Friday, January 02, 2009

Kayuh Malam Sensorang Daaaa...

"Beginilah nasib, diriku yang malang..."

Lagu arwah P. Ramlee itu berkumandang di telinga. Sambil menunggu di Dataran Parkir Sri Gombak...Bila jam sudah pukul 2 pagi...eh...mana ada, baru seplo malam, sorang rider lainpun tidak kelihatan. Basikal mereka apatah lagi. Barangkali sebab tadi ujan sekejap, maka yang lain mengundur diri...Cobaan...

Maka pada hari Selasa, 30/12/2008, jam 10.00 malam, berkayuhlah BC Kelolo sensorang diri. Plan asal nak ke Bukit Tunku tak jadi. Tak berani ooo sensorang. Balik sajalah...Maka kayuhlah hala balik. Lepas trafik light belok kanan hala ke DUKE konon nak masuk ikut Taman Selasih. Tetiba saja basikal tak mau kona (dah basikal jenis Element, mana pulak konanya). Terlajak pulak ke depan. Makin lama makin laju. Eh....eh...apsal pulak brek tak makan. Sedar-sedar dah lepas Taman Pelangi Jaya. Intai-intai jugak kot-kot Shuk Alamort ada depan rumah main basikal dengan Eton. Boleh ajak kayuh DUKE bersama. Umak aiiii...dah terang benderang dah DUKE.

Bila dah sensorang tu...memang la boring tahap ultraman taro. Kayuhpun nak lajuuuuu saja. Cepat la penat. Mana pulak bontot masih pedih-pedih bahana Kayuhan Warisan Taiping 2008. Eh...bang chik ngan kak chik pi tau! Complete lagi tanpa mengchicken loop barang sedikitpun...Ingat apa?

Bila dah sampai tol, tahap bosan meningkat kepada ultraman meibius pulak. Angkat basikal lintas penghadang. Pusing baliklah. Sambil tu intai-intai jugak kot-kot anjing yang sakat Fino hari tu ada berkeliaran. Dah insaf dah aning tu kot...Kayuh la pelan-pelan balik. Masuk ikut Pelangi Jaya kemudian menongkah arus atas DUKE untuk masuk ikut Taman Karak Utama. Jam di studio menunjukkan hampir pukul 11.00 malam.

Kira-kira lagi sepelaung nak sampai rumah, tetiba...(aha! apa yang terjadi seterusnya?) Henpon berbunyi. Nada dering standard untuk ahli beskal sahaja. Siapa pulak gerangan? .... "Bang chik kat mana?" suara di hujung sana bertanya. "Dah nak sampai umah dah nih", aku jawab. "Kayuh sensorang saja. Yang lain suma gagal...". Aku sambung cerita. "Ooooo...", suara di hujung sana menyahut. "Saya kat KLCC nih. Sensorang jugak. Takpelah kalau gitu". Tittt...tutup panggilan. Sambung kayuh dua tiga cadence sambil kepala mencongak-congak. Awal lagi nih...Sempat seround lagi nih. Zrasssss..sepantas Fino jatuh tergolek kat Sri Gombak bang chik buat keputusan menyambung kayuhan. Henpon dicapai. Nombor Fino di dail. "Hello...Fino. Ubah fikiran pulak. Jom kita jumpa kat Titiwangsa", usul diajukan. Tak sesia, usul disambut sebulat suara.

Apa lagi...bagi isyarat tangan. Buat pusingan U. Kayuh balik menghala ke DUKE. Agak orang berdekatan pelik tengok apa hal si mamat ni dok pergi balik kot situ. Dipendekkan nafas, dalam lebih kurang 23 minit 15 perpuluhan 2531 saat sampailah bang chik ke Titiwangsa. Fino baru saja menyalakan isyarat baru sampai. Penat...penat. Sprint tadi wooooo....

Salam dihulur pengukuh ukhuwwah. Sembang-sembang sekejap sambil meredakan degup jantung yang mengencang tadi. Cadangan dibuat untuk berkayuh melalui Jalan Semarak ke Jelatik kemudian ke Ampang untuk sesi teh tarik.

11.30 malam dua basikal hitam meninggalkan Titiwangsa. Menyusur Jalan Tun Razak kemudian membelok kiri ke Jalan Semarak. Ambil simpang kanan pada pejabat JUPEM kemudian kiri pada lampu isyarat seterusnya melalui Jalan Gurney. Ada tempat makan happening kat situ rupanya. Ramainya kaum. Tak sempat tengok apa nama tempat sebab kedua-dua pengayuh sedang memecut pada kelajuan cahaya.

Keramat muncul, kemudian Jelatek. Membelok ke kanan ke Jalan Ampang kemudian kiri mengikut Jalan Ampang. Ahhhh...lega bila sampai ke port yang disasarkan - Suzi's corner. Jam berdentang dua belas. Satu air seratus campur jadi togokan. Fino belanja. Jam doblas setengah kami berpisah. Amik haluan memasing. Fino dah dekat dengan umah dia. Bang chik nak kena bedal lebih 15 KM nak balik umah. Ishhhh...

Pendek cerita, laluan DUKE sekali lagi dirembat. Hiway baru 3 lorong terang-benderang tapi sunyi. Sesekali saja motor ngan keta lalu...BC maintain kayuh mid gear high cadence. Tak peduli kiri kanan dan kaki yang protes lenguh dan keracunan laktik. Hanya bantal dan tilam yang terbayang dimata.

Laaaa...tak abis lagi ka cerita. Dipendekkanlah lagi, lepas sikit 1.00 pagi sampailah bang chik ke rumah. Letih...letih wooooo....Tapi puas. Dalam hati berkata-kata..."Apa kerja gila aku dah buat...?".

TAMMAT

5 comments:

shuk~ dan eton said...

aiseh bro...
kalau dah masuk tmn pelangi tu...kasik SMS saja.. pastu kita jln kaki pergi pekena kopi tarik kat kedai pancing tu pun ok.

azizan abd aziz said...

Memang syahdu malam kayuh sengsorang nih:-) kena recruit lagi ramai riders nih..Hehe

Azam said...

ada hikmahnya kayuh sensorang nih. bila lalu kat tepi2 umah org tu, kita mula la membeda-bedakan dgn umah kita dan family kita. baru kita nampak dgn mata kepala sdiri, yg kat ibukota kebanggaan ni, ada org yg hidupnya lg susah dr kita, membuatkan kita bersyukur dgn apa yg kita ada. tak kurang jugak yg kaya raya dr kita, membuatkan kita ingin bekerja lebih keras lg.
kalau kayuh reramai tak nampak semua tu, duk syok sembang jek...
Ride On.

BC Kelolo said...

Bro Azam,

Ha'aa...sadaqta...benarlah kata-katamu itu wahai saudara... Kena caranya, berbasikal juga beroleh pahala. InsyaAllah...

akmalhizam said...

kalu kayuh sensorang, lebih mudah untuk zikrullah. doubles up as rhythmic pacing tool.
pastu bile kena kejar anjeng, byk mengucap pulak (lepas menyumpah...).
:)