Hangat! Bahang Sang Bara membara. Sebaik siap pembinaan, Sang Bara bagai meronta, minta dilepaskan supaya dia bisa melonjak bebas. Mendaki bukit-bukit yang dilapisi deretan kelapa sawit. Meluncur turun teres-teres curam, pendek berliku. Dan hajatnya tercapai bila menjelang Sabtu, 18 April 2009, 2 hari selepas Sang Bara siap dibina, ia akan dilepaskan. Dan denai mana lagi kalau bukan Ladang Tuan Mee. Bangkit nostalgia kerana di situlah aku mula melekat dengan basikal lasak. LTM sesuai kerana ada element rentas desa dan sedikit denai mencabar hasil kerjatangan sahabat BBB. Hmmmm...
Ini kisah kali pertama Sang Bara mencecah tanah. Aku tak pandai mengkisahkan aspek teknikal. Jadi, jangan terlalu mengharap aspek itu yang akan disajikan. Aku sekadar mahu berkongsi rasa...Rasa bagaimana mencelapak Sang Bara dan membiarkan ia lepas bebas meneroka bukit dan cerun di LTM.
Sebelum kisah dilakar, baik kita kenal dulu Sang Bara dengan lebih dekat...Kerangka |
|
Pacuan |
Adunan rojak XT lama dan baru...
|
Set Roda |
|
Brek |
|
Kokpit dan kawalan |
|
Fork |
|
Ampaian belakang |
|
Dari luaran, Sang Bara ini nampak garang dengan skim warna matte hitamnya. Fork Marzocchi 55R, dengan warna putih, kontras dengan tema hitam Sang Bara. Panjang 160mm, melebihi had disarankan. Timbul curiga dalam hati. Boleh ka ni fork lebih had? Amapaian belakang ditala pada 20 peratus lendutan. Bukan 15 seperti disarankan. Aku mahukan tunggangan yang lebih lembut. Sikitpun tidak bercadang untuk terbang-terbang. Ampaian depan ditala lembut juga dengan 30 peratus lendutan. Jam 9.00 pagi, Sang Bara, dengan diiringi Cik Putih dan gerombolan dari BBB bergerak masuk ke denai Ladang Tuan Mee...
Pada laluan rata, tika beriringan, aku ditanya bagaimana rasa Pyre. Jujur aku jawab "Masih terlalu awal", dan memang sungguh aku belum merasakan perbezaan ketara dengan Resaksa Ijau. Maksud aku rasa bila berkayuhan. OK...OK...ada la rasa sikit berbeza. Sang Bara dirasa lebih kompak, padat. Mungkin kerana saiznya kecil sedikit. Resaksa Ijau Saiz 18". Terasa macam tangan terjulur ke depan. Ditokok pulak dengan tiang pelana jenis set-back. Posisi menunggang jadi sedikit membongkok. Dengan Bara, posisi terasa lebih selesa. Kedudukan agak menegak. Kayuhan pada tarmac landai rasa selesa dan bersahaja. Pergelangan tangan tidak terasa tertekan. Dan...tiada alunan kayuhan (pedal bob). Tidak beralun sedikitpun. Oklah...mungkin ada sikiiiitttttt saja sehingga tak terasa. Itu belum diaktifkan ProPedal lagi.
Bila membelok pada loji simen, Bara mula menunjukkan kehangatannya. Dakian dari loji simen untuk ke muka denai jadi medan pertama. Dan pendakian terasa lebih mudah. Basikal inikah yang jadi penyebabnya? Hari masih siang, terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.
Dakian panjang dan denai lebar dalam teduhan kelapa sawit kemudian menjadi latar. Dari laman web Banshee, gah mengatakan Bara ini pendaki hebat. Aku masih sangsi. Propedal masih baru bagiku. Bila mendapat dakian pertama yang agak panjang, aku belasah. Engkol depan memakai gigi tengah, keset juga diletakkan pada gigi tengah. Sesuatu yang tak lazim aku buat. Biasanya, aku akan kerabat bukit dengan gear granny, gigi depan kecil, gigi belakang paling besar. Kayuhan ringan dengan RPM tinggi. Tapi, untuk kali ini, sengaja aku gunakan gear tinggi. Nak tengok setakat mana sistem VF4P pada Pyre ini bekerja. Apa lagi, tujahlah aku mendaki bukit. Beratnya...nampak gaya kaki belum cukup kuat. Tukar gear ringan sikit. OK, rasa lebih selesa. Kemudian aku dan Sang Bara meluncur mendaki bukit dengan lebih gembira. Tak percaya! Tiada enjutan. Tiada alunan...Menakjubkan. Sesekali sengaja aku enjut kayuhan sambil bontot dianjak ke belakang. Terangkat kepala Sang Bara. Wheelie la konon! Wheeee...heeeee...
