih berkeliaran bagai anak ayam kehilangan ibu. Bila keadaan mulai terkawal dan tersusun, Pechiko memulakan acara dengan memperkenalkan marsyal-marsyal. Kemudian dia brok-brek pula beberapa perkara yang perlu dberi perhatian semasa berkayuh. Bla-bla-bla...selesailah briefing dia.

Kemudian sampai giliran aku pula diminta membaca doa. Elok benarlah...kerana doa itu senjata orang-orang mukmin...Sebelum doa dipanjatkan, aku peringatkanlah sedikit tentang adab-adab yang perlu dijaga. Juga aku tekankan bab pentingnya menjaga solat dan ruksyah (keringanan) yang Allah berikan untuk solat musafir. Aku bacakanlah doa sikit sebanyak minta diselamatkan sepanjang perjalanan dan semoga semua selamat tiba....Aminnnnn...

48 orang riders...2 wanita, 3 kanak-kanak yang baru mumaiyyiz...


Marsyal...

Sementara menunggu briefing...

Keluargaku...Fikri, AbuFikri aka Kelolo, Ummu

Keluarga Pine

Pengayuh muda...bawah 12 tahun.

Dua wanita, bak kuntum menyeri bunga. Binti Pine n Ummu


Kelawar melemparkan senyum dalam duka...

Sebaik briefing dan doa selesai, bermakna wisel permulaan akan dibunyikan bila-bila masa. Pengayuh akan mengayuh pergi meninggalkan Lembah Bertam untuk mengharung kembara berbasikal sejauh lebih 40km.

Disebalik debar 48 pengayuh, ada seorang insan yang bersama pada pagi itu hanya mampu tersenyum tawar sambil melambai kepada pengayuh. Kasihan Kelawar kerana tidak dapat bersama. Kecederaan pada kakinya belum lagi pulih...Atas semangat setiakawan dan "Akukan Abang", Kelawar ikut hadir ke Lembah Bertam mengiringi pengayuh-pengayuh.

0810 Kayuhan bermula! Menderulah jentera-jentera berkuasa dua kaki membelah bumi Lembah Bertam. Laluan awal laluan tarmac yang bersalut tanah kerana ada pembinaan jalan. Walkie talkie yang tadinya diam, mula bersuara dengan suara-sura marsyal bertukar-tukar info. Tok Ngulu di depan. Man75 di tengah. Aku di belakang. Jangan pandang belakang...Yelah, nak sibuk pandang belakang wat haper..Akukan sweeper!

Mentari bersinar terang. Dingin air con semula jadi Cameron masih berfungsi. Seronok berkayuh macam ni. Aku mula-mula berasa mati kutu sebab terkontang kanting di belakang. Tiada teman, tiada kawan. Anak dan isteri dah jauh ke depan. Nak belasah tak leh, nanti "terpotong" orang lain...Pos kawalan mana boleh ditinggalkan.

Baru berkayuh dalam 20 minit dah kena gendala pertama? Selepas melayan DH kecil-kecilan, tempo kayuhan dah ada bunga-bunga nak longgarkan lutut. Baru samapai depan Kpg Sg Pinang, nampak Chip Ketualanun terkial-kial. Apa masalah? Orang asli Kg Sg Pinang pulak pakat berkumpul ramai-ramai kat tepi jalan macam menonton Le Tour de Langkawi plak. Hati aku berdetik "Ish...Chip sudah cari pasal sama orang asli ka?".

Aku kayuh tenang-tenang. Cuba-cuba elak dari bertentang mata dengan orang ramai di situ. Takut disalahanggap yang aku mencabar mereka. Sampai dekat ngan Chip, aku tanya Chip..."Apa nko dah buat sama ini orang asli? Semua macam nak tangkap dan pelangkung nko?". Chip terpinga..."Tak ah...ni rantai aku termasuk celah chainring...", Chip jawab selamba. Oooo...ada masalah teknikal dan vokasional rupanya. Chippun helo ke orang depan memaklumkan kecemasan yang dialami.

Aku bukak perkakas cas-cas tere. Setelah diamati, rupanya rantai Chip sudah terlekat di antara chain ring. Ni perst time aku tengok. Kalu rantai terbabas keset tu dah banyak kali tengok. Aku cuba memandai-mandai...Mula-mula cuba tarik menggunakan kekerasan. Tak mau dia. Sudahnya, terpaksa bukak chain rin jugak. Sambil membuka, aku bebel kat sapa yang assemble basikal tu dulu kunun-kununnya sudah salah pasang bolt chain ring. Rupanya, aku yang tak reti...Hik...hik...hik. Takkn aku lagi tere dari engineer Scott??? Macam pernah dengar ayat itu...Tapi...Di mana ya?

