Sunday, January 10, 2010

Rock n Blues - Dua Wajah

Orang lama ini biasa-biasa saja. Tiada yang istimewa. Tiada komponen canggih mahal berkilau bling-bling padanya. Namun ia mendapat perhatian lebih dari aku semenjak dua ini. Aku luang banyak masa bersama. Sama ada berkayuh atau masa kelebek-kelebek basikal. Agak kalau basikal yang lain boleh bercakap, mesti mereka cemburukan orang tua ini. Dan orang tua ini juga aku namakan. Apa namanya?

Lahirnya sekitar tahun 80-an. Ketika zaman remaja aku. Ketika zaman muzik rock jadi kegilaan remaja. Sama ada kebetulan atau mempunyai maksud yang lain, Specialized menamakan model ini HardRock. Warnanya biru gelap. Biru...Blue...Blues. Ternukillah nama ROCK n BLUES pada "orang lama" ini. Satu nama yang nostalgik...(sekurangnya untuk aku)

Orang lama ini sungguh versatile. Usia tidak menjadi penghalang untuk terus menabur khidmat. Dari basikal tunggangan harian - ke kedai, ke pejabat dan ke mana sahaja jarak dekat. Cuma aku belum mengheretnya bermain denai lagi. Entahnya bagaimana agaknya? Dengan sedikit penambahan dan pengubahsuaian, fungsinya bertambah lagi. Specialized HardRock vintage dalam dua wajah...Limo dan Tourer


Wajah 1 - Limo


Specialized HardRock mode Limo. Profil kanan

Specialized HardRock mode Limo. Profil kiri

Dalam mode ini, ia dipakaikan child carrier dari jenis Beto. Child carrier ini ehsan seorang kawan yang anaknya semua sudah besar-besar. Putera bongsu aku masih lagi layak menaiki kerusi ini. Sesekali, RnB ini akan menjadi limo diraja membawa putera muda berputar ke sini sana.


Wajah 2 - Tourer


Specialized HardRock mode tourer. Profil kanan

Specialized HardRock mode tourer. Profil kiri

Kokpit RnB mode tourer
Wajah RnB dalam mode tourer. Siap untuk berjalan jauh merentasi maya dan masa. Sama ada aku mampu atau tidak untuk membawanya? Carrier digantikan dengan beg pannier set Topeak. Baru terduga untuk perjalanan dekat dan ke pejabat. Sayang, beg tidak kalis air. Ada penutup hujan untuk beg ini dari Topek. Kena keluar modal sikit laaa...Buat masa ini hanya isi sahaja dilindung dari air.

Perubahan besar berlaku kepada kokpitnya. Bar hendal mendapat anak angkat. Minoura Swing Grip bertenggek menambah ruang untuk disangkut segala macam gejet. Buat masa ini hanya tapak GPS dan lampu bertenggek di situ. Boleh juga diguna untuk menyangkut teh tarik sebungkus dua buat bekal berkelana.

Turut menambah seri pada kokpit ialah dua batang tanduk (bar end) jenis Truvativ. Ini juga ehsan seorang rakan, Keroll, sebagai sagu hati kerana menolong dia memasang drivetrain pada Norco Kokaneenya. Nyata tanduk sangat berguna untuk mengurangkan rasa kebas pada pergelangan dan tapak tangan. Selain itu, membantu bila mendaki kerana memberikan pautan untuk merengkuh apabila menaiki bukit. Juga berguna untuk menakutkan anjing-anjing nakal dan bapak-bapak beruk yang suka menyergah bila kita melalui kawasan mereka.

Sudah ada beberapa rencana menanti untuk dipikul RnB. Cerita menyusul. Tunggguuuuuu!

3 comments:

Unknown said...

Salam bro Kelolo,
Aku ingat nak pakai gak Minoura Swing Grip & tengah buat research tapi terbaca senang patah kalau letak benda yg berat. Hang cuba baca kat http://store.bikefriday.com/pipermail/yak/2006-May/004962.html.
Takut berterabur aje GPS hang tu kat atas jalan.

Wasalam
Sinque

BC Kelolo said...

Sinque,

Terima kasih atas komen. Takat dok pakai, rasa puas hati. Dok terpikir juga kot menatang tu patah. Sebagai awasan, ikat tali GPS kat hendal bar. Kalau terpatahpun, GPS nanti bergayut kat hendal bar. Progress akan diupdate dari semasa ke semasa. Kes yang dilaporkan mungkin kes terpencil kot. Allahualam...

XTC said...

bro..

the spacegrip may not withstand the weight of the GPS or lights with 4 batteries. for meter ok la