Ini adalah bahagian 2 dalam al kisah berkayuh di Kelantan. Hari pertama bermain di trek downhill KMH yang dipanggil Trek Lagenda. Hari kedua, 2 Mei 2009, Sabtu, ke destinasi Lata Katak, Chenulang.
Sepatutnya 6 orang dari BBB meneruskan cabaran. Malang bagi Anis kerana selsema melarat demam. Terpaksa menarik diri pada saat akhir. BBB tinggal berlima macam Hang Tuah bersaudara...
Chenulang terletak di dalam jajahan Kuala Krai. Kira-kira sejam perjalanan dari Kota Bharu. Kayuhan bermula dari rumah Pokcik. Bermula agak lewat kerana beberapa masalah yang dapat dan juga tidak dapat dielakkan. Pokcik memberi taklimat ringkas berkenaan kayuhan yang bakal ditempuh. "Kita akan mendaki 3 ke 4 bukit sebelum sampai puncak...", tenang saja sebijik-sebijik keluar dari mulut pokcik. Itu saja yang aku dengar. Sebab lepas dengar saja perkataan "daki bukit", perkataan lain macam dah tersekat. "Daki bukit" terngiang- ngiang dalam kepala. Mak aiiiii...Dah jam 10 lebih baru kayuhan bermula. Mentari sudah lebih segalah di ufuk timur. Destinasi - Lata Katak.
Kayuhan bermula dengan mini tar desa. Peringkat awal dalam nada landai melewati suasana kampung tipikal. Dusun dan kebun menghias perjalanan. Suasana memberikan satu macam keheningan dan kedamaian pada jiwa. Jiwa kampung yang selalu merasa rimas dengan hiruk pikuk kota. Kalau tak kerana "cari makan" aku dah lama angkat bungkus balik kampung tanam kangkung. Sebatang sungai mengalir tenang di tengah kampung. Musim kering barangkali sebab itu airnya tohor (cetek). Laluan melewati satu jambatan yang membawa kepada kayuhan dalam teduhan pohonan getah. Nampak pokok masih rendah dan muda. Baru ditanam semula barangkali. Jalan masih lagi permaidani hitam. Tapi nada landai sudah ansur menghilang. Nada muda beralun bagai isyarat awal kepada semua pengayuh untuk mengasah otot betis. Penduduk setempat yang duduk-duduk santai di depan rumah pakat angkat kepala pandang-memandang bila kami lalu. Sempat juga yang nakal sorang dua mengorat anak dara yang rajin menyangkul di tepi rumah. Mini tar landai beransur mendaki.
Laluan bertukar dari tar hitam ke tanah merah. Isyarat amaran pertama. Penat mendaki tadi sedikit terasa dan jarak antara pengayuh agak besar. Rehat seketika menenang nafas sambil tunggu yang lain menyusul. Terbentang di hadapan dua pilihan. Jalan lebar doubletrack di kanan,denai sempit singletrack bengkang-bengkok di kiri. Mana agaknya jadi pilihan? Semua tak pandang jalan doubletrack lebar. Heran sungguh perilaku mountainbiker nih. Memang lebih suka "jalan susah". Singletrack kebun getah beralun menjadi belasahan. ManP2 yang sekian lama dihantui phobia dan trauma, bagai tersentak dari mimpi ngeri lagaknya, kembali mengganas dengan Yeti. Pechiko toksah ceritalah. Kembar Heckler putih Chiko, si Mizu meluru bagai peluru. Sayang...singletrack pendek saja. Macam tulah adat hidup...Benda sedap ada sikit saja.
Kebun getah ditinggalkan di belakang. Gerombolan masuk semakin jauh ke dalam rimba. Laluan trek balak doubletrack sepanjang perjalanan. Di kir sungai mengalir. Di kanan rimba belantara. Trek lebar memberikan dedahan besar. Panahan mentari lansung mencecah muka, kulit dan apa saja yang terdedah. Terasa menyengat. Kongsi balak tinggal dilalui. Trek masih lagi melandai. Angin seakan pegun. Tidak bertiup walau sehembus. Peluh meleleh seluruh badan...Hangat dan merimaskan namun masih boleh bertahan. Itu belum masuk ke bahagian cerun mendaki lagi tu.