Memang kayuhan hari tu dirancang pendek sahaja. Hentian seterusnya teres 2A dan 2B (BBB nak kena bagi nama sedap sikit kat teres ni...). Teres yang ditarah dan diukir pada teres kelapa sawit ini bakal jadi medan ujian untuk kawalan dan kemudian. Sekalai lagi diingatkan, aku bukan rider Kategori A yang handal bermain di teres dan cerun. Sekadar cukup untuk meluncur turun dan tidak tersungkur saja. Cerun dan terest pendek dengan berm serta berliku akan dibakar Sang Bara. Chewahhhh....
Sedikit pemeriksaan sebelum meluncur. Semuanya nampak baik melainkan fork depan yang sedikit mengganggu. Aku belum dapat setting yang sesuai. Masih kurang responsif. Pun begitu, bukan alasan untuk tidak meratah teres-teres itu. Sebaik semua sedia, aku dan Sang Bara meluru. Cerun 1 dan 2 masih menegak kemudian bertemu berm kiri yang kemudian melibas ke kanan sebelum meluncur terus bertangga-tangga hingga ke bawah. Aku was-was dan masih belum mahir melenggok dangdut pada selekoh-selekoh untuk mendapat garisan belokan yang sesuai. Larian pertama kurang memberansangkan. Mungkin kerana aku tak berapa percaya dengan Pyre. Mungkin Bashee hanya sekadar menggunakan ayat-ayat manis pemasaran dalam menceritakan kemampuan Pyre. Aku ambil keputusan memberikan sangka baik pada pernyataan Banshee. Larian 2, dengan panduan dari Pechiko, terasa lebih baik. Pada belokan keras, tidak terasa liukan seperti yang pernah dirasakan pada Resaksa Ijau. Sedikit kesilapan dimaafkan oleh Pyre dan "dibetulkan". Lazatttt! Fox RP23, menyerap hentakan terjunan teres dengan bagus. Dan kali ini, fork Marzo 55R yang terlebih panjang itu menjadi faktor kelebihan pulak. Menyerap hentakan-hentakan terjunan teres dan memberikan luncuran turun yang lancar, lazat dan berkerim...Bila dah dapat feel, apa lagi? Ulang tambah sampai kenyang laaaa...
Cukuplah al kisah setakat ini dulu. Objektif kayuhan hari itu tercapai. Merasmikan Sang Bara. uji kayuh dan kenalpasti mana lagi pelarasan dan penalaan yang perlu. Keseluruhan, aku berpuashati dengan prestasi Pyre. Kerangka tegap yang cemerlang bila mendaki, gemilang dalam mengambil selekoh dan melayan teres. Bagaimana dengan lompatan? Belum dapat diuji kerana...aku tak berani. Ha...ha...ha. Penakut.
5 comments:
Whoa! Congrats on the purchase bro! Nice ride!
From aic @ BBB
Nice bike! \m/
salam bro.
sangat tertarik dengan banshee pyre anda. tak perlu saya kenalkan diri kot...
saya bukan pakar dalam bidang full-susser ni. tp menurut pandanga saya la.. propedal adalah redundant pada VP. saya telah lama memerhati konstruksi VP ini, dari maestro pada giant, vpp pada santa cruz, sehingga lah intense dan litespeed niota.
dari ape yg saya faham, vp ini menggunakan konstruksi dan daya untuk menentang pedal bob. every frontal chainforce from pedalling, force the whole subframe to move downwards. so there is no need for a propedal.
sekian pandangan ikhlas saya.
Salam kembali kawan...
Saya lagilah tak pernah dok perati sistem VPP nih. Full sus yang pernah pakai cuma T-Bolt. Single pivot yang lain ragamnya.
Memang saya try test cuba climbing Pyre ni dengan ProPedal dan tanpa ProPedal...Hasilnya...lebih kurang saja. Tiada... atau sangat kurang pedal bob dalam dua-dua mod. Kita boleh katakan macam yang sedara kata - ProPedal redundant pada kerangka VPP yang efisien...Tapi, dah ada tu, biarlah dia kat situ...
Terima kasih atas pendapat dan pandangan.
Berapa berat awek baru nih?
Nampak macam ringan jer..
Post a Comment