Gombak Lame Cylcists (GLC), yang baru ditubuhkan secara mendadak dan kelamkabut, diam-diam dah buat 2 nite ride. Kali pertama dari Gombak ke Selayang Hot Spring pada minggu lepas, Khamis 17/04/08. Dan semalam, 24/04/08, telah mengorak langkah sehingga peringkat antarabangsa. Tak percaya?
Kayuhan semalam disertai oleh 2/3 bilangan ahli (2 daripada 3 orang :mrgreen: ). Bermula dari Dataran Sri Gombak, pengayuh handalan ini, berbekalkan lampu kelip-kelip dan lampu kepala yang diubahsuai dari lampu LED paar malam, telah memulakan kayuhan pada 9.30 malam.
Laluan awal adalah Jalan Gombak melewati Greenwood seterusnya membelok kanan pada Simpang Tiga. BC telah membawa Shaque melalui kawasan elit Taman Harmonis untuk melihat rumah-rumah yang tersergam di situ sambil bermain-main laluan dakian kecil.
Dari Taman Harmonis, BC menghidangkan dakian (bukan daki tau) kepada Shaque yang memang pelahap mendaki. Bukit Taman Perwira diratah dengan lahap sambil borak-borak kat henpon saja. Melihatkan itu BC rasa tercabar lalu menambahkan lagi sajian mendaki ke Taman Setia. Mencungap jugak laaaa...Tapi Shaque masih steady. Chehhhh...
Dari Taman Setia beredar ke Taman Melati juga masih dalam mood mendaki. Cuma mujur dakian tidak curam menuju ke simpang MRR2. Terus menyusur laluan MRR2 ke Melawati pada kelajuan chain ring besar + cog kecik. Jarang-jarang dapat peluang macam ni kalu masuk off road. Merasa jugak chain ring besar tu bekerja...
Sampai persimpangan MRR2 - Jln Genting Kelang, kami lipat kiri masuk ke Melawati dengan kayuhan santai. Santai sekejap saja sebab selepas belokan pertama di depan Sekolah Antarabangsa, bukit menanti di depan. Tapi sebab jalan gelap, tak la berapa nampak sangat. Tiba-tiba saja rasa berat...Oooo...mendaki rupanya. Seronok kayuh malam pelan-pelan ni. Dalam dok pulun kayuh, terpaling ke kanan dan nampaklah bertaburan segala macam jenis lampu dari Bandaraya Kuala Lumpur. Dari lampu limpah (floodlight, lampu neon, lampu kalimantang dan bagai lagilah. Yang tak nampak cuma lampu minyak tanah...
Dah sampai puncak, biasa la, turun pulak. Tengah syiok dunhill separuh jalan kena belok kiri. Naik lagi! Killer punya climb. Kalu siapa biasa ride Bukit Yusof Haslam musti tau climb ni. Steep climb dua fasa. Perghhhhhh! Sebaik melewati rumah Yusof Haslam, kena meronot bawah palang jalan. Bontot ke belakang belakang saddle laaa...Elok lepas lipat kuang nak lalu bawah palang tu, Shaque terjerit sekejap kedian berhenti. Rupanya, lepas off saddle tu, dia tak leh panajt balik sebab seatpost setup road tinggi giler. Tak boleh panjat balik...Nak gelak ke tak nak gelak...Jalan gelap sebab jarang dilalui. Hanya diterangi lampu suluh kepala cap ayam pasar malam...
Turun dari situ, belasah ke Melawati manghala ke Zoo Negara. Kayuhan diteruskan melalui MRR2 dengan keriuhan dan deruan trafik laju kat MRR2. Ada kemalangan berlaku di situ. Sorang mat motor dah terbaring atas jalan. Kami jadi seriau nak berenti terus kayuh kedian belok kiri ke Ukay Perdana. Kedian belok kanan ke Bukit Antarabangsa. Terus mendaki dengan mencungap-cungap. Shaque nampak cool n steady saja. Bikin satu loop kat situ dan keluar kat Giant/Petronas. BC dah tak tahan...perlu berenti. BC bagi isyarat berenti sambil jerit kat Shaque..."Penat weeeiiii...!!!". Shaque jawab balik "Laaa...ingatkan ko tak tau penat. Akupun penat jugak...". Tau penat jugak rupanya Shaque. So, GLC berehat kat Stesen Petronas Bukit Antarabangsa. Penat, peluh berjeruk tapi puasssss.....
Haaa...perasan tak kenapa ride tu dinamakan ride antarabangsa? Bukan sebab mendapat pengiktirafan UCI, bukan jua sebab ada penyertaan antarabangsa tapi...sebab kami lalu dua tempat "antarabangsa". Satu sekolah antarabangsa, satu lagi Bukit Antarabangsa. Kui...kui...kui...
Lepas rehat 15 minit, 2 botol revive + 2 power stik, kami turun balik Bukit Antarabangsa, lalu balik jalan Ukay Perdana masuk ke Keramat. Kemudian melibas masuk ke Wangsa Melawati. Jerih jugak memanjat bukit depan Carrefour. Sambung lagi deraan dengan bukit-bukitan sekitar Wangsa Maju.
Dari Wangsa Maju melajak balik ke Taman Melati. Kemudian masuk ke Gombak Setia langsung balik ke Jalan Gombak. Mujur jalan balik ni lebih memaafkan. Kebanyakannya landai lagi rata. Dari jalan Gombak, menyimpang masuk ke Greenwood lalu singgah kat Kedai Zed tomyam. Minum kopi ngan nasik lemak...Jarak di situ tercatat pada komputer Shaque 35km...Perrrrgghhhh...patutla penat. Tu baru kayuh main-main tu. Biasala bila dah melepak kat kedai kopi, macam tak ingat balik. Dekat kol 12.30 barula kami beredar balik. Selesai satu kisah kayuhan malam antarabangsa oleh GLC.
Minggu depan? Kalu jadi, GLC akan bermain sirkit Bukit Tunku dan Tasik Perdana. Siapa nak join?
1 comment:
noww im laughing again and again and again!
now im laughing because of ur banner lah bro. hihi.
kiyut je. kekeke.
Post a Comment