Wednesday, April 23, 2008

Bagaimana...Memasang Braket Bawah Jenis Umpar Segiempat Menirus

AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung

Panduan ini menunjukkan bagaimana cara memasang braket bawah (BB) jenis segiempat menirus (square tapered spindle). Kita akan bermula dengan perumah BB yang sudah kosong dan sedia untuk menerima BB.

Panduan ini berguna bila nak servis BB atau nak pasang BB baru. Boleh juga diterima pakai untuk pasang BB jenis umpar bergerigi (splined) IS (juga disebut Octalink) asalkan mangkuk penutup BB tu jenis 20 gerigi.

Mari kita perhatikan macam mana rupa BB ni...


Braket bawah yang tipikal
Haa...macam nilah rupa BB yang tipikal. BB umpar IS 8 gerigipun lebih kurang jugak rupanya melainkan umparnya saja yang bergerigi, bukan segiempat sama menirus.



ALATAN YANG DIPERLUKAN

Alat wajib ada. Alat BB 20 gerigi untuk mangkuk penutup BB.


Bergantung kepada jenis bol pengunci. Jika bol pengunci jenis hex, maka allen key saiz 8 ini diperlukan. Ada juga pengunci jenis bol/nat saiz 14. Pilihlah alatan yang bersesuaian.




...SEBELUM MEMULAKAN

Perumah BB bagi Proton T-Bolt. Perhatikan tiada sambungan dengan tiub pelana. Unik untuk kerangka jenis Y. Derailer depan jenis plat.
Perumah BB dah siap. Segala kerak-kerak, selut, tanah, minyak lama dah dibuang bersih. Periksa untuk pastikan alur bebenang masih baik. Tidak pecah atau melebek.

Sediakan juga kain buruk untuk mengelap.



CARA-CARA MEMASANG BRAKET BAWAH
Langkah Tindakan
1
Sapukan sedikit gris pada keliling mangkuk pada alur bebenang untuk pelinciran dan kedap air.
Masukkan umpar kiri sehingga mangkuk kanan bertemu muka perumah BB sebelah kanan. Pusingkan mangkuk penutup ikut arah lawan jam dengan cermat supaya bebenang tidak bersilang. Kalau terasa ketat dan susah dipusingkan, kemungkinan bebenang bersilang dan kemasukan tidak sekata. Keluarkan semula dan masukkan dengan berhati-hati supaya kemasukan lancar dan mangkuk penutup mudah dipusingkan.
2
Bila penutup kanan sudah masuk elok, gunakan alat BB untuk mengetatkan penutup kanan. Pusing ikut arah lawan jam sehingga penutp kanan masuk rapat dan kemas. Ketatkan ikut kadar tork saranan pengeluar.
3
Griskan alur bebenang pada penutup kiri. Seperti tadi, pasangkan dengan cermat supaya bebenang tidak bersilang. Pastikan kemasukan tidak ketat atau tersekat. Pulas ikut arah jam hingga ketat.
4
Masukkan alat BB 20 gerigi pada penutup kiri dan pulas ikut jam. Kekuatan tork ikut saranan pengeluar
Dah siap! Ginilah rupa BB yang dah siap dipasang. Sedia untuk menerima pemasangan engkol
ARTIKEL BERKAITAN
  • Memasang engkol jenis umpar segiempat menirus
  • Memasang BB jenis umpar IS/Octalink

No comments: