Thursday, May 28, 2009

Kelantan MayDay Ride Part 1 - Musnahnya Lagenda

Dah dua tahun berturut-turut BBB berkayuh di Jim Thompson trail, Cameron sebagai acara besar. Untuk tahun 2009, dicadangkan kayuhan di Kelantan pulak. Usikan gambar-gambar dari lensa Pokcik yang terpamer di forum BBB membuatkan ramai yang menelan air liur. Teringinnnn...Dan angin teringin itu bertiup kencang hingga ke Osaka. ManP2 dengan segala susah payahnya buat perancangan supaya dapat cuti untuk balik ke Malaya dan berkayuh di Kelantan. Yeti 575nya baru sekali menjamah tanah...Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mizu dan sedara-sedara dari Kelantan Mountain Bike Hash (KMH).

Tarikh 1 Mei dipilih. Acara diwar-warkan. Barangkali kerana tarikh dan masa kurang bersesuaian, tak ramai yang sedia menyambut cabaran. Tok Ngulu yang dah dalam perjalanan juga terpaksa membatalkan atas sebab lain yang lebih mendesak. Akhirnya, tinggal 6 orang sahaja yang meneruskan cabaran ke Kelantan.

  • Wan "Heckler" Pechiko
  • AbuFikri "Banshee Pyre Sang Bara" Kelolo
  • Sufino "Silvia Saint Ironhorse MKIII"
  • Anies "Cannondale HT"
  • Man "Yeti 575"
  • Bilish "NRS Lurah Dendam"

Jarak lebih 450km diharungi. 3 kereta konvoi bersama. Kenari Merah membawa Pechiko dengan Hecklernya. Dalam perut Unser hitam tersumbat dengan Sang Bara dan Mek Yeti dengan aku dan Man. Fino dengan Anis dalam Kembara. 30 April, 11 malam kembara bermula. Jalan dipilih Gombak > Bentong > K Lipis > Gua Musang > Kuala Krai > Kota Bharu. Kereta penuh sesak di jalanan. Pemandangan biasa kalau cuti hujung minggu panjang. Bilish bergerak berasingan. Selamat sampai di KB pada sekitar jam 7.30 pagi. Baki masa yang ada diguna untuk "makan bantal" mengkhada hutang tidur tadi malam.

Lepas solat Jumaat, agendanya, KMH akan membawa BBB melawat trek DH Lagenda di Bukit Marak. Video yang dikirim Mizu membuat darah membuak. (Macamlah aku ni downhiller sangat!). Lihat sendiri videonya...

Berkumpul di kedai Hardware Xpress milik Mizu kemudian bersama ke Bukit Marak. Sebaik masuk ke simpang Bukit Marak dah mula terasa keterujaannya. Jalan mini tar menyusur sungai yang airnya mengalir lesu. Mentari petang masih galak bersinar. Dari kejauhan dah nampak cerun bukit. Makin tak sabar rasanya.

Sebaik kereta diparkir, Mizu keluar dari Pajeronya agak terburu. Raut muka gusar dan kecewa terukir di wajahnya. Apahal pulak?
"Alahhhh...dah habih kena sodok laaaa...", mendatar suara Mizu berbaur kecewa. Rupanya trek dah kena sodok dengan jintolak. Abis semua trek dan "alat mainan" hasil kerja keras KMH dimamah jintolak ganas.


Gap jump sudah landai rata dimamah jentera
Lihatlah gambar-gambar yang tertera dan bandingkan dengan apa yang di dalam video di atas. Segala keringat, kederat yang tumpah mengukir cerunan bukit menjadi tempat mainan DH terasa mahal dan sayang harganya. Habis...habis segalanya. Mizu dengan longlai melangkah naik memeriksa bahagian demi bahagian trek. Sekejap-sekejap geleng kepala. Sekejap-sekejap geleng kepala. Frust kecewa berbaur dengan rasa tidak percaya. Haihhhhhh...

Aku dengan Pechiko ikut Mizu naik ke atas lagi. Memang nampak sedap lazat DH kat situ. Ada satu dua bahagian yang terselamat kerana di luar laluan jintolak. Mujor...


Selirat banir jejawi membelit batu

Batu belah
Cantik tempat itu rupanya. Bila sebut cantik, bukanlah kerana rupanya macam Maya Karin, tapi kerana rupabuminya. Serakan bongkah batunya. Pepohonan menghijau dengan aneka rupa gaya dihias dengan banir akar berbonggol melilit. Cantik! Sempat Mizu bercerita kenapa nama Lagenda dipilih. Tempat itu berkait dengan Puteri Saadong yang pernah memerintah Bukit Marak satu ketika dulu...


Dulunya singletrack sempit dengan batu-batuan
Lawatan dan pemeriksaan itu juga bertujuan menilai sama ada boleh kayuh atau tak boleh kayuh. Tuan pemeriksa kira-kira kemudian merumuskan bahawa kayuhan boleh diteruskan tanpa perlu perkenan penyimpan mohor besar raja-raja.

Gendang perang dipalu. Semua hamba rakyat diberitahu (Ada 3 orang sajapun) yang perang akan diteruskan. Maka bersiaplah akan hamba rakyat sekalian memakai segala peralatan perang dan menyiapkan kenaikan.

Mentari mula sendeng ke ufuk barat. Bertolaklah (memang menolak sungguh) sekalian panglima, hulubalang dan hamba rakyat ke atas bukit. Penat letih berjelir la jugak menolak kenaikan ke atas bukit. Tak lama kemudian sampailah ke tempat yang hendak dituju. Pechiko dengan Mizu naik setakah lagi ke atas untuk mendapat lebih tarikan dayabumi (graviti la tu...).


Chiko dengan jurus Rajawali Terbang Menyambar

Mizu buka pencak Rimau Menerkam
Gelanggang dibuka pencak bermula. Heckler Putih membuka jurus Rajawali Terbang Menyambar turun dengan kelajuan tahap "giler-nko-tak-hingat". Mizu, selaku tuan rumah menunjukkan taring dengan jurus rimau menerkam. Commie Mizu macam terapung di udara tidak mencecah tanah. Kagum sungguh aku. Aku, Man, Anis dan Fino buka jurus monyet biul jatuh dagu. Ternganga saja tengok dua orang tadi meluru turun bukit...


Penulis bersama PokCik, Ostad dan krew KMH yang lain
Baru seround Chiko dengan Mizu menunjuk terer, tiba-tiba ramai lagi yang muncul. Jadi meriah suasana. Topik awal pembuka sembang ialah kemusnahan Lagenda. Kemudian beramai-ramai memeriahkan suasana dengan basikal masing-masing. Aku ikut cuba memeriahkan suasana menari makyong menora pada saki baki trek Lagenda. Anis dan Fino jadi galak tak semena. Ulang alik naik turun layan rasa teruja. Anis dah mula terasa bahang berkayuh basikal ekor keras. Hik...hik...hik. YetiMan? Yetiman masih lagi dihantui trauma. Lebih selesa jadi jurukamera saja. appa daaaa...



Abe Pa ngan Cikgu bekerja keras
Tak semua geng KMH yang datang untuk berkayuh. Ada yang datang semata nak mengambil gambar. Tak kurang 3 DSLR gedabak macam meriam yang merakamkan aksi kami. Kat mana diorang post gambar-gambar tu gamaknya. Pok Cik juga ikut sama berkelik-kelik dengan DSLRnya. Abe Pa tak buang masa. Dia rajin menebas mengemas balik mana yang sempat bahagian trek yang rosak. Bahagian trek yang selamat dari sodokan ada larian turun pantas diikuti bonggol yang boleh dijadikan tanjakan buat melompat. Malang tak dapat dijamah kerana terhalang pokok tumbang.



Wakil hardtail tunggal...
Abe Pa yang rajin tidak tengok saja. Bersenjatakan parang, pohon tumbang dikerat dan dialihkan. Terima kasih Abe Pa. Bila laluan sudah terbuka. Apa lagi? Meluru la Pechiko menjamah. Cubaan pertama Chiko overshot terlepas receiver. Cium tanah la jawabnya. Salam pengenalan Lagenda barangkali. Tapi Chiko bukan jenis reti serik. Cubaan kemudian berhasil memberikan lompatan cantik!



Hadoiyaiiiiii...
Video ehsan : Pechiko

Cemerlang...
Video ehsan : Pechiko



Hek elehhhh...
Penulis lenggang lenggok mak yong menora
Seksyen yang baru dibuka jadi bahan mainan pulak. Seronookkkkk. Aku ikut mencuba walau tayar siktpun tak meinggalkan bumi...Buat malu kat anak-anak Li saja yang melompat selamba dengan basikal hardtail. Cheh...

Mentari kian condong ke ufuk barat. Sinarnya menyuram. Tanda malam kelamakan bertandang. Masa untuk berangkat balik. Eh...dah duduk atas bukit, nak balik turun bukit...Buat apa nak "berangkat". Kayuh turun laaaaa...

Sayang, trek dah kena sodok. Pun begitu, dapat juga merasa cebisan saki baki Lagenda yang terselamat dari sodokan. Satu pengalaman yang mengujakan. Terima kasih Mizu, terima kasih KMH!

Lagi gambar di Album Kelolo

2 comments:

chiefy said...

kelolo, 3rd youtube: you caught air! (10mm of it!)

BC Kelolo said...

Dang! So you notice. Lame, huh?