Sambil aku dok merepair, terdengar riuh-riuh komunikasi radio. Rupanya kumpulan hadapan sudah tersasar salah simpang daaa...Ada la dekat 2 kilogram terbabas. Peloton sudah tersilap ambik jalan yang tengah buat. Beria kontraktor tu bagi tau jalan yang tersalah tu boleh sampai ke Pos Menson jugak. Silap dia bila dia cakap "...ini jalan lagi baik oooo, lagi dekat oooo...". Jalan cantik? Dekat? Kalu nak jalan cantik dan dekat, buat apa susah-susah datang Cameron. Tok Ngulu terus amik keputusan patah balik...dan maklum melalui radio "helo...helo...copy..copy...roger...roger...".

Sib baik diorang terbabas, maknanya aku ngan Chip tak la tertinggal jauh sangat...Siap repair beskal Chip, aku suruh Chip jalan dulu 2 tiang sementara aku kemas perkakas aku. Pastu aku kayuh la sensorang. Chip hampeh sebab tinggal aku lebih dari 2 tiang.

Trail masih tarmac dan mula mendaki. Bila sampai tempat bercabang akupun foncuse jugak. Mujur ada talkie walkie tanya diorang. Konpom amik kanan naik bukit...Perrgghhh...Aku kayuh lenggang kangkung la pelan-pelan. Lepas separuh kerabat bukit tu nampaklah kelibat manusia-manusia berbaju oren. Dah sambung balik dengan group. Kaki dah mula protes tapi hangin ntah apa mari, aku kayuh terus tak mo berenti walaupun ketika itu ada runtunan kuat minta powerstik...Karanglah.

Kayuhan ritma mak inang lenggang kangkung aku teruskan. Pos kawalan sweeper dah aku tinggalkan. Aku bukan lagi last man standing...Cerun masih gaya mendaki. Dah ada bunga-bunga menolak basikal di hadapan. Setandan dah mula pencak. Superlight putih ikut sama. Dan...Element hitamku...Ummuku di hadapan dah mula berjalan berpimpinan tangan?

Aku hampiri dia dalam lagak sweeper dan jugak suami. "Yang...are you okay?", tanyaku penuh romantis. Dia angguk-angguk...Sebagai sweeper dan suami, aku ikut turun basikal dan sama-sama menolak. Laluan pulak kawasan terbuka. Sinar mentari melimpah ruah menerangi alam buana. Satu kawasan berpotensi teduhpun tak kelihatan. Sekali langut ke atas masih belum nampak tanda-tanda laluan akan melandai....Ishhh.

Dalam keadaan kritikal macam tu, sikit tempat teduhpun jadilah. Dan yang jadi sasaran waktu tu ada sebuah lori dok parkir tepi jalan sebelum satu cerun baik punya curam. Pakatlah ramai-ramai dok bertenggek dalam bayang lori tu ambik nafas sebelum kerabat cerun curam. Jalan dah mula bertukar wajah dari tarmac ke jalan tanah berpasir.


Bolty tido kejap...Penat wooo. Lori tu kat sebelah kanan sikit saja..
Sebagai isteri yang baik, Ummu mintak kebenaran jalan dulu. Aku ijinkan. Maka bergeraklah Ummu dan beberapa riders lagi menyerah diri untuk didera oleh bukit yang curam itu. Aku teruskan tugas sebagai sweeper dengan berehat sambil menunggu yang lain-lain lalu. Bila rider terakhir lalu dan mengesahkan tiada siapa lagi di belakang dia, aku sambung kayuh lenggang kangkung mak inang. Tenang dan bersahaja sambil mengejar balik riders yang jalan dulu tadi...Sasaran kayuh...pit stop pertama.

Mereka yang sampai dulu dah syiok-syiok lepak dah. Ada lagi satu kumpulan grup Tok Ngulu dah ke depan. Memang sistem kali ni lebih efisien supaya perjalanan tidak bertangguh lama. Elok aku sampai sekejap dah ada grup nak bergerak dah. Aku biarkan mereka teruskan. Last-last tinggal aku dengan Aboi kat situ. Yang lain dah ghaib. Aku cadang nak berenti kat kolam yang ada kat situ, tapi tak jadi sebab Aboi dah lajak ke depan. Radio kejap-kejap bunyi. "Tok Abu kat mana Tok Abu?". Ish...mana lagi? Kat Cameronlah...


