Tuesday, October 07, 2008

Biker Padang Serai

Dah lebih sebulan tak post kat blog nih. Setakat jengah-jengah sapu lantai cuci sawang tak mau bagi berabuk sangat. Terima kasih kepada suma-suma kekawan yang sudi bertandang. Tiada ketupat, lemang atau rendang menjadi sajian. Sekadar celoteh-celoteh dari orang yang belajar-belajar nak jadi tua. Sikit lagi nak cecah 40 nih.

Pembuka tirai pasca Syawal, cerita balik raya kat kampung. Bukan cerita raya. Cerita berjumpa dengan sorang fellow biker. Siapa dia? Jeng...jeng...jeng...Ini dia...Biker dengan kumis paling macho di Padang Serai, Kulim, Penang, London, Paris, New York dan Kuala Ketil...ZIEMAN


Zieman..sekali pandang macam Datuk K.


Dah lama dah tau Zieman ni duk di Padang Serai. Kenai kot internet saja. Dah kebiasaan la kot biker ni bila dah kenai kot internet, nak kenai in-person pulak. Kesempatan balik raya ke Padang Serai dimanfaatkan sepenuhnya. Kena pulak rumah Zieman ni tak jauh daripada rumah ana punya beras...eh biras.

Elok sampai malam tu, Zieman bawak pi ke restoran Super N8 kat Lunas. Sempoi tempatnya. Ada bot sebijik tersadai kat depan restoran. Suasananya pun chun. Zieman rekomen pekena jus amra campur asam ko blend. Menatang apa tu? Orang Kelumpo sebut kedondong campur asam boi. Memang sempoi. Ada rasa masam-masam campur kelat-kelat sikit...

Sampai jugak hajat nak jumpak Zieman. Cuma sayang balik time posa. Tak dan nak ride. Lain kali try adjust balik time tak posa pulak. Siap bawak gerek lagi. Baru syiokkkkk...Terima kasih Zieman kerana susah payah bawak BC pi pekena ayarg amra...

No comments: