Cuba perhatikan gambar ini...Nampak sesuatu yang tak kena dan tak sepadan??? Tak nampak lagi? Tak perasan lagi? Cuba perhati baik-baik...
Apa yang luarbiasa pada gambar ini?
Kalau dah nampak, bagus! Kalau tak perasan jugak, saya ceritakanlah. Itu...ampaian belakang (shock) basikal tu. Kan dah berganti dengan sebatang besi.
Ini bukan cubaan menukarkan basikal Banshee Pyre full suspension ini kepada basikal ekor keras (hard tail). Batang besi dipasang sementara supaya basikal tidak "runtuh" sebab ampaian Fox Float RP23 yang sepatutnya berada di situ telah rosak. Minyak meleleh keluar melalui tombol pelaras lantunan. Kerosakan dikesan bila basikal hendak disiapkan untuk memulakan kayuhan selepas raya.
Ampaian Fox Float RP23 itu baru berusia 16 bulan. Datang bersama dengan kerangka Sang Bara. Sang Bara adalah basikal XC/AM. Memang itu gaya kayuhan saya. Cuma sesekali Sang Bara dibawa berlasak sedikit di PCP. Tapi...tidaklah sampai melompat dengan ketinggian 3, 4 kaki. Hanya bermain di bonggol-bonggol kecil pada denai.
Semakan pada manual Fox mendapati yang memang servis minyak disarankan dalam tempoh kurang lebih 18 bulan. Dah sampai masa la kot!
Fox memang jenama gah dalam bidang ampaian. Tetapi, di Malaysia, tak ada satupun pusat servis untuk ampaian Fox. Susah sungguh kalau nak servis ampaian Fox. Ngapalah Fox tak nak buka service center kat 1Malaysia Boleh ker ni?
Wakil Fox untuk Malaysia, Singapura dan Indonesia ialah
Kian Hong Cycle. Terpaksa hantar shock ke Singapura untuk diservis. Maklumat lanjut bagaimana untuk menghantar ampaian untuk diservis dan anggaran caj yang dikenakan boleh dilihat
di
sini. Apa akan berlaku seterusnya setelah barang dihantar secara pos ke Singapura? Kos penghantaran dengan Poslaju ke Singapura hampir RM50. Saya memilih menggunakan pos biasa sahaja dengan kos RM18.50. Mujur kos menghantar balik ditanggung oleh KH Cycle.
Datang kembali untuk kemaskini cerita ini.
K R O N O L O G I
29/09/2010 | Hantar shock ke KH Cycle. Poslaju caj RM40 lebih. Terkejut cipan aku. Tukar kaedah penghantaran ke pos biasa. RM18.++ sahaja. |
11/10/2010 | Lepas lebih 10 hari menunggu, tiada maklumbalas daripada KH Cycle. Sampai ke tidak? Aku tulis e-mail minta KH Cycle confirm penerimaan. Manalah tahu kot hilang dalam penghantaran. Tak ke naya. |
12/10/2010 | Enoch dari KH Cycle balas e-mail memaklumkan shock sudah selamat sampai ke KH Cycle. Aku balas minta Enoch maklumkan jenis servis yang diperlukan dan anggaran kos. |
22/10/2010 | Enoch dari KH Cycle hantar e-mail memaklumkan shock sudah siap diservis. Kos pembaikan SGD125. Terkejut aku. Sepatutnya depa kena bagi tau dulu apa nak dibaiki dan berapa anggaran kos. Ni tidak, tau-tau dah siap. Mujur kos lebih kurang RM300 tu dalam anggaran aku. Buatnya mencanak, mana nak cekau. Bayaran terus dibuat menggunakan PayPal pada hari yang sama. |
26/10/2010 | Satu bungkusan FedEx tercongok atas meja. Shock sudah sampai balik! Kos penghantaran balik ditanggung olah KH Cycle. Lengkap kitaran daripada 29/09/2010 hingga 26/10/2010. Hampir sebulan. |