Simpang...di hadapan downhill pemanas sebelum menerjah DH 7km ke Kg Sg Relong

Next stop simpang. Macam tadi, elok aku sampai sat, dah bergerak balik. Tengah gitu, perasan shock aku lebih lendut. Aikkkk..tadi dah pam dah. Ooooo...tadi masa set tak galas beg. Lepas galas beg yang boleh tahan beratnya, memang tambah lendut. Pinjam pam Mizi sat. Terpaksa la Mizi tunggu walaupun yang lain dah ghuyub.

Aku kayuh saing Mizi. Laju semacam Mizi dengan Trancenya. Biarlah dia. Sampai ke permulaan DH 7km, ramai yang lepak situ. Haiiii...tak nak DH ke? Oooo...tunggu clearance sebab nak layan lebih sikit. Chiko dok terbongkok-bongkok kat basikal. Tengah pasang camera untuk shoot on board video bila dia downhill sat lagi.


Dua orang ni tak de kerja lain. Nyakat orang tengah DH bagi masuk semak, lepas tu amik gambar...Jahat betul.
Aku malas nak tunggu, kaki dah mengedik. Tinggalkan pos kawalan sekejap. Aku tukar rhythm lenggang kangkung mak inang jadi joget lambak. Srurrrrr...bontot belakang saddle....Layannnnnnnn...Baru dua selekoh, nampak Aboi dengan Syuq tengah lepak tepi jalan kat selekoh tajam. Dok shooting gambar orang downhill. Selekoh tu memang hot spot sebab dah dua tiga riders yang landin dalam semak. KMH sorang, Emir antara yang bertuah dapat masuk dalam lalang...

Aku lepak dengan Aboi ngan Syuq sambil membantu depa dua orang ni menyakat rider biar tonggeng dalam semak. Mungkin skill menyakat aku tak sampai aura tinggi gamaknya, aku telah berjaya menyemakkan kosong rider.

Laluan jadi sibuk dengan riders yang tengah syok layan DH. Layan la korang. Kejap lagi korang taulah bahana Cameron...Turut memeriahkan acara DH beramai-ramai itu sebuah motor kapcai. Tak tahan stim gamaknya. Baru dia lepas selekoh, kedengaran bunyi deruman bagai bunyi F1 lagaknya. Berserta dengan itu, Pechiko meluru laju dan terus memotong moto piangggg yang tengah layan DH. Amik kau! Beskal potong moto. Nasib baik moto piang tak terkejut ungka.

Setelah suasana agak reda, aku teruskan kayuhan dengan kembali ke irama lenggang kangkung. Sorang demi sorang potong aku. Sengaja aku biarkan kerana aku mahu mengambil kembali posisi "Last Man Standing".

Akhirnya aku kembali ke pos kawalan aku. Tadi terleka sekejap hingga lupa tanggungjawab...Manusiaaaaa...macam tu la. Sering lalai dan alpa. Aku kembali keseorangan buat seketika. Jam-jam solo macam ni, rasa macam berkayuh sambil diiringi lagu latar tajuk aku tak ingat tapi liriknya...

"Dinginnya di malam ini, suasana pilu....
Terkenang daku kembali sejarah silam
Setelah engkau pergi, sepi hatiku......"

Baru nak layan May sikit, tersua kembali dengan Naza yang istiqamah sungguh menolak basikal. Sayang sungguh dia dengan SC Superlightnya. Dia ridepun light-light saja. Naik bukit tolak aku paham, tapi downhillpun tolak, aku musykil. Setelah aku perati dan amati baru aku dapat jawapannya. Rupanya dia sayangkan kasut baru...Aku sakat-sakat Naza hingga akhirnya Naza sudi menjamah DH Cameron.


Akhhirnya...Naza perangat enjin untuk layan DH.

Naza berDH dengan penuh sopan santun mengikut adab-adab yang baik di jalanraya...
Aku biarkan Naza pergi dulu. Biar ada ruang sikit untuk aku mengasah batu-batu kerikil halus dan tanah merah di situ. Geram nih...Setelah memeriksa jam aku, melihat langit dan arah haluan angin. Akupun meluncur sruurrrrr...Bunyi rantai bergolek pada gegancu dan kapi RD memecah kesunyian pagi...Seronottttt...walaupun aku bukan downhiller...Terasa deru angin dingin pagi Cameron menyapa muka. Makin lama, makin laju. Aku jadi takut takut berani, berani berani takut...Tu yang buat adrenalin tambah laju kot? Ntah...yang penting seronoknya tak tau nak cakap.

