Monday, February 14, 2011

Lihatlah!...Lihatlah!

Sasaran dikesan.

Lihat sini. Lihat sini! Apa yang diteropong ni? Zoom out sikit...Haaa...baru nampak. Look Quartz clipless pedal. Ini Look Quartz kasta paling rendah. Kasta atas daripada ini ialah Look Quartz Titanium dan Look Quartz Carbon. Set ini dibeli di kedai R N Samy. Harga hampir RM200.00. Memang dah lama aku tenang rakap ini untuk dipadankan dengan Sang Raksa. Datang dalam 3 pilihan warna -kelabu, putih dan merah. Merah nampak menarik kerana kegarangan warna cuma aku rasa tak sesuai dengan Sang Raksa. Putih nampak terlalu suci. Lepas dibawa bermain denai selut dan lumpur, comot dan kotorlah warna putih suci. Maka kelabu gelap menjadi pilihan.

Look Quartz clipless pedal

Bila kotak dibuka, dan kamera di zoom keluar, terserlah sepasang rakap berkelip Look Quartz warna kelabu gelap tercongok di dalam kotak. Mata melilau mencari mana kelengkapan alat sekulat lain. Kelit dan peralatannya tak kelihatan. Tersembunyi rapi di bawah lipatan kotak.


Kelit Quartz didatangkan standard 15° bersama pelapik 0.5mm, 1mm dan 2mm. Gunakan mana yang sesuai dengan kasut anda.



Macam kapal angkasa dari cerita sains fiksyen

Rakap Look Quartz ini sekali pandang macam kapal angkasa dalam cerita sains fiksyen. Data teknikalnya;

KEGUNAANMTB - santai atau perlumbaan
BADANPolyamide dengan gentian kaca disuntik ke dalam
GANDARKeluli
ALUR BEBENANG9/16 X 20 MM
ALAS BEBOLA1 bebola kartrij dan 1 bebola jarum
PENGEDAP1 pengedap bibir, 1 pengedap bebola
BERAT140gm setiap rakap

Look cuba mencapai dua matlamat utama dengan Quartz ini - RINGAN dan KUKUH. Untuk mencapai berat minima, Look menggunakan bahan polyamide dengan suntikan gentian kaca untuk badan utama. Gabungan kedua bahan ini dikatakan ringan dan kukuh.

Rekaan badan memberikan permukaan sentuhan lebih luas. Menjadikan rakap ini lebih stabil dan cekap.

Rakap memberikan dua permukaan pijakan dan lekapan dengan satu spring pada setiap permukaan.

Rekaan keseluruhan memberikan banyak ruang pada rakap tanpa menjejaskan pijakan dan kestabilan. Ruang membantu menghindar tanah dan selut daripada terperangkap dan melekat pada rakap.

Gandar diperbuat daripada keluli kromoli dan dipasangkan dengan 2 set alas bebola jenis kartrij dan satu set jenis pin pada setiap rakap untuk memberikan kelinciran putaran dan kayuhan.

Look cuba mengekalkan konsep minimalist pada Quartz ini. Tak ada penanda kiri atau kanan pada rakap. Rakap kiri ditandakan dengan satu lorekan gegelang. Kalau tak baca manual memang menggagau. Kena perhati alur bebenang untuk kenal kiri atau kanan.

Pemasangan hanya dengan allen key saiz 8. Tiada bolt saiz 15. Agak leceh sikit pemasangan.



Gabungan serasi - Look Quartz dengan crank arm XT pada Sang Raksa

Look Quartz ini akhirnya bersemayam pada crank Sang Raksa. Dah siap pasang, tunggu apa lagi? Kasi try test sama dia. Cubaan pertama tak boleh gelojoh. Maklum masih perawan. Cubaan statik dulu. Pakai kasut, sandar kat dinding, cuba kelip masuk dan keluar. Kelip masuk beres. Mudah dan mantap. Kelip keluar sebelah kanan OK, sebelah kiri agak susah sikit. Kena pusing kaki banyak baru terkeluar. Masalah ni.

Lepas cubaan statik, sedikit pelarasan dibuat pada kelit. Cuba lagi dan rakap kiri masih memberikan masalah bila nak cabut. OK, biar dulu. Ambil peringatan. Cuba atas jalan pulak!.

Prestasi atas jalan memberansangkan. Kasut melekat dengan steady pada rakap. Kayuhan lancar dan ringan. Cuba berdiri untuk menguji kekuatan lateral rakap sebab jauh disudut hati ada rasa curiga dengan kekuatan lateral bahan polyamide + gentian kaca ini. OK, tidak ada rasa melentur. Hilang rasa curiga.

Rakap kiri masih memberikan masalah bila nak cabut. Masalah bertambah jika cuab mencabut bila rakap berada pada kedudukan pukul 12. Kalau tak betul-betul, tak tertanggal kasut. Ishhh...apa pasal? Salah pasang kah? Sebab masih baru kah? Kepala cuba mengingat kembali masa mula-mula pakai rakap berkelip dulu. CB Candy C dan Time Atac Z tak menghadapi masalahpun. Hmmmm...

Prestasi dalam lumpur memang patut dipuji. Ruang luas di antara spring dan platform menghindar daripada tanah, selut dan lumpur menggumpal dan terkumpul. Sedikit saja tanah, selut dan lumpur melekat pada rakap berbanding saingannya. Masuk-keluar dalam keadaan berlumpur tidak menjadi masalah.

Look berjaya mencapai matlamat menghasilka rakap yang ringan dan lasak. Cuma masalah mencabut pada rakap kiri itu yang sedikit mengganggu. Kalau ada engineer atau ahli teknikal Look yang tahu cakap Melayu dan terjengah blog ini, tolong bagi khidmat nasihat sikit.

2 comments:

Aku dan Basikal said...

dara lagi bro... memang susah nak cabut. Ketat...hahahahah

Unknown said...

brp harga pedal ni bro...ada plan nak sambar gak ni...