Saturday, February 12, 2011

Pam pa da Pam Pam Pam Pam

Baru dan lama

Pam lama saya, Beto MP-015, sudah uzur dan pincang tugas setelah 6 tahun berkhidmat. Badan dan komponen lain masih baik. Cuma getah pelocoknya dah rabit. Mampatan tidak lagi sempurna. Masa untuk pam baru!

Lepas tengok-tengok, pilih-pilih, banding-banding dan menseimbangkannya dengan duit yang ada dalam poket, pam Topeak JoeBlow Sport II dipilih. Pam dibeli di kedai Rodalink, Sri Hartamas (dulunya Giant Concept Store). RM125 berpindah tangan sebelum pam ini boleh dibawa balik ke rumah. Suratan atau kebetulan, kedua pam berwarna kuning. Bukan warna kegemaran saya, tapi...peduli apa dengan warna.


Apa yang istimewanya Topeak JoeBlow Sport II ni? Cuba lihat sifat-sifat dan cirinya.

Badan tegap. Silinder utama dari bahan keluli.


Ada meter wooo. Senang nak tengok berapa tekanan dah masuk tayar. Tak perlu lagi ukur tekanan guna kaedah "picit-picit tekan". Meter ditakat sehingga 160psi/11bar.

Tapak pam dari keluli. Lebar dan memberikan sokongan secukupnya semasa mengepam. Tapi...berat sikit laaa.

Sambungan tiub ke badan pam boleh putar 360 darjah. Senang nak guna. Tak lah hebat sangat sebab kalau tak boleh putarpun, pam masih lagi boleh digunakan. Panjang tiub mencukupi untuk tayar berbagai saiz dan boleh mencapai injap dengan selesa walaupun injap berada di atas.


Twinhead. Kepala pam dua jenis. Kepala besar untuk injap schrader dan dunlop. Kepala kecil untuk injap presta. Tuas pengunci juga dua hala. Dibuat daripada aluminum. Satu yang lecehnya kepala kembar ini ialah saiznya yang besar. Susah sikit nak mencelah kalau jejari banyak dan rapat.


Pemegang bersalut getah. Lembut pada tangan dan memberikan pegangan lebih mantap.


Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pam ini. Pengepamannya terasa ringan dan lancar. Mudah saja mengepam tayar dan ukuran tekanan dapat dipastikan dengan lebih tepat. Harga berpatutan dengan barangan.

2 comments:

Unknown said...

review yg manarik, saya pun tengah mencari floor pump yg sesuai :-)

tupai said...

kalau awak tengok review especially kat forum, pam joeblow ni ada satu masalah yg common; head dia cepat rosak. saya punya pakai setahun je, head dia rosak. ada jual spare part, tapi kena order. harga shipping lagi mahal dari harga part.