Friday, June 20, 2008

Dilema Sarang Botol T-Bolt

Rasanya semua Bolters menghadapi masalah ni. Tempat yang disediakan bolt untuk sarang botol merupakan tempat berkumpul segala tanah, selut, lumpur dan segala macam renjisan dari tayar depan. Kat situlah juga nak diletak botol air...Bayangkan bila nak minum air nampak segala macam eeeeuuuwwww.

Kalau berkayuh pakai beg pundi tak la terasa sangat. Tapi...kadang-kadang nak kayuh santai jarak dekat isi masa ruang petang-petang, takkan nak usung beg jugak...Leceh lagi mematahkan pinggang.

Alternatif lain, pasang sarang botol kat belakang pelana. Sarang botol boleh dipasang ke pancang pelana menggunakan braket pengapuk. Iyalah...botol masih lagi dalam zon "sudut sembur" tapi tak la seteruk dan senazak kalau bawah tiub bawah tuuuu...Braket untuk kapuk ke pancang pelana tu ada dijual.

Ha...macam ni la rupanya bila dah siap dipasang.


Kita zoom masuk tengok jarak dekat sikit

Boleh juga dipakai pada mana-mana basikal asalkan ada pancang pelana (seatpost la tuuuu..) Untuk Bolters, dicadangkan elok pasang se atas mungkin supaya pelana boleh direndahkan serendah mungkin bila terjumpa cerun lazat.

Yang ini jenama Minoura dari Jepang. Beli kat Samy Batu Caves. Harga RM22.00. Sekupangpun tak kurang tak lebih. Harga braket tu aja tau. Tidak termasuk sarang botol...

Selain di pancang pelana, braket ini boleh juga di pasang di palang hendal. Ikut selera masing-masinglah.

7 comments:

Nizarimi said...

Satu idea yang menarik sebab sebagai pengguna TBolt memang saya mengalami masalah dengan botol air yang penuh selut dan lumpur (tidak termasuk bull s**t yang bergelumang atas jalan). Tapi satu isu plak. Beg pelana nak taruk mana. Kat situla saya taruk spare tiub dengan multi tools. Mungkin boleh taruk kat handlebar, mmm akan dicari di kedai basikal berdekatan.

BC Kelolo said...

Cuba pasang braket tu sebelah depan pulak. Tapi kena pakai botol pendek laaa...

Anonymous said...

nak tanya... "Samy Batu Caves" tu kat mane ye? ade address atau talipon tak? Terimakasih banyak banyak

BC Kelolo said...

Follow map ni utk ke kedai Samy http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=109925903191414801431.00044f7265691dbaaf913&z=17

No tepon 03-61862653. Nama tokey dia Mega. Samy tu nama bapak Mega...Jangan bantai panggil dia Samy pulak...

Hati-hati kalau pegi situ...Takut terbeli macam-macam. Biasa la bila dah masuk kedai besikal...:) :)

akmalhizam said...

Found the same item in JB! Kedai Auntie/Teoh di Taman Universiti - Jalan Kemuliaan 2. Selling a bit cheaper: RM20.

Anonymous said...

Thanks bro... peta dan talipon Samy/Mega. Jumpa pulak kedai-kedai yang lain kat google map tu. Thank you banyak banyak

Unknown said...

Cari velcro strap dan ikat botol pada sangkar tuh... extra security... kalau dak, dah sure botol tuh jatuh biler malantun-lantun...ko tuh memang kuat melantun...

masa PCC PREZ 2008, nasib baik rider belakang aku jerit beri tahu, botol aku dah terbang...