Monday, April 13, 2009

Salju Putih Salju

Sabtu, 28 Mac 2009. Salju turun di rumahku! Ya...Salju. Tapi bukan butiran halus putih dingin itu, Salju yang turun dirumahku juga putih, tapi tak dingin...


Seputih salju - BH Sommet MC3 untuk isteriku


Kerangka BH Sommet MC3 saiz 17" menanti pindahan organ dari Fuji Tahoe
Kata orang tua, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut kena getah, jangan berani melangkah masuk kedai basikal. Satu singgahan innocent dengan nawaitu "nak tengok saddle putih" ke kedai Samy, nyata menjerat. Sungutan mencari frame besar sikit untuk anak sulung yang semakin tinggi renjong, disambut huluran kerangak ini oleh Pine yang kebetulan ada di kedai Samy tika dan saat itu. Cheh, memandai pulak si Pine ini. Sebaik terpandang, mata isteriku bagai terpaku. Aku tanya "Nak ka?", dia tak jawab. Tapi tengkuknya macam lembik terkulai. Renungan matanya redup. Senyummnya menguntum melirik seribu makna. Aku tanya lagi sekali, "Nak ka?". Masih tiada jawapan lisan. Tengkuknya makin lembik. Liriknya makin tajam berkaca. 16 tahun kahwin dah cukup untuk membuatkan seorang suami mendengar bisik hati isteri. Diringkas cerita, kerangka ini ikut sama balik ke rumah bersama saddle Azonic putih dan beberapa kelengkapan lain - seatpost collar, spacer warna emas dan headset Chris Kong juga warna emas. Biar sedondon sepadan. Salju turun di rumahku lewat senja tika mentari melabuhkan sinarnya...



Tiub pelana (seatstay) dari karbon. Pancang brek V tersedia bagi pencinta brek V.

Ekor keras tapi ada pangsi pada tiub pelana - tiub rantai?

Lencana kepala BH. 100 tahun dalam pembuatan basikal.

Ekor keras tapi ada pangsi pada tiub pelana - tiub rantai?


Tahoe yang robek rabak diambil organnya...

Kerangka sudah tercongok. Takkan nak dibiarkan saja begitu. Nanti sketsa kisah Kelolo3 berulang lagi... Jadi sedari awal aku bersuara, "Lepas isya nanti kerja pembedahan bermula.". Kata disambut dengan dengan senyum lirik dari telinga ke telinga. Tiada yang lebih membahagiakan hati suami selain isteri memberikan kebenaran kahwin lagi...eh..syasyul...selain melihat isteri tersenyum gumbira lagi bahagia. (alamak...dah kena cubit!). Rencananya, anggota dari Tahoe akan dipindahkan ke kerangka ini...

Tahoepun dimasukkan ke dewan bedah. Rela tak rela Tahoe. Rontaan Tahoe makin kuat bila melihat si putih salju tercongok di sebelahnya. Doktor terpaksa menggunakan dos berganda untuk membius Tahoe...Akhirnya Tahoe pengsan. Vital signs diperiksa dan operasi bermula!

Selain dari perpindahan organ, pembedahan ini juga akan melihat buat pertama kalinya organ baru Shimano BR-M575 brek hidrolik yang tersimpan menanti penerima yang sesuai.



Salju mula terbentuk...

BR-M575 bakal dipasangkan

Doktor bedah sibuk bekerja

Putih salju makin menyerlah

Malam makin melarut. Doktor bedah masih bertungkus lumus dengan pembedahan. Semuanya harus dilakukan dengan teliti. Menjelang jam 2.00 pagi, doktor menarik nafas lega bila jahitan terkahir disiapkan. Lahirlah Salju putih. Nanti bila fajar menyinsing, ia akan diangkut ke Bandar Tasik Puteri untuk diuji di trail Ladang Tuan Mee...Apa yang anda lihat di sini hanyalah satu permulaan...


Seputih salju - BH Sommet MC3 Fasa 1


Terima kasih kepada kawan-kawan yang manis mulut dan rajin "meracun" isteriku...Salju ini kian hari kian memutih. Dulu, aku malas nak lalu kot depan kedai basikal, sebab tak boleh singgah walaupun teringin kalau berkereta dengan isteri. Sekarang, aku jadi risau kalau lalu depan kedai basikal. Takut isteri ajak singgah. Entah apa pulak yang nak diputihkannya. Lama-lama, rambutku pulak jadi putih...Tapi, tak kisahlah tu. Sekian lama, isteriku tak pernah meminta apa-apa. Kalau dia dah jumpa apa yang dia berkenan, aku sedapat mungkin akan cuba penuhi...Terngiang suara Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) di telinga..."Demi cintaku padamu...". Semoga tidur isteriku jadi lebih lena. Semoga dia tidak lagi mengigau "putih...putih...putih.".


Grip dan bar hendal diputihkan. Grip dari Funn dan bar hendal Truvatif Husselfelt.

Rakap juga menjadi mangsa pemutihan. Wellgo B-117.



Mana padan seat-post hitam dengan saddle putih. Seat-postpun kena putih jugak!

7 comments:

heero yui said...

power power

Akmal Hizam said...

sweet!
both the bike and the loving hubby.
so, tahoe sapa guna?

flatfinger said...

another basikal putih menjelma....nice

Riezal said...

aduh lawa..terliur tengok ni kira macam the evil version of snow white ni.. sweet tapi garang.. demitt.. cun

KeLoLo said...

Heero,

Memang power....power mem mengayat utk dapat cik putih nih... :)

Akmal,
Tahoe? Tungguuuuu...Tahoelah apa BC nak buat dengan Tahoe tu.

Flat,
Elok la tu...satu putih pergi, satu putih mari.

Riezal,

Lawa? Apa lagi? Pecah tabung ikat perut laaaa...Kita ramaikan PCM dengan beskal putih.

Fakawi said...

white sidewalls?? where d'juh get them tayars?
(BTW, what's the BM istilah for sidewall?)

KeLoLo said...

Chief,

Aha! gotcha! It's not dinding tayar putih laaaa...It's Kenda Nevegal with reflective sidewall. Under flash, it reflects, hence creating a whitish look.