T eruskan berkenalan dengan alat sekulat dan perkakas membaiki basikal. Kali ini kita akan berkenalan dengan perkakas yang jarang dilihat sebab jarang ada atau jarang digunakan.
Seharusnya, pada setiap pemasangan kerangka baru, alur bebebang pada perumah BB di tapkan untuk memberikan kemasukan dan putaran BB yang licin, kemas dan sempurna. Sesuatu yang sangat disarankan tetapi jarang dilakukan.
TAPPING tool - perkakas untuk membaiki alur bebenang dalam perumah BB. Alur bebenang boleh jadi rosak atau tersekat kerana kehadiran bendasing. Alat tapping ini boleh membetulkan alur bebenang dan juga membersihkannya daripada bendasing.
Terdapat dua jenis tapping di dalam set ini. Set English (1.370" - 24TPI) dan set Itali (36mm - 24TPI).
*TPI = thread per inch, alur per inci.
FACING tool- perkakas untuk melicinkan dan meratakan permukaan luar perumah BB. Ini perlu supaya mangkuk penutup BB bersentuh sepenuhnya dengan BB dan tidak meninggalkan ruang bila dipasang.
Set di atas adalah set dari IceToolz. Kandungan dalam peti adalah gabungan kedua-dual alat. Sebahagian dikongsi oleh keduanya. Kandungan komponen dari pengeluar lain mungkin berbeza.
IceToolz BB Tapping and Facing Tool | |
Label | Butiran |
1 | Tuas pemegang. Ada 4 batang. Hujungnya beralur untuk disekerukan ke komponen 3 atau 4. Pada badan pemutar (komponen 3 dan 4) ada lubang sekeru untuk disekerukan tuas pemegang. Badan tuas pemegang dibuat alur halus untuk memberikan genggaman dan pegangan pada tuas pemegang. |
2 | Spring. Digunakan pada facing tool. Guna untuk memberi tekanan memadai dalam proses "facing" - memotong permukaan BB shell. |
3 | Pemutar kanan. Badan pemutar yang mempunyai dua penyanggah dan satu rod besi beralur. |
4 | Pemutar kiri. Badan pemutar kiri yang mempunyai dua penyanggah. |
5 | Mata "facing tool". Gerigi tajam untuk mengasah permukaan BB shell. |
6 | BB Bushing untuk Italian thread 1. Disekerukan ke alur BB untuk menyokong rod pemutar bila alat facing digunakan. |
7 | BB Bushing untuk Italian thread 2. Disekerukan ke alur BB untuk menyokong rod pemutar bila alat facing digunakan. |
8 | BB Bushing untuk English thread, kiri. Disekerukan ke alur BB untuk menyokong rod pemutar bila alat facing digunakan. |
9 | BB Bushing untuk English thread, kanan. Disekerukan ke alur BB untuk menyokong rod pemutar bila alat facing digunakan. |
10 | Tapping tool, English thread, kiri. |
11 | Tapping tool, English thread, kanan. |
12 | Tapping tool, Italian thread. |
13 | Tapping tool, Italian thread. |
14 | Berus. |
15 | Nat pengunci untuk menguncikan spring pada rod pemutar pada alat facing. |
Untuk melincirkan proses tapping dan facing, bendalir pemotong (cutting fluid) perlu digunakan pada mata tapping/facing. Bendalir juga berfungsi menghindar mata facing/tapping dari terlekat semasa prosess tapping/facing.
No comments:
Post a Comment