AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung |
Panduan ini menunjukkan bagaimana cara membuka engkol *umpar jenis segiempat
menirus (crank for square tapered spindle).
*umpar = spindle
ALATAN YANG DIPERLUKAN |
Anda perlukan spanar hidup dan pencabut engkol untuk kerja-kerja ini. Kalau spanar hidup tak ada, boleh gantikan dengan spanar terbuka saiz 15. Cari yang panjang sikit supaya tidak memerlukan banyak tenaga untuk merengkuh nanti. |
CARA MEMBUKA ENGKOL | |
Langkah | Tindakan |
1 |
Tanggalkan penutup abuk pada engkol. Gunakan pemutar skru yang pipih dan lebar supaya tidak merosakkan penutup abuk. Bergantung kepada jenisnya, penutup abuk boleh ditanggalkan dengan hanya mengumpil atau memutar pada lubangnya ikut lawan jam. |
2 |
Macam nilah rupa bila penutup abuk dah tertanggal. Perhatikan bol yang mengunci engkol pada umpar. Jika umpar jantan, engkol dikunci dengan nat. Jika umpar betina, engkol dikunci dengan bol. Saiz standard 15 Pasangkan pencabut engkol begini. Pastikan soket masuk ke bol dengan betul. |
3 |
Pasangkan spanar hidup pada pencabut dan pusingkan ikut arah lawan jam sehingga bol/nat tercabut Inilah rupanya bila bol/nat pengunci dah tercabut |
4 |
Masukkan pencabut ke lubang engkol dan pusingkan ikut pusingan jam supaya pencabut masuk dengan betul ke dalam lubang engkol |
5 |
Pasangkan spanar hidup pada penjolok dan pusingkan ikut pusingan jam. Pulas perlahan-lahan. Semakin lama akan terasa semakin ketat kerana tekanan engkol pada umpar. Perhatikan yang sedikit demi sedikit engkol akan keluar. Teruskan memutar sehingga engkol tercabut dari umpar.
Ulang proses dari langkah 1 hingga 5 pada engkol kiri jika engkol kiri juga mahu dicabut. Inilah rupanya braket bawah dan umpar selepas engkol dicabut. |
ARTIKEL BERKAITAN |
|
No comments:
Post a Comment