Tau-tau...OOppppppsss...Hashim kat tepi jalan dengan beskalnya tertonggeng. Oooo...ganti brek pad. Pad brekpun ada bawak. Mesti dia dah bajet DH Cameron ni mesti makan pad brek. Aku ambil kesempatan lepak sambil tolong Hashim repair pad brek. Tolong tengok sajalah sebab diapun dah nak siap. Elok siap, diapun panjat beskal dan sruuurrrrr...hilang ghaib.


Wajah hensem Emir dah dihiasi cakaran-cakaran...
Aku sambung kembali layanan DH Cameron. Momentum tadi dah terbantut. Mula start balik...Baru nak syiok sikit dah terserempak dengan segerombolan riders pulak. Ingat apahal dok kerumun ke Emir. Rupanya muka Emir dah dihiasi dengan cakaran-cakaran menegak. Kecundang sekali lagi anak muda ini.

Setelah keadaan kembali tenang, mereka teruskan kayuhan. Aku kembali ke posisi. Mengambil kedudukan menyerang dan meneruskan serangan. Sejarah spoil menyepoil berulang lagi bila dapat mesej radio "Siapa yang di belakang tolong cari radio Pechiko...". Halamak...orang belakang? Aku la tu...Sepantas kilat jari menarik brek memperlahankan kelajuan dan menukar mod kepada mod mencari. Kepala aku dah jadi macam radar. Ke kiri, ke kanan sibuk scanning laluan mencari radio. Tak cukup dengan radio jatuh masuk pulak mesej "...Satu lagi barang cicir. Tolong tengokkan henpon Gaplek". Dah henpon pulak! Lepas ni apa lagi? Terjawab persoalan bila masuk lagi mesej "Tolong cari beg jatuh...". Beg pulak. Dah cukup 3. Afdal dah tuh.

Ikmal slo-mo bila DH padahal time lain berdesup.

Aku maintain kayuhan radar scanning mode. Kemudian radio bunyi lagi...Apa pulakkkkk? "Suma barang dah jumpa. Suma barang dah jumpa. Copy copy roger roger over". Bagaikan lampu isyarat bertukar ijau, aku tekan clutch (clutch???). Tukar gear dan srruurrrrr. Layannnnnn...Baru nak rasa sedap lagi dah jumpa pulak Ikmal (anak GRO) dok terkial slo mo sorang-sorang. "Mal, kamu last ye?", sweeper tanya. "A'aa...". "Apsal tak layan DH laju-laju?", aku tanya lagi. Jujur dia jawab "...takut pakcik laju-laju". Tau takut gak nko. Maka akupun ikutlah kayuh lenggang mak inang dengan Ikmal. Aku selak-selak memori untuk recall lokasi. Sebaik akal mengecam tempat dah agak dekat kurang lebih 100 meter dari Sg Relong, aku bagi tau Ikmal pit stop dah dekat. Aku nak besit ke depan. Aku suruh dia jaga diri baik-baik. Dengan saki baki cerun menurun yang ada aku "makan" la DH yang dah bersisa. Wisel masuk ke mulut sebagai hon amaran dan akupun srrruurrrrrrr. Wisel sweeper menjerit memecah keheningan pagi yang dah meninggi. Aku meluncur semahunya dengan wisel di mulut bertiup-tiup memberi amaran minta laluan. Sesekali dapat bonggol, aku layangkan T-Bolt berat itu melawan graviti. Sampailah ke penghujung laluan kedengaran suara-suara sumbang "Tengok tuh..sampai tak ingat anak bini...". Cheh! Potong stim betul...

Sg Relong penuh dengan manusia berbaju oren! Terkezut orang asli kat situ. Sibuklah dan hiruk pikuklah suasana dengan berbagai ragam dan gelagat manusia. Agenda utama - rawatan luka kepada yang kecundang ketika ghairah ber DH. Calon-calonnya...

Tok G mengetuai senarai calon.

Along tidak mahu ketinggalan. Naza - "Ha..kan Papa cakap jangan laju-laju. Takper, nanti balik kang Papa belikan Rensem".
Selain Emir, anakandaku juga termasuk dalam kategori yang sayangkan tanah sampai sanggup berguling-guling dan mencium tanah. Rehat seketika di Sg Relong. Baru bercantum kembali semua kumpulan hadapan, kumpulan tengah dengan kumpulan belakang. Ramai oooo, boleh buat pasar tani. Penduduk kampungpun macam terpinga-pinga dek melihat ramainya basikal.


