Tuesday, February 17, 2009

Poei Pokan...Naik Besika...

Artikel ini ditulis oleh isteriku...yang telah terkena getah dengan basikal...teks dalam [teks] adalah tambahan dariku.

oleh : Kak Cik

Ada satu perkara yang suami saya tidak akan menolak bila diajak melakukan bersama….berkayuh..Jarang2 sekali dia menolak permintaan saya untuk berkayuh bersama…baik indoor mahupun outdoor. Cayanggg abang…[cayang awak juge!]

Hari tu cuti untuk KL sahaja. Cuti gantian sebab semalam 1 Feb. hari Wilayah. Jadi anak-anak semua bersekolah di Selangor tak bercuti. Apa lagi ibu dan ayah boleh bulan madu dengan tenangnya kat rumah. Tapi rasa bosan la pulak…pagi2 cuti biasanya keluar berkayuh…takkan hari ni nak lepak kat rumah saja. Otak mula berpikir2 apa nak dibuat di pagi2 yang syahdu ni…

Ha...hah idea pun mari sambil dok bersarapan bersama suami. "Bang…jom la kita kayuh ringan2 hilangkan gatal2 sikit cukup la…bebudak pun takde ni…musti syokkk". Saya mula mengayat si suami sambil tangan saya menggosok-gosok manja pahanya…"Tak naklah..penatla…semalam dah kayuh…makhang ni taktau penat ke???", Suami saya menjawab…itulah panggilan manjanya untuk saya…”makhang”… Saya terus mencuba dan menggoda lagi… alaa sikit je…bukan selalu ada peluang camni…jomla..jomla… saya mula merengek.

Mungkin tak tahan dengan godaan saya, suami saya terus menyahut…okaylah..ON ON…Yeayyy…jarum sudah masuk lubang…berjaya…Saya pun bergegas menyiapkan diri, sementara suami terpaksa melakukan sedikit modifikasi pada jentera kayuhannya kerana kayuhan kali ini…lain daripada yang lain…

Apabila saya selesai, saya terus mendapatkan suami…saya terpegun melihat suami dan jenteranya…Wahh…HEBATnya abang…2 buah bakul sudah siap diikat di Element hitamnya. Bersedia untuk diasak ke pasar Selayang untuk membeli bekalan keluarga. Hahaha…tengoklah hasilnya…hebatkan suami saya…


Proton Element SE09

Catatan BC Kelolo : Rack dari Beto yang merupakan sebahagian daripada child carrier. Child carrier boleh ditanggalkan. Bakul di pasangkan ke rack menggunakan dawai. Bahagian luar dan bawah tiada sokongan menyebabkan bakul meliuk bila beban dimuatkan. Mujur cukup untuk menanggung belian hari tu


Macam-macam ada...


Moto akupun bakul sebijik je...


Special home delivery for special customer..

Semasa berkayuh…lagu Ito “Apo Nak Dikato” terngiang-ngiang di telinga saya. Lalu saya pun menyanyikannya dalam versi tersendiri…

Poyii pasa…naik basikal..
Pagi-pagi…pagi cuti…
Apo dayo…pakai sabun daya…


Walaupun bakul cap ayam tapi macam2 boleh bawak…ayam, telur ayam, nasik ayam pun boleh masuk sekali. Best gilerr…Tak kesah la apa orang lain nak kata tapi saya memang enjoy naik basikal tak kira la kayuh endurance ke…santai ke…janji KAYUH.

8 comments:

-BaRdBoHaRi- said...

waaa.....
romantik nyerr....=)
sweet sgt...

Daoh Darko said...

Kalau baca tanpa gambar saya rasa ada orang salah erti citer KC ni... hahahaha.. mahap kan lah diri saya dan imaginasi saya yang terlampau. :P

Tapi apa2 hal bike carrier tu mmg best. Sempoi...

Unknown said...

Huwaaa.... kayuh indoor dan outdoor? Kena balik cepat la aku hari ni, nak ke Gräfenberg!!

Angah said...

Go KakChik gooo...angah ngan hubby biasa pegi pantai naik beskal.. ni boleh buat contoh bila tinggal bersama nanti..

Amat setuju dengan daoh hahahaha.. mujur bergambar..

SkiD said...

Wow!! teror le ko Haris. Patut le member gombak terpandang ari tu, ada basikal letak bakul 2 kat belakang. Kalau gi hash bawak basikal cam tu, amacam??

Anonymous said...

Salam!! saya respect la awak!! kasi tabik rockshock kat awak...kawan saya lihat awak pakai bakul kat basikal, dier terus suruh saya carikan satu biji basikal siap suruh saya upgrade letak bakul...so, baru sedar orang malaysia nie tentang dunia basikal!

p/s : teruskan usaha untuk blog ini...
best nie http://www.youtube.com/watch?v=NbcgxIA-vVw&eurl=http://basikal.wordpress.com/

Joe said...

Ha ha. Great post!

Anonymous said...

bro kena pie paternkan ko punya raga tu nanti org puteh tgk depa ambik ko punya hak cipta terpelihara tuuu :)

-salam kunjung dari kami team RCT