Monday, March 22, 2010

Apa Barang???


Apa kebenda pulak ni?

C uba tengok gambar di atas. Agak-agak apa agaknya? Kalau diceritakan satu persatu komponennya, bolehkah anda mengagak?

  1. Rod besi beralur 12 inci dengan nat saiz 21
  2. 2 keping pelapik (besi) berdiameter 1" dan 2" dipaterikan bersama
  3. Spanar saiz 21
Dah dapat agak dah? Anda memang bijak. Kalau belum, cuba tengok gambar di bawah pula.


Barang misteri wajah ke 2

Amacam sekarang? Lebih kurang gambar pertama cuma plet pelapik sudah dimasukkan ke rod besi di antara nat. Dah dapat meneka? Belum lagi? Kalau belum, tengok gambar di bawah pula.


Barang misteri wajah ke 3

Kali ini pasti anda dapat meneka. Ya! Jawapannya ialah ALAT PEMASANG MANGKUK SET KEPALA buatan sendiri untuk kegunaan pomen amatur atau mekanik rumah.

Untuk membeli set pemasang mangkuk set kepala ini memang mahal. Asal faham konsepnya untuk menekan mangkuk set kepala ke dalam tiub kepala dengan tekanan kuat dan seragam, alat versi mudah dan murah boleh dibuat. Idea ini dicedok daripada beberapa laman web pomen rumah.

Untuk menggunakan alat ini, ikuti langkah berikut.

  1. Masukkan nat ke batang besi dan putar sehingga nat masuk kira-kira 1 inci.
  2. Masukkan pula pelapik dari arah bahagian besi yang panjang. Pelapik kecil mengadap nat.
  3. Masukkan batang besi dengan bahagian panjang ke dalam tiub kepala. Bahagian pelapik akan tersekat pada pangkal tiub kepala.
  4. Letakkan mangkuk set kepala pada lubang set kepala yang tidak bertutup dengan pelapik
  5. Masukkan pelapik yang satu lagi supaya permukaan pelapik besar bersentuh dengan permukaan mangkuk set kepala
  6. Masukkan nat yang satu lagi. Putarkan hingga nat rapat dengan pelapik kedua.
  7. Putarkan nat dengan tangan sehingga nat ketat. Jajarkan supaya kedua-dua pelapik berada di tengah-tengah. Alat akan melekat pada tiub kepala dan mangkuk set kepala.
  8. Menggunakan spanar saiz 21 atau spanar hidup, putarkan nat ikut putaran jam sedikit demi sedikit. Nat akan terasa ketat kerana tekanan.Teruskan memutar. Mangkuk set kepala akan ditekan masuksedikittdemi sedikit.
  9. Terus memutar sehingga leher mangkuk set kepala rapat dengan mulut tiub kepala

Nah! Mudah bukan? Hanya dengan pelaburan tak sampai RM30, anda boleh memasang sendiri set kepala dengan mudah.

S E L A M A T       M E N C U B A!!!

6 comments:

mynameiskoko said...

BC, persoalannya kan mana nak carik barang2 ni? Lama dah nampak idea headset press ni, tapi dah jenuh carik kat kedai hardware, tak jumpa2 juga.

Satu lagi, nak carik paip copper 1 inch, untuk buat headset remover.

BC Kelolo said...

Koko,

Ada surplus lagi parts kat umah. Nak? Remind me to bawak so that boleh pass bila kita jumpa lagi. Hash Mac?

Anonymous said...

lu memang sifu lah bro.....

mynameiskoko said...

TQ BC!

fadeli said...

salam bc,
nak tanya, mcm mana plak nak remove headset yg dah lama melekat kat frame? Tq

Jaya said...

ALAT PEMASANG MANGKUK SET KEPALA BC ni memang terbaeekkkk.
Aku pernah buat alat bukak headset, ambil electrical GI conduit.... gergaji belah empat,kasi capang...siap...ambil hamer ketuk.