AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman luas dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung. |
Cabaran berkayuh di denai basah dan berlumpur ialah rantai menjadi berselepat dan bersalut dengan tanah, selut dan lumpur. Ini membawa kepada masalah kekejangan rantai (chainsuck). Anda pernah kena? Rantai tersekat dan tidak berputar lancar menyebabkan kayuhan tergendala. Ini berlaku sebab tanah, selut dan lumpur yang berselepat menyalut rantai dan menyebabkan plet rantai dan pin tidak dapat bergerak bebas. Saya sendiri pernah mengalami masalah yang sama. Dan tiada persediaan membawa minyak pelincir semasa berkayuh memburukkan keadaan. Mujur ada kaedah rawatan kecemasan bagi masalah ini sekiranya kejadian berlaku di dalam ladang kelapa sawit.
Bila ini berlaku, rantai perlu dicuci dan diminyak. Kalau ada bawa minyak pelincir rantai, mudahlah kerja. Bagaimana kalau minyak tidak dibawa?
Kalau denai yang dikayuh di dalam kebun kelapa sawit, anda bernasib baik. Buah kelapa sawit boleh menjadi pembersih rantai sekaligus meminyakkannnya. Rantai kembali bersih dan berminyak selepas dirawat. Bolehlah anda meneruskan kayuhan setidak-tidaknya untuk keluar dari denai.
Bagaimana caranya?
Buah kelapa sawit ( Elaies guineesi) masak |
Apa yang diperlukan hanyalah sebiji buah kelapa sawit masak. Biasa kalau di kebun kelapa sawit, buah ini banyak berserakan di tanah. Hanya sebiji diperlukan. Lebih afdal kalau diminta izin dulu daripada empunya ladang.
SOS - Mencuci dan Meminyakkan Rantai | |
Langkah | Tindakan |
1 | |
2 |
Lekapkan buah kelapa sawit pada rantai di sebelah atas pulley bawah. Putarkan rantai ke belakang supaya rantai menyagat buah kelapa sawit. Plet rantai akan memotong buah kelapa sawit. Minyak olein di dalam kelapa sawit akan membasahkan rantai. Sabut kelapa sawit akan bertindak sebagai berus untuk membersihkan rantai. Terus memutar rantai sehingga rantai bersih dan berminyak.
|
3 |
Lekapkan buah kelapa sawit tadi pada pulley bawah pula. Putarkan rantai supaya gerigi pulley akan menyagat buah kelapa. Kesannya sama seperti di langkah 2.
|
4 | |
5 |
Semoga panduan ringkas ini berguna dan dapat membantu anda. Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment