Wednesday, January 14, 2009

Bagaimana...Menukar Dahan Jolokan Kepada Dahan Cekaman

AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung.
Sesetengah gambar di dalam makalah ini diguna tanpa izin. Kalau empunya hakcipta merasakan saya tidak patut gunakan gambar-gambar tersebut, sila maklumkan.
Some of the pictures used in this article are used without permission. If the copyright owner feel offended by this, please contact me so that I can remove it.

Bagi yang mempunyai basikal rekaan lama dengan tiub kemudi kecil (22.2.mm) dan menggunakan dahan jenis jolokan tetapi berhajat menggunakan dahan jenis cekaman, boleh menggunakan panduan ini untuk menaiktaraf basikal anda. Juga berguna bagi para ayah untuk panduan menaiktaraf basikal anak.

Panduan ini akan menunjukkan cara-cara bagaimana menukarkan dahan jenis jolokan kepada dahan jenis cekaman. Saya tidak akan menyentuh bagaimana membuka dahan penjolok dengan andaian anda tahu bagaimana melakukannya. Satu topik lain akan dibuka untuk cara-cara membuka dan memasang dahan penjolok.



...SEBELUM MEMULAKAN
Untuk menukar dahan jenis jolokan kepada dahan jenis cekaman, anda memerlukan:-
  • dahan jenis cekaman
  • penyesuai dengan penjolok saiz 22.2mm. Rujuk gambar di bawah


Penyesuai ini boleh digunakan pada tiub kemudi 22.2mm atau 25.4mm (menggunakan penyendal). Yang ini jenis GTS. Saya beli dari kedai Samy, Batu Caves.

Dahan penjolok telah siap dikeluarkan dan bar hendal telah siap dipasang pada dahan cekam. Saya tidak ceritakan dengan terperinci bagaimana. Harapnya, anda tahu macam mana nak buat.


ALATAN YANG DIPERLUKAN
Peralatan cukup ringkas dan mudah. Hanya kekunci allen diperlukan untuk membuka/memasang plet pemuka dahan dan membuka/mengetatkan bol baji penyesuai.

CARA-CARA MENUKAR DAHAN PENJOLOK KE DAHAN CEKAMAN
Langkah Tindakan
1

Pasangkan dahan cekam pada penyesuai

Longgarkan bol pengapit pada bahagian cekam pada dahan. Masukkan penyesuai dari atas ke bawah. Masukkan bahagian baji dahulu supaya kemasukan lebih senang. Mungkin akan terasa sedikit ketat bila sampai kebahagian kepala penyesuai. Kalau perlu ketuk, ketuklah menggunakan tukul getah. Pasang sehingga jadi seperti gambar. Kemudian ketatkan bol pengunci pada cekam. Bila mengetatkan bol, jangan terus ketatkan satu-satu bol. Gilirkan mengetatkan bol dengan satu pusing bol 1, satu pusing bol 2. Ulang hingga ketat. Bila dah selesai prosess ini, nampaklah gabungan dahan dengan penyesuai itu macam dahan jenis penjolok rupanya.

2

Masukkan penjolok penyesuai ke dalam lubang tiub kemudi.

Sebelum dimasukkan penjolok, pusingkan bol pengetat baji ikut pusingan jam sehingga baji hampir ketat dengan batang penjolok. Masukkan batang penjolok ke dalam tiub kemudi. Pastikan takat kemasukan minima dilepasi. Ada tanda pada batang penjolok "min insertion point". Pastikan sekurang-kurangnya takat penanda itu berada di dalam tiub kemudi. Anda tentukan sendiri takat tinggi rendah yang anda suka.


3

Ketatkan baji

Setelah masuk pada takat tinggi rendah yang disukai, pastikan bar hendal dijajarkan dengan memastikan batang dahan selari dengan tiub atas basikal. Setelah jajaran sempurna, kuncikan bol pengetat baji dengan putaran ikut jam. Pusing hingga terasa ketat.

4

Dah siap!

Dahpun siap proses penukaran dahan penjolok kepada dahan cekaman.

1 comment:

Angah said...

Aduh bang... dahan penjolok dahan cekaman..

cakap omputeh lagik saya paham bang..

bayang la pi kedai beskal "Leong bagi aku dahan cekaman.." mampus Leong tu tak paham hahaha