Sekian lama blog ini kontang daripada posting. Sungguh, aku sendiri sangat kontang. Kontang dengan ilham penulisan. Kontang dengan masa setelah pembantu rumah yang telah berkhidmat selama 13 tahun mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung.
Jadi apa kena mengena tajuk kole dan soket ini dengan kekontangan yang melanda?
Jadi apa kena mengena tajuk kole dan soket ini dengan kekontangan yang melanda?
Kole dan soket... |
Kole bukan sebarang kole. Kalau setakat kole biasa, berlambak boleh jumpa di kedai dan pasaraya. Ini kole istimewa, datang tanpa di sangka.
Ceritanya, siang tadi dapat SMS dari Akmal Hizam, seorang penggerek dan juga empunya blog Akmal Bikepark,
SMSnya;
"Salaam. Tengahari ni ada apa plan? If nothing yet, can we meet up? I have something for you".
Saspen. Apa something tu? Tengahari memang ada plan. Mau jumpa Tengku Zul (Zulsaturn) untuk ambil soket hex 26mm. (Dah mula nampak kaitannya?). Janji dengan Zul pukul 12.00. Dah tembak mesej Whatsapp ke Zul untuk jumpa dia. Belum berjawab. Lagi 2 minit jam 12.00, Zul confirm. Dengan segera SMS Akmal untuk berjumpa di Concourse jam 12.30.
Mujur aku berulang alik kerja dengan motor. Walau hanya sebuah kapcai, tetapi untuk berdesup pantas di KL, itulah kenderaan terbaik. Sekonyong aku sudah berada di tempat yang dijanjikan. Soket hex 26mm berpindah tangan.
Soket hex 6 point 26mm |
Selesai urusan dengan Zul. Aku vrooom dengan pantas ke KLCC pula. Mudah saja mencari parkir untuk motor. Langsung aku ke concourse. Jadi jakun sekejap melihat gedung-gedung barangan berjenama di KLCC. Nama saja duduk di KL, jarang sekali aku ke KLCC. Akmal sudah sampai. Tepat jam 12.30. Selepas bersalaman dan bertanya khabar, satu beg dihulur.
"Apa di dalam ni?, aku tanya.
"Tengoklah sendiri", jawab Akmal selamba.
IT'S A GREAT DAY TO FIX A BIKE |
Terima kasih Akmal di atas ingatan dan susah payah memberikan aku kole itu! Kole akan menjadi teman bila aku pomen-pomenan. Kopi-O tentunya akan rasa lebih sedap kalau bancuh dalam kole ini.
4 comments:
Hehe... Boleh saja jadi isi penulisan ya.
Orang tua-tua kata, urusan kita dipermudahkan bila kita permudahkan urusan orang lain.
Dan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka bila kita infaqkan sedikit harta ke jalan Allah.
Entah lah, tapi bila saja terpandang kole tu, dah tahu dah siapa bakal pemiliknya.
:)
Glad you liked it!
Ya akhi,
Tergamam sekejap bila Kona_Zing kaborkan harganya...
Pmeberian sungguh bermakna...Saya suka.
Semoga Allah membalas kemurahan hati anda berlipat ganda.
Jazakallahu khairan katsira.
Aamiiin.
Itu harga runcit kot.
Saya beli harga kawan2, dapat murah beli sepasang.
:)
Aamiiin.
Itu harga runcit kot.
Saya beli harga kawan2, dapat murah beli sepasang.
:)
Post a Comment