"Kasihnya ibu, membawa ke syurga..."
Aku tokok tambah...
"Kasihnya ayah...upgrade basikal.."
Yaaa...basikal besi 24in anakku Farhan telah diberi beberapa upgrade. Hanya itu sajalah yang mampu ayahnya berikan. Nak diberi basikal Scott saiz 24 lengkap dengan ampaian depan, tak mampulah ayah Farhan. Lagipun basikal ni nak dibawak ke sekolah...
Antaranya upgradenya:-
1 | RD dari stock cap ayam 6 speed ditukar kepada Alivio 8 speed. RD saja yang ditukar. Kaset masih pakai 6 speed. RD dipasang menggunakan penggantung jenis sendeng sesuai dengan drop ut untuk kerangka ini. | |
2 | Untuk dipadankan dengan RD yang sudah dinaiktaraf, penukar combo Alivio rapidfire dipasang menggantikan penukar ibujari yang keras dan tidak bertakat. Farhan mengaku lebih gumbira kerana tukaran lebih mudah, ringan dan pasti. | |
3 | Engkol asal besi berat digantikan dengan engkol Suntour warisan daripada T-Bolt hijau ayah. | |
4 | Kokpit diberi nafas baru. Bar daripada T-Bolt. Lebih ringan berbanding bar asal. Juga lebih sesuai untuk dipadankan dengan perkakasan baru seperti penukar gear dsb | |
5 | Stem ditukar daripada jenis penjolok kepada jenis cekam. Stem 3T warisan daripada Element ayah. Untuk memasang stem ini, perlu satu alat penyesuai. Tidak kelihatan dalam gambar kerana tersembunyi
Untuk cara-cara bagaimana menukar dahan penjolok kepada dahan cekaman rujuk panduan di sini |
|
6 | Bagi mengatasi masalah brek, brek V asal ditukar kepada brek V Avid SD7. Sesuai dengan tuas brek Alivio, brek ini mengatasi masalah brek "keras" dan tak berapa makan. Sekarang Farhan tak komplen lagi. Ayahnya pulak yang komplen sebab Farhan selalu "buat drift". | |
7 | Pelana asal diganti dengan pelana Velo. Juga warisan dari T-Bolt ayah. Tak cukup dengan itu, tiang pelana diganti dengan aluminium. Bagi memudahkan naik turun pelana, pengapit asal jenis bol digantikan dengan quick release. |
Semua kerja pembikinan ini dibuat sendiri oleh ayah Farhan. Barang-barang didapati daripada stok di dalam stor dan kemurahan hati kawan-kawan. Antaranya Jai... Terima kasih.
Mungkin ini boleh jadi panduan kepada para bapa yang menghadapi situasi sama seperti bapa Farhan.
6 comments:
Bagitau ler anak2 ngko, score exam bagus2, upgrade basikal... hehahehah...
memang bapa yang bagus. in 5-6 years, it will be my turn to do that. right now, my son will just have to sit in the carrier... and bro, need to get in touch with you one day on how to fit the child carrier to my bike, just like what you did...
Yang tukar stem tu memang magic. Boleh kongsi ilmu pasal alat tersembunyi tu...bila-bila senang. Saya anak lelaki 3 orang, ilmu upgrade basikal mesti ada. :)
Fimi,
Anytime bro...anytime (on the carrier part).
Khairul,
Benda alah tu simple saja. Tunggu posting seterusnya. Akanku telanjangkan semua rahsia penyambung stem. Pelik bin ajaib sebab repair-merepair beskal bagi satu macam kepuasan yang sukar nak diceritakan...
saya ada sedikit pertanyaan. merujuk kepada gambar 1, mana nak dapatkan braket untuk pasang RD tu? saya ada basikal budak yang sekarang nie menggunakan RD cap ayam. cadangnya nak pasang RD shimano dari basikal saya tapi basikal budak takda pulak braket seperti basikal org dewasa. braket tu ader jual kat kedai basikal atau nak kena DIY??
Kuman,
Hanger utk drop out jenis basikal biasa tu ada dijual. Saya punya saya beli kat kedai Samy. 5 hinggit sajer...
Post a Comment