|
Hanger rabak!!! |
B aru mula menerjah pendakian FRIM laluan Sungai Buloh, terasa ada sangkutan pada RD. Baru sempat menjeling sambil menarik brek, tau-tau RD dah terkelepek. Hanger sudah patah. Alamak!
Masalah hanger patah antara masalah biasa di dalam denai. Dek kerana ke"biasa"annya itu, ramai guru MTB menyarankan supaya dibawa hanger gantian semasa berkayuh. Satu saranan yang aku turuti buat sekian lama.
|
Hanger gantian segera ke tempat kejadian kerana khidmat diperlukan |
Mujur, sangat mujur kerana dituruti saranan itu. Sebab bila rabaknya hanger Sang Bara siang tadi, aku tidak perlu kaget, kelam kabut tak tentu arah. Mujurlah juga hanya hanger yang patah. Sebab aku pernah melihat natijah dahsyat hanger patah yang merembat jejari patah riuk tiga empat batang. Mujur dalam kes aku hanya hanger yang patah. RD dan komponen lain dalam keadaan baik.
|
Siap berganti dalam masa 5 minit. |
Dikeluarkanlah beg doraemon aku yang aku selalu bawa bila berkayuh. Hanger Pyre dikeluarkan dan diganti. Proses penggantian ambil masa lima minit saja. Dan kayuhan untuk hari itu selamat dan boleh diteruskan. Mujur (berapa banyak mujur daaaaaa) aku ikut saranan guru-guru MTB...Selamatttttt. Anda bagaimana? Hanger tu tak berat manapun kalau menumpang dalam beg anda.
1 comment:
saranan yang teramat penting dan teramat berguna.
one step higher: are there any universal hanger available?
Post a Comment