Disatukan kembali dengan famili...

Panorama Sg Relong

Penduduk sempat yang berkejar mahu melihat kehebatan T-Bolt ijau

Dari mana Samudera Rider ni? Lawat cawangan?

Lepas rehat lebih kurang, kump hadapan mula memberi isyarat untuk bergerak. Jam 1010 hrs. Bagus, pergerakan lancar. Aku biar yang lain jalan dulu termasuk anak dan isteri. Kumpulan belakang bertukar pola. Tinggal aku, Pechiko, ManTingkap dengan Aboi. ManTingkap yang cuba nak galak sikit berbunny-hop ditimpa musibah tayar bocor. Sebaik selesai, kami bergurau senda di trail dengan berlumba ala-ala 4 cross. Skejap saja rupanya ke Pos Menson. Tahun lepas, Tok Ngulu tersalah jalan dan kami terbabas ke hadapan. Tahun ini ikut laluan yang betul...


Pos Menson - Jarak ke destinasi sengaja dipadamkan untuk tidak melemahkan semangat.
Tahun lepas sampai ke Pos Menson agak lewat. Dah tengahari. Semua kebuluran dan kedai India kat situ jadi mangsa. Tempoh berlepak juga lama...Tahun ini, sampai agak awal. Jam 1100. Belum masuk waktu makan bagi Pos Menson dan kawasan sewaktu dengannya. Kedai India juga tidak dihiraukan. Sebaliknya, bawah pokok dekat sekolah yang jadi pelabohan.

1130 Perjalanan diteruskan. Aku sudah terbayang deraan yang bakal menanti di hadapan sebaik melintasi lebuhraya yang masih dalam pembinaan. Tepat seperti jangkaan kerana riders dah mula buka jurus surung papan, tarik papan...Trail berturap konkrit dengan kecuraman 45 darjah menggugat iman. Tok G yang cedera terkerisin menahan sakit. Kecederaan memaksa dia berkayuh kerana menolak lebih menyakitkan. Dan kali ini aku tidak lagi keseorangan. Lis dan Chai sedia menjadi teman. Chip yang pada mulanya tidak lagi mahu ke belakang seperti tahun lepas, akhirnya ikut juga atas semangat setiakawan...

Aku maintain kayuhan jurus kucing mengendap mangsa. Perlahan tapi masih mengayuh. Jurus ini aku belajar dari Wak Labeb di cerun yang sama tahun lepas. Sesekali aku tinggalkan pos kawalan untuk sedikit ke hadapan. Aku pilih untuk berhenti pada tempat-tempat yang sedikit melandai untuk melepaskan lelah sambil menunggu yang lain-lain sampai.


Tok G bergagah kerabat bukit. Lagi sakit kalau tolak, katanya.

GRO ikut menolak. Nampak malap tahun ini tanpa stoking gebunya

Pola kayuhan kekal macam tu. Mendaki lamaaaaa lepas tu melandai sekejap saja, sambung dengan mendaki balik. Bukan kecik anak pulak tu dakiannya. Begitulah kitarannya sampailah ke Kuala Boh. Bila dah nampak Kuala Boh dari kejauhan dan jalan masuk ke Kuala Boh pulak downhill sempoi, punya la lega ya amat. Masa dekat jam 1200. Kumandang karaoke kedenganran dari salah sebuah rumah di situ. Karaoke engkau!!!

Nampak tu...Sayuppppp...Baru lepas kerabat saja tu.

Kump last man standing - Dari depan - Lis, Chip, Tok G dan Belacan aka Chai.

Menghampiri Kuala Boh

Kuala Boh dari kejauhan.

Sebaik nampak bumbung-bumbung rumah Kuala Boh, satu kelegaan datang menerpa. Yang letih tadi rasa hilang, jatuh tergolek-golek ke bawah bukit yang dikerabat tadi. Memang tere sungguh kumpulan last man standing nih. Bila dah dekat dengan Kuala Bohpun masih tak rasa nak pulun. Sempat lepak dulu sambil buat ulasan lintas langsung...

Kami kayuh dengan santai ke destinasi seterusnya - masjid Kuala Boh. Jarak lebih kurang 500M dari tempat berhenti. Akhirnya...last man standing re-group dengan main body sekitar jam 1220hrs. Majlis akan berhenti rehat untuk makan tengahari (pandai-pandai sendiri) dan solat zohor.


Lambakan basikal macam kat pasar lambak.
Lereng bukit di tepi masjid jadik macam kem pelarian. Manusia bergelimpangan. Ikut sama bergelimpangan ialah basikal-basikal. Celah-celah tu, baru perasan dua rider telah terlebih power dan melajakkan diri ke depan meninggalkan pengayuh lain termasuk ngan bapa sendiripun ditinggalkannya. Mereka yang terlibat ialah sorang rider dari KMH (maaf, tak hingat nama) dan anak Samudera.

Chiko mengambil tindakan serta merta mengayuh beskalnya meminjam motor dari penduduk tempatan untuk menjadi Rescue Ranger. Sebaik dapat dikejar mereka sudah sampai ke air terjun. Memang tak berbaloi untuk patah balik. Maka, keputusan diambil untuk membiarkan mereka di situ dan Chiko kembali ke Kuala Boh.






Anak-anak tempatan mencuba "motocross"

Waktu zohor masih lambat lagi. Masa luang diambil untuk berehat, makan dan tidur. Anak-anak setempat datang berkerumun. Kagum tengok basikal-basikal "pelik" yang jarang dapat ditengok. Mereka panggil basikal-basikal itu "motocross". Aku bagi peluang sorang dua mencuba basikal Fikri. Bila dapat lampu hijau, ada dua tiga orang yang ambil kesempatan mencuba. Boleh tahan bakat anak-anak ini. Siap boleh buat stoppie. Kuat sungguh tapak kaki depa. Dengan kaki ayam selamba kayuh guna pedal yang ada pin. Sikitpun tak tunjuk tanda sakit pijak pedal yang ada duri. Kesian tengok yang lain tak dapat peluang. Ada juga yang berani-berani pergi angkat basikal orang lain. Jenuh pulak melarang...



Hmmm...nasik

Aku tak taulah aku ni Melayu tulen atau bukan. Tapi...perut aku memang perut Melayu. Tak kena nasik tak boleh jadi. Lepas pengalaman tahun lepas, aku lebih bersedia tahun ini. Aku bawak bekal beras, mess tin, cooking tablet berserta lauk segera dari Brahim. Aku jgak bawak isteri untuk tolong masak. Lengkap bekalan makananku.

Sementara orang lain hanya mampu pepah coklat, power bar atau gigit jari, isteri aku menanak nasik. Nasik beb! Bila nampak beras ditanak, timbul la Melayu-Melayu yang lain. Kemaruk nasik jugak rupanya...




Sumbangan kain pelikat

Memang dinawaitukan sebelumnya hendak beramal jariah sedikit sebanyak bila sampai ke Kuala Boh. Mudah saja, aku bawa dua helai kain pelikat untuk disumbang kepada masjid Kuala Boh. Sambil tunggu nasik mendidih, dok pikir-pikir macam mana nak bagi kain tu. Elok hampir masuk zuhur, lalu pak imam nak ke masjid. Elok sangat...terus aku meluru dan menyampaikan hajat kepada pak imam. Yang lain-lain yang bawa kain pelikat ikut sama. Alhamdulillah...Dapat beri sikit sumbangan kepada saudara se Islam.





Pembawa kegumbiraan kepada anak-anak tempatan

Manakala Daniel turut menggembirakan kawan-kawan dengan mengagihkan mainan buih. Berebut anak-anak orang asli kerumun Daniel. Bertebaranlah dan berterbanganlah buih-buih sabun ditiup Daniel dan kawan-kawan barunya. Ada jugak bapak-bapak budak yang belum akil baligh ikut sama main buih sabun. Hendak memeriahkan suasana barangkali.




Nasihat manja Chai kepada anak-anak situ, "Oittt..jangan diusik kuda putih tu. Kalau nak, ambil yang hijau.

Biar bercerai nyawa dan badan, berpisah denganmu tidak sekali...

Syiar Islam di Kuala Boh...Masjid Kuala Boh

Macam mana aku nak ngendeng nasik Tok Abu nih?

Fikri...anak sulung

Anak-anak Kuala Boh...Mula-mula malu...











Wife leaving Kuala Boh Climb Panggen - ujan - 3plus - teduh sekejap - pondok Pokok teh Teman lagi mesra --- kayuh dalam hujan --- no pic takut kamera basah Mengheret diri ke waterpoint Megi time Dua insan (tua) bercinta Cubaan menceroboh ladang teh Ladang boh Mega mendung Dah dekat dah Yeaaayyyy...kilang boh pak arab habu Langit senja di habu

No comments: