Friday, February 29, 2008

Bagaimana...Membuka Engkol Jenis Umpar Segiempat Menirus

AKUTAKJANJI (Baca ini dulu!!!) Penulis bukan orang yang berpengalaman dalam MTB, sekadar suka mencari, menyelidik, menyibuk dan mencuba sendiri. Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. Untuk rujuk silang komponen yang disebutkan dalam artikel ini, pembaca boleh merujuk Anatomi Sebuah Basikal Gunung

Panduan ini menunjukkan bagaimana cara membuka engkol *umpar jenis segiempat menirus (crank for square tapered spindle).

*umpar = spindle


ALATAN YANG DIPERLUKAN

Anda perlukan spanar hidup dan pencabut engkol untuk kerja-kerja ini. Kalau spanar hidup tak ada, boleh gantikan dengan spanar terbuka saiz 15. Cari yang panjang sikit supaya tidak memerlukan banyak tenaga untuk merengkuh nanti.




CARA MEMBUKA ENGKOL
LangkahTindakan
1

Tanggalkan penutup abuk pada engkol. Gunakan pemutar skru yang pipih dan lebar supaya tidak merosakkan penutup abuk.


Bergantung kepada jenisnya, penutup abuk boleh ditanggalkan dengan hanya mengumpil atau memutar pada lubangnya ikut lawan jam.


2

Macam nilah rupa bila penutup abuk dah tertanggal. Perhatikan bol yang mengunci engkol pada umpar. Jika umpar jantan, engkol dikunci dengan nat. Jika umpar betina, engkol dikunci dengan bol. Saiz standard 15


Pasangkan pencabut engkol begini. Pastikan soket masuk ke bol dengan betul.


3

Pasangkan spanar hidup pada pencabut dan pusingkan ikut arah lawan jam sehingga bol/nat tercabut


Inilah rupanya bila bol/nat pengunci dah tercabut


4

Masukkan pencabut ke lubang engkol dan pusingkan ikut pusingan jam supaya pencabut masuk dengan betul ke dalam lubang engkol


5

Pasangkan spanar hidup pada penjolok dan pusingkan ikut pusingan jam. Pulas perlahan-lahan. Semakin lama akan terasa semakin ketat kerana tekanan engkol pada umpar. Perhatikan yang sedikit demi sedikit engkol akan keluar. Teruskan memutar sehingga engkol tercabut dari umpar.

Ulang proses dari langkah 1 hingga 5 pada engkol kiri jika engkol kiri juga mahu dicabut.


Inilah rupanya braket bawah dan umpar selepas engkol dicabut.


ARTIKEL BERKAITAN
  • Memasang engkol jenis umpar segiempat menirus
  • Membuka engkol jenis umpar Octalink
  • Memasang engkol jenis umpar Octalink
  • Memasang engkol jenis Hollowtech II
  • Membuka engkol jenis Hollowtech II

Thursday, February 28, 2008

Kelolo Goes Boing Boing

It's been 2 years! I bought my first MTB on Feb 22, 2006. Been 2 years and 4 bikes ago. However...the first one was stolen. Sad...
In commemoration of my 2nd year of MTBing, I bought another bike. It's for my wife actually..Or is it for me because she's not returning my Element to me...
Here it is...at 1.30 am.
Image Hosted by ImageShack.us

And here it is at 3.30 am

Image Hosted by ImageShack.us
The bike underwent a quick surgery after delivery.
The awaiting Aerozine X-12 finally found its resting place. Its no longer cranky.
The worn out Velo Pronto carbon saddle now become the T-Bolt's bum arrester.
The stock ayam brand cassette replaced with a Deore cassette. Swapped the cassette with Kelolo 3.
Here's the spec;

FRAME & SUSPENSION DESCRIPTION
Frame T-Bolt carbon fibre monocoque, 100% hand made with alloy swing arm.
Fork RST Capa T8 100mm travel
Rear Shock Kind A-Two air shock
Stem Unknown ayam brand 30° 80mm
Handlebar Unknown ayam brand low riser
Headset 1-1/8" Cane Creek ball bearing A-headset
POWERTRAIN DESCRPTION
Cranks Replaced the stock Sunrace PPF with Aerozine X-12 integrated crank
Front Derailleur Shimano Deore LX 06 E-type
Rear Derailleur Shimano LX 06 top-normal
Cassette Shimano Deore 9sp 11-34T replaced the stock ayam brand
Shifters Shimano Deore RapidFire Plus
Brakes Tektro IO Disc 160mm front and rear
WHEELS DESCRIPTION
Rims 26" Zac 2000 anodised black, doublewall
Hubs Joytech 32H
Saddle Stock Cionlli. Replaced with Velo Pronto carbon
Seat post Unknown ayam brand 31.6mm
OVERALL WEIGHT 14.5kg

Tuesday, February 26, 2008

Asal usul perkataan BASIKAL

Dipercayai basikal yang awal dicipta oleh orang Perancis anak beranak bernama Pierre dan Ernest Michaux sekitar 1860-an. Pada masa itu, basikal tiada nama. Orang hanya memanggil basikal sebagai kenderaan dua roda atau tiga roda pada masa itu.

