Sunday, October 03, 2010

Selepas Diintip...

Aku pernah menceritakan kebimbangan aku bila sekumpulan manusia yang mencurigakan membuatkan aku terasa seolah aku diintip. Peristiwa berlaku dalam bulan Jun. Tiada apa-apa yang luarbiasa berlaku selepas peristiwa itu. Maka aku diamkan sahaja. Mungkin aku cuma perasan. Rupanya, pihak yang mengintip tidak duduk diam begitu saja. Dalam diam mereka telah merencanakan sesuatu. Dan…hanya baru-baru ini, selepas 3 bulan, rahsia intipan itu terbongkar. Tiada selindung lagi. Mereka memang telah mengintip aku dalam usaha membongkar sesuatu tentang diri aku. Apakah yang telah mereka bongkarkan? Adakah aku telah terlibat dengan kegiatan subversive yang boleh mengancam keselamatan negara? Adakah aku telah terlibat dalam skandal “perbuatan-perbuatan melampau”? Adakah aku seorang "racist" yang boleh mengundang Namewee supaya menggubah satu lagu rap mengkritik aku? Carilah jawapannya sendiri dalam majalah Cycling Asia isu # 5.


Gambar dicilok tanpa izin dari Cycling Asia

5 comments:

SkiD said...

Caya la bro...masuk majalah le pulak...

Unknown said...

Minat tang basikal... boleh bikin touring la...zan penang.

BC Kelolo said...

Zan,

Memang basikal tu basikal maserba...bawak pi kerja, pi kedai, pi touring. Beskal Spesh HardRock lama dengan setup 7 gear saja. Tapi crank sudah up pakai road crank 52-42T.

Dan...asai dia mai dari Penang...

@boi said...

Tahniah tok...!!!! glamor jap...

Anonymous said...

lol!!it's proud!
bang,jangan fikir macam ni la...
so suprise to guy who riding the bike can be known as u!...