Tuesday, April 10, 2012

Ahli Keluarga Baru...


Adik baru. Scott Scale Junior 24in

 Sang Bara, Sang Raksa, Che Puteh dan beberapa basikal lain di dalam garaj PedalPal gembira menyambut kedatangan adik baru.  Adik baru kecil comel saja.  Ini semua gara-gara Fadlan "Si Dodok-dodok" sudah semakin besar.  Dah tak boleh lagi di bawa berkayuh ke sana ke mari dengan dodok-dodok.  Sudah sampai masa Fadlan berdibari (tiada kesalahan menaip di sini - berdibari = berkayuh di atas basikal sendiri).




Cubaan pertama membawa Fadlan ke FRIM dengan basikal Gomax besi keluli padunya memberikan Fadlan pelajaran awal "Bagaimana Tergolek Dengan Betul".  Kesian...Mujur tiada luka.  Hanya terkejut dan sedikit trauma.  Juga punca dan alasan untuk membedek ibu untuk "belikan Alan basikal off road ya, bu?".



Dan bedekan Alan selalu tepat hingga ibu tidak dapat mengelak. Ayah juga terkena tempias.  Kebetulan pula tu ada seorang kawan yang nak jual basikal comel ni.  Kebetulan sangat. Tanpa banyak cerita, urusniaga diatur. Penjual bermurah hati memberi diskaun lumayan dengan barangan iringan berupa helmet Giro (lagi mahal daripada helmet ayah tuuuuu), sarung tangan specialized (juga lagi mahal daripada sarung tangan ayah)dan pad lutut. Pakej lengkap!

Kalau anda ingat dengan membelikan basikal itu boleh menutup mulut anak anda. Anda silap! Basikal dah dibeli, datang persoalan seterusnya "Bila nak bawak Alan kayuh off-road ni?". Jenuh la pulak mencari-cari tarikh dan masa yang sesuai. Nampak gayanya macam hari cuti sempena pertabalan Agong ni sesuai. Rabu ni, 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadil Awal 1433H, ke FRIMlah kita...Bagaimana Alan akan beraksi? Tunggu dan lihat nanti.


Alan...tak sabar untuk beraksi

1 comment:

Xplorer said...

Congrate Bro ... One more member join for off-road :)