Ciptaan itu telah menawan hati seorang pengembara Perancis bernama Gerard de Pardieu. Gerard telah membawa kenderaan dua roda yang menggegarkan otak itu belayar bersama beliau sehingga ke India. Tiba di India, kenderaan beroda dua itu telah mendatangkan kehairanan kepada orang India dan juga orang Inggeris yang menjajah India ketika itu.

Antara yang paling teruja ialah seorang penjual todi bernama Veloo. Veloo ini terkenal dengan kepandaiannya membodek dan mengayat. Dek kerana berkenan dengan mesin beroda dua itu yang teramat sangat, Veloo menggunakan segala kemahiran membodeknya untuk mendapatkan kenderaan beroda dua itu dari Gerard. Veloo telah membelanja Gerard minum todi sehingga mabuk. Bila Gerard sudah mabuk, tanpa sedar Gerard telah menyerahkan kenderaan beroda dua itu kepada Veloo. Segalanya sudah terlambat bagi Gerard bila kenderaan beroda dua itu berpindah milik secara paksa kepada Veloo. Marahalh Gerard, namun tiada gunanya. Akan Veloo pulak tersangatlah suka hati kerana berjaya mencipetkan Gerard...Kenderaan beroda dua itu kayuhnya ke sana ke mari tanpa perlu risau membayar tol walaupun ketika lalu di depan rumah ketua kampung yang bernama Samy.

Cuma bila Veloo terserempak dengan Gerard di akan kayuh laju-laju kerana setiap kali terserempak, Gerard akan berteriak "Velocipet...velocipet...velocipet"...kerana marah dan geram sebab telah di"cipet"kan oleh Veloo. Teriakan itu di dengar oleh orang Perancis lain...Sejak dari peristiwa itulah maka orang-orang Perancis memanggil kenderaan beroda dua itu Velocipede mengikut pelat lidah mereka sebagai peringatan supaya tidak tertipu lagi dengan Veloo dan keturunannya...

Pada masa yang sama, seorang British juga menaruh minat dengan kenderaan beroda dua itu. James Starling merupakan seorang jurutera yang dihantar berkhidmat di bawah panji-panji Queen's Service. Kebetulan pada masa itu tempoh perkhidmatannya hampir tamat dan dia akan kembali ke bumi England.

Idea dari Velocipede itu dibawa balik ke England dan berbekalkan pengetahuannya membuat beberapa pembaikan ke atas velocipede dari Perancis. Rekaan Starling dikenali dengan nama Penny Farthing. Punya la panjang dan payah nak sebut. Nama Penny Farthing kekal untuk sekian lama sehingga seorang pegawai British membawa penny farthing ke Malaya pada penghujung 1890-an. Sir James Oliver Twist telah ditugaskan berkhidmat di utara Malaya, di daerah Yan, yang terletak di tepi pantai dan berhampiran kaki Gunung Jerai.

Sir James telah menjadikan penny farthing sebagai kenderaan utama untuk meronda sekitar jajahan. Kali pertama penny farthing itu dipertontonkan kepada umum, menjadi perak dan jakunlah sekalian orang Yan. Ramai yang berkerumun. Bertambah kagum bila mereka lihat yang kenderaan itu mempunyai 2 roda tetapi tidak terbalik bila berjalan. Terhairan-hairanlah mereka.

Bila Sir James menyandarkan basikal itu pada dinding sebuah kedai kopi, ramai yang ingin melihat dari dekat. Tidak cukup denga tengok, pakat pulak mereka memgang dan menyentuh penny farthing itu. Bila diegang terasa sejuk besi badan penny farthing. Terkeluarlah dari mulut mereka secara spontan.."Besi ka?". Maka selepas itu bersahut-sahutlah pertanyaan "Besi ka?"..."Besi ka?"..."Besi ka?".

Terdengarlah riuh rendah itu pada telinga Sir James tapi tidak diendahkannya sambil terus dia menghirup kopi tongkat ali...Maka tersebarlah kisah Sir James naik "Besi ka?" ke seluruh daerah Yan menjangkau hingga ke Gurun, Sungai Petani...Masyhurlah kisah orang putih naik "Besi ka?" yang hanya dua tayar tapi tak terbalik.

Akan Sir James pulak, tiadalah daya lagi menjawab "Buken besika..ini penny farthing", apabila setiap kali orang bertanya. Akhirnya, akurlah Sir James Oliver Twist memanggil penny farthing itu besika tapi kerana lidah pelatnya besika itu disebut basikal...

Demikianlah kununnya akan asal usul perkataan basikal itu adanya...Sama ada benar atau tidak, tidaklah penulis pastikan. Tapi bila penulis balik ke kampung penulis di Yan, itulah ceritera yang disampaikan dolu-dolu...wallahualam