Gara-gara kecanduan PCM, kali ini aku telah berjaya membawa tiga orang askar aku untuk ikut serta dalam kayuhan PCM#11. Faris (10 tahun), Farhan (8 tahun) dan Fadlan (3 ½ tahun). Mujurlah bibiknya enggak punya speda..kalau tidak bibiknya pun barangkali ikutin sama. Sebelum kayuhan PCM kali ini, aku telah membuat perancangan rapi supaya kami sekeluarga boleh sampai ke Putrajaya sebelum jam 9.00 malam. Al-maklumlah dari KL jem petang2 hari Jumaat nih.. tak yah nak citer ler...anak2 pulak bersekolah petang...jadi plan musti cantekkk. Jalan terbaik sebagai seorang isteri, ibu, perempuan dan.... aku pun off on d’day.
Cadangnya bersempena cuti hari tu aku nak ikut suami berkayuh ke ofisnya di sebelah pagi tapi tak kesampaian. Some other time hubby... Keperluan jentera kayuhan telah siap dimasukkan ke dalam perut unta (unser) di sebelah malamnya. Cuma yang tinggal basikal Farhan saja sebab Farhan perlu ke sekolah dulu siangnya.
Fadlan pulak tak henti-henti bertanyakan aku “pukul bape kita nak gi putajaya ibu???” Dalam loghat budak 3 ½ tahun. Macamlah dia tahu kalau aku cakap pukul berapa pun...excited sungguh dia nak ke Putrajaya. Jam 7 petang Farhan sampai ke rumah...awal dia hari tu nak dibandingkan dengan hari2 lain yang hampir jam 7.30ptg baru dia sampai sebab pegi merempit dulu...Faris dah lama balik dari sekolah agama.
Aku dan anak-anak sudah siap sebelum ayahnya sampai sebab plannya nak bertolak jam 7 tapi biasalah terlambat sikit sebab siayah sampai lambat...hujan kat Sentul katanya. Kami bertolak lebih kurang jam 7.15 pm melalui DUKE dan exit kat Keramat terus masuk MRR2. Jalan jem sepanjang Ampang ke Cheras. Janji dengan Aidi T*y*l @ Khairy untuk jumpa kat ESSO Pandan untuk solat maghrib. Kami solat di situ tapi Khairy gagal jumpa kami kat situ sebab dah terlajak.
Kami teruskan perjalanan selepas solat dan sampai di dataran parkir Palace of Justice sebelum pukul 9.00 malam.(mungkin kami antara latecomers..sori guys..I'll think of something else for next ride). Ramai riders sudah kelihatan di situ. Suami mengeluarkan basikal satu demi satu dan menyediakannya untuk kayuhan. Aku tengok saja...nothing much that I can do...aku tolong pasang lampu pada basikal anak2 dan pastikan they have all their safety gear up and running.
Sambil siayah menyiapkan basikal siibu, Faris dan Farhan naik turun slope yang ada kat medan parkir tu. Faris sebenarnya tak sabar nak ke RV point untuk join the others but I’ve stopped him. Kids being kids...Setelah siap semua, Fadlan dinaikkan ke child carrier atau term yang digunakan oleh Fadlan ialah "dodok-dodok Alan"...siap berhelmet dan berkaca mata hitam si Fadlan. Aku mengendong si Fadlan di atas dodok-dodoknya di atas Element. Suami pulak menunggang Fuji Tahoeku kerna perlu mengawasi anak-anak terutama si Farhan.
Tiba di RV, si Fadlan mula menjadi tumpuan kerna lagaknya di child carrier persis tuan besar keluar bersiar-siar. Man CIOCC sedang briefing dan kelihatan sebuah helmet penuh berisi fulus sumbangan riders malam itu untuk Tabung Gaza. Aku hampir terlupa bahawa malam tu kayuhan sambil menderma. Aku segera mengarahkan Faris untuk memasukkan duit ke dalam helmet tersebut. Tiba-tiba ramai pula kameraman nak merakamkan sumbangan si Faris hingga terpaksa dilakonkan semula. Faris tersenyum gembira....Kayuhan pun bermula...
Tak ramai anak2 pada kali ini nak dibandingkan dengan bulan lepas. Selain anak2 aku, yang aku perasan sorang lagi budak lelaki sekitar 8 atau 9 tahun bersama ayah dan ibunya. Aku berkayuh bersama anak2 seketika sementara menunggu suami yang masih di belakang. Farhan seperti biasa dengan kayuhan santai ala-ala mak inang sambil matanya akan memandang entah ke mana2. Sesekali aku terpaksa meninggikan suara kerana dia akan menonong dengan basikalnya. Faris sudah ke depan bersama dengan gerombolan di hadapan. Apabila suami sampai kepada kami aku pun menyerahkan tanggungjawab mengawasi si Farhan kepada ayahnya. Lagipun dah lama aku mengawasi anak2, sekurang-kurangnya 9 bulan seorang...kalau 6 orang...6 darab 9...lu piker le sendiri...
Aku terus berlalu bersama Fadlan.Seorang rider dengan ramah menegur aku apabila melihat Fadlan berada di belakangku. Dengan bersemangat dia memaklumkan yang next ride he’ll bring along his wife and his 18 months daughter to join the ride. Maybe after seeing Fadlan in the child carrier... go ahead bro...
Sampai di satu bus stop semua riders berkumpul untuk re-group. Aku pun ikut berhenti. Sekali lagi ramai yang menegur si Fadlan dengan gaya bosnya. Di situ juga for the first time met up with Eton, Syuq’s wife, GLC members (nice meeting you Eton...next ride with GLC meh le join pelan2...). Suami dan Farhan masih tidak kelihatan di belakang walaupun ketika kami meneruskan perjalanan dari situ.
Kayuhan begitu lancar walaupun dengan bebanan lebih kurang 15kg di belakang. Climbing yang pertama dilalui tanpa sebarang masalah. Next stop selepas climbing tersebut. Kami berhenti lagi. Man CIOCC mula buat head counts untuk pastikan jumlah riders malam tu. Beberapa riders berminat untuk snap gelagat Fadlan di atas dodok-dodoknya. Ketika kayuhan nak diteruskan aku masih menunggu suami dan Farhan, masih tidak kelihatan. Aku maklumkan pada Daoh yang berada di situ. Dengan senang dia mengofferkan dirinya untuk menunggu mereka. (Thank you bro...)
Kayuhan diteruskan dan seketika aku berkayuh bersama Azizan fixie dan temannya dan berhenti seketika apabila one of the PERs kemalangan kecil. Kayuhan diteruskan hingga ke PICC. Kemudian aku mendapat panggilan dari suami memaklumkan yang Farhan very slow and he’s so tired...mungkin sebab tak proper dinner kot..aku berbisik sendirian. Mungkin aku terpaksa menjemput Farhan setelah sampai di RV nanti. Takpe lah...first time kayuh jauh2...untuk 8 years old boy...what can we expect...
Aku mendahului riders lain dari PICC dan Man CIOCC pun berpesan supaya semua slow-slow dari situ. Maka pace aku dijadikan benchmark. Fadlan mula terlentok-lentok di belakang, mengantuk...Lebih kurang 10 minit kami pun sampai di dataran Palace of Justice dan suami memaklumkan bahawa mereka sudah di belakang. Si ayah, Daoh dan teman-teman lain gilir2 menolak si Farhan. Thanks to all...
Semua riders berkumpul untuk sesi fotografi and I think I’m the first who ride with the child carrier at PCM and Fadlan was the youngest rider to join the PCM so far. All my boys enjoy their ride..and Farhan told me he wants to ride again in next PCM .(Hope Uncle Daoh don’t mind to escort him again next time yea...)
Bangchik...bulan depan belanja lagi. Ayat biasa "jantan kabaret". Kununnya, pemuda ini ada hubungan dengan Liyana Jasmay, kununnyalah.
Terima kasih untuk semua yang menjayakan kayuhan kali ini dan terima kasih untuk yang membantu suami dan Farhan. Untuk Daoh,Man CIOCC dan teman2 yg bertanggungjawab menganjurkan PCM, syabas dan tahniah atas usaha kalian. Bukan mudah menguruskan big crowd camni yang semestinya banyak songel dan ragam. KC salute you all...
We’re riding family..we love bicycle...we love to ride....
5 comments:
Tima kasih la banyak2 belanja makan malam tu ya!:)Bak kata kudut - bulan depan dia datang lagi!
KC,
Saya tolong tgk je ler...
Yang tolak ialah hubby dan hero seumur hidup KC, Apai dan Abang Naza.
BC dah mau pegang bahu saya terus saya jerit "Jangaaaaaaaaan!" Sebabnya saya tak pandai dan takut jatuh. Karang bukan sekadar penat malah jadi luka2 pulak jadinya.
Terimas BC, KC dan Co. kerana dapat hadir lagi sekali ke PCM.
:) Salam...
Cerita yg menarik dr perspective sebuah keluarga yg datang berkayuh di PCM...i.e. Perngorban masa, persediaan dan keazaman si kecil...syabas:-)
haha. kudut tu. silap sket caption.
Liyana Jasmay ni lain.
Robot asmara ni lain. hehe.
i dont know about hubungan kudut dgn liyana jasmay. but TAKE NOTE yea, liyanan jasmay bukanlah vocalist robot asmara. HELINA adalah vocalist robot asmara. sila selidik betul2 before u simply post entry.
Post a Comment