Dari kejauhan sudah nampak ujian berat di depan. Cerun curam menanti. Dibatasi dengan satu anak sungai. Bagai satu garisan pemisah. Selamat tinggal santai ria, selamat menempuh azab dan pancaroba. Cerun curam Siapa yang suruh kamu kemari ni?
Anak sungai dilintas. Sebaik lepas anak sungai dah mula menghela nafas. Bukit curam menanti. Bolehkah berkayuh sampai ke atas wahai kaki? Pokcik sempat beri panduan awal. "Laluan akan terus mendaki. Kayuh ke, tolak ke sambil berenti-berenti...". Tip bagus. Tapi aku tersilap dengar. Aku dengar berenti-berenti tolak. Berenti dulu dua kali baru tolak sekali. Matahari makin tegak di atas kepala. Panasnya jangan cerita. Air ditogok macam dah tak ada esok. Cukup ka 2 liter bekalan? Pukul 11.30 pagi. Matahari makin beransur mengambil kedudukan tegak tepat di atas kepala. Macam satu koreografi yang diatur rapi. Bukit curam waktu matahari terpacak di atas kepala dengan laluan terbuka tanpa selindung. Sempurna!
Aku cuba sogokkan ego aku dengan enggan menolak. Aku tegar mengayuh sedaya mungkin. Untuk 20 meter yang pertama, ego berjaya dikekalkan. Masuk 20 meter yang kedua ego terpaksa akur dan mengalah. Ikutlah aku bersama yang lain menolak. Hanya Pechiko yang terus gigih berkayuh. Kederat apa mamat ni?
Aku tercicir kat belakang. Tak lalu nak mengharung rasanya. Yang lain dah ruyup ke atas. Tengok bawah nampak sayup saja. Panas makin lit-lit. Penuh keluar jangan cerita. Baju dah boleh diperah. Sudahnya aku ambil keputusan baring sekejap. Lega rasa dapat merebahkan badan. Mujur ada sedikit teduhan pada perdu buluh di tepi trek. Biarlah yang lain ke atas dulu. Ada la dekat 10 minit aku tutup mata melayan letih dan hangat. Siap sempat bermimpi tu...
Di satu tempat lain pada masa yang sama, Ostad juga... Foto ehsan Pechiko |
Anak Li selamba...Kederat muda. Foto ehsan Pechiko |
Berkat sabar kayuh pelan-pelan, lat tak lama nampak la kelibat YetiMan. Dia dok tunggu rupanya takut-takut terjadi sesuatu yang tidak diingini. Aku bagi isyarat OK. Nampak saja Man, mulalah datang rasa nak berenti tapi tak rasa penat sangat. Aku lajak kayuh sikit lagi...Terkejut Man tengok. Uikkk...tadi nampak parah macam nak pengsan dah! Aku gagah sikit lagi bila jalan mula melandai sikit. Yang lain pakat dok lepak. Aku kayuh terus selamba badak macam kuat sangat tak tergoda dengan godaan santaian. Jalan melandai sikit saja lepas tu nalla rekek punya climbing lagi menanti. Fino dah tercongok di tepi jalan. Boleh tahan mamat tembam nih. Ajakan Fino untuk R n R di situ diterima dengan senang hati. Cepat-cepat cari teduhan yang ada seciput saja di situ. Masa untuk meredakan keracunan laktik dan menambah larutan. Oral Rehydration Salt dibancuh dan ditogok. Peluh keluar macam ada bocoran pada pori kulit. Keluar mengalir tak henti-henti...Bukit curam (lagi) di depan menanti...
Bila dah rasa kuat, mula la eksyen...kayuh tak berenti. Foto ehsan Pechiko |
Peluh yang keluar menderu Foto ehsan Pechiko |
Matahari makin terik dan makin terpacak atas kepala. Jam dah lebih 12.30 tengahari. Panas menyengat. Perut dah mula berkonsert inang pulau kencana. Lapar weh! Mujur ada saki baki power bar dalam beg. Boleh jugak buat sendal usus. Pengalaman kayuh mengajar supaya jangan terlalu fikirkan sangat tentang bukit yang curam. Harus fokus pada sasaran. Satu yang selalu aku fikirkan, "Kalau tak jalan, bila tahun nak sampai." Itu yang buat penguat semangat.
Masa aku dok rehat dengan Fino tu, yang lain ambil kesempatan potong aku balik. Dah macam cerita kancil dengan kura-kura pulak. Aku tak lalu nak ikut lagi. Dok layan air yang keluar dari segala liang peluh.
Rehat memang tak pernah puas. Kalau nak rehat puas-puas alamat tak payah kayuh la. Apa tunggu lagi? Sarung balik baju. Panjat basikal dan kayuhhhhh pelan-pelan. Mata memang tak mahu langut tengok depan jauh-jauh. Buat punah semangat. Maintain saja pandangan dalam jarak 2, 3 kaki depan tayar depan. Cukup laaaa...Kayuh dan terus kayuh. Kadang-kadang kita kena degil dan melawan rasa letih, kaki lenguh dan nak pecah dada. Terus bergagah hingga selesai satu lagi puncak. Yang lain dah pakat terbungkang kat situ. Dengar hujung-hujung telinga saja Pokcik dok bercerita ada berapa bukit lagi nak kena tempuh. "Anggaran sampai dalam pukul 3.00", kata Pokcik. Nahhh...dekat 3 jam lagi nak kena azab. Hadooiiiiii. Dari puncak tu dah boleh nampak laluan turun sekejap sebelum naik balik.
Satu lagi puncak ditawan... |
Dua anchorman - Fino dan Ostad. Bilish memerhati dengan rasa cemburu. |
Aku lepak dengan Li yang nampak stim layan rokok gulung sambil memerhatikan gelagat 2 heronya. Aku dengan Nusantara akulah...Li bawak hero dia 2 orang. Umur 11 dengan 10 tahun. Kederat budak memang dahsyat tak padan kecik. Sambil layan power stick sambil jeling laluan. Menurun sekejap kemudian naik balik. Panas matahari semakin membahang. Sambung balik kayuhan. Memang masa turun, tak hingat. Sesah cukup-cukup lepas geram sambil ambil lajak untuk panjat balik. Chiko dengan Heckler memang hebat. Semua bukit dia kayuh hatta perlahan sekalipun. Janji tak tolak. Aku cuba jugak nak pulun kayuh perabis bukit, apakan daya, lutut dan jantung protes besar-besaran. Terpaksa akur turun tolak juga.
Laluan masih maintain naik turun dengan kecuraman tinggi. Cuaca kekal panas. Air makin kurang. Badan memang rasa hangat terbakar. Aku cuak sebab air aku dah tinggal sikit. Sambung lagi dengan sedikit lega bila laluan tak terlalu curam boleh la kayuh dan ada sikit-sikit downhill. Kena pulak lepas tu berjumpa dengan satu jeram kecil. Air mengalir sikit saja. Tapi cukup untuk isi penuh tangki dan membasahkan badan. Lega...lega sungguh dapat simbah air ke badan. Sungguh nyaman dan menyegarkan. Waktu tu air sungai rasa sedap manis. Sejuk pulak tu macam air dalam peti ais. Syukurrrrrr...Majlis berenti rehat seketika di jeram kecil yang tak diketahui nama.
legaaa...air sejuk menjirus badan Foto ehsan Pechiko |
Bergelimpangan... Tuannya mana? |
Dari jeram, laluan dah lebih melegakan. Pokcik kembali ke depan jadi kepala. Tengah kayuh santai rilek, tiba-tiba Pokcik berenti. Dia bagi isyarat suruh semua berkumpul. Muka Pokcik nampak sikit cemas...Tangannya menunjuk ke tanah...Kenapa pulakkkk?
Aku ikut sama yang lain meluru ke arah Pokcik. Nah...di situ, ikut telunjuk Pokcik, tertera dengan terang pada tanah, tapak kaki sebesar dua tapak tangan. Tapak kaki raja rimba Sang Belang. Menyirap darah aku sekejap. Yang lain aku kira berperasaan sama. Kalau tak sirap, kurang-kurang sirap bandung. Ikut pengamatan Pokcik, telapak kaki agak baru. Mungkin malam atau awal pagi tadi. Dari saiz dan tahap kedalaman tapak, memang besar. Serammmm...Aku mula tercangak sekeliling. Dalam hati berdoa, jangan la bertembung dengan kucing besar tu.
Arahan segera dikeluarkan agar semua jangan berjauhan. Satu kelegaan bila Pokcik bagi tahu puncak dah dekat. Dari mula tapak Sang Belang dijumpai, dua pendakian lagi ditempuh. Terjumpa satu lagi ole-ole khazanah rimba. Longgokan besarrrr tinggalan Sang Belalai. Tahi gajahpun jadi bahan fotografi. Bukan senang nak jumpa woooo...
Hampir jam 2.00, puncak dicapai. Bukan puncak kepada bukit di situ, tapi puncak paling tinggi untuk kayuhan hari tu. Lega...lega sungguh kerana penanda kepada azab sudah dilepasi. Sayup di kejauhan, banjaran bukit bukau dan gunung-ganang menghiasai latar.
Dari kiri - Abe Pa, Fino, Mizu, Chiko, Li, anak Li 1 (tak ingat nama), Bro KMH tak ingat nama, Bilish, Pokcik,
Anak Li 2, YetiMan, Ostad. Tiada dalam gambar, Daniel.
Fino...aku berjayaaaa!!! |
BBB Crews - Chiko, Fino, aku, Bilish,YetiMan |
legaaa...air sejuk menjirus badan Foto ehsan Pechiko |
Bergelimpangan... Tuannya mana? |
Bermula bab baru dalam kayuhan. Lega ya amat bila nampak laluan menurun. Dari puncak, laluan agak menguji, Curam dan berlurah air. Ah...lebih baik turun dari naik. Yang berani dan cekap, melorot turun dengan basikal. Yang lain, mengesot turun di sisi basikal.
P - rutted downhill pulakkkkk P - rutted DH dari bawah.Sekali lagi gementar lutut datang menyinggah. Tapak sang belang makin banyak dan makin terang sepanjang laluan. Semua orang diam. Tak berani cerita banyak. Kayuh saja buat tak tahu sambil sesekali menjeling pada tapak yang berserakan di atas denai.
Mujurlah, lama-kelamaan kesan tapak tidak lagi kelihatan. Denai beransur berubah rupa. Dari denai tanah merah trek balak kepada laluan dalam kebun getah. Kebanyakann laluan menurun. Masa untuk lepas geramlah selepas hampir 3 jam terdera melayan panjatan yang seolah tidak berkesudahan. Satu yang tak sedapnya dalam kebun getah ni ialah nyamuk. Pantang berenti, datanglah rombongan nyamuk ni menyambut dengan penuh meriah dan ramah tamah. Jenuh bersalam bertepuk bertampar.
P - YetiMan harung sungaiDenai kebun getah bukan turun semua. Beralun naik dan turun tetapi tidaklah seazab mendaki bukit. Aku bersaing-saing dengan anak Li. Pechiko jugak galak melayan. YetiMan macam dah terlepas sumpahan. Yeti 575 dibelasah secukupnya. Adakah YetiMan sedang membuat comeback?
Panorama bertukar lagi. Dari teduhan kebun getah, dibentang pulak lembangan sungai. Tebing berpasir luas dengan sungai mengalir deras. Mujur tidak dalam. Cabaran untuk berkayuh menyeberang. Mujur tidak sesukar mana. Godaan air sejuk dingin semakin kuat. Deru air bagai berkata "Dah dekat dah! Dah dekat dah!".
Memang ya dah dekatpun. Tapi laluan tidak dimudahkan begitu saja. Ada lagi bukit nak kena panjat sebagai salam akhir sebelum boleh merehatkan badan. Agak badan manusia ni memang macam tu pe'elnya. Bila ada imbuhan kederat datang tidak semena. Badan yang dah letih, lutut yang longlai jadi kuat menojah pedal bila tahu imbuhan yang makin dekat...Alhamdulillah, semua selamat sampai. Tiada kemalangan berlaku. Ostad cuma mengalami masalah kekejangan...3.40,Lata Katak.
....bersambung.