Minggu lepas, Sabtu, 7 Mei 2016... Aku ke Kiara lagi. Kayuhan yang dijangkakan biasa-biasa saja menjadi luarbiasa untuk aku hari itu kerana :-
- Crank aku tercabut. Baru masuk Chunder Valley, crank dah tercabut.
- Rantai aku putus sebaik menerjah naik cerun selepas titian kurus di Wasteland
- HP aku pecah skrin.
Cadangan asal nak buat dokumentasi lengkap pasal Playmate terbantut lepas handphone aku pecah... Kita biar suspen sikit...
OK...aku cerita sikit bagi geli-geli. Trailhead Playmate ni di tepi denai Plan C Upper. Agak dalam 30meter sebelum sampai ke pagar. Muka denai di sebelah kanan.
Mukaddimahnya... panjat...panjat...dan panjat. Pendakian mudah saja. Dan pendakian itu tidak cuma-cuma sebab bila sudah sampai puncak, masa untuk anda menuntu ganjaran anda.
Larian turun dengan beberapa switchback dan tanjakan comel. Yessss...! Boleh la lompat-lompat manja. Begitulah lariannya sampai anda keluar di pintu pagar di tepi Penchala Link.
Cukup la dulu untuk geli-geli kali ni... Ada rezeki, aku pegi layan Playmate lagi...Amik tracklog dan ambil gambar untuk tatapan semua. Insyaa Allah.
SELAMATKAN BUKIT KIARA!!! SAVE BUKIT KIARA!!!
No comments:
